Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
sebelum mengandung lagi dah niat nanti bila ada anak kalau dimurahkan rezeki nak susukan dia sampai umur 2 tahun. biarpun campur dengan susu formula tetap nak susukan sampai umur 2 tahun. itu kan hak dia. lagipun nak bagi susu yang terbaik untuk hero berani sorang tue.
masa baru bersalin susu saya bukan terus ada banyak. sejam setiap kali satu sesi Fateh Uwais menyusu. sampai saya tertido-tido tiap kali susukan dia tue. nampak macam dia tak puas dan lambat kenyang. tapi tetap set dalam kepala. banyak susu!! banyak susu!! lepas berurut alhamdulilah susu keluar banyak menitik2 sampai bengkak bila susu tak keluar. mungkin aliran dia tak lancar lagi kot sebelum mengurut. tapi bila saya pam lambat-lambat je dia keluar. dapat la dalam 2oz macam tue huuuu sedih dah.
suami pun suggest la ambik makanan tambahan ESP Shaklee tue. servey-servey harga termurah jadi kami ambik dengan kawan dia. harga kawan-kawan katanya. Alhamdulilah lepas ambik ESP susu makin banyak dan Fateh Uwais dah tak menyusu lelama lagi. kejap je lepas tue dia tolak sendiri. bila sendawakan tudiaaaaa punya kuat belahak hihihi. masuk nie dah 3 botol ESP tue saya minum.
lepas tue bila bulan Disember nampak susu dah makin kurang. alamak dah susah hati balik. hari tue suami suruh ambik ESP dengan Alfalfa macam yang kawan dia suggest tapi saya kata tunggu dulu, kalau tak perlu ambik Alfalfa takyah la membazir. tapi lastnya saya kecundang jugak. pesan Alfalfa dengan kawan dan alhamdulilah susu keluar makin banyak dari yang sebelumnya. hari-hari mesej bagitau suami kegembiraan hati. hihihi. tapi ada masanya susu kurang dari hari-hari biasa, bagi saya itu normal kalau esok atau lusanya susu meriah balik.
lagi satu saya amalkan banyak minum air suam dengan air kosong. dan makan makanan berkhasiat serta protein. selagi boleh makan, makannnn. takde istilah diet masa menyusukan anak nie. kalau tak makan nanti takut susu kurang dan nanti badan menggeletar pulak bila anak menyusu. dapat gastrik tak pasal je nanti. biskut dan roti dengan saya memang kawan baik. jarang la berpisah. kalau pergi mana-mana dalam kereta mesti ada spare biskut.
dan kata kawan elakkan minum air ais takut nanti susu cepat kering. mak sedara suami pulak pesan setiap kali menyusukan atau pam susu baca surah Al Kausar dan niatlah supaya Allah banyakkan susu seperti mana banyak air telaga kausar milikNya. banyak lagi sebenarnya cara nak banyakkan susu ibu nie. tinggal cari, usaha dan doa banyak-banyak je. semoga berjaya uolss ;)
satu yang perlu diingat ini hanyalah makanan tambahan, macam saya sebelum nie duk fikir tak ambik benda nie susu kurang. suami suruh buang fikiran tue jejauh dari kepala. sebenarnya memang betol pun. bila 4 hari lebih tak ambik ESP susu banyak je macam biasa. okey ummi ngaku khilaf ummi. ampuni saya Ya Allah. diri yang kerdil yang banyak salahnya.
satu yang perlu diingat ini hanyalah makanan tambahan, macam saya sebelum nie duk fikir tak ambik benda nie susu kurang. suami suruh buang fikiran tue jejauh dari kepala. sebenarnya memang betol pun. bila 4 hari lebih tak ambik ESP susu banyak je macam biasa. okey ummi ngaku khilaf ummi. ampuni saya Ya Allah. diri yang kerdil yang banyak salahnya.
rezeki uwais..... insyaAllah !!!
ReplyDeletek.zai pon ambik ESP & alfafa tu.Wlaupon cmpur2 susu tp tetap nk gak bg dia susu bdn wlaupon x brapa byk sgt
ReplyDeleteKawan akak pun ada minum ESP & Alfafa ni Kira..mmg berkesan..InsyaAllah murah rezeki Fateh Uwais ya..:)
ReplyDeleteAlhamdulillah. Rezeki fateh uwais. Yg penting think positive. Jgn fikir susu kurang, memang kuranglah susu tu. Just fikir susu banyak...banyak lah dia. YG penting air masak kena minum 3 liter sehari...hehehe...
ReplyDeleteAssalam...bole tau pengambilan esp dan alfalfa tu bila perlu...sy nk susu banyakkk utk ank sy..tq
ReplyDelete