29 May 2014

Kota Marina Kuala Kedah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

abi rambut dah panjang sila take note ye :p

selalu waktu berkualiti kami hari ahad lepas saya balik kerja tapi minggu lepas tukar hari sabtu. suami hantar saya dengan Fateh Uwais balik awal. ahad suami tak dapat mengasuh anak, ada tournament badminton anjuran kilang dia kerja. sabtu petang katanya nak bawak ummi dengan anak jalan-jalan dulu. yeayyyy!!! hikhikhik


ke Kota Marina Kuala Kedah. lokasi berdekatan jeti kuala kedah. kalau dah sampai Kota Marina boleh nampak jeti Kuala Kedah kat seberang laut sana. sebenarnya baru dua kali sampai Kota Marina. kali pertama dulu dengan geng Kami Blogger Utagha. kali ini dengan blogger jugak. tapi blogger yang naik pangkat jadi suami setahun lebih yang lepas :p


anak bukan reti pun tempat tue apa sejarah dan cantik ke tidak. yang penting katanya ada abi dan ummi dan boleh main, berseronok. since kasut dah ada boleh la lepas dia main kat atas tanah. seronok nampak. tengok air laut tak teruja sangat sebab air laut tak dapat dicapai gitewww



tak baca sangat pun sejarah yang tertulis kat situ. Kota Marina salah satu tarikan di Negeri Kedah. antara pusat tinggalan sejarah. ada replika meriam dan macam-macam lagi. ada muzium, ada pencawang laut. tapi kami tak masuk muzium. dah senja masa tue abi kata kita kena cepat. tak elok bawak anak duduk lama-lama kat sini. bajet nak pegi awal, tapi tunggu anak tido dan ummi sakit kepala. abi bagi peluang kami rehat dulu. 6.30 petang baru gerak keluar. nasib la Kota Marina tue kentut pun boleh dengar dari rumah (nak kata dekat la tue hahaha) :p

sebelum tue beli keropok lekor tepi jalan. kucing gelandangan terbau keropok ikan dalam plastik kami dia pun mengekor sampai nak rampas plastik itu. suami kata bagi dia seketoi yang lembutnya. tapi belum sempat nak letak, dah kucing tue nak rebut dari tangan saya. oiiii aku takut hang la, awat hang mai dekat aku. tak pasal couple duduk kerusi belakang gelak bila dengar saya terjerit =.=

kesian tengok muka abi, nampak sangat letih tapi masih mampu menceriakan kami dua beranak, love u abi, deeply!!!

kami keluarga yang PJJ, waktu yang sedikit cuba dijadikan waktu berkualiti. moga anak mampu paham kepayahan ummi abi. moga Allah permudahkan kami tinggal bersama, moga Allah murahkan rezeki kami sekeluarga. Rabbi Yassir Wala tu'asir Rabbi Tammim Bilkhoir amin amin.

28 May 2014

Kelambu Fateh Uwais

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 seronok duduk dalam kelambu

sebelum nie mama ada tanya nak beli kelambu tak? memandangkan saya dengan suami dah ada anak kecik. mulanya takmau beli lagi. tapi bila tak larat nak bergaru tengah malam dan risau anak kutip sawang yang jatuh dari siling bilik yang tinggi melangut (bilik kami pesen rumah yang siling tinggi sampai nak kena panjat tangga, sambung kayu lagi baru boleh buang semua sawang bergantung, epic tak? :p). terus berfikir-fikir patut ke beli kelambu?


tengok Kak Zai update entry dia beli kelambu khemah, terus msej tanya mama ada tak kelambu bentuk khemah jual kat katalog mama tue. mama kata ada harga dalam RM5+. mulanya berat nak pasang kelambu bila terbayang kain kelambu tergantung-gantung menyemak mata. kelambu bentuk khemah semak mata jugak tapi atleast nampak la kemas sikit. kononnnn hahahahaha. yang penting sawang tak jatuh direct atas katil.


budak kecik tue kemain suka duduk dalam kelambu. dari hari pertama sampai la hari nie. tiap kali kami zip kelambu, dia seronok pusing terlentang tergolek jerit-jerit suka dalam tue. ingatkan dia bosan la, rupanya lain pulak. agaknya ntah benda apa la dia ingat kelambu tue. lawak betoi la Fateh Uwais nie. gelak je kami berdua tengok perangai dia sorang.


bila nak tido zip kan kelambu, kalau tak tido boleh ikat tepi pintu dia. nampak la kemas sikit. sikit. saya nie pesen yang tak boleh tengok semak-semak pasal tue banyak fikir sebelum buat keputusan beli kelambu. alhamdulilah keputusan tepat saat kelambu dipasang atas katil. ada kes denggi kat taman sebelah, sebelah tue means 10 langkah dah boleh sampai. moga lepas nie terlindung kami dari digigit nyamuk time tido. ummi abi berdarah A. kajian kata orang darah A nyamuk suka hisap darah. memang betul pun =.=

26 May 2014

Kudis Api

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

tak bagi orang sentuh telinga dia, kalau kata nak sapu ubat takpe.

hancur luluh sedih hati tengok anak kesayangan kena kudis api macam kat atas tue haaa. sikit je tue. kalau tengok belakang badan dia. atas kepala. banyak bintik-bintik merah. kat telinga paling ketara nampaknya. macam kena hiris je rupanya. sedih ummi. abi lagi sedih. dapat tengok ikut gambar je. bila balik khamis lepas, belek sendiri telinga Fateh Uwais terus terdiam abi dia.


memula kami ingatkan Fateh Uwais terkena menatang charlie. almaklum lah rumah dekat sawah bendang, duduk alor setar kan. keliling sawah bendang. pelik jugak sekarang tido dah pakai kelambu. tapi kalau dah nak terkena bukan time tido pun dia boleh datang gigit. lepas tengok makin merebak terus abi ajak ke klinik lepas maghrib khamis tue jugak. klinik pebret. Poliklinik Dr Marina. dokte pakar untuk O&G dan jugak kanak-kanak.

 dah beransur kering dan pulih

dokte tengok terus dia tanya. anak ada selsema tak? ye, Fateh Uwais selsema. check paru-paru dengan jantung Fateh Uwais alhamdulilah ok dan dia terus kata ini Kudis Api. ada la nama saintifiknya tapi lupa dah. berbelit lidah pulak kami nak sebut. Kudis Api mai dari bakteria akibat selsema. boleh jadi tangan anak atau tangan kami yang menjaganya pegang hingus dia dan lepas tue pegang pulak kulit Fateh Uwais sebab tue kulit dia terkena penyakit kudis api.


dokte bagi ubat selsema, antibiotik dan ubat sapu. insyaAllah lepas nie beransur pulih lah sakitnya kata dokte. selain tue saya sapu dengan minyak Malaleuca dengan balm melagel kat atas tue. alhamdulilah dalam seminggu beransur pulih dan kering. sebelum bawak jumpa dokte minyak tue la kawan baik ummi. kawan ummi sepanjang masa sebenarnya. moga Allah pelihara anak ummi Fateh Uwais dari sebarang bahaya dan derita. amin amin 

Alhamdulilah Fateh Uwais dah beransur sembuh dari kudis api :)

25 May 2014

Lap Lantai, Baring

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


"ummi cepat tengok apa anak awak buat nie" suami panggil saya masuk bilik semalam. tengok Fateh Uwais tengah seronok lap lantai dengan sapu tangan dia. grrrr. lap lantai dari hujung sana sampai hujung sini. lepas lap terus baring. bangun lap lagi dan kemudian baring lagi. kata abi itulah kerja dia sepanjang saya tinggalkan dia dengan abi dalam bilik. kalau takde kain, plastik pun jadi dibuatnya mengelap.


bila ummi abi marah dia senyum gelak mengekek. habis sape je yang boleh terus marah bila tengok lesung pipit seketoi tue keluar? +.+ suka sungguh dia baring atas lantai. ikut perangai abi letewwww. abi kata kalau buruk semuaaaaa abi kahkahkah. ewahhhh tak mengaku pulak dia. dulu masa sebelum beli ekon, time saya preggy dia yang selalu lari turun bawah time tido, sebab nak cari tempat sejuk.

rumah MIL dua tingkat. bilik kami kat tingkat atas tue memang panas yang amat, malam pun panas menyengat. bila terjaga tengah malam tengok takde orang kat sebelah. intai bawah tengok elok baring atas lantai sebijik macam anak dia duk buat tue. bila tanya kenapa abang tido bawah? haaa ada ke abang tido bawah? grrrrrrrr

Fateh Uwais lap lantai sebelum baring gamaknya sebab ummi selalu bebel kata lantai tue kotor, itu yang lap dulu kot. takde ummi marah dah T___T. abi pesan kena tengok bila dia buat perangai comel tue, semalam panjang lidah dia keluar nak jilat lantai. adoiiiiiiiii anak oiiiii

22 May 2014

Sanah Helwah Sayang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 

 
Sanah Helwah abi sayang. Moga setiap helaan nafas abi diberkati dan diredhai Allah, moga segala urusan abi dipermudah Allah, moga Allah beri kekuatan untuk abi berusaha mencintaiNya dan mendidik ummi dan anak-anak cintakan syurga Allah. moga Allah bukakan pintu rezeki dan sentiasa murahkan rezeki abi walau dalam apa jua yang abi kerjakan dan semoga kita sekeluarga sentiasa berkasih sayang sampai tamam-taman syurga sana. amin amin ya rabbal alamin. 

terima kasih kerana jadi suami yang baik untuk ummi, abi yang baik untuk Fateh Uwais, menantu yang baik untuk mama papa, adik ipar dan abang ipar yang baik untuk adik beradik ummi dan jadi pakcik yang baik untuk anak-anak sedara kita. terima kasih atas segalanya.


takde hadiah yang special boleh ummi bagi. paling special rasanya ummi boleh bagi pun sokongan dan dorongan untuk abi. maaf lah ummi nie tak romantik. ummi tak reti nak susun ayat cantik-cantik. ummi tak reti nak buat sweet2 macam abi selalu buat tue. tapi satu yang ummi nak abi tau. doa ummi sentiasa dengan abi, walau satu dunia menjauh abi tapi insyaAllah ummi sentiasa ada disisi. cinta dan sayang ummi hanya untuk seorang Nadzri sampai syurga sana insyaAllah.

kau tak kan percaya
kau selalu dihati
haruskah ku menangis
untuk menyatakan yang sesungguhnya

kaulah segalanya bagi ku
kau lah curahan hati ini
tak mungkin ku melupakan mu

 ikutkan ummi nak letak gambo ummi dengan abi je. tapi...... tak boleh jadi kena jugak letak gambo anak sekali. hewhewhew~~~~
 

20 May 2014

Tak Jadi Bubble

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 bos kecik hati banyak senang, abi jaga hari ahad

dah dua kali plan dengan Mummy GKSB nak deting keluarga kat Taman Jubli Emas Alor Setar. yang pertama dulu gagal pasal mummy nak balik perlis. plan semalam gagal jugak pasal hujan petang tue. keluar ofis dah berhenti hujan tapi sampai je kat depan taman jubli, hujan rintik-rintik turun balik. abi tak bagi bawak anak keluar.

Mummy Gk call kata hujan. ajak tukar tempat deting. iols nie kalau nak lepak kedai makan memang la mati kutu. bukan sebab ape, sebab nya tatau nak ajak orang makan kat mana. nak ajak tempat selalu makan, nun kat kuala kedah sana. kesian pulak ke diorang nak patah balik rumah nanti kata suami.

 anak bukan reti duduk diam nak bergambar, sibuk kejar botol air mineral dia =.=

Mummy ajak ke Ketiow Goreng Iman. ok lah jom lah kita ke sana kata suami. sampai je tengok Mummy dengan Abah Fateh Uwais pun baru sampai. sebelum sampai tue anak kemain eksaited. sembang sakan dalam kereta, jerit-jerit lagi tue. turun kereta masih dengan senyuman yang manis. tapi bila Mummy unjuk tangan nak ambik dia, terus pusing peluk ummi. aduhaiiii anak.

sembang lepak santai keluarga kecik kami je sebenarnya. Mummy rindu ke anak letewwww. ummi nie mesti dia tak rindu ermm ermm ermmm :p dalam kedai pun bila perot dah kenyang kemain Fateh Uwais jerit-jerit, kesian Kak Putri (adik GK), pekak telinga katanya hahaha. Uwais kalau jerit memang bengang rasa telinga. rasa nak geget je mulut dia tue kihkihkih :p


terima kasih MummyGK dan Abah Azrul sudi sayang Fateh Uwais ummi abi nie. ummi tak mintak pun orang belikan Fateh Uwais macam-macam hadiah. cukup sayang dan doa untuk dia. moga ukhwah kita berpanjangan hingga syurga. Mummy Gk cop Uwais jadi menantu katanya. pitam~~~~~~

moga impian Mummy untuk tak hidup pjj lagi dipermudah Allah amin. nanti insyaAllah kita jumpa lagi ek. terima kasih belanja makan. ummi sombong makan roti arab je. sudahnya tengah malam gigit roti keping coklat kismis. abi bangun terkejut tengok ummi menguyah. tanya ummi buat ape tue? tau la mamai pun tapi tak kan tak perasan kita tengah makan. abi nie :p 

*****
 PEMBETULAN


tq Putri untuk pencerahan dan pembetulan. kalau entry semalam saya ada kata sekiranya lewat buat Mykid anak selepas 14 hari kena datang ke hospital semula untuk ambik rujukan. Putri dah bagi pencerahan kat atas tue. sebenarnya misi dekat hospital yang cakap macam tue kat saya. mungkin dia saja nak gempar kami suami isteri supaya tak leka dan cuai bab pendaftaran anak nie. tq misi!!! :D

19 May 2014

Prosedur Permohonan Sijil Kelahiran dan Mykid Fateh Uwais

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 no ic anakanda Fateh Uwais cantik sangat 130901-08-0*0*

dah 8 bulan lebih Fateh Uwais lahir baru teringat nak share pasal prosedur permohonan mykid nie haaa. ok la dari takde langsung kan hahahahaha :p dokumen yang diperlukan untuk permohonan mykid anak baru lahir

  • buku kelahiran anak yang pihak hospital bagi. merah untuk anak perempuan. biru untuk anak lelaki.
  • borang daftar kelahiran yang diberikan oleh pihak hospital.
  • sijil nikah original ummi abi
  • Mykad ummi abi (kalau tak silap)
daftar kelahiran boleh buat lepas anak  keluar je hospital tapi tak boleh lebih dari 14 hari lepas kelahiran dia. masa Fateh Uwais dulu suami daftar masa hari ke 5 dia lahir. buat sesiap kat jabatan pendaftaran perak memandangkan dia masih lagi bercuti, dan saya berpantang di perak.

proses nak buat takde la makan masa dua tiga hari. hari yang sama buat dah boleh dapat mykid dan sijil lahir anak. alhamdulilah. cumanya nak cari nama anak yang paling terbaik yang lama sikit tue hahahaha.

buat cepat-cepat mykid dan sijil lahir anak bila dah keluar hospital. takut nanti kalau tangguh-tangguh dan tak sedar dah lepas 14 hari. tak pasal kena ke hospital balik buat rayuan mintak borang itu ini. kena jumpa orang tue orang nie. kena marah tue dah tentu. jadi baik selesaikan benda yang penting secepat mungkin.

masa nak buat dulu, ekceli cari sijil nikah tapi tak jumpa. jumpa yang salinan photostat tapi diorang tak terima pasal takut sijil palsu. jenuh selongkar itu ini. telefon mama kat penang. takde jugak. rupanya ada kat bawah lipatan baju-baju dalam almari bilik jugak =.=" jadi sesape yang nak pantang kat kampung, nak daftar kat kampung sempena cuti baik bawak sijil nikah sesiap. penting sangat tue.

18 May 2014

Review : Unit Bersalin Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh Perak.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

kahkahkah panjang gila tajuk je pun. ekceli saja teringin nak review unit bersalin tempat saya lahirkan Fateh Uwais dulu. sebab saya antara yang rajin google pasal perkhidmatan unit bersalin hospital yang terdekat dengan tempat saya nie. 

disebabkan dah budget nak bersalin kat ipoh, sebab nak berpantang dekat rumah mama saya. maka Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) atau dulu namanya Hospital Besar Ipoh menjadi destinasi pertama saya selain Pusat Bersalin Dr Raoofah. 

kalau ikutkan dulu saya dengan suami ada jugak berkira-kira nak bersalin kat swasta sebab nak pilih dokte perempuan. tapi bila tanya pendapat orang, servey perkhimatan Government Hospital (GH) dengan swasta kat internet, duduk berbincang kami decide bersalin kat GH atas beberapa faktor. sambil tue buat solat sunat, tetiap hari berdoa moga Allah permudah urusan saya nanti dapat dokte perempuan masa bersalin. tawakal jela. 

ada sesetengah kata boleh req dokte perempuan untuk urusan kita kat GH tapi saya takut nak req macam-macam kat GH. pepaham aje la kan. doa kat Allah la senang. Allah Maha Lembut. Maha Pemurah. oh ye sebelum nak cuti bersalin tue atau bila kandungan dah masuk 7 bulan, bagi staf gov, buat sesiap Guarantee Letter (GL) nanti takde la kalut bila hari kejadian. buat GL sesiap tapi req kat admin jangan letak tarikh. jadinya GL tue kita boleh guna bila-bila masa. macam saya dulu admin sesiap buat 3 salinan. mana la tau kena admit wad balik lepas discharge. sediakan payung sebelum hujan ye tak.

gila lah perenggan dah banyak baru nak cerita bab perkhidmatannya kahkahkah. so far, layanan yang nurse kat sana berikan alhamdulilah bagus. walau muka saya datang dua tiga kali tapi diorang layan dengan baik even masa tue dah tengah malam. sebab kami kalut dah saya sakit. Suami dengan mama masuk sekali dekat kaunter daftar wad bersalin, yela kalut kan mana nak ingat peraturan ape dah. tapi staff sana tak halau pun secara kasar. cakap baik-baik mintak suami dengan mama tinggalkan saya kat situ dan diorang tunggu kat luar. 


masa nak ke LR pun nurse india sorang tue tolak saya pakai wheelchair dengan hati-hati sebab saya dah tak boleh jalan sendiri lagi. dia yang tolong pakaikan baju pink saya. dia yang tolong lipat baju preggy yg saya pakai tue. lipat kemas-kemas dan bagitau yang dia letak kat mana baju saya tue. dah habis semua dia tanya lagi perlukan pape tak? huuu terharu sangat. 

 Alhamdulilah Allah makbulkan doa saya, masa bersalin tiga-tiga staff nurse perempuan. nurse melayu yang sambut. akak tue baik sangat. takde pun marah tengkin-tengking ke ape. setia tunggu saya dengan baby yang nak keluar. cuma dia bagi kata-kata semangat je. "cepat adik, awak boleh. cepat kepala baby dah nak keluar nie" siap boleh senyum kat saya lagi dari awal sampai la proses menjahit.

Nurse yang ditugaskan bawak saya dari LR ke wad pun baik. siap tegur saya suruh elok-elok lagi masa nak alih badan dari katil LR ke katil wad yang diorang dah sedia nak tolak. dia pulak yang risau tengok saya macam kasar sangat. yela baru pestime mana reti lagi, nak pulak saya nie memang bukan macam lembut sangat hahahaha.

nurse dalam wad. semua yang saya dapat semua baik. siap malam Uwais meragam tue pun. nurse tue ambik dan bagi saya rehat sekejap sementara shift dia ada lagi. Alhamdulilah rezeki saya. semua nurse yang jaga saya baik-baik belaka, takde marah tak tentu pasal. muka takde bengis. cakap pun elok-elok. Alhamdulilah.

terima kasih ahli keluarga Wad Bersalin Hospital Raja Permaisuri Bainun yang bertugas pada 31 Ogos hingga 3 September 2013 =)

14 May 2014

Fateh Uwais #8 Bulan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

1 May 2014 - 8 Bulan
kejap nya masa berlalu, rasa baru je lagi teran Fateh Uwais. panas uri keluar pun masih terasa lagi. rasanya kalau dah 5 tahun jadi ummi pun panas tue tak habis lagi rasa kuikuikui :p

Alhamdulilah syukur atas kurniaan Allah. anak yang baik, cerdik. anak yang tak putus asa. anak yang memahami ummi abi. syukur sangat-sangat. 8 bulan nie dia dah pandai meniti. dari hujung sini ke hujung sana. berkat kesungguhan dia yang hari-hari belajar, berpaut pada setiap tempat, berpaut pada kaki ummi abi walau selalu nanges bila jatuh tergolek. ummi sebak sangat. terima kasih Allah.

sedang belajar imbang badan, nak berdiri tanpa berpaut mana-mana. sifat yakin yang terlalu tinggi dalam diri. ikut dan je lepas tangan, kalau takde sesape tunggu belakang memang tergolek la ke belakang. tapi Alhamdulilah dah boleh imbang badan dalam dua tiga saat. syukur, ummi tumpang gembira untuk awak :)

jadi anak soleh ye sayang. taat perintah Allah, insyaAllah awak bahagia dunia akhirat. selagi ummi bernyawa selagi tue doa ummi sentiasa mengiringi awak. ummi sayang awak sampai syurga, insyaAllah. 

ujian ummi di hari Ibu lepas, yayang Fateh Uwais demam. tiga hari la jugak nak betul-betul sembuhnya. merengek, merap. nampak muka ummi, nak ke ummi. nampak muka abi, nak ke abi. gelisah tak tentu arah. ummi sedih sangat tengok tapi adat orang nak membesar memang begitu sayang. kuatlah. besok bila dah dewasa lebih banyak ujian untuk anakanda ummi. berat dah 9.5 kilo tapi tolak pampers, tolak stokin 9.3kg je gamanknya kihkihkih :p

08 May 2014

Detik-detik Sebelum Bersalin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 hari kejadian, 31 Ogos 2013

tengok kat pesbuk ramai bakal ibu update dah hampir nak bersalin, teringat masa saya nak lahirkan Fateh Uwais dulu. saja pilih untuk tak stay kat hospital dan tunggu kat rumah sampai contraction yang lebih kuat datang. itu pun sebab diberi pilihan atas alasan wad bersalin penuh. dan jugak sakit normal bukan induce sebab diabetis atau masalah lain. alhamdulilah Allah permudah :)

tapi kalau ikutkan boleh je nak stay kat wad bersalin. tapi saya pilih balik rumah. sebab? kat rumah boleh manja2 dengan suami sambil tahan sakit. boleh pegang tangan suami bila tatahan sakit. boleh baring atas peha suami untuk ringankan sakit. kalau kat wad bersalin. ada ke nurse yang nak layan perangai saya tue? tak sanggup nak bayang kena marah dan dengar perkataan "semua orang pun sakit" huuuu

Alhamdulilah suami pun layan aje permintaan saya walaupun terpaksa berulang ke hospital dua tiga kali. jarak tue memang la tak jauh. tapi makan masa 20 ke 30 minit jugak la nak sampai hospitalnya. adik beradik semua marah bila nampak saya balik rumah, katanya duduk hospital nanti ada nurse boleh pantau. takmauuuuu nak suami yang pantau. gedikkkk gitewwwww padahal hati kecut takut kena marah dengan misi sepital kalau ngade nanti hahahahaha

kat rumah duduk ceruk mana pun suami teman, masuk toilet suami ikut, mandi berejam sebab nak legakan sikit sakit pun suami tolong tunggu dalam bilik air. haaa la takut terbersalin dalam tue. tak ke haru nanti. sabar aje dia melayan karenah isteri yang sorang nie hihihi. terima kasih suami. terima kasih atas segalanya. sampai ke saat  nie pun sabar aje melayan :)

07 May 2014

Jodoh Langgar Bahu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

balik dari bubble Taman Jubli Emas aritu suami call abang Razak dia nak tanya sup tulang kat mana yang best kat Alor Setar nie. walaupun isteri tercinta dia duduk sini dah hampir 5 tahun tapi bukan rajin jenjalan cari makan kat sini. ekekeke. kata suami masa dia buat site kat perlis dulu pernah makan kat satu kedai area kuala kedah.

oh tatau pulak abi pernah datang kedah buat site. mula la saya pun buat kiraan. kalau ikutkan masa abi datang tue ummi dah duduk sini tapi masa tue belum kenal dia lagi. "haaaa ntah2 masa dulu kita pernah terlanggar bahu tak, tapi tak perasan yang sebenarnya kita berdua nie berjodoh" suami senyum je. "kalau tau lebih awal, mesti kita kawen lagi awal" suami gelak je. hebat kan perancangan Allah. walau hakikat pernah berlanggar bahu tapi kalau belum waktunya tak jadi jugak.

eh saya pun tak pasti kami pernah berlanggar bahu ke tak. imaginasi seorang ummi je tue. ummi nie kan ke kuat berangan. kes banyak baca novel la nie. tetiba terbayang angin bertiup melambai-lambai kain tudung. drama sangat!!! kahkahkah :p


"tue dah kuar segedebuk sorang tue" ayat abi kalau ummi throwback kisah lama :p

06 May 2014

Air Laut Bagan Pulau Pinang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

minggu lepas lagi kami suami isteri dah decide cuti khamis aritu nak bawak anak teruna manja sorang tue main air laut kat RNR Bagan Ajam kat penang nie. main sekejap je tak payah la jejauh hihihi. dalam kereta memang dah ada bubble lebih main aritu. jimattttt kihkihkih


bawak adik ipar dengan isteri dia sekali. sebab adik ipar nak test lense yang baru dia beli. nak shoot gambar Fateh Uwais. mula dia ajak ke Pantai Robina. kat situ kalau nak shoot gambar memang lah cantik. tapi niat pertama saya dengan suami nak bagi Uwais main pantai. nak bagi cepat berjalan kononnya hahahaha. jadi suami pusing stereng kereta ke Bagan aje. dah warning adik ipar sesiap jangan pulak lepas dua bulan baru dapat gambar. ewahhh banyak bunyik pulak dah la free pastu banyak songeh hahaha :p


kemain suka dapat pijak pasir pantai tue. menonong berjalan kejar ombak. lawak betoi awak nie Fateh Uwais kihkihkih. selalu kalau ajar dia bertatih dalam rumah kaki sokmo tinjat. tapi bila tatih atas pasir pantai elok pulak kaki tue jejak pasir. ermmm nak kena pegi pantai selalu nie kuikuikui :p dah la tue takmau naik pulak. asal abi dukung nanges bebai2 nak turun bawah balik. adehhhh =.=




nikmat kegembiraan yang Allah kurniakan buat keluarga kecik kami, syukur Alhamdulilah. seronok sangat tengok suami dengan anak hepy. si kecik nie pulak sepanjang ada abi, sepanjang tue la merap dengan abi. sampai abi keluar bilik pun ngamuk, ingat abi nak kemana-mana tinggal dia. ummi pun tak merap sampai macam tue Ehhh!! :p


hepy 8 month manja kecik. sekejap je dah 8 bulan awak hadir dalam hidup kami semua. dan sesungguhnya kehadiran awak menambahkan lagi kasih sayang dalam diri ummi abi. segalanya demi awak sekarang nie anak. membesar dengan sihat ye sayang. kami berdua sayangkan awak sepenuh hati. gabung hati ummi abi tau!!! satu hati ummi, satu hati abi, dedua untuk baby!!! emmuahhhhh ;)

05 May 2014

Set Berpantang Ummi Uwais

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Puan Lobak Susu mintak saya share set berpantang saya dulu. ekceli saya tak guna set lengkap shaklee tue. tapi saya campur-campur. sebab tue nama dia set berpantang ummi uwais ihihihi :p


dulu masa mengandung kepala duk ingat set bersalin Afiat nie je. tatau la pasai ape. tapi memang nak guna yang ini. murah je pun cuma RM80** tak silap. bukan nak guna sebab murah tapi hati nie bagai ditarik-tarik nak guna yang ini jugak. klasik sangat kannn hahahaha

tapi Afiat nie panas sebenarnya. memang bagus untuk orang dalam pantang tapi badan saya dan Fateh Uwais tatahan, bila saya makan jamu, badan sendiri mula naik demam. Uwais pun jadi cirit birit. terus stop makan jamu dia. cuma guna bengkung. bedak sapu. balm dengan minyak sahaja. yang lelain tue bagi mama sebab mama tak bagi buang kihkihkih :p 

dalam set Afiat nie ada bengkung, minyak, bedak, balm panas, garlic pil, mandian, pembersih miss V dan jamu.

  
disebabkan mama tengok anak bongsu perempuan dia sorang nie tak boleh makan jamu. makanya mama pun beli minuman dalam pantang Atika Beauty untuk saya. yela makanan untuk baik pulih dalam tue sangat penting. yang luar kita nampak lukanya, yang dalam mana nak nampak kan. tak ingat harga dia berapa. bau tak sedap tapi rasa masih boleh ditelan. packaging memang tak menarik perhatian. kihkihkih :p


Pamoga Vida Beauty untuk mencergaskan tenaga yang hilang masa dalam pantang dan masa berjaga malam bagi susu ke anak. memang terasa bertenaga minum nie. bangun pagi pun takde la rasa lemau sangat. cergas la sikit. harga RM160** tak silap saya. 


Vita Lea, vitamin untuk membentuk semula darah yang hilang banyak lepas bersalin dulu. Alhamdulilah berkat izin Allah saya makan Vita Lea dengan Pamoga muka dah takde pucat lesi lagi, syukur. 

penjagaan luka bersalin. saya mintak suami sapu air manjakani dan gamat pada luka. mintak suami sapu kan sebab kita kan baru lepas bersalin mana boleh nak lipat-lipat badan, tonggeng nak sapu sendiri :p Alhamdulilah benang bersalin saya tanggal semuanya sebelum habis pantang 44 hari tue. rasanya masa 3 minggu luka dah baik cuma tinggal lagi satu benang je yang belum tanggal. alhamdulilah.

kalau ikut nurse KK depa tak bagi sapu manjakani atau pape jenis ubat. hanya basuh dengan air garam. tapi saya langgar arahan diorang huuu. masa nurse KK datang check kat rumah takde la saya sapu manjakani tue. bila diorang dah balik baru la sapu, kuikuikui :p oh ye jangan lupa basuh dengan air daun sireh dan air garam jugak. untuk matikan kuman dan segera sembuhkan luka bersalin. 


semoden mana pun kita jangan lupa amalan datuk nenek kita dulu. bertungku untuk pecahkan darah beku yang masih tinggal dalam ruang rahim. sebenarnya seronok bertungku nie. bila awal-awal dulu rasa darah turun masa tungku perut. tapi ada teknik dia la. tanya la yang lebih matang mesti dorang tau punya ;) oh ye. petua mama saya lepas abis tungku, rasa suam2 panas tungku tue duduk atas dia. bagi luka bawah tue cepat kering dan tak lembap selalu. 

rasanya itu jela amalan saya masa berpantang 44 hari dulu. kalau ada yang lain tertinggal nanti saya update lain ye. tak semua orang berpantang cara yang sama. janji diri sihat. luka cepat sembuh. itu yang paling utama ;)