08 April 2014

Fateh Uwais #7 Month

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ya Allah cepatnya masa berlalu. dalam tak sedar dah 7 bulan si kecik nie hadir memeriahkan keluarga kecik kami. sesungguhnya kehadiran dia mengubah 360 darjah kehidupan kami berdua. yang pasti ummi abi sentiasa tersenyum sepanjang hari dengan keletah awak sayang. 

1 April 2014 - 7 Month


Alhamdulilah 7 Bulan nie. Fateh Uwais dah mula pandai duduk sendiri. duduk pun dah stabil. yang lawaknya. hari tue masa abi dia tido kat belakang dia. dia duduk goyang2kan badan sendiri. nak tengok stabil ke tak kot. bila saya gelak tengok keletah dia. dia pun gelak sekali. malu la kononnya tue orang perhati dia hihihihi. 

merangkak pun dah makin laju. cumanya dia malas sikit dan sayang lutut. takut lutut hitam gamaknya. sekerat jalan merangkak, sekerat jalan lagi menjulur. haishhh. bila saya tegur suruh dia merangkak. baru cepat-cepat angkat lutut merangkak. hahahaha geget jugak idung awak tue sat lagi.


sekarang bila nak bagi makan senang la sikit. dudukkan dia dan suap. yang bestnya semalam masa suap makan saya kata kalau nak makan, kena duduk, nanti tercekik. terus duduk. bila saya test suap time dia menerap takmau, nak duduk dulu baru makan. makan pun dah reti menguyah sikit-sikit. gelak je saya dengan abi dia tengok mulut comey tue menguyah hihihi. 

paling kena alert sekarang nie bila dia dah rajin memanjat. nak berdiri. baru mula nak belajar sikit-sikit. berpaut dekat telinga laci bilik, tangan lagi sebelah pegang saya. bila tak kuat nak berdiri sendiri terus bebai hahahahaha geget baru tauuuuu tapi bab memanjat ummi abi mahir dah dia. tambah bila mintak dukung ;)

Fateh Uwais 7 Month

 berat : 8.8kg
tinggi : 72cm

Alhamdulilah ummi bersyukur sangat tengok perkembangan awak yayang. ummi doakan moga dipermudah setiap urusan awak didunia dan akhirat. jadi hamba Allah yang taat, anak yang soleh ye? sayang awak Fateh Uwais. 

13 comments:

  1. waaa...tingginya awk uwais

    ala...x sabarnya nk tgk Aqil merangkak n duduk jugak...hihihi

    ReplyDelete
  2. x lama lagi setahun...waaa cpt nya masa berlalu...pegi tgok dok merah lagi...bila dapat jupe uwais nie

    ReplyDelete
  3. wahhh.. tak sedar Fateh Uwais dah 7 bulan.. makin bam-bam dan comel nampak.. gerammm nengok dia..hihi
    Alhamdulillah! syukur kan Kira :)

    ReplyDelete
  4. amin...

    meh aunty kiss bnyk bnyk mehhh :)

    semoga abi dan ummi awak dapat berdekatan selepas ni ye syg..aunty doakan setiap hari..

    ReplyDelete
  5. kahkahkah berat kalah umarfaiq ni!

    ReplyDelete
  6. Montelnya. Putih melepak Fatih Uwais nih.

    Sis, beli pad lutut utk baby yg nak merangkak. Ada jual. Tak der lah hitam lutut...hehehe...

    ReplyDelete
  7. tak lama lagi dh dapat kaki lagi sakan la ummi n abi nak ligan hehe

    ReplyDelete
  8. eee..geramnya..tubuh

    bab air tu kan, kawasan saya dah termasuk dalam peringkat ketiga catuan air.huahua.baru tahu.itu pon sbb goggle je.skali tgk tmasuk juga.2hari ada air,2 hari kna catu :)
    bertabah je la. hihi

    ReplyDelete
  9. sihatnya ... rindu nak cium baby .

    ReplyDelete
  10. geram tgklah.. tembam & sihat sgt alhamdulillah yer

    ReplyDelete
  11. huhuhu asal masuk sini jerk rasa sebak. tu yang malas tuh. huhu emosi betoi laaa. huhuhu. aminn mudah2 annn pas neh jadi anak yang soleh. jaga umie dgn abi mcm umie dgn abi jaga dia !

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D