19 February 2014

Stroller, Car Seat dan Baby Carrier

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ruzz ada tanya ritu pendapat saya pasal stroller dengan car seat bayi nie. disebabkan dah ada pengalaman ape la salahnya saya kongsikan dengan kawan-kawan yang baru mula nak mengintai pasaraya nak servey stroller dengan car seat nie kan. tapi bagi saya baik beli kat kedai barangan bayi. mungkin harganya jauh lagi murah berbanding pasaraya. kalau ada promosi beli je cepat-cepat. jimat yang penting ok!! hihihi


stroller kami memang sebijik macam kat atas tue brand Sweet Cherry. RM399.90 sekupang je lagi nak 400 hinggit. fuhhhh lap peluh menitik. sebab pilih stroller nie handle dia boleh pusing ke depan dan ke belakang. saya pulak jenis yang nak tengok anak, tak suka kalau tak boleh tengok muka dia. mana tau kot dia muak ke atau tak selesa at least kami boleh nampak dengan kadar segera. kang tak pasal pusing stroller tengok anak dah biru. oh maiii. opsss ummi nie memang suka fikir sampai jauh ke depan ngehngehngeh 




alhamdulilah Fateh Uwais pun suka duduk atau tido dalam tue. selesa agaknya. cumanya kami akan lapik bantal kat kepala dia, kalau tak nanti gegar-gegar kepala dia bila kami tolak stroller tue. saya dengan suami aritu pilih stroller yang bakul bawah tue besar. boleh la tumpang letak barang kan. takde la tangan penuh nanti. susah pulak nak tolak stroller. stroller nie boleh baring, sandar dan duduk. dari bayi newborn sampai dia dah besar boleh duduk dalam tue. cuma nak dengan tidak je dia duduk dalam tue bila dah besar dan dah boleh berjalan hihihi.

tapi satu je yang tak bestnya stroller nie bila kami lipat jadi empat segi. tak muat bonet Nurul Iman(viva Elit). kalau boney Myvi atau Saga memang sah-sah muat. jadinya seat belakang tue memang separuh penuh dengan stroller nie je. letak kat bahagian kaki. tegakkan dia. kalau nak beli stroller yang bila lipat jadi melintang pun boleh. senang nak simpan dalam bonet. tak makan ruang banyak dan boleh kendong bila nak kemana-mananya.

car seat Fateh Uwais lebih kurang macam yang kaler coklat tue la bentuknya. car seat kakak dengan abang lang yang bagi. Danial dengan Ika pun dah besar jadi harta turun temurun la pulak. jimat ummi dengan abi. ngehngehngeh :p

                              

kalau nak beli car seat pilih yang ada handle untuk dipegang. senang bila nak bawak kemana. kalau kami makan kat kedai pun. Fateh Uwais akan duduk dalam seat dia sendiri. selamat dan kami pun boleh makan dengan selesa. cumanya seat nie takde mainan. saya dengan abi dia DIY bagi jadi macam fisher price :p mainan yang ada kat playgym dia kami ambik dan gantung kat car seat dia dengan cable tie. jangan la ikat cable tie sampai tak boleh cabut mainan tue. longgarkan sikit dan kita boleh letak mainanan berlainan sepanjang minggu jadi takde la baby bosan tengok mainan yang sama je.  

SCR dan Sweet Cherry tue dari brand yang sama ye ummi!!! dulu ingat lain sebab harga jauh sangat bezanya hahahaha. mula nak ambik SCR sebab roda dia ada tiga. comel sangat!!! tapi bila tengok harga dia sampai RM699 ke RM899 terus cancel. roda empat pun boleh tolak jugak stroller tue!!! ;) tapi bagi mommy yang belum ada car seat boleh kot pertimbangkan stroller macam gambar kat atas tue. 2 in 1 jimat pun jimat. jangan lupa servey harga car seat dulu ye. saya tak beli car seat jadi saya tak pasti berapa nilainya. oh ye aritu promoter stroller tue ada kata kalau car seat jenis saya tunjuk nie. handle seat tue kena beli lain. jadi buatlah pilihan yang bijak ;)


baby carrier nie pun kakak dengan abang lang yang kasi. jimat lagi!! ngehngehgneh untung jadi adik nie :p benda nie sangat diperlukan. kadang kitorang malas nak tolak stroller letak je dalam nie. Fateh Uwais pun selesa. yela kadang dia lebih suka duduk dalam nie dari stroller. kalau dalam nie kami peluk dia. dia dekat dengan kitorang. kalau dalam stroller dia agak jauh. anak manja gitu la :p

eh abi kaki yayang kecik terpeleot tue!!! baby carrier nie saya tak pernah la guna. selalu abi je. sebab tekanan dia lebih dari kendong baby secara manual rasanya. entah, saya pun main teka je. lagipun abi bukan bagi kalau saya offer nak bawak anak dengan baby carrier tue. sebenarnya baby carrier nie banyak fungsi macam gambar saya sharekan kat bawah nie. 


tapi sekarang nie jarang abi nak bagi anaknya tengok depan. asyik kena cuit dengan orang ramai yang lalu. si Fateh Uwais tue pulak gelisah kalau tak boleh tengok keliling hihihihi. sebelum pilih nak beli sesuatu produk servey dulu. jangan segan bertanya cara guna dia macam mana dan apa saja yang mommy nak tau. macam saya. dekat sejam duduk bahagian stroller tue, tanya macam-macam kat promoter yang ada. sampai la saya puas hati baru ambik dan bayar. bukan saya je, suami pun tanya macam-macam yang dia nak tau hihihi. ada je yang murah tapi saya dan suami lebih suka pilih yang berkualiti dan tahan lama. nanti boleh pakai sampai ke adik-adik Fateh Uwais kan ;)

17 comments:

  1. dah lama tak pakai carrier sebab tak larat bawak si syakirah demokk tu... :D

    ReplyDelete
  2. baby seat tu oklah kalau beli, tapi stroller tu mcm x pakai je for KA.. duk usung je anak2 selalunyer x pun en hubby jadi mangsa hehehe

    ReplyDelete
  3. btoi...beli kt supermarket mahai gegila...survey hrga n kegunaan dia yg penting.
    Car seat kami rega RM97...stroller rega RM167...hihihi...tu pon lps diskaun brapa ploh % tah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana beli car seat rm97 sis?? Wah murah nyer...nak beli 1 lah...

      Delete
    2. Rm97?? Wow...murah nyer sis...mana beli?? Nal beli 1 lah... jarang dpt harga murah2...

      Delete
    3. Sis,tgk kat lazada.brand sweet cherry rm96 tgh promo skrg

      Delete
  4. kami dok nak share psl benda ni, dok dlm draft sampai berhabuk hahaha

    ReplyDelete
  5. jimat jiat.....fuhh lap peluh ~ kena kumpul duit dh

    ReplyDelete
  6. eh tak sabar nak beli utk baby sendri hahaha berangan..kne simpan duit dari sekrg ni

    ReplyDelete
  7. mcm mcm kan skrg ni. cma kena pndai pilih j.
    tapi plng suka bby carrier tu.rasa lg selamat.

    ReplyDelete
  8. Salam Kira..
    Fateh Uwais pekabar hari ni??
    setuju dgn Kira & suami..biarlah beli yg mahal sedkit janji ianya tahan lama nak pkai...
    eh! car seat Pa'e nak samalah dgn yg colour coklat tu. Teringat dulu, babahnya suka angkut kesana kemari:)

    ReplyDelete
  9. heeee

    bagusnye entri ni ;)

    vole la nak buat persiapan..

    erk..tawen pon belommm
    hehhee

    x pe,,pengetahuan kan kiera?

    =)

    ReplyDelete
  10. ada baby carrier rasanya lebih mudah sikit dari nak usung stroller kan..

    ReplyDelete
  11. www.magspremiums.com MAGS PREMIUMS Kami adalah syarikat yang berlokasi di Malaysia yang menawarkan pelbagai jenis percetakan korporat & hadiah premium. Percetakan Tshirt, percetakan beg non woven dan banyak lagi!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D