01 April 2014

Box Mainan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


selalunya kalau saya buat kerja lain tak tengok budak kecik tue sangat, saya bukak sesiap penutup storage box mainan dia. tapi tak keluarkan mainan. nak tengok apa yang dia boleh buat dengan box tue. nak tengok sejauh mana sel-sel otak Fateh Uwais berhubung :p

mulanya dia akan panjat dulu, bila tak boleh terbalik lah box tue dapat kat dia. boleh senyum tengok ummi pulak tue bila dah berjaya grrrrr geget idung awak sat lagi baru tau :p semalam sibuk nak masuk dalam tue. masukkan kepala dulu sambil keluarkan semua mainan dia. marah-marah bila tak boleh nak lepas. terhantuk kat box tue pun tetap gegeh jugak nak masuk.


ummi geram, ummi letak dalam box tue. kemain lagi suka. muat-muat aje box tue dengan dia. besar sikit lagi tak boleh acah-acah main duduk dalam tue dah hihihi. makin besar makin panjang akal. makin pandai ambil hati, makin pandai bermulut manis. makin pandai beli hati ummi abi.


pagi tadi masa saya sibuk siap. dia datang kejar, tangkap kain saya. tarik-tarik. bila saya pusing sebut cakkkk!!! terus gelak mengekek. ada je benda yang dia buat nak bagi ummi senyum. kalau dulu bila jauh dengan abi, duduk sensorang sambil usap perut. sekarang dah ada budak kecik yang boleh ajak main. ummi bahagia ada awak yayang kecik. 

10 comments:

  1. makin bijak dia skrg..best nya ada anak kan..tumpang bahagia, senyum baca entry gambar uwais.

    ReplyDelete
  2. alohh comel nyer kamuu..meh sini la aunty nak kiss bnykbnyk!!

    ReplyDelete
  3. paha tu...hiris buat kebab baru tau!

    ReplyDelete
  4. tu dia.. mula dah aktif sungguh lah !

    ReplyDelete
  5. comeynya dia dok dlm box tu...gewammmm

    ReplyDelete
  6. geram nengok dak Uwais ni..
    sabarlah ye Uwais.. sampai masa nanti hari2 boleh peluk gomol dengan abi pulak.. ;)

    ReplyDelete
  7. Tomeinya dok dalam box tu. Geram betul tgk Fatih Uwais ni tau ☺

    ReplyDelete
  8. alahaiii jatuh hati ciksu tgk uwais ni :)

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah.
    pandai uwais jaga hati ummi ye.smga ummi terus tabah.

    comey pilok dduk dlm box tu.hihi

    ReplyDelete
  10. training nk semunyik la tu kalo ummi bebel nnti hahahha

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D