06 February 2013

Housemate

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

ritu baca entry Kay_are dia tanya macam mana dengan housemate korang? dia suruh jawab dalam komen dia jer tapi rasa baik buat entry boleh sembang panjang sikit kan. haiiii Kay_are :p

dulu masa duduk dengan mama papa selalu teringin nak menyewa duduk sendiri. konon nak berdikari. sekarang bila dah memang kena berdikari gedik-gedik pulak kan nak duduk bawah ketiak mama papa =.= eh tak boleh la sekarang kita ada suami kena duduk dalam pangkuan dia la pulak kan, ada sesape nak muntah? :p

pestime saya menyewa adalah saatnya pestime saya kena lapor diri kat loqstaq kedah. masa baru sampai tue pakcik makcik tolong carikan rumah area sini sebab dulu dorang pun ofis kat sini jugak. yang ada cuma bilik sewa dengan harga RM150 sebilik. ada katil kelamin dan jugak rak baju. masa tue tatau lagi rate sebenar rumah dan bilik sewa kat sini. duduk jela kan dah takde tempat lain. masa tue la saya kenal dengan ain dan kak yati, housemate sampai hari nie. 

sewa bilik duduk dengan owner. kena la disiplin kuat kan. sebab parents mesti tinggalkan amanah mintak tengok-tengok2kan anak dorang. yang tue tak kisah la. cakap-cakap belakang pun buat tatau jer. tapi lastnya kami decide untuk pindah dari situ dan cari rumah sewa sendiri. yela kalau kira-kira 3 orang menyewa dah RM450 dah boleh sewa sebijik rumah kosong untuk keselesaan kami bertiga. cari punya cari akhirnya kami dapat sebijik rumah kat jalan pegawai dengan harga RM370. 

kiranya ok la. cuma untuk bayar api air tue tak sampai RM50 untuk standard rumah bujang nie kan. rumah pun besar ada 3 bilik tido dan dua bilik air. duduk situ memang dekat dengan ofis. tiga-tiga orang pun dekat. nak ke pasar, tesco ke setakat jalan dalam loqstaq tue memang dekat sangat lah. kami bertiga memang jenis boleh masuk. setakat gaduh sikit-sikit tue biasa la. sedangkan adik beradik sendiri pun ada bertikam lidah kan. tapi kejap je lepas tue ok balik.

masuk lagi dua orang housemate lain, lain pulak ceritanya. kami bertiga nie jenis statik sikit. contohnya ambik barang kat situ, kat situ letak balik. alaa senang citanya kitorang tak boleh masuk dengan dua orang lagi tue. yang paling tak boleh blah bila dia kata suami saya (masa tue tunang lagi) pakai rantai =.= itu tulang la wei gambar tue masa dia kurus celah mana rantainya =.= yang housemate sorang tue dia memang suka cari pasal dengan saya. pasal yang dia cari selalunya berkaitan dengan suami saya. nak kata dia dengki saya dah bertunang tak mungkin sebab dia pun dah bertunang. hampir-hampir saya nak tanya dia apa masalahnya tapi dihalang oleh suami berserta ain dan kak yati. lastnya dorang pun pindah rumah senang hati.


suami zaman kurus :p

setahun jugak la agaknya kitorang duduk menyewa kat situ akhirnya kitorang decide cari rumah sewa lain. sebabnya kerosakan rumah owner tak nak bertanggungjawab walaupun sepatutnya dia yang kena selia. duit sewa nak tepat masa. akhirnya kitorang angkat kaki angkat barang. pindah.

dapat la rumah sekarang dengan kadar sewa RM320 sebijik. walaupun jauh sikit nak ke ofis. rumah kecik sikit tapi rasa tenang dan aman je sebab owner rumah jenis tau tanggungjawab dia. sedar yang kalau dia buat tak elok besok dia kena tanggung kat sana. haaaa kan senang nak deal, kitorang pun takde la kedekut sangat kalau setakat nak tukar kepala paip dengan menda kecik-kecik tue. tapi yang tak bestnya jiran belah kanan nie miang kemain =.=

bila kira-kira dah 3 tahun lebih menyewa dengan dua orang housemate yang sama. rasa tak nak cari housemate lain sebab bukan senang nak dapat yang sekepala kan. doa saya moga ukhwah kami berpanjangan. amin. 

sekarang tengah berdoa moga saya dapat jadi housemate sepenuh masa untuk suami tercinta. moga-moga ada la rezeki kami. mana tau rezeki baby dalam nie dapat dekat dengan abi dia kan. amin

17 comments:

  1. amin..

    siapa xnak jadi housemate sepenuh masa ngn suami kan..

    moga dipermudahkn urusan.. :)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. ;) moga dipermudahkan urusan kiera dan suami.

    ReplyDelete
  4. macam kenal je suami dia tu...hehehe..dulu suami nya kurus tp sepanjang tempoh bertunang sblm kawen chubby je nampak hehee..


    housemate sorang tu yang kenal akak ek hahaha....

    semoga hubungan ukhwah kiera dengan ain dan yati berkekalan...

    insyaAllah nanti ada la rezeki jadi housemate sepanjang masa...terutama time pantang 3 bulan nanti hehe

    ReplyDelete
  5. kita sama la kiera...akak pun jenis statik...bila letak barang kat situ, nak guna, letak balik kat tempat asal lepas tu...kenapa susah sangat nak ikut eh? bukannya nak menyusahkan, tapi kan ke tu lebih memudahkan orang lain?

    ReplyDelete
  6. rezeki memasing berbeza...

    xpe...nti2 adalah rezeki baby nk dkt dgn abi dia tu :)

    ReplyDelete
  7. amin.. :)

    moge senang je urusan..

    ReplyDelete
  8. samlah kak.. penat da hal dgn housemates, malas nak cari yg lain dah..

    moga2 akak dpt dekat dgn husband eih

    ReplyDelete
  9. aminnnnnnnnnnnnnnnn


    hosmet terbaik akk iffah rase kan? eh

    ReplyDelete
  10. ni pun kisah housemate jgk? ishh3

    ssh nak ari housemate yg betul3 masuk dgn kita.

    psl barang statik tu kita lebih kurang je kak. hihi

    #tak sabar nk jmpa akak! :)

    ReplyDelete
  11. untungnya :)

    sy nak mintak tolong... kali ni senang... ade tulis kat blog sy

    ReplyDelete
  12. kire sampai kesudah tu 2 orang tu je r rumet ko? tak berkembang langsung.. ish ish.. =P tapi bagus r dapat jumpe rumet satu kepale kan? semoga hubungan kekal eh..

    ReplyDelete
  13. x pernah ada house mate hehehe

    ReplyDelete
  14. sma la kita..sya dri sem 2 sampai sem 6 waktu blajr dulu housemate yg sma. kalau boleh time dah kerja ni pun nak housemate zaman belajar dulu..tapi apakan daya kami jauh huhu

    ReplyDelete
  15. Tulah pasal bila berhousemate ni kena cari yg sekepala barulah senang.... kan Kiera ... nak lagi senang duk ngan suami haha.... sekepala ke tak sekepala kena sekepala jugak! hihih

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D