02 January 2014

Bila Ummi Demam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

minggu lepas ikut hantar rombongan adik ipar ke keningau sabah, seminggu duduk sana. cerita sana dan cerita bintulu nanti la update. belum cukup bertenaga nak cerita semua kat sini huuu. dalam perjalanan ke homestay di kundasang. saya dah mula rasa tak sedap badan. masa tue baru isnin. ada banyak hari nak duduk kat sabah nie tolong bertahan wahai badan huuu.

sampai je kundasang kondisi badan dah mula lemah, saya dapat detect sesuatu. saya tak tahan tempat sejuk sekarang nie. kalau ekon kat ofis terlampau sejuk pun saya tatahan dah, mula naik demam. ikutkan hati nak je duduk rehat kat homestay masa diorang semua buat outdoor kat ladang lembu tue tapi sebab penakut nak duduk homestay dengan anak je dan sebab saya memang teringin nak tengok ladang lembu macam kat australia tue, gagahkan diri ikut diorang. 

masa tue badan, mata dah panas. tapi mampu lagi nak bergerak ke sana sini. sampai kat ladang tue sejukkkkk sangat. Fateh Uwais sampai menangis la sebab terkejut sejuk walaupun dah pakaikan dia baju tebal berlapis2. tangkap gambar sikit-sikit, banyaknya duduk dalam kereta dengan baby. dia syok la tido dengan suasana sejuk macam tue.

bila malam dah mula rasa sakit sendi, memang duduk terperap dalam bilik je. suami pun kena paksa duduk merap dalam bilik sama. sebabnya homestay nie macam bahagi dua. yang menghubungkan jadi satu loteng kat atas tue. ntah kenapa dalam demam2 tue jadi penakut pulak. terjaga tengah malam rasa tak tentu arah. kejut suami nak makan ubat, tak mampu nak bangun sendiri dah. mujur la ada bawak ubat yang saya dapat masa demam sebelum ke bintulu dulu. 

suami pun bangun berjaga tengah malam lap badan saya yang panas membahang sangat. ada la rasa lega sikit. tapi demam tak berakhir kat situ. demam on off sampai la hari ahad lepas. sampai 3 klinik kami pergi, makan ubat sembuh tapi hilang je kuasa ubat demam datang balik. bila malam demam lagi tinggi sampai 39.2 memang takde tenaga nak buat apa pun. semua harap suami yang tolong buat. anak pulak mintak tolong keluarga mentua jagakan. menyusu je saya ambik.

kesian sangat ke Fateh Uwais sepanjang saya demam, bila dah ada tenaga sikit saya ambik main dengan dia. kemain suka lagi dia. sampai ketawa terbahak-bahak walaupun main sikit-sikit. pandainya awak ambik hati ummi anak. tapi syukur alhamdulilah Fateh Uwais behave sangat, takde pun buat pangai merap ke ape ke. terharu ummi dengan awak. 


bila tengok demam macam tak jumpa jalan keluar, batuk dan sesema pun bercampur darah, suami terus bawak saya ke Hospital Kulim. cepat je dapat masuk sebab demam yang terlampau tinggi. sekarang kan banyak kes denggi mungkin sebab tue kes saya dicepatkan dari orang lain yang dah datang dari awal. sementara tunggu result darah keluar, badan dimasukkan air dulu. berehat la kat situ. dalam 2 jam lebih result darah dah dapat. alhamdulilah semua pun ok cuma demam saya je yang tinggi. 

alhamdulilah lepas balik dari hospital demam beransur pulih, yang ada cuma batuk sesema je lagi yang lambat nak tinggalkan saya. bersyukur sangat bila dah mula sembuh. dah boleh main dengan anak. dah boleh jaga dia. boleh bergurau dengan suami. oh saya rindukan semua dan yang pasti mereka berdua pun rindukan ummi yang gagah macam selalu. doakan ummi sentiasa sihat supaya boleh jaga kesemua kesayangan. amin

10 comments:

  1. semoga terus sihat dan dipermudahkan segala urusan ... aaamin . penyakit datang tanpa diduga , perginya juga entah bila . laluinya dengan tenang dan redha serta usaha .

    ReplyDelete
  2. Kami rasa mmg musim kot no? kami 3 beranak pon demam lbh seminggu dh. Demam on off

    ReplyDelete
  3. Kami rasa mmg musim kot no? kami 3 beranak pon demam lbh seminggu dh. Demam on off

    ReplyDelete
  4. banyakkan rehat yea kiera...jaga diri elok2 ~ sian uwais nnti tk leh main ngan ummi

    ReplyDelete
  5. nape ek leh demam cmtu?

    take care ek

    ReplyDelete
  6. assalam sakura...memang tak seronok bila kita demam kan,kesian kat anak sbb tak larat nak uruskan, moga terus diberi kesihatan yg baik ye

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah dh kebah demam.
    teruk juga tu sampai kuar darah kan.
    sy pon sama kalau dmm selsema mmg takut. sbb hidung sy jenis senditip. hidung berdarah tu. panas dlm org kata

    ReplyDelete
  8. Siannya ummi fateh uwais ni. Demam sampai masuk spital. Alhaamdulillah dah sembuh. Take care yer sis.

    ReplyDelete
  9. Teruk juga demam Ummi ni ya..
    agaknya perubahan cuaca kot, sbb beralih tempat kan ke Sarawak pastu ke Sabah plak..
    apa pun Alhamdulillah Kira dah sembuh kan..:)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D