31 March 2014

Doa Yang Tidak Makbul

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

masih berkisahkan PJJ. balik kampung aritu ada la cerita kat mama saya si kecik tue khamis lepas tak berapa nak seronok duduk dalam kereta sementara kami berdua travel ke penang. dari sungai petani dia dah mula buat perangai tak selesa. merengek dan menangis sepuasnya hati dia. mungkin terlampau mengantok tapi dilawannya mata bila saya berhenti di hentian memujuk dia. 

bertambah sedih la hati seorang mama bilamana tau keadaan anak perempuan dengan cucu lelakinya tue. saya cuma boleh pujuk dengan ayat yang sama "mama doakan la untuk ya, doa mama kan senjata terkuat yang ya ada" kata mama "Allah tak makbulkan doa mama lagi". sayu sebenarnya hati saya mendengar. saya tau disudut hati seorang mama, dia nak yang terbaik untuk anaknya. tak nak tengok anak menantu dengan cucu PJJ lagi. tapi kata-kata nie saya pujuk mama dan lebih pada memujuk diri saya sendiri. 

"Bila kamu berdoa, memohon sesuatu dari Ilahi. Sekiranya cepat Dia tunaikan permintaanmu, bermakna Dia sayangkan kamu. Sekiranya lambat, Dia ingin mengujimu. Sekiranya Dia tidak makbulkan doamu, bererti Dia punya perancangannya yang lebih baik, lebih hebat buat kamu. Siapa lagi yang lebih tau apa yang terbaik untuk kamu, kalau bukan penciptamu sendiri?"

ya!! itulah kekuatan saya. saya yakin, 100 peratus yakin Dia Yang Maha Pengasih punya perancangan yang terbaik buat saya, buat keluarga kecil saya. saya yakin ujian kecil yang diberi pada saya tak lain hanya untuk ajar supaya saya jadi kuat. jadi kuat supaya nanti bila diuji dengan yang lebih dasyat saya mampu hadapinya. setiap yang terjadi punya hikmah yang bukan sekarang saya akan nampak. tapi satu hari nanti yang akan terkeluar dari bibir saya. "inilah hikmahnya kenapa Allah uji saya hari tue". terima kasih Allah yang menjadikan saya kuat dan sumber kekuatan pada insan yang bergelar suami dan anak saya.

si kecik tue. dah mula pandai membeli hati abi, dah mula pandai motivate abi supaya jadi lebih kuat berusaha untuk kami tak pjj lagi. malam tadi. bila saya ke kanan abi, dia pulak menghimpit di kiri abi. abi jadi daging burger kat tengah yang tak boleh bergerak ke mana pun. saya tau hati abi makin sayu dan makin kuat untuk kami sekeluarga. 

si kecik, kekuatan Ummi Abi
 

27 March 2014

Semoga Beroleh Kebahagiaan Sahabat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

arini 27 March 2014, Selamat Hari Lahir Sahabat Tersayang, Mummy GK. semoga setiap helaan nafas mendapat keberkatan Ilahi, dikurniakan kesihatan baik berpanjangan, dimurahkan rezeki dapat tukar balik ke perlis, dipermudahkan segala urusan dan berbahagia bersama keluarga tersayang sampai taman-taman syurgaNya.


mesti hari nie hari lebih special dari besday yang lepas kan? sebab sekarang ampa dah ada seorang suami yang sentiasa ada kat sisi tak kira masa. jujurnya kami seronok sangat tengok kebahagiaan ampa sekarang. dan kami tau kebahagiaan tue akan berpanjangan sampai syurga nanti, insyaAllah. jom kita sama-sama jadi bidadari terbaik kat dunia untuk suami, supaya nanti masa kat syurga kita boleh jadi ketua bidadari untuk suami masing-masing. jom jom ;)

Fateh Uwais ngorat abah azrul dia

haaaa lagi satu kan. kalau ada sesape yang gataiiii mulut tanya kat ampa yang baru sebulan dua kawen nie pasal anak, ampa tunjuk je gambo anak ampa kat atas nie kat depa. ampa kata je "haaaa ini la anak cheq, keluar masa bulan 9 aritu" tengok apa depa nak kata hihihihi. tapi dah memang pun budak kecik tue anak ampa jugak kan ;) kan Mummy Gk dengan Abah Azrul. terus naik pangkat jadi abah Azrul lepas jabat tangan tok kadi. hihihihi.

kami pun tak berapa nak ingat sejak bila kita rapat. tapi kami nak ampa tau yang sesungguhnya bersahabat dengan ampa adalah kenangan terindah dalam hidup kami. moga2 kita tak berkelai teruk-teruk, dan bersahabat sampai syurga nanti. kami nak ampa tau jugak yang kami, Nadzri dengan Fateh Uwais yang kacak tue (puji anak sendiri) sayanggggggg ampa dunia akhirat. ampa jangan lupa tue tau.

Muka gatai abah azrul layan dia, cuba kalau tak layan mau bebai hahahaha

ok sebelum kami meneruskan entry dengan kadar sebak. sebelum banjir kat blog nie haaa. baik la kami mengundurkan diri dulu. semoga ampa beronok-ronok honeymoon kat sabah. kalau pi ladang lembu tue nanti jangan lupa pakai baju tebal. kat sana sejuk. kami aritu kat sana la naik demam, sobsssss. ok MummyGk. akhir kata i love youuuuuuu emmuahhhhhh ;)

25 March 2014

Pesan Ustazah : Belajar Apa Yang Suami @ Isteri Suka

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pesan Ustazah : tips rumahtangga bahagia. Belajar apa yang suami atau isteri suka. kalau tak mampu belajar pun jadi pendengar setia setiap kali suami berkongsi kesukaan atau kegemaran dia.

kalau dulu sepatah haram tak paham bila suami cerita pasal dunia trade dia. tergaru-garu kepala setiap kali dia cerita. menguap pun ada kekadang kahkahkah (tak baik betoi :p) tapi cuba la jadi sesetia mungkin mendengar. karang kalau orang lain yang jadi pendengar setia ada pulak yang nak makan hati, beremosi huhuhu

alhamdulilah berkat sabar mendengar dan cuba fokus, dah mula faham apa itu floating, profit, SL, TP, EU, EJ dan bla bla bla. boleh la nak bahas balik bila suami berkongsi cerita. takde la jadi komunikasi sehala yang membosankan. suami pun jadi seronok nak kongsi cerita. cari kita dulu tiap kali nak kongsi sedih atau seronok.

dan dia pun jadi seronok nak dengar bila tiap kali saya berkongsi kegembiraan dan kesedihan proses pam susu. dia pun dah boleh mula paham apa itu demand & supply (ibu2 mengandung paham sangat la bahasa nie). wujudlah komunikasi dua hala yang menyeronokkan.

pernikahan bukan hanya tuntutan seks semata. tapi saling melengkapi antara satu sama lain. saling berkongsi suka dan duka. moga baitulmuslim yang dibina mendapat keredhaan Allah SWT dan kekal mewangi hingga ke taman-taman syurgaNya amin amin amin

tapi kalau share cerita nak pasang pencawang lain memang ada yang berhajat tido kat kaki-kaki lima la gamaknya :p

**baru setahun jagung berkahwin tapi tak salah nak kongsi apa yang baik kan? ;)



mendoakan moga ada keajaiban pada MH370, kuasa Allah menandingi segalanya. bersabar dan bertabahlah pada keluarga mangsa yang terlibat. Allah lebih tahu. Al Fatihah

24 March 2014

Kek Karamel Coklat Moist

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

weekend lepas masa balik ipoh mama ada mintakkan saya screenshot resepi kek karamel yang dia jumpa kat pesbuk. kek karamel antara fevret mama la jugak. selalunya buat kek karamel pandan oren je. sebab pandan oren papa makan la, kalau coklat dia tak berapa nak lalu sangat. tapi tak pakai pun resepi yang mama SS tue haaa

ermm dalam hati kata nie mesti mama teringin nak makan. takpe la saya buatkan, demi untuk mama tersayang. teringat yang Kak Sunah pun pernah buat kek nie dulu terus lelaju bukak pesbuk dia, cari balik gambo tue. jumpa resepi kat link nie. mintak halal resepi ye sis, and tenkiu kak sunah yang share resepi. tapi saya derhaka sikit resepinya sebab tak cukup bahan hihihi.tapi sebelum nak buat kek karamel, buatkan kek pandan untuk papa dulu, karang bisingnya buat kek tapi dia tak boleh nak makan. kita ambik hati dulu, sebab nanti bil letrik papa yang bayar hikhikhik :p


RESEPI KEK KARAMEL COKLAT MOIST :-

Karamel ::

2 sudu besar gula pasir 

- masak atas api. cairkan gula pasir dalam loyang 8x8, ratakan gula ke seluruh permukaan loyang. dah siap biarkan seketika.

Puding Karamel ::

1 cawan susu cair
3/4 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
2 biji telur (putih + kuning)

- kacau semua bahan-bahan kat atas perlahan-lahan, jangan sampai berbuih. guna whisk supaya bahan mudah larut dan sebati.

- tapis bahan dan tuang atas karamel yang dalam loyang tadi.

bakar puding karamel menggunakan kaedah steam bake pada suhu 180C  selama 15 minit. sementara tue siapkan kek coklat moist pulak.

.......

Bahan A ::

1 cawan serbuk koko
1 cawan susu segar atau susu cair
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula kastor
1 cawan minyak masak

- satukan semua bahan dalam periuk, masak atas api. kacau perlahan-lahan guna whisk agar bahan mudah larut dan sebati. guna api perlahan. bila semua bahan dah larut. tutup api dan biar dia rehat sekejap.

Bahan B ::

3/4cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
*semua bahan di atas di ayak

itu resepi yang asal. tapi sebab saya malas nak ayak tepung. beli je tepung kek. senang. hihihi. kalau pakai tepung kek tak perlu masuk soda bikarbonat dan baking powder.

Bahan C ::

4 biji telur

- kalau rajin boleh pukul dengan whisk kalau tak rajin macam saya guna blender je.

.......

- satukan Bahan B dan Bahan C ke dalam Bahan A secara selang seli dan gaul dengan whisk sampai sebati.

- tuang adunan dalam loyang karamel yang dah siap bakar tadi.

- bakar menggunakan kaedah steam bake pada suhu 180C selama sejam atau sehingga masak. suhu bergantung pada oven masing-masing.

- dah masak sejukkan kek. biar kek merenggang sendiri dari loyang. dah renggang terbalikkan dan simpan dalam peti sejuk. makan time sejuk lebih lazattttt

** kaedah steam bake :: tuang air dalam tray oven dan letakkan loyang kek kita atas tray oven tersebut.
 .......

Alhamdulilah kek karamel coklat moist memenuhi selera kami sekeluarga. sebenarnya dah jatuh cinta pada kek karamel coklat moist. bagi saya yang ini lebih sedappppp dari kek karamel yang biasa buat tue. sendiri buat sendiri puji, hikhikhik :p
 

20 March 2014

Ummi Kawal Anak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

ape? sejak bila ummi jadi queen control nie? hewhewhew. takde lah. last week suami ada la cerita MIL kata saya terlalu mengepung anak. maksudnya saya tak biarkan dia lepas bermain seorang diri. bila dia nanges saya angkat. bila nampak dia tak selesa saya ambik letak atas riba. nampak seperti saya terlalu manjakan anak. MIL dah biasa mengasuh bebudak kecik, mungkin cara mama dengan cara saya banyakkkk sangat beza kot itu yang MIL tegur.

saya senyum je dan terima setiap teguran. MIL lebih dulu makan garam dari saya, jadinya pasti dia lebih pakar dalam bab mendidik anak dari kecik nie. niatnya baik, mungkin tak nak anak terlalu manja dan tak boleh berdikari sendiri nanti. saya akui saya manjakan anak dan anak mata saya kawal tiap geri pergerakan dia. semua tue bersebab. sebab yang utama saya tak sanggup nak berjawab dengan Allah kalau-kalau terjadi apa-apa yang mudarat pada Fateh Uwais bila saya terlalu biarkan dia, anak tue amanah Allah. 

saya akui bila Fateh Uwais dah mula nangis saya terus angkat dan pujuk dia. saya memang tak suka biarkan dia menangis dan berhenti sendiri. sebab saya takmau dia fikir menangis adalah cara yang paling terbaik untuk tarik perhatian ummi abi. saya takmau dia mulakan fikiran dia dari kecik "buat hal untuk dapat perhatian" itu sebab utama saya selalu pujuk dan terangkan hal sebenar kenapa itu dan kenapa ini. saya tau walaupun dia masih baby tapi dia dah mula faham setiap hal yang jadi kat sekeliling dia. 

kenapa saya terlalu kawal pergerakan Fateh Uwais? sebab kat rumah MIL ada anak ngasuh kecik yang baru nak masuk 2 tahun. budak umur 2 tahun akal tak cerdik macam akal kita. bagi dia, pijak tangan adik bukan kesalahan, duduk atas adik jugak bukan satu kesalahan, dalam akal dia, semua tue cara untuk bermain dengan adik. kita yang dah ada akal waras nie la kena kawal supaya tak jadi apa-apa yang mudarat. buatnya patah tangan Fateh Uwais sape yang nak menangis meraung dulu? tapi jangan pulak ingat family mertua saya biarkan adik ngasuh tue 'buat' Fateh Uwais. diorang pun kawal ketat jugak hihi.

bila dekat rumah sewa saya memang biarkan Fateh Uwais main sorang diri, explore tiap apa yang dia nak buat. tapi tetap saya kawal sebab apa? sebab kat dalam bilik ada kipas yang boleh jatuh atas dia. walaupun saya teliti setiap benda yang ada dalam bilik supaya tak mengundang bahaya tapi tetap saya kawal dari jauh.

doa sangat moga dijauhkan anak saya dari pape yang mudarat, sebab itu biarlah saya usaha jaga dia sebaik mungkin, usaha untuk mengelak dari bahaya. satu hari nanti kalau jadi pape pada dia. semua akan tanya "apa dah jadi ummi?" "ummi ralit buat apa sampai anak jadi macam nie?" saya takmau masing-masing menunding jari menyalahkan satu sama lain.

anak itu amanah Allah, amanah Allah yang perlu digalas sebaik mungkin oleh ummi abi. insyaAllah sehabis baik ummi berusaha agar ummi tak ditanya diakhirat besok kiranya ummi lalai dan leka. setiap teguran dan nasihat saya terima. yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan :)

4 Tahap Mendidik Anak Mengikut Sunnah Rasulullah SAW

19 March 2014

Fateh Uwais Yang Botak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

"dah bape bulan nie takde rambut lagi?" "bila nak ada rambut nie?" ohhh ketahuilah sentap hati kecik saya nie tiap kali orang persoalkan pasal kebotakkan rambut khalifah kecik Fateh Uwais tue. semua tanya bila dia nak ada rambut =.= ummi kan sensitip kalau bab anak nie tapi botak2 pun ensem oihhhhhh :p

abi cukur rambut dia masa umur 11 hari dan sekarang rambut dia ada. cuma sangat halusssss dan sikit. sweet sangat rambut anak ummi keluar. saya senyum je sebab tahu, bab rambut Fateh Uwais ikut saya. saya dulu masa 3 tahun baru mula rambut tumbuh dengan banyaknya walaupun tak lebat macam rambut orang lain.

tapi hikmahnya Allah jadikan rambut Fateh Uwais macam tue? sebab dia seorang yang kuat berpeluh. tatau la ikut gen sape kuat peluh tue. bila dah berpeluh mudah naik ruam. kesian tengok dia bila dah naik ruam. sebab itulah saya cukup jaga elak dia berpeluh. 

hikmahnya rambut dia lambat tumbuh dan halus kan? bayangkan kalau rambut dia lebat dan berpeluh sakan macam sekarang? tak ke kesian ke budak tue nak menahan gatal beruam. syukur alhamdulilah. setiap kejadian Allah tue bukan untuk mensulitkan hambaNya, cuma jangan banyak soal dan merungut je!!!

sempat saya usik abi. "esok anak takde bulu dada, takde bulu kaki la, dah ikut ummi" suami gelak je. hewhewhew :p sekarang dia dah pandai garu kepala sendiri, rambut dah mula banyak gatal la kot. tapi sangattttttt comel tengok jari gebus dia menggaru. ahhhhhh melting ummi!!!!!

18 March 2014

Panjat?!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


ada sorang budak tue kan, baru je dapat menjulur ke depan. merangkak belum lagi baru belajar2 angkat badan. duduk sendiri pun tak pandai lagi dah ada hati nak panjat katil =.= opah dengan abi dia pun terkejut bila ummi cerita semalam. ditariknya ujung-ujung tilam, nak memanjat naik atas katil. mak dia cerita semalam, kaki meja pun dah dipeluknya, nak panjat jugak letewww. agaknya dia rasa kaki dia dah cukup kuat kot, tue yang sakan nak memanjat.


port fevret dia. duduk ujung sana kalau dah bosan selerakkan box mainan, pusing belakang tarik laci almari. pandai dah bukak tutup banyak-banyak kali. badan tinggi je angkat bila dah dapat buat macam tue. nak masuk dalam laci ke anak? ingat awak doraemon ke??? huuu memang dah tak boleh tinggal sangat la baby Fateh Uwais sorang nie. nak kena sendal dengan pape la laci tue kalau tidak terkepit jari jenuh ummi.


kalau nampak bola kepala boleh pusing 360 darjah. seronok bila tengok dia main bola, sampai abi pun surrender la, penat nak kejar bola. anak tak penat-penat lagi hahahaha. paling syok tengok dia layan bola kat tivi. memang geng abi la nie. anak laki kan ;) membesar dengan sihat dan cergas ye sayang. ummi hepy sangat tengok setiap perkembangan awak. syukur alhamdulilah

17 March 2014

Pengasuh Fateh Uwais

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

entry saya semalam ada saya kata "bila kita redha insyaAllah Allah pasti permudah" mungkin Allah belum permudah saya dengan suami untuk tinggal sekali. tapi Allah banyak mudahkan urusan saya yang bersendirian bersama anak di daerah Alor Setar ini. 

antaranya dalam urusan saya mencari pengasuh pada anak kesayangan kami. Alhamdulilah dalam 30 minit je saya mencari pengasuh dan terus dapat. saya cari pengasuh sebelum cuti bersalin lagi. dalam keadaan perut masih berboyot-boyot. awal-awal dah doa moga Allah murahkan rezeki saya dapat pengasuh yang rumahnya sederet dengan rumah sewa saya. senang nak anto anak pepagi.


Allah tue kan Maha Kuasa, Dia dengar doa saya. sebelum nie Kak Anna, kakak sekerja anto anak dia dekat Kak Mah yang duduk sederet dengan rumah saya nie. bila saya tanya katanya dah ramai sangat anak ngasuh. tapi dia suggest kan Kak Nurul pada saya. Kak Nurul kawan baik dia, mengasuh jugak. Alhamdulilah Kak Nurul sudi terima, ada sorang je yang dia mengasuh masa tue, syukur Allah permudah. selang 7 bijik rumah je dari rumah saya. Fateh Uwais tak sempat panas montot pun dalam car seat dah sampai rumah pengasuh hihihihi.

bersyukur sangat ditemukan dengan Kak Nurul. baik orangnya. puas hati tengok dia jaga khalifah kami. teliti dan bersih. jaga macam jaga anak sendiri. itu yang setiap parents nak dari pengasuh. nak tinggal pun tak susah hati. lagi satu dia mesti suruh saya balik mandi solat dulu baru ambik anak, mungkin kesian ke saya yang sendirian jaga anak kat rumah kot. 

masa Fateh Uwais demam dulu pun dia jalan kaki anto kan nasi ayam ke saya. katanya takut saya tak sempat nak masak pape. dengan anak merap lagi. dia faham. oh terharunya saya. tengok, Allah permudahkan lagi sekali kan? bersyukur sangat. bila Fateh Uwais dah mula makan pun berkali-kali dia ingatkan saya, jangan la bagi nestum. tak elok kandungannya. dan dia tak kisah bila kena panaskan makanan dengan susu yang saya bekalkan setiap hari. "Nikmat tuhanmu yang manakah yang Engkau dustakan?" Allahhurabi. terus saya teringatkan petikan kata dari Al Quran Nur Karim itu.

dan mujur lah Allah gerakkan hati saya nak cari pengasuh awal-awal sebelum cuti bersalin. katanya lepas je saya tanya ramai yang mintak dia mengasuhkan anak diorang. tapi dia tolak. tak berani nak ambik reramai katanya. cukup la Fateh Uwais dan Ixara sahaja. Alhamdulilah Fateh Uwais ditemukan dengan mak yang baik. moga dia tak lupa setiap jasa mak mengasuh dia. walaupun hanya pengasuh.

selalu mama, kakak saya dengan Kak Anna tue pesan. dah jumpa pengasuh yang baik jangan berkira. kalau pergi mana-mana, belikan buah tangan. balik kerja sekali sekala belikan kuih. kalau nak raya bagi la duit mengasuh lebih sikit. dan macam-macam lagi yang seumpamanya. kita nak orang jaga anak kita elok. kita jagalah pulak hati orang tue. insyaAllah mesti semuanya baik-baik aje ;)   

16 March 2014

Nota Cinta

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


pagi selasa lepas dapat noted kasih sayang nie kat wassap. oh terus berbunga hati dan perasaan ummi nie hihihi. ketahuilah bukan setiap masa insan yang bergelar isteri mahukan hadiah yang mahal-mahal, bercuti jauh-jauh. tapi dengan kata nota yang ringas pun dah mampu buat tersenyum riang ria sepanjang hari.

terima kasih suami atas nota cinta ini. terima kasih kerana sentiasa tahu erti menghargai. moga kasih sayang kita berpanjangan hingga jannah. saya sentiasa sayang awak sampai ke taman-taman syurga insyaAllah. amin amin

PJJ tue walaupun perit tapi tetap indah. umpama tangisan dalam senyum gitewwwww. bertabahlah pada semua yang melaluinya. berseronoklah dengan ujian itu. insyaAllah takkan ada rasa payah dalam semua derapan kaki. berdoalah moga dipermudah dan dimurahkan rezeki dapat duduk sekali. tersenyumlah tika melaluinya peritnya ujian. insyaAllah bila kita redha pasti Allah permudah. amin amin ya rabbal alamin :)

Bottle Warmer My Dear

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


baru-baru je beli bottle warmer nie. masa awal bulan Februari baru nie. dah lama pasang niat nak beli tapi sebab kekangan masa dan banyak faktor lain asyik tertunda je. masa nak beli pun jenuh pening nak pilih yang mana satu. sekarang nie ada banyak jenis bottle warmer tapi kami pilih brand My Dear RM79. tapi beli kat kedai baby Cute Baby Enterpraise Kepala Batas dapat diskaun 20% tak silap aritu.

cara menggunakan bottle warmer :- rasanya semua bottle warmer pun sama je cara guna dia. kami aritu konpius la jugak. bila google baru tau.

untuk panaskan susu yang dah cair ::

- masukkan air biasa sebanyak 110ML dalam warmer tue. pasang plug, letakkan botol atas air dan pusing penunjuk arah ke 40'C

untuk panaskan makanan bayi ::

- masukkan air biasa sebanyak 110ML dalam warmer. pasang plug dan pusing pada 70'C

susu ibu yang simpan dalam peti sejuk beku biarkan cair secara semulajadi untuk kekalkan kualitinya. seeloknya panaskan susu 15 minit sebelum diberi pada baby. boleh tinggalkan susu dalam warmer selama sejam tanpa off warmer. 

selagi penujuk arah masih di suhu 40'C selagi tue susu bertahan suam. 40'C adalah suhu yang paling ideal dengan suhu susu ibu sendiri. 

untuk makanan baby yang simpan dalam peti sejuk beku seeloknya biarkan cair dulu. tapi kalau nak bagi pengasuh biasanya saya keluarkan dari sejuk beku dua hari. makanan ambik masa sikit nak cair berbanding susu.

kalau lampu warmer dah padam jangan risau susu masih diparas suhu 40'C atau 70'C. 

13 March 2014

Nak Pergi Mana Tue?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



sejak-sejak dah pandai angkat badan goyang-goyang badan nie kemain lagi si kecik Fateh Uwais nak menjelajah kawasan. semalam tinggalkan dia sekejap sementara saya pergi dapur sedar-sedar dah ada kat celah antara katil dengan almari tue haaaa. bila dia tarik lemari, terbukak terus tutup cepat-cepat sementara mata tengok ummi. takut ummi marah letewwwww


saja saya biarkan dia main, explore benda ape yang dia nak buat. sambil-sambil tue duk perhati jugak segala aktiviti dia, risau la nanti jadi pape tak elok. ummi jugak yang nanges nguuu. dan saya saja biar dia letih main, nanti bila dia letih mesti dia cepat tido hewhewhew. 

tengok-tengok si kecik nie dah sampai ke hujung tue haaa. nak masuk tepi almari tue pulak. sebenarnya situ tempat saya sidai baju. sebab tue la dia suka masuk situ, nak main kain yang gantung-gantung. nak buat bahan cuk cak dia. bila ummi pun dah letih. angkat dia terus bagi tido. sekejap je nyusu. terus Zzzzzzz lena tak sedar apa. Alhamdulilah.

moga membesar dengan sihat dan cergas yayang ummi abi. jadi anak soleh ye. amin amin

12 March 2014

Cucuk 6 Bulan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulilah ahad lepas selesai bawak si Feteh Uwais pipi pau tue cucuk 6 bulan. lepas nie rehat sat dari kena cucuk. 12 bulan nanti pulak baru nak cucuk pun. abi kata "memang ummi tak boleh nak bawak anak datang klinik sorang-sorang, tak reti diam"

memang pun. seminit tak diam. tapi syukurlah anak memahami kudrat ummi :p dia takmau kat ummi lelama. seminit dua ummi pegang mesti dia tarik baju abi balik suruh dukung dia, layan dia. paling dia syok abi duk timang dia atas kaki abi. jerit-jerit suka. 


dah tue perhati orang ramai yang ada kat klinik tue. buat muka pelik bila ada baby atau budak-budak nangis. eleeehhhh awak tue kalau nangis orang tak pelik pulak ke babyyyyy???? berat dah 8.1kg. alhamdulilah graf berat yang cun. dapat la nasihat pasal pemakanan dan penjagaan baby dari nurse. 

yang best kat Klinik Kesihatan Kuala Kedah nie. ada nurse yang ditugaskan untuk jaga satu2 kawasan. memang nurse tue jela yang akan layan kita setiap kali ada check up. jadinya senang dia tau perkembangan bayi bawah jagaan dia. bila setiap kali check up dengan nurse yang sama Fateh Uwais pun jadi mesra terlebih.


masuk jarum nak cucuk langsung tak menangis. bila ubat tue jalan masuk dalam kulit terus jerit nangis. tapi sekejap jela. lepas tue boleh dah lompat-lompat balik. ummi je yang bila kena cucuk sampai tak boleh nak angkat tangan. anak tue relaxxxx je. drama ummi nie kihkihkih :p

11 March 2014

Boleh Makan Dah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

sebenarnya kami berdua, ops bukan kami berdua je kitorang satu family tak sabar tunggu Fateh Uwais 6 bulan. nak bagi makanan ke dia. bukan apa sian tengok dia tiap kali tengok orang makan. pandai pulak buat bunyi mulut mintak kat orang, sape jela yang tak rasa simpati kat dia tue. hanya ummi dengan abi je yang paling gigih menahan rasa dari bagi ke dia makanan. 

sesape je nak beli kan makanan baby kat dia ummi tak kasi. tokma beli kan biskut ummi tak bagi dia makan. opah nak bagi dia makan ummi bising. haaa gitu la gigihnya ummi menahan sesape pun demi perut comel anak ummi tue. huuuu

dan dah cakap dekat suami takmau bagi nestum atau makanan segera untuk baby yang banyak jual kat pasaraya tue. kakak belikan biskut untuk Fateh Uwais pun jenuh kelebek bahan-bahan yang ada tulis kat kotak tue takut tak lepas QC ummi. ngehngehngeh. takmau bagi nestum dengan semua-semua tue bukan apa. kadang banyak kandungan gula garam perisa pewarna yang dibenarkan. tak bagus untuk perut baby yang belum matang, nanti kalau sakit atau ada pape tak kena. kesian ke baby pau tue dan orang lain akan tanya "apa ummi dah bagi?" see sape yang akan dipersalahkan nanti? mujur la mak ngasuh dia pun tak setuju nak bagi nestum ke baby.

ummi lebih suka ummi sendiri yang sediakan makanan untuk Fateh Uwais Khalifah ummi tue. makanan pertama yang masuk perut dia secara eksklusif, puree. tapi puree ape nak buat untuk pertama kali nie? jenuh buat keputusan. akhirnya sabtu 1hb aritu buat puree kentang kat dia. tak susah pun. kupas kulit kentang, bersihkan, rebus dan blender. siap. buat sesiap stok untuk seminggu senang. simpan dalam peti sejuk beku. saya pernah google nak tengok perot anak tahan atau tak dengan satu-satu makanan kena bagi dia makan benda yang sama 4 hari. lepas tue baru tau dia tahan atau tak.


makanan pertama baby Fateh Uwais. puree kentang. suami dah ingatkan jangan tambah garam atau gula dalam puree. biar tawar takpe. asalkan bersih dan original rasa masam manis buah. dia bukan reti ape sangat. nanti tak pasal obesiti budak tue. dan lagi satu nanti kalau dah biasa makan makanan ada rasa masin manis dari garam gula nie, dia takmau pulak makanan baby yang rasa manis buah tue. Alhamdulilah suami memahami dan sehati sejiwa dengan ummi untuk beri yang terbaik pada anak. walaupun tawar tapi dengan berselera Fateh Uwais makan. siap marah lagi bila lambat suap. hahahahaha memacam.


jumaat lelaju ajak abi pergi pasar malam cari buah epal. nak buat stock puree untuk buah hati kecik tue. atas tue stock puree epal untuk seminggu. oh tak cukup banyak tue je ye achik-achik semua. Fateh Uwais nie sukaaaa makan. abi suruh tambah buat puree carrot, elok untuk mata anak katanya. pun ummi layan je. cuma tak masuk dalam gambo jela hihihihi. semoga membesar dengan sihat selamat dan seronok anak ummi sayang.

10 March 2014

Sabarlah Wahai Hati

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

samada petang ahad atau sebelum subuh hari isnin tugas kami dua beranak hantar abi ke shahab perdana untuk pulang ke seberang jaya. memasing ada kerjaya yang menuntut untuk kami sentiasa bersabar dan berdoa moga dipemurahkan rezeki untuk tinggal sekali. setahun 4 bulan genap hari nie. alhamdulilah segala ujian dan cabaran mampu kami hadapi bersama. syukur yang teramat sangat.


yang paling gembira bila abi ada disisi tentu sekali sikecik Fateh Uwais tue. bila ada abi, dia akan peruntukkan masa sebanyaknya bersama abi. merap dengan abi. main dengan abi. bagi tangan kat abi. sentuh kulit abi. semuanya abi. dan saya hanya biarkan. jauh kat sudut hati sebak bila tengok bersinarnya mata anak, manisnya senyuman anak setiap kali mata terlihat kelibat abi. hanya Allah yang Maha tahu. saya tahu dia seronok berjumpa abi. 

saya? hanya Allah jugak yang maha tahu bagaimana berbunganya hati dan perasaan seorang isteri bila ada suami disebelah. masa tue la nak manja. masa tue la nak cerita semua benda. masa tue la nak bagitau itu ini. masa tue la nak belek muka suami. semua masa tue. masa sedikit yang berusaha menjadikan masa berkualiti kami.

suami? semua suami perlukan bidadari disisi sepanjang masa. berjayanya seorang lelaki kerana wanita dibelakangnya bak kata pepatah. saya tahu hati suami jugak kosong separuh tanpa kami. saya tahu suami jugak menghitung hadirnya Khamis untuk bertemu kami. saya tahu lelaki itu juga punya perasaan rindu yang cukup kuat. saya tahu seorang yang bernama Nadzri itu sedang kuat berusaha agar kesayangan hati keduanya ada didepan mata.

orang kata "elok-elok nanti dia bukak cawangan kedua kat sana" orang kata "kerja ada dimana-mana, rezeki kat mana pun sama" orang kata "biar gaji sikit janji boleh duduk sekali" orang kata "tak nak mintak tukar ke?". biarpun ada yang bergurau ada yang serius. tapi percayalah pedih dan perit untuk kami yang melalui nie mendengar dan menelan.

hanya Allah Yang Maha Mengetahui apa yang tersirat disudut hati hambaNya. hanya mampu berdoa moga Allah terus segarkan bunga cinta kami hingga ke jannah. moga Allah titipkan kesabaran dan ketabahan yang tinggi dalam hati kami. moga Allah kuatkan iman kami. moga Allah murah rezeki dan permudahkan jalan yang kami lalui. amin ya rabbal alamin

terima kasih keluarga dan sahabat yang faham dan mendoakan kami. terima kasih suami yang selalu kuatkan saya. terima kasih Allah atas ujian ini yang sememangnya mendekatkan lagi diri dengan Mu. setiap kejadian punya hikmah yang akhirnya nanti saya percaya akan mengukirkan senyuman di bibir hingga ke akhirnya amin amin.

Usaha Banyakkan Susu Demi Fateh Uwais

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

sebelum mengandung lagi dah niat nanti bila ada anak kalau dimurahkan rezeki nak susukan dia sampai umur 2 tahun. biarpun campur dengan susu formula tetap nak susukan sampai umur 2 tahun. itu kan hak dia. lagipun nak bagi susu yang terbaik untuk hero berani sorang tue. 

masa baru bersalin susu saya bukan terus ada banyak. sejam setiap kali satu sesi Fateh Uwais menyusu. sampai saya tertido-tido tiap kali susukan dia tue. nampak macam dia tak puas dan lambat kenyang. tapi tetap set dalam kepala. banyak susu!! banyak susu!! lepas berurut alhamdulilah susu keluar banyak menitik2 sampai bengkak bila susu tak keluar. mungkin aliran dia tak lancar lagi kot sebelum mengurut. tapi bila saya pam lambat-lambat je dia keluar. dapat la dalam 2oz macam tue huuuu sedih dah.


suami pun suggest la ambik makanan tambahan ESP Shaklee tue. servey-servey harga termurah jadi kami ambik dengan kawan dia. harga kawan-kawan katanya. Alhamdulilah lepas ambik ESP susu makin banyak dan Fateh Uwais dah tak menyusu lelama lagi. kejap je lepas tue dia tolak sendiri. bila sendawakan tudiaaaaa punya kuat belahak hihihi. masuk nie dah 3 botol ESP tue saya minum.


lepas tue bila bulan Disember nampak susu dah makin kurang. alamak dah susah hati balik. hari tue suami suruh ambik ESP dengan Alfalfa macam yang kawan dia suggest tapi saya kata tunggu dulu, kalau tak perlu ambik Alfalfa takyah la membazir. tapi lastnya saya kecundang jugak. pesan Alfalfa dengan kawan dan alhamdulilah susu keluar makin banyak dari yang sebelumnya. hari-hari mesej bagitau suami kegembiraan hati. hihihi. tapi ada masanya susu kurang dari hari-hari biasa, bagi saya itu normal kalau esok atau lusanya susu meriah balik. 

lagi satu saya amalkan banyak minum air suam dengan air kosong. dan makan makanan berkhasiat serta protein. selagi boleh makan, makannnn. takde istilah diet masa menyusukan anak nie. kalau tak makan nanti takut susu kurang dan nanti badan menggeletar pulak bila anak menyusu. dapat gastrik tak pasal je nanti. biskut dan roti dengan saya memang kawan baik. jarang la berpisah. kalau pergi mana-mana dalam kereta mesti ada spare biskut.

dan kata kawan elakkan minum air ais takut nanti susu cepat kering. mak sedara suami pulak pesan setiap kali menyusukan atau pam susu baca surah Al Kausar dan niatlah supaya Allah banyakkan susu seperti mana banyak air telaga kausar milikNya. banyak lagi sebenarnya cara nak banyakkan susu ibu nie. tinggal cari, usaha dan doa banyak-banyak je. semoga berjaya uolss ;)

satu yang perlu diingat ini hanyalah makanan tambahan, macam saya sebelum nie duk fikir tak ambik benda nie susu kurang. suami suruh buang fikiran tue jejauh dari kepala. sebenarnya memang betol pun. bila 4 hari lebih tak ambik ESP susu banyak je macam biasa. okey ummi ngaku khilaf ummi. ampuni saya Ya Allah. diri yang kerdil yang banyak salahnya.

06 March 2014

Ummi Lukakan Anak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

kejadian nie sebenarnya berlaku masa kami ke kenduri kak Sunah kat Bintulu dulu, bulan disember tahun lepas punya cerita nie. baru sekarang teringat nak cerita tue pun lepas baca entry Jusiza. peram punya lamaaa hahahaha


Fateh Uwais nie dalam kereta ke kat mana ke memang seminit tak diam. aktif kemain. sedar-sedar je dengar dia meraung siap tersenguk-senguk lagi. jenuh pujuk lamaaaa baru dia benti. jenuh saya dengan suami fikir pasal ape dia nangis. tengok-tengok nampak darah kat peha dia. dalam gambo nampak sikit realitinya panjang la jugak garisnya tue. aikkkk dari mana datangnya, mesti sebab nie yang dia nangis tadi. Fateh Uwais nie selalunya kalau sakit je baru dia nangis, kalau sikit-sikit tak jejas kulit dia, buat tatau je.

rupanya jam ummi puncanya. nampak besi kat jam tue tercongek dari asalnya. memang tajam besi tue. kalau sesaja nak calarkan tangan sendiri nak rasa sakit ke tak memang seriau la. terus rasa bersalah yang amat. mintak maaf berkali-kali kat pipi pau tue. abi terus-terusan ingatkan ummi jangan pakai jam tue dah bila ada anak. tapi abi tak salahkan ummi la. bila ummi buat muka simpati terus abi pujuk sambil tepuk ubun-ubun. haaaa giteeewwwww :p

tapi sungguh la perasaan bersalah tue sampai ke hari nie ada lagi. begitulah kasihnya ummi ke baby Fateh Uwais nie. besok kalau besar takmau dengar cakap ummi, ummi calar lagi kuat peha awak tue ok!!!! hewhewhew :p

05 March 2014

Gegeh Menyusukan Fateh Uwais

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

setiap orang mesti ada dugaan dan ujian masing-masing dalam nak beri susu ke anak sampai cukup 2 tahun. macam saya dugaan tue datang bila saya dah mula bekerja. sebelum start kerja balik alhamdulilah Fateh Uwais memang dapat susu ummi sepanjang masa. tapi bila dah start kerja ada dugaannya.

dugaannya bila posisi saya di ofis yang berkhidmat di kaunter pelanggan. paham jela bila bekerja di kaunter. tak boleh nak tinggal kaunter selagi jam tak lunch hour atau habis office hour. setiap kali nak pam susu kena mintak tolong kengkawan ganti. terima kasih sesangat pada kengkawan yang sudi ganti saya setiap kali saya mintak tolong. moga Allah luaskan rezeki kalian dan permudahkan urusan kalian. amin

dan lagi satu dugaan masa dah nak habis cuti bulan November dulu si Fateh Uwais tue takmau susu botol pulak dah. macam-macam jenis puting yang saya cuba bagi semua dia tolak. siap bebai lagi bila saya paksa. garu pala jugak la, rasa nak nangis je bila tengok anak bebai teruk-teruk tue.


Fateh Uwais nie jenis yang tak reti minum pakai puting biasa, dia mesti macam nak muntah. saya ada la ajar jugak sebab puting tue kan murah dan senang cari, hihihi tapi sebab dia tau ummi abi kerja untuk bagi yang terbaik kat dia, dia takmau pun puting lain selain Tommee Tippee. huuu nanges ummi. takpe la nak, janji awak boleh minum pakai botol tu dah cukup besar buat ummi. sesape yang anaknya tak reti minum pakai puting biasa tue boleh cuba brand Tommee Tippee nie. sebab brand nie puting botol tue seakan nipple ibu. aritu tengok Big Apple kat alor setar buat offer sebotol RM19.90 terus tarik dua botol. beli yang 10oz terus senang. nanti dia dah besar tak payah beli lain. hikhikhik :p

04 March 2014

Melekat Dengan Abi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


setiap kali abi balik kerja macam tue la dia. melekat je dengan abi. ummi nie tak pandang pun. takmau pun kat ummi. kalau abi lalu tepi dia tapi tak ambik boleh merajuk tue =.= boleh bebai 5 minit kalau abi lambat ambik dia. geram je rasaaaaaaaa. tambah pulak kalau hari khamis lagi kuat dia melekat dengan abi. dah tau erti rindu baby Fateh Uwais nie. yela khamis baru dapat jumpa balik setelah berpjj 4 hari kan nguuuu. sian ke anak. sabar ye anak doa moga abi cepat-cepat boleh pindah duduk dengan kita


duduk teman abi sambil buat part time pun takpe asalkan abi. tido pun nak abi yang tidokan. ummi nie pandang sebelah mata jela. duduk la kat celah ketiak abi dia. tapi bila dah lapar tue tau pulak nak cari ummi, kalau tidak tue menyombong je!!!

Main Langsir

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Fateh Uwais nie memang suka tengok langsir bergerak. bukan je langsir. kalendar kalau kena tiup angin, kipas yang baru nak berpusing atau baru tutup. ape jela pun kalau bergerak dia suka tengok hatta sawang sekalipun :p sampai gelak sensorang dia kekadang tue. 

elok pulak langsir kat bilik kami rumah mama papa tepi katil. tingkap bilik rendah langsir pun rendah la. dapat la dia main kat situ. ralit duk main dalam tue. ummi abi nyembang pun dia tak heran. selalu kalau kami berdua sembang dia yang paling sibuk sekali.


sedar-sedar je dah bergulung dalam langsir. hahahahaha ntah macam mana jadi macam tue kami pun tatau. gelak je dengan perangai dia sorang nie. habis hati letewww dapat main langsir dia tue. sabar jela. cuaca panas sekarang nie abi bogelkan anak teruna tersayang dia tue.

03 March 2014

Fateh Uwais 6 Bulan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

ENAM

Alhamdulilah 6 bulan dah baby Fateh Uwais ummi abi nie. makin manis senyuman tue. makin bertambah manis bila ummi dah mula suap makanan ke mulut dia. kemain pandai makan tue siap lidah kuar lelaju lagi bila nampak sudu tue dah nak sampai ke mulut. hihihi nanti saya share makanan ape yang pertama kali masuk ke mulut dia secara eksklusif.

dah 6 bulan nie makin ligat berpusing memandangkan skill pusing 360 darjah dah lama dia dapat. sekejap je dah nampak dia datang dekat. merangkak menjulur belum lagi. sedang kuat berusaha nampaknya. tapi badan dah angkat tinggi macam nak merangkak. paling nampak dia gigih berusaha nak bangun duduk. duduk??? ye dia sangat gigih nak duduk sendiri macam dah besar sangat je =.=

sekarang dah pandai dengki. dengki bila ummi dekat dengan abi. dengki ummi dukung abang danial. dengki opah dengan angah dukung abang danial. seronok tengok gelagat dia balik kampung baru nie. abang Danial dengki dengan dia. dia pun dengki dengan abang danial. hihihi memacam anak-anak nie.


botol pun reti pegang sendiri. masa dia 4 bulan dah mula reti sebenarnya. abi dia la ajar pegang botol sendiri tue. anak pun pasrah jela pegang sendiri tapi kadang tak leh harap jugak, takut susu atau air masak tue masuk ke idung tak pasal je nanti.