23 January 2013

Senyuman yang bukan sedikit

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

pagi semalam dapat mesej dari suami "dear, ada email kat awak" saya pun kemain eksaited la bukak email ingatkan suami kirimkan lagu sebab hari sebelum2 tue dia ada kata nak bagi lagu kat saya tapi tak dapat-dapat pun. lupa letewww :p sekali bukak email dia keluar hat bawah nie 


"maaflah tatau nak kasi apa ke awak, hadiah untuk ummi" elelele cubit kekuat baru tau. dapat yang nie pun dah sebak nak nanges. biasalah hati tisu kan :p suami tau saya nie bukan pesen minat bunga. bunga yang kat dalam bilik tue pun dah tonggang terbalik, saya buat tatau je last-last duduk kat ceruk meja. kalau bunga segar tue boleh la jugak nak simpan bila dah kering kan. huuuu.

kadang tak perlu hadiah yang mahal dari pasangan untuk buat diri tersenyum dan bahagia. cukup kata-kata cinta dan penghargaan dari si dia dah boleh buat saya rasa nak senyum 31 hari tanpa henti hihihi :p padan la malam tue saya dok terjaga jer rupanya bulan tengah sampaikan rindu suami. hihihi. yela duduk jauh, suami keluar main badminton baik saya tido, takde sape nak layan mesej kan. tido la awal bagi ummi dengan baby rehat lebih :p pape pun terima kasih abi sudi kirimkan kata-kata indah tue buat ummi kat sini. yang mampu buat ummi tersenyum sampai telinga. meh nak cipika cipiki kat abi sikit kihkihkih :p


semalam nampak kak shida dengan munet dok tuit kat atas tue. dalam hati dok tertanya-tanya sape kak kira tue adakah saya? hihihihi. hegeh-hegeh padahal nampak munet tuit tue pun dah rasa nak melompat-lompat dah. sekali munet kata macam kat bawah nie

dan petang semalam sampai la ayam masak jawa bersama nasi impit kat ofis saya. dia, maknya dengan toknya sekali mai alor setar dari rumah dia tue semata-mata nak anta bekal kat saya. kalau kira perjalanan ada la dalam 45 minit ke sejam gitu. ohhh terharunya. sungguh terharu. tak sangka ada jugak yang ingat kat kita yang merantau kat sini kan. sobsobsob


jangan komplen!! pakai hp murah memang la gambar tak berapa best :p tapi ayam masak jawanya best. kihkihkih. banyak sungguh nasi impit mak munet kasi ummi nie bukan lalu makan sangat huuu. sungguh dah lama rindu nak makan ayam masak jawa nie. ritu makan kat rumah munet memang berselera sungguh walaupun baru pestime cuba.


nasi impit ayam jawa dimakan bersama kopok kering jejari khairatol aini. hihihi. hoihhh kenyang terok la semalam sampai nak bangun pun susah. ambik kau =.= jangan tanya saya resepi ayam masak jawa nie. ritu tanya resepi kat mak munet tapi biasa la kalau yang dah pakar masak nie mana main resepi macam saya yang baru belajar nie =.= mak dia kata "makcik campak-campak jer" tapi apsal bila saya campak-campak tak jadi sedap macam nie pun!!! huuu

try google dan try buat dulu tapi tetap tak sama macam mak munet buat. dah rasa ayam masak halia pulak masa tue =_=" tapi pape nak cakap terima kasih kat munet, mak nya dan tok nya yang teringat dan sudi anta kat saya ayam masak jawa nie. sungguh terharu. terima kasih bebanyak kat munet sekeluarga. :)

*lupa pulak nak kabo kan. teratai tue memang boleh di makan. macam saya tulis tue samada makan mentah macam tue ataupun dibakar. biasa lah orang kampung nie asal ada yang halal dan boleh dimakan mesti nak makannya. hihihi. rasa teratai tue macam kacang dan berlemak. kelat-kelat sikit bila dah dihujung buahnya.

13 comments:

  1. rezeki ibu ngandung..akak xpernah makan plak ayam jawa nie huhu

    ReplyDelete
  2. wak tengok gambar ayam masak jawa tu pon best ..,ehhhEE

    ReplyDelete
  3. siap ade correction yang tak leh blah tu.. memang sempoi + sweet bro nadzri tu.. ^^ ayam jawa tu aku memang tak pernah makan lagi tapi ade sanggup datang hantar kat ko.. kire disayangi ramai gak r ko ni kan? ape rahsianye? =P

    ReplyDelete
  4. happy for u too dik

    ReplyDelete
  5. wahhhhhhhhhh sweettt nye husband egt kan dlm drama je slalu dpt gk laki sweet!!! Na tumpang gembira Kiera =D

    ReplyDelete
  6. kawen PJJ memang cenggini ea??? kemain lagik! kemainn! jeles laaaa

    ReplyDelete
  7. ele...ele... jiwang karat le tu..senyum kambing sampai telinga...he..he...

    Sambal Jawa tu macamana eh Kiera? macam masak Ungkep je!

    ReplyDelete
  8. perghhhh.. sampai yg da sanggup hantar mang terbaik sgt lah kak..

    ReplyDelete
  9. tu namanya rezeki baby dlm peyot tu. hihi.

    ReplyDelete
  10. sweetnya kat part atas tu aku baca. hehe. part tu aku setuju juga. btw ayam jawa tu aku tak pernh try.. tp nmpk cam best. haa. hehe

    ReplyDelete
  11. ohhhh adinda..mana laaa adinda neh pergi... huhuhuhu

    ReplyDelete
  12. akk iffah terharu sama

    bilalah nk dpt hadiah cmtu ye

    ehhh

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D