dah 8 bulan lebih Fateh Uwais lahir baru teringat nak share pasal prosedur permohonan mykid nie haaa. ok la dari takde langsung kan hahahahaha :p dokumen yang diperlukan untuk permohonan mykid anak baru lahir
- buku kelahiran anak yang pihak hospital bagi. merah untuk anak perempuan. biru untuk anak lelaki.
- borang daftar kelahiran yang diberikan oleh pihak hospital.
- sijil nikah original ummi abi
- Mykad ummi abi (kalau tak silap)
proses nak buat takde la makan masa dua tiga hari. hari yang sama buat dah boleh dapat mykid dan sijil lahir anak. alhamdulilah. cumanya nak cari nama anak yang paling terbaik yang lama sikit tue hahahaha.
buat cepat-cepat mykid dan sijil lahir anak bila dah keluar hospital. takut nanti kalau tangguh-tangguh dan tak sedar dah lepas 14 hari. tak pasal kena ke hospital balik buat rayuan mintak borang itu ini. kena jumpa orang tue orang nie. kena marah tue dah tentu. jadi baik selesaikan benda yang penting secepat mungkin.
masa nak buat dulu, ekceli cari sijil nikah tapi tak jumpa. jumpa yang salinan photostat tapi diorang tak terima pasal takut sijil palsu. jenuh selongkar itu ini. telefon mama kat penang. takde jugak. rupanya ada kat bawah lipatan baju-baju dalam almari bilik jugak =.=" jadi sesape yang nak pantang kat kampung, nak daftar kat kampung sempena cuti baik bawak sijil nikah sesiap. penting sangat tue.
igtkn ic baby sama mcm kita ada gambar ~ hahahahaha
ReplyDeleteSalam Kira.. bagus berkongsi info ni sbb ada ibu bapa tak tau lgi kan mcm mana nak gi daftar MYKID anak.. Pa'e dulu babahnya lah yg kehulu kehilir urus.. dalm sebulan dpt lah mykid nya...:)
ReplyDeleteeh...ada mykid ke?hr tu p daftar tuk Aqil deme kata mykid dmansuhkn wt smntara wktu sbb byk kes penipuan
ReplyDeletetima kasih kira kongsi ni.
ReplyDeletesgt mmbntu..
hihi... tgk kat gelang tgn smlm la.. kira thn 88 :)
Adik sampai skang duk sibuk tanya, kenapa mykid dier tkde gambar hehehe
ReplyDeleteOoo ingatkan br buat . Hihihi
ReplyDeletelama x berkomen d blog ni...huhi....haritu masa husband buat utk our baby ma bln 3..dpt surat lahir ja..mykid kna tunggu bln 5..huhu...
ReplyDeletetq for the info..nak buat pembetulan sikit sebab hari-hari pun dok daftarkan kelahiran anak orang.pendaftaran selepas 14 hari still macam biasa..cuma dikira pendaftaran lambat dan perlu bayar rm 5.x perlu jumpa orang itu org ini or kembali semula ke hospital.pendaftaran still mcm biasa. yg kena mintak macam2 tu pendaftaran yg dibuat selepas 42 hari.itu dikira pendaftaran lewat.memang banyak prosedur.sebab kalau ikut logik akal 42 hari tu si ibu dah habis pantang.
ReplyDeletekalo bru nk buat skrg kne bwk brg2 yg dia nk tu ke..sbb mse bby lahir mykid dibehentikn skjp..ni bru nk buat blik..kne bwk sjil nikah jgk ke..
ReplyDeleteDah ada balik ye mykid? masa anak lahir bulan January 2014, nak buat my kid tak de..JPN cakap dah tak de Mykid..
ReplyDeleteKena pergi buatlah mykid ni untuk Ammar.
Baru jak ambil surat beranak anak. Daftar lewat. Kena sedia semua dokumen. Tp tak pula mention pasal mykid ni.
ReplyDeletehye sis...brapa lama proses menunggu utk sijil lahir daftar lewat
DeleteMasa ambil surat beranak tak ada pula kena mention pasal mykid ni. Perlu ka x???
ReplyDeletepasal mykid sekarang ni saya tak pasti pulak ada lagi ke takde. sebab masa Uwais lahir pergi jabatan pendaftaran memang dia buat terus. mungkin sekarang dah tak perlu agaknya
ReplyDeleteKalau sijil nikah tak de . Bole ke nak mendaftar mykid ?
ReplyDelete@ohmaei
ReplyDeletetak boleh. sijil nikah wajib ada masa pendaftaran
Kite pon x uat mykid lgi beby pon dh 7 bln..mmm agak2 kna berpa ye
ReplyDelete