11 March 2013

Alhamdulilah Empat Bulan Sudah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulilah dah empat bulan pun perjalanan rumah tangga saya dengan suami. syukur yang tak terhingga atas nikmat yang Allah kurniakan pada kami berdua. berdoa moga kasih sayang dan cinta yang tercipta atas kalimah Allah ini berpanjangan hingga ke taman-taman syurga hendakNya amin.

selalu tersenyum sorang-sorang bila teringat saat hari pertama ijab dan kabul. saat suami masuk ke kamar pengantin kami bersama kata-kata "mana isteri saya? saya nak solat sunat dengan dia" dan saat solat berimamkan dia, saat air mata keduanya jatuh berjurai tanda kami bersyukur teramat sangat dengan kurniaan Yang Maha Esa. sungguh sampai sekarang mata bergenang bila teringatkan moment yang indah tue ;)

doa suami saya aminkan bersama :D

masam manis rumah tangga tue semua yang berkahwin akan merasanya. cuma pandai-pandai la bawak berbincang bertolak ansur sesama sendiri, pesan mama saya. Alhamdulilah bersyukur dikurniakan suami yang memahami. yang boleh diajak berbincang yang boleh dibawak berunding demi membahagiakan rumah tangga sendiri. syukur Alhamdulilah moga kami sama-sama belajar dan berusaha memperindahkan rumah tangga yang kami bina.

lagi manis bila setiap hari sama-sama berkongsi perkembangan buah cinta yang sedang membesar di dalam. "baby tengok tue abi marah ummi" "baby sekarang nie abi tak boleh nak gurau kasar sikit mula la ummi tue merajok je" haaa boleh je ngadu kat baby yang entah dengar tak kat dalam tue. yang penting lepas tue dedua pun senyum-senyum dan ketawa ;)

berkati dan rahmatilah rumah tangga kami Ya Allah, amin ya rabbal alamin

16 comments:

  1. wah ummi ngn abi

    4 bulan da

    tggu baby lahir... plak kan

    ReplyDelete
  2. kejap je dah dkt separuh perjalanan mengandung

    ReplyDelete
  3. dah 4 bulan...semoga perkahwinan kiera n nadh kekal hingga ke syurga..

    mula2 baca tajuk kat bloglist egtkan 4 bulan kandungan baby hhehe

    ReplyDelete
  4. seronoknyer baca. KA doakan moga kasih sayang hingga ke syurga ye amin2

    ReplyDelete
  5. tahniah...smoga berpanjangan yer kak...=D

    ReplyDelete
  6. ameen~moga perjalanan diberkatiNya ;)

    ReplyDelete
  7. hepy anniversya yg ke 4 bulan Kiera...hehe...cinonet lagi rupanya...rasa mcm dah lama je...

    ReplyDelete
  8. bahagia kemain..semoga kekal hingga akhir hayat ye.. =)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D