23 April 2014

Walker vs Kereta Looney

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

saya memang dah pakat dengan suami takmau bagi anak duduk dalam walker. bila tengok orang tagged dalam pesbuk. kesan buruk bagi anak duduk dalam walker memang takut. antaranya melambatkan proses tumbesan dia. saya setuju.

kalau anak yang belum pandai duduk, belum pandai merangkak, belum pandai berdiri dan berjalan sendiri sentiasa terkurung dalam walker buatkan dia lambat boleh belajar sendiri. macam mana nak belajar merangkak kalau sentiasa duduk dalam walker? macam mana nak belajar berdiri berpaut pada dinding kalau setiap masa terperap dalam walker? macam mana nak belajar bertatih kalau dia sentiasa merayap dengan walker, bila bebas walker, nak berjalan sendiri dah mula gayat sebab takde walker yang memudahkan dia. itu antara la. banyak lagi keburukannya. 

antaranya takut kita teralit dan anak laju turun pintu dengan walker dia. Allah mintak dijauhkan. mak ngasuh Fateh Uwais ada cerita aritu, sorang baby (bukan anak ngasuh mak uwais) nie koyak kat mulut bila terjatuh dari pintu sliding rumah. mak dia terlupa tutup pintu tue. Allah tatau la nak cakap macam mana. ajal maut ada kat mana-mana, cuma kalau boleh tolong la lebih berhati-hati, kalau dah nak kena kita dah berhati-hati itu memang betul takdir.

cumanya walker memudahkan sikit. mungkin nak letak anak sekejap dalam tue sementara kita sidai kain atau sementara nak bagi dia makan. atau sementara masak. takutnya bagi anak yang tengah melasak macam Fateh Uwais jatuh kalau kita biar dia sensorang tanpa kawalan.

Fateh Uwais sekarang tengah melasak. sedang belajar berdiri. berpaut pada almari, pada dinding, pada kaki meja, kaki kerusi. paling dia suka tarik wayar kipas berdiri tue =.= memang letih nak kejar dia kesana ke mari. saya? saya lepaskan je dia explore apa yang dia nak. kalau kita tak lepaskan sampai bila pun dia takkan belajar. letih sebab kena tunggu belakang dia, takut tergolek ke belakang. terhempas kepala pulak nanti.  takpe la letih saya sekarang untuk pelajaran dia :)


cumanya saya lebih suka letakkan dia dalam kereta Looney yang kawan suami hadiahkan. (jimat duit ummi abi :p). dudukkan dalam tue bila nak bagi makan. bila saya nak ke toilet. atau saya perlu kemana-mana yang tak boleh kejar dia. dalam tue dia boleh melompat-lompat. kalau nak bagi gerak boleh bukak alas bawah dan roda tue berjalan cumanya tak laju mana la. lepas bebas duduk dalam tue bila Fateh Uwais dah boleh duduk sendiri. takut dada dia sakit. dan pinggang tak kuat kalau kita 'paksa' dia duduk dalam tue. 

tapi tahan la 3 minit duduk dalam tue. lepas tue mula kaki dia naik atas. tangan lonjakkan badan. nak keluar dari situ. memang pesen dia suka bebas sorang diri dan tak suka pegang sangat. ikut la anak. asalkan awak gembira.  

11 comments:

  1. Cutenya kta fatih uwais. Saya pon tak letak anak dalam walker.

    ReplyDelete
  2. uwais...pinjam ketaaaaaaaaaa...omey nyaaaaaa ~

    ReplyDelete
  3. Tambah kmi yg 24/7 dgn anak, laaaaagi jenuh dok ligan umarfaiq hari2.kdg2 sampai stress vavava

    ReplyDelete
  4. hehehe mana2lah yer asal anak bahagia kan Ummi !

    ReplyDelete
  5. x beli gak walker...hihihi...

    lani dh x tdo atas katil.tilam letak bawah pstu psg kelambu yg mcm khemah tu.bl nk wt keja apa2 boh Aqil dlm kelambu pstu zip kn pintu

    ReplyDelete
  6. Lain eh fungsi dia ngan walker dik? X nmpk jelas gmbrnya.

    ReplyDelete
  7. Betul walker sangat bahaya kalau tak ada pengawasan. Dah terjadi dlm keluarga kakak. Kakak ada satu anak buah OKU gara-gara jatuh walker dari hall ke dining hall. Walau cuma 4 mata anak tangga tapi dia pengsan terus dan koma (masa itu 6 bulan usianya). Sekarang cacat otak walau pembesaran tak terencat. Sedih sebab adik-beradik semuanya cemerlang dlm kehidupan tapi satu anak kak long kakak begini. Cuma nasib baik tak terlantar..

    Bapak kakak dah tak benarkan cucu-cicit dia guna walker kalau tak ada org jaga.

    ReplyDelete
  8. serius baru tahu pasal walker ni.
    thanks kak berkongsi.xkan beli la nnti..
    byk kesan dia kan.

    lagi satu guna buaian pon x brapa bgus kan..itu pernah baca n tahu la jugak

    masa jaga bby dlu mmg x suka guna buai.suka tidorkan baby sambil bring je.hihi.
    baru mesra kn:)

    ReplyDelete
  9. Ohhhh uwais dah pandai naik kuda yeh...alolo...
    Betul tu Kiera kalau lum boleh duduk mmg tak bagus dudukkan kat walker....budak pun tak berdikari nanti

    ReplyDelete
  10. Bagus kereta Looney ni kan Kira.. abg Pa'e dulu duk walker..tapi bila baca2 keburukan duk walker mmg rasa ralat juga...klu ada rezeki ada baby lg, mmg tak bagi dah duk walker...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D