09 May 2013

Terima kasih suami

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

isnin masa check Bp & Eod tue dah terasa pening-pening lalat, sakit kepala sikit. agaknya pasal tak cukup rehat. ahad tue kan mengundi dan terpaksa beratur lama tunggu giliran, sampai je kat kerani SPR dalam bilik undi tue baru dia bagitau yang kalau ibu mengandung boleh terus ke depan pintu tak payah beratur. =.= dah beratur dekat sejam baru bagitau. lepas tue petang pulak drive balik penang, suami tak balik sekali sebab mengundi lain-lain kawasan. makanya i will survive dengan baby jelaaaa.

suami dah nasihat isnin tue suruh sambung cuti je sebab memang dari jumaat tue saya tak berapa nak sihat. tapi degil nak jugak kerja sebab sayang cuti huuu. sampai je ofis terus sakit kepala. bila sesema dan terpaksa duduk dalam ekon tau jela rasanya macam mane. sampai berdenyut-denyut kepala nie. petang terus pegi klinik mintak cuti rehat untuk esoknya kat dokte.

malam lepas makan ubat terus rasa badan menggeletar, sampai tak mampu nak bangun. bangun solat pun gagahkan jugak diri, selesai je bummmm terus terlantar atas katil. memang tak mampu lagi nak tahan diri, saya dah nanges-nanges, nak capai handphone pun rasa tak bermaya rasanya. bila ada sikit kekuatan terus call mama sebab itu nombor yang paling atas sebab selalu call mama. hampa bila mama tak jawab, tak lama lepas tue mama call semula. mama dah risau dengar suara anak dia tenggelam timbul sebab nangis. huuu saya memang tak reti nak berhenti kalau dah mula menangis. mama kata sekejap lagi dia tolong call suami. huuu mekasih mama. 

besoknya hari selasa suami datang jenguk bini dia kat alor setar, yela tak kan dia nak datang malam semalam tue. dengan dia yang tak berapa nak sihat jugak, lagipun mane dia nak tido saya dah la duduk menyewa dengan kawan-kawan. malam sebelumnya cuma mampu bertanya khabar melalui telefon jela. disebabkan saya menyewa dan pagi tue memang ada kawan-kawan kat rumah saya decide nak berehat dengan suami dekat hotel yang terdekat je. ye saya memerlukan rehat yang secukupnya. 

sekali lagi, lepas makan ubat badan menggigil, suami tolong peluk je dan terus tak bagi saya makan ubat tue lagi. mungkin effect ubat tue buat badan rasa sangat letih tak bermaya dan menggigil. mungkin tujuan utama dia nak bagi kita rehat. tido jela dalam bilik tue. mujurlah ada hotel yang buat sewa murah untuk duduk setengah hari. petang sebelum suami balik seberang jaya ajak dia makan pizza. nak bermanja pulak tekak nie.

disebabkan 22 mei nie besday suami dan jatuh pulak hari weekday. terus cakap "abg, boleh tak hari nie kire macam celebrate besday boy in advance?" sambil buat muka comel :p terus ada orang tuntut hadiah sebab celebrate awal =.= sabar jelaaaaaa

12 comments:

  1. 22?k.zai 17...hehehe...

    take care kiera...

    ReplyDelete
  2. cettt baby tua tu nk kena sambut gak ke haha tak yah la kira

    ReplyDelete
  3. kesian dia..takpe kak..kena kuat demi baby taw :)

    birthday suami akk sama dengan best friend sya hihi

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. tak sihat dlm keadaan mengandung mmg susah sbb takut beri effect pada baby . lagi sedih bila suami x de kat sisi . yg ptg baby okey . lain kali jgn mention bday klu x der hadiah ! heheheee

    ReplyDelete
  6. hee..dlm dok xlarat tuh mood nk mkn still ada~alhamdulillah selera ada lg bley la c kecik tumpang rsa pizza sodap tuh..

    ReplyDelete
  7. kesiannyaaa.. u syg... huhuhu sabo2 yer.. huhuhuhu nanti kua tu oke laaa tuhhh miss u! huhuhu dah lama tak stori mori

    ReplyDelete
  8. Memang ada ubat yang boleh buat badan menggigil gitukan....
    Hadiah apa bagi kat dia tu Kiera?hehe

    ReplyDelete
  9. ALhamdulillah akak ade suami yg baik :)

    ReplyDelete
  10. banyak dugaan semase ngandung kan.. takpe2.. ade hikmah tu kan..leh jumpe husben.. =)husben mintak hadiah awal.. memang bijak!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D