Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
“eh awak
dapat planner baru ye?” soalku usai suami keluar dari kamar mandi.
“a’ah
awak nak ke? Ambil la” aku Cuma meneliti apa yang terkandung didalamnya. Lengkap
dengan jadual perbelanjaan sebulan untuk diisi, dan segala jadual yang boleh digunakan oleh
pasangan suami isteri untuk mengawal perbelanjaan isi rumah.
“tak nak
la, diari saya yang ofis bagi tue pun tak guna” dan aku berlalu ke sisi suami.
“hurm. Apa
kata kita buat dia jadi baby diaries” aku merenung wajah suami.
“ummi
tulis la apa ummi nak tulis dalam tue, dan nanti abi pun nak tulis sama” suami
tersenyum memandangku.
Usia kandunganku
baru 9 minggu. Tak terlewat rasanya kalau kami sama-sama coretkan pengalaman
sepanjang zuriat kami ‘tinggal sementara’ didalam rahimku.
“yela
nanti bila baby dah besar boleh la baca apa yang ummi dengan abi lalui
sepanjang nak membesarkan dia” aku akhirnya bersetuju dengan cadangan suami.
“dan
nanti boleh la ummi korek-korek rahsia abi yang nak sampaikan dekat baby kan?”
kami berdua tergelak. Dan planner itu aku pandang, sambil tersenyum.
*****
baby hari nie ummi kata dia tak
sihat, makan tak lalu. Bila makan ummi muntah. Risaunya abi. Kalau lah abi
boleh terbang dah lama abi terbang ke sana temankan ummi -20 January 2013-
aku
tersenyum membaca helaian tersebut. Aku beralih ke halamannya berikutnya.
Ahad lepas abi bawak ummi naik Cameron.
Ummi teringin sangat nak makan strawberi cicah garam kat atas tue. Abi gelak je
bila tengok ummi terus buat apa yang dia ngidam tue sebaik sampai je. Ummi kata
baby yang teringin, haaaa baik baby ngaku cepat -28 January 2013-
Aku tergelak.
Tak sangka suami juga rajin mencoret itu dan ini di dalam baby diaries kami. Perhubungan
jarak jauh antara kami membuatkan adakalanya masa kami berdua terbatas untuk
berhubung. Dengan suami yang busy dengan urusan kerjanya, aku juga sibuk
uruskan kehidupan seharian aku disini. Hanya disini, di baby diaries kami coretkan
segalanya.
Dan aku
mula melarikan pena menulis segala pengalaman yang aku lalui. Aku tersenyum.
*****
Risaunya
abi tengok ummi bertarung nyawa tadi sayang. Abi terasa abi nak gantikan tempat
ummi, tapi abi tak mampu. Abi hanya mampu berdoa moga Allah bagi kekuatan pada
ummi. Moga Allah lindungi ummi dengan baby -31 August 2013-
Seronok abi
tengok ummi menyusukan Uwais, walaupun wajah ummi pucat tapi ummi tetap tenang
dan cuba menenangkan abi. Abi risau. Doctor kata keadaan ummi masih belum cukup
sihat. Kita doakan ummi ye sayang -1 September 2013-
Alhamdulilah
sayang abi, Uwais dah boleh keluar wad. Tapi ummi masih ditahan di hospital. Keadaan
ummi makin teruk. Abi menangis sepanjang hari sayang, tapi abi tak nak menangis
depan ummi, abi nak cuba bagi kekuatan pada ummi. Setiap hari abi doa moga
Allah pelihara kesihatan ummi. Moga Allah lindungi ummi. Moga Allah selamatkan
ummi. Abi sayang ummi sangat -7 September 2013-
Aku tutup
diari itu. Sepanjang hari itulah yang sering aku baca. Air mata mengalir lagi.
“sayang
jom abang suapkan bubur nie, tau tak hari nie abang masak sendiri, ikan bilis
lada hitam nie pun abang buat sendiri. Mama Cuma bagitau je cara-caranya” aku
tergelak dan ku rangkul leher suami. Suami membalas.
“terima
kasih sebab masih setia ada kat sisi sayang dengan Uwais, jaga kami berdua.
walau sampai saat sayang belum mampu jaga makan pakai abang macam sebelum nie”
air mataku mula jatuh, lekas suami menyekanya. aku mengalami kontraksi yang terus semasa melahirkan zuriat kami. Hampir sebulan aku terlantar dan hanya mengharapkan bantuan dari insan sekeliling.
“abang
nak bersama dengan sayang bukan waktu senang dan gembira je, tapi setiap waktu
abang nak luangkan untuk kesayangan abang nie. Abang tak rasa membebankan pun
jaga sayang, malah abang bersyukur yang Allah bagi abang peluang merasa
indahnya setiap saat dalam hidup abang dengan adanya bidadari dan khalifah
abang nie” jemariku dikucup suami. Dan aku
tersenyum bahagia.
“haaa
sebab sayang dah makin sihat meh sayang pulak suapkan abang makan” baru sudu itu aku capai terdengar
bayi kami Uwais merengek di dalam katilnya.
“alaaa
Uwais nie suka kacau kalau abi nak lebleb dengan ummi” kami tergelak, suami segera
ke katil khalifah kami, membawanya ke sisiku. Pantas kami hadiahkan ciuman
kasih sayang di pipi kiri dan kanannya.
#BabyDiaries
#mula nak buat kisah kontot tapi terpanjang pulak terus letak term cerpen nanti Cikde dengan uncle Kay-are bising lagi :p
sangat wooww! sweetnya mcm strawberry cicah cekelat.:)
ReplyDeletehe..he..Kiera ni...asyik berangan je dari semalam....orang mengandung ni emosi dia sensitif, kuat berangan kot ha..ha..
ReplyDeleteooo...*taktau nak komen apa*
ReplyDeleteaduhai suka2 sweet sgt2
ReplyDeleteamboi2
ReplyDeleteberangan jauh umi ni
btw harap cite ni berubah skit untuk realitinya..heee
errr kay are ni sbuk je nk komen2 LOL
assalamualaikum,
ReplyDeletebaru nak baca...
danish lak merengek...
Hehee..kira nati admit ward bwk gk taw diary nih..leh bg smangat nk besalin..
ReplyDeletehehehe...tudia...siap smpai lps bsalin dh tu
ReplyDeleteassalamualaikum ... alahai , sweetnya ... nice diary
ReplyDeletealahai!...sweet sesangat...
ReplyDeletesweetnya..selamat berbahagia ye kak.. :)
ReplyDeletesweet!.....agaknya baby dalam tu pun minat menulis x..hehe
ReplyDeletehuhuhu sweet sour. eh? huhuhu. kreatif jugak awk neh kan kiera? tambah kuat berangan!!! hahahha
ReplyDelete#datang singgah sini. setelah lama tak jenguk blog neh! huhuhu
separuh cite betul separuh lagi same same tunggu dan lihat ye.. semoga jadi macam ko mintak tu ye.. =) aku muda lagi ok, ape uncle uncle? =P
ReplyDeletekemain tu kisah dia. igtkan baby betul3 dah lahir ts. kunfius pulak. hahaha.
ReplyDeletebukan uncle kay_are tu. tapi pak cik. haha.. pak cik khazreel. :P
ReplyDeletebaby diaries, rajinnya buat. papepun, semoga sihat selalu ye akak dan baby. :)
sweet :D
ReplyDelete