Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
ramai kawan-kawan yang tau saya dengan suami PJJ tanya, tak susah ke uruskan anak sendiri? setiap hari isnin sampai rabu memang saya uruskan anak sorang diri, kecuali masa dia dengan pengasuh. cabaran dia memang Allah je yang tau.
selalunya sebelum hantar dia ke pengasuh pepagi tue saya cuba luangkan masa main dan bersembang dengan dia. memang saya sengaja bangun siap awal-awal supaya saya ada masa untuk dia sebelum bergerak ke ofis. saya tak suka kalut-kalut pepagi tue sampai dia rasa tension. sebab ikut pengalaman orang lain anak selalunya 'buat perangai' bila dia kurang dapat perhatian dari parents.
jadinya saya cuba bagi perhatian dan kasih sayang yang melimpah ruah untuk Fateh Uwais. saya nak dia dapat sepenuhnya perhatian lebih dari anak-anak yang sentiasa ada seorang ayah disisi. saya tak nak dia rasa ruang kosong bila abi dia takde dengan dia 3 hari tue. waktu petang lepas ambik dia pun saya wujudkan masa khas untuk dia. bermain, bersembang, bergelak ketawa, bergolek-golek berdua. Alhamdulilah hasil yang saya dapat memang buat saya sebak dan terharu.
Fateh Uwais jadi sangat baik, takde buat perangai tak tentu hala, takde menangis merengek2. cuma baby buat perangai kadang-kadang bila lapar, nak tido, dan rasa tak selesa tue benda normal. alhamdulilah setakat hari nie segalanya masih boleh dikawal.
jadi ummi pjj nie bukan benda mudah, banyak yang perlu dikorban. pengurusan masa paling utama. yang penting mental kena kuat, kena selalu motivasi diri sendiri dan selalu lah dekat dengan Allah insyaAllah semuanya akan dipermudah. selalunya bila nampak Fateh Uwais ralit main dalam playgym atau tengok upin ipin, time tue la saya mesin kain atau kemas apa-apanya. lipat kain baju sambil ribakan dia tue dah biasa saya buat. baringkan dia atas sejadah time saya solat. ribakan dia time saya makan. sambil buat kerja sambil main dengan dia. time dia dah tido baru boleh mandi atau buat keja lain-lain.
awalnya memang susah, sampai saat nie pun kadang saya menangis bila mental dah mula jatuh ke bawah. sungguh bila sampai saat tue rasa diri tak kuat, menangis sambil peluk anak. mengadu kat anak apa yang perlu kami lalui berdua. kadang dah mula rasa putus asa, macam-macam benda negatif yang keluar. tapi cepat-cepat saya positifkan diri, berdoa. moga satu hari nanti dia tak liat solat bila dah selalu duduk atas sejadah. bila dah besar dia tak kacau kain-kain yang saya dah siap lipat. dan moga bila dia dah besar dia tak sepah-sepahkan makanan yang terhidang. semoga dengan cabaran yang kami lalui mampu jadikan Fateh Uwais seorang yang berdikari dan matang. dengan kata-kata positif tue la saya mampu tersenyum dan bangun semula. dan kerana Fateh Uwais si pipi pau saya kena bangun dan jadi lebih kuat.
alhamdulilah Allah kurniakan saya seorang suami yang tak kurang hebatnya. bila weekend atau bila dia cuti memang suami yang uruskan anak. salin pampers, bagi pakai baju, manjakan anak, manjakan ummi #Ehh hihihi. saya cuma bagi susu, bagi mandi dan main-main dengan anak je. yang lain semua atas abi. suami yang memilih nak buat macam tue. gembira dan manjakan kami bila kami ada dengan dia. Alhamdulilah saya bersyukur ada awak, terima kasih atas penghargaan awak untuk kami berdua.
jadi suami isteri PJJ kena give and take. pepandai wangikan rumah tangga dengan cara kita sendiri. kalau tidak memang boleh perang emosi bila masing-masing tak nak cuba memahami. kalau orang lain boleh, insyaAllah kita jugak mesti boleh buat. yang penting jangan tinggalkan solat, rumah tangga yang goyang solatnya memang mudah ditiup iblis. sama-sama saling ingat mengingati, tegur meneguri. eh betoi ke ayat nie? gasak la hihihihi.
betul..cabaran dugaan PJJ ni hebat utk org-org yg hebat je :)
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeleted balik kesusahan ada kegembiraan & kesenangan yg Allah bagi pd kita. yg pastinya tiap apa yg jadi tu pasti ada sesuatu yg DIA mahi kita belajar darinya. d bagi kejauhan pd kiera & suami d hadiahkn dgn ank kecik yg senantiasa menyenangkan & mententeramkan hati saat2 duka. d pinjamkn seorg suami yg trsgt memahami & menyayangi isteri & ank.
semoga Allah kekalkn kebahagiaan nie smpi ke syurga. amin !!!!
as-salam
ReplyDeleteye betul tu. solat tiang agama
semoga kita semua diberi kekuatan. sy dulu pernah pjj juga tp blom ada anak.
mmg emosi kena kuat. kalau x mmg down sesangat. walaupon sis pjj fateh uwais sentiasa ada disisi. in shaa Allah saya doakan smga ummi dan abi fateh uwais akan duduk sebumbung nanti.aamiin.
biras saya pon pjj dgn adik ipar.
wife kt sp dgn anak
suami kat perak.
cuti dah la x sama.
Bersyukur sbb dpt suami yg ringan tangan membantu kan? klu sorang2 nak urus mmg terkadang kalut jg sis.. kak dulupn hubby byk tolong...:)
ReplyDeleteKmi yg x keja ni pon, bila weekend abi yg takeover. haaa nk jgk cuti x pdn dgn surirmh haha.
ReplyDeletemental & fizikal kena kuat time ni...
ReplyDeletekiera mmg hebat la
mental & fizikal kena kuat time ni...
ReplyDeletekiera mmg hebat la
jadi ibu perlu berdikari . adakalanya mmg kena hadapi masalah anak sendiri .
ReplyDeletekami salute la~sbb kalo kmi pon blom tnt dpt survive bdua ngn anak tanpa suami..kmi pjj tem preggy pon dh nek sasau nih xdpt byg kalo pjj dgn anak yg tgh membesaq..tp insyaAllah xlma lg dpt la rezki dok skali..jgn jemu bdoa eh~
ReplyDeleteinsyaAllah..kiera boleh buat yang terbaik.. bahagikan masa sebaiknya.. :)
ReplyDelete