26 June 2014

Lagu Anak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 sampai berdiri awak yeeeee, tu bersedia nak joget letewww =.=

sejak anak dah makin besar ni, makin rajin pulak ummi abi cari bahan belajar dia. antaranya lagu kanak-kanak. tak kisah lah nasyid nasihat ke, lagu ajar apa-apa ke asalkan berbentuk kartun. ada lagu Upin Ipin tapi bukan bebudak dalam upin ipin yang nyanyi langsung dia tak mau layan. ditinggalkan aje tab tu. awal dulu tak layan lagu melayu nak omputih sesaje. ewahhhhh pandai pulak ye awak anakkkkk.

 mesti nak tergolek hujung kaki ummi, alololo sweet sangat :p

siri upin ipin dengan boboi boy pun kami simpankan sekali dalam tab dia tu. amboiiii sekarang tab pun dah sebut "tab baby" kalau dulu tab abi. untunglah awak anakkkkk, abi wakafkan tab dia ke awak. tapi nampak gayanya dia tak berapa berkenan boboi boy. kalau tengok BB mesti ajak ummi teman, nak duduk atas ummi. kalau Upin Ipin elok je boleh tergolek terlentang tengok sensorang diri. agaknya sebab BB ada aksi lawan-lawan hati member pun jadi gentar tengok sorang-sorang. pesen ummi la ni bila tengok cite menakutkan duduk belakang abi pastu tanya-tanya abi, ape jadi bang? dia hidup ke bang? dah kena makan ke bang? nasib la abi tabah je layan isteri tercinta dia ni hahahaha :p

amboi kekecik lagi dah ajar anak layan gadget. esok sampai ke besar usung gadget aje, tak boleh hidup takde gadget... hurmm jap lagi mesti ada orang kata macam ni bila baca entry ummi ni. biasa la tau dahhhh. bukan kami takde tv, ada je tv yang toklong Uwais bagi aritu. tapi kami takde astro, jadinya jangan mimpi la nak ada kartun best2 sepanjang masa ikut masa kita. dan lagi satu sekurangnya dengan ada nya kartun dan lagu kesukaan anak boleh la ralitkan anak dari kejar ummi time ummi basuh baju, basuh pinggan, ambik wudhuk, makan dan macam-macam. bak kata Kak Izwa, kena terangkan nanti orang kata kita mak yang tak tengok anak pulak :p

 dah letak jauh tab dari mata dia, dengan harapan takmau mata cepat rosak. tapi lagi jauh letak lagi dekat pulak dia datang tengok =.=

paling sweet Fateh Uwais mesti duduk dekat tengah pintu bilik. sebab? nak teman ummi makan kat luar. agaknya dia risau ummi takut duduk sensorang dekat dapur. itu yang dia duduk tengah sebab nak teman ummi. mata tengok tab dalam bilik, sambil-sambil jeling ummi kat luar. tengok ummi lama sikit jauh dari dia terus cari hahahahaha. takut ummi tinggal letewwwww :p takde nya ummi sampai hati nak tinggal awak tu. awak kan jantung hati ummi ;)

  
mukaaaaaaaaa. sebenarnya Fateh Uwais tengah syok layan tab dia. ummi pulak panggil-panggil suruh tengok kamera. tension terus muka tuuuuu. hahahaha. ummi harap sampai masanya nanti awak lebihkan akhirat berbanding urusan dunia. dunia hanya persinggahan sebelum kita tinggal selamanya diakhirat nanti. ummi doa moga sampai waktunya nanti kita sekeluarga dapat bersama disyurga sana. amin amin. insyaAllah sedayanya ummi abi didik awak jadi insan yang cintakan Allah dan Rasul. insyaAllah

25 June 2014

Uwais Makan Ape?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

kalau mak ngasuh atau kami bawak Fateh Uwais ke mana-mana atau tempat baru mesti orang tanya. makan ape badan sampai bam-bam elok semangat macam nie? (merujuk pada baby pipi pau tu la). Alhamdulilah walaupun Uwais aktif sangat tapi badan pun elok semangat lagi. sebenarnya kami cukup risau kalau badan dia susut/kurus. lebih seronok tengok badan dia naik elok macam tu. syukur badan dia masih bersemangat. dukung pun semangat jugak hihihi.

pernah ada kawan suami tanya. "anak u mesti tak aktif kan?" sebab tengok badan Uwais bulat. hoiiiiii sampai hati kata dia tak aktif. ummi memang emosi kalau orang kata bukan-bukan kat anak ummi ni. kalau depan mata mesti ummi dah buat muka meluat, hahahahahaha :p

ok berbalik pada tajuk. Fateh Uwais makan sama je macam bebudak lain. pagi makan bubur. tengahari makan puree buah. petang bubur lagi. dalam bubur dia wajib ada beras(dah memang lah), ayam/daging/tofu telur/udang sotong(jarang sekali letak), satu jenis sayur (ikut apa yang dalam peti ais). 3 item tu memang wajib ada dalam bubur nasi dia. puree buah pulak wajib ada epal, sebab favret dia epal. kadang tu campur jugak dengan pear, kiwi, betik, labu atau ikut suka ummi lah nak letak apa pun. 

kalau dekat rumah pengasuh ada 4 sesi dia minum susu. pagi susu anmum, pasal abah dia (abah pengasuh) suruh ajar jugak minum FM takut nanti bila dah besar atau susu saya takde dia jadi tak reti minum susu formula. kesian ke dia nanti. dan selebihnya susu saya yang dibekal setiap hari. alhamdulilah walaupun lagi berapa hari nak masuk 10 bulan masih diberi kesempatan dan rezeki menyusukan anak. walaupun tak secara eksklusif tapi masih bersyukur punya rezeki yang banyak ini. kalau hari saya cuti atau weekend memang dia fully bf. alhamdulilah syukur sangat. walaupun susu taklah banyak macam orang lain sampai tak muat nak simpan dalam peti beku tapi masih bersyukur ada jugak rezeki untuk Fateh Uwais. Alhamdulilah.

dan bersyukur yang Uwais jarang nak kena demam atau sakit-sakit yang mudarat. mungkin sebab tu badan dia masih bersemangat. alhamdulilah. kalau dia demam atau sakit sikit tu selera masih ada cuma kurang sikit-sikit jela. syukur sangat antibodi anak ummi kuat. itulah nikmat nya bila dia dapat susu ibu agaknya. syukurrrrr.

dan yang pasti. hati yang gembira dan suka melahirkan badan dan otak yang sihat dan cergas. alhamdulilah sekali lagi masih diberi kesabaran yang maha tinggi dalam menjaga, mengasuh dan mendidik anak. jarang sekali dia nak menangis meragam tak tentu pasal. yang selalu nampak senyum manis kat bibir dia. dari situ saya tau dia seronok. bila dia seronok ummi abi lahhhhh yang paling beronok-ronok suka.

moga Allah terus sentiasa lindungi anak ummi Fateh Uwais. berikan kesihatan yang baik pada anak ummi abi. sihatkan tubuh badan Uwais. otak yang cerdik dan cergas. dan jadikan Fateh Uwais anak soleh yang berjaya dunia akhirat. amin amin  

23 June 2014

Pra-Walk Taman Jubli Emas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


ke Taman Jubli Emas kita lagi. yeayyyyy. semalam suami mengasuh anak. pepagi lagi dah mesej saya kata petang karang nak bawak Fateh Uwais main baby walk dia dekat tempat yang luas. kesian dia main tolak-tolak dalam rumah. ruang kecik. bila tolak kena dinding tak reti nak pusing dah bebai-bebai. hahaha. tingggggg terus teringat kat taman jubli emas ada dataran tapi suami kata. nak bagi main atas rumput. kalau anak jatuh pun atleast dia tak sakit sangat, ok abi. setuju!!!!!


lepas ambik ummi balik kerja. anak terus cari susu. kami suami isteri dah boleh agak kejap lagi mesti dia tido nie. lepas balik lunch dengan saya tengahari semalam sampai petang dia tak nak tido kata abi. tepat jangkaan. anak tido dengan mudahnya. terus punah harapan ummi abi nak bagi dia main dekat sana. suami kata. takpe la. nanti2 la kita bawak dia. terus ke Longwan nak cari barang ummi. sekali masa turun kereta elok Uwais jaga sambil senyum simpul. abi kata awal lagi kalau nak ke taman. capai barang apa nak cepat-cepat dan terus patah balik ke taman jubli emas. 


masa bawak turun baby walk dari Nurul Iman, terfikir jugak. nanti tak ke orang kata poyo je bawak menda alah tu bagi anak main kat sini. tapi bila fikir balik. asyik nak fikir apa orang nak kata je, jenuh nak atur hidup. lagipun niat utama nak bagi anak main puas-puas tempat luas bukan nak mempoyo depan orang ramai. jadi ignore sahaja kata-kata kecik sang hati. gituuuuuu.

sementara tunggu abi solat. saya bagi anak makan dulu. tak larat nak kejar dia tolak baby walk dia. dah la tu. dalam sibuk main, dia boleh berhenti tarik rumput dulu. lepas tue sambung balik tolak. grrrrrrrr. ummi suruh main bukan suruh mesin rumput =.= sudahnya decide bagi makan dulu. takde la ummi letih nak larang dia cabut rumput. kihkihkih.


kemain eksaited dapat main tempat luas. sampai satu masa dia dah letih. dia duduk. tak boleh la bagi duduk sebab nanti togel rumput tu dikerjakan jari comel dia. kuman tu yang utamanya. abi kata jom pergi tengok ikan. boleh jugak bagi ikan makan. dan macam biasa bukan je anak. ummi dengan abi pun eksaited tengok ikan berduyun-duyun datang. cuma macam sayuuuu je tengok ikan kat tasik situ. macam takde sape bagi makan. maksud saya. macam pihak pengurusan sana takde sediakan makanan khas untuk ikan dalam tasik itu. kalau pengunjung datang baru dorang makan. hurmmm mungkin itu hanya telahan saya sahaja. dengan harapan nasib ikan-ikan yang sungguh banyak itu terbela lah. *ummi jangan nak drama sangat boleh tak?????*

 takde gambo bubble. gambo anak jugak yang banyak. hewhewhew :p

dan petang semalam baru nampak orang ramai main bubble besar. macam yang Mummy GK selalu sebut. terus terdetik dalam hati, bila Mummy nak balik nie. boleh la bawak anak main bubble sekali. ummi tak reti. sedangkan nak main bubble kecik pun tak reti ini kan pulak besar-besar gitu. kahkahkah

bila abi tengok anak kemain seronok main tempat luas. abi kata lenkali kita datang sini lagi. boleh bagi anak main lagi. ok abi insyaAllah. ummi abi nie takde lain. asal boleh tengok anak hepy, senyum manis-manis dah cukup membahagiakan hati ummi abi. love u Fateh Uwais. 
 

22 June 2014

Jika Sayang Tegurlah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 bosan lah tunggu ummi sidai kain, saya jilat lah stroller ini grrrrrr

sedang dalam proses remove segala mala gambar saya dengan kengkawan yang mana tidak menutup aurat dalam erti kata sebenar. lambat memulakan proses membalas kunjungan kengkawan. insyaAllah lambat ke cepat mesti balas balik jika masih diberi kesempatan Allah ;)

seorang sahabat bagitau saya baru-baru nie. ada hamba Allah nie kata dekat dia "kata dah berubah, pakai baju tudung labuh tapi gambar dalam blog ada yang berlengan pendek lagi" petikan ayat tue memang dituju pada saya seratus peratus. Allah sebetulnya memang saya terlupa dan terlepas pandang hal itu. mungkin Allah nak tegur saya dengan cara begini.

nak berterima kasih pada yang menegur. tapi sebolehnya terus la tegur pada saya. tak perlu "berbunyi" pada mana-mana wassap group atau media sosial mana sekalipun, kerana saya takde dalam group perbincangan mereka itu pun. jika kesalahan itu datang dari saya. pm atau wassap saya sendiri. tegur saya. saya akui adakalanya saya memang buat salah dan terlepas pandang. orang keliling yang lebih nampak depan dan belakang saya yang sepatutnya boleh menegur. sebab saya hanya nampak "depan" selalu. 

selalu kita sebut. moga ukhwah berpanjangan sampai syurga sana. tapi macam mana nak sampai syurga kalau kat dunia tak tegur salah sahabat atau kenalan itu? mohon tegur lah kesalahan dan kesilapan saya. jika betul kesalahan datang dari saya. insyaAllah mesti saya boleh terima dengan hati yang terbuka :)

makanya sedang dalam proses menapis blog dan pesbuk. mana gambar yang tidak menepati piawaian akan diremove. mana gambar kawan-kawan yang saya upload tak menepati piawaian pun mohon beritahu pada saya. 

19 June 2014

Review E-Pump Malish

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


yang sebenarnya pam pureen saya dah rosak. pam pureen kedua yang rosak. yang first dulu memang dah selamat masuk tong sampah dah. yang kedua pun nak kena campak jugak gamaknya. huhhh!!! kenapa beli pureen jugak kalau dah pertama dulu rosak? sebab masa tue tak terfikir nak servey ke ape. yang terlintas kat kepala je beli bila keadaan mendesak desak.


breast pump jenama Malish masih baru dalam malaysia (setakat ini lah) kalau pergi mana-mana kedai barang baby atau shopping mall memang tak jumpa (saya lah tue) mungkin kedai area KL dah masuk jenama Malish ini. saya jumpa dekat online je Marissa_Shoppe. IG dia. dengan harga promosi RM199 dapat lah satu set breast e-pump ini. e-pump pureen pun RM180 kauuuuu. harga asal Malish RM269.90 (ikut kat kotak). apa yang bestnya breast pump Malish?

- massage breast sama seperti Medela. saya pernah pinjam Medela opismate masa pam lama rosak jadi tau serba sikit macam mana Medela 'berkerja'. sampai level 4 massage breast. massage selama mana mahu, bila dah bersedia keluarkan susu boleh picit button yang ada gambar air menitik tue (sila rujuk kotak digambar pertama) sampai level 5 expression dia (sedutan seperti baby direct BF)

- part pam yang tidak terlalu banyak sehingga ambik masa untuk pasang sebelum proses pam. jimat masa sikit dekat situ.

- senyap tanpa mengeluarkan bunyi yang kuat. macam vibrate handphone je bunyinya.

- built in battery. maksudnya bila nak guna tanpa elektrik pun boleh. cumanya kena cas sesiap pam tue. bateri macam bateri hp, tak pakai bateri sebijik bijik macam energizer ke ape ke. 

- relaks sambil proses pam. boleh update blog atau reply wassap sesiapa :p

- ambik masa yang lebih sikit sebab pam single. kalau nak jimat masa, boleh beli double pump. Marissa_Shoppe akan keluarkan tak lama lagi. budget dalam RM3**. 

- boleh bagi 5 bintang setakat yang saya guna nie.

- warranty satu tahun

kalau nak cari pam ala-ala Medela tapi budget yang rendah boleh try guna pam Malish. semoga Malish sudi berkawan baik dengan saya sampai bila-bila, sampai bila-bila tue maksudnya nak guna sampai anak-anak akan datang tau malishhhhh hahahahaha :p   

oh ye sangat berpuas hati membeli dengan Marissa_Shoppe (IG dia) oder hari nie. bayar sebelum pukul 2pm. esok dah abang pos laju hantar dekat tangan. cepattttttt itu yang customer mahukan. terutama customer yang baru pertama kali beli dengan mereka ;)

kenapa beli mahal-mahal sebab anak dah 9 bulan, ada ke susu lagi? hello breast pump mana ada yang murah. susah nak jumpa yang bawah RM100 pun. lagi pun kan dah kata nak pakai sampai anak-anak akan datang apa salahnya alah membeli menang memakai kannnnn. alhamdulilah Fateh Uwais dah 9 bulan 19 hari masih dimurahkan rezeki dengan susu badan. moga makin dimurahkan rezeki sampai dia umur dua tahun nanti amin amin

17 June 2014

Main Angin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


sabtu lepas abi cuti lagi. memandangkan takde aktiviti apa. kami decide nak bawak anak main air laut dekat Bagan je. sementara tunggu ummi siapkan kerja yang ada, abi bawak anak main dekat playground dulu. sakan budak sorang tue abi kata. muka manisssss aje.


sampai bagan macam besa Fateh Uwais eksaited lebih tengok air laut datang. cumanya bila air masin terkena luka dekat kaki dia terus spoil mood. takmau turun jejak tanah dah. nak naik atas dukung abi je. kesian sangat huuuu. bagi dia makan jela sambil menikmati sepoi-sepoi angin laut. kemain awak ye anak bila ada abi. makan pun depan laut. dekat taman =.=


sepanjang jalan area bagan masih boleh rasai sepoi angin laut. sepanjang tue la dia duduk tepi tingkap bawak keluar tangan. mula kami tak perasan. tapi bila dengar dia gelak-gelak. terus perhati betul-betul. laaaa dia tahan angin dengan tangan. cuba nak tangkap angin yang datang. itu yang gelak sorang-sorang.


muka bahagia sungguh dapat bawak keluar tangan tue. mata sepet-sepet tertutup kena angin laut. kalau lalu tepi sawah pun dia akan buat macam nie, cumanya bila tepi sawah kami tak bagi lama sebab takut Charlie masuk dalam kereta geget dia pulak. Fateh Uwais mohon jangan buat menda comel banyak sangat karang tak pasal ummi geget grrrrrr

12 June 2014

Baby Walk Fateh Uwais

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 hati-hati sayangggg

mana yang dah biasa baca blog saya mesti tau yang saya tak suka bagi Fateh Uwais main dalam baby walker. Baby Walk tak sama dengan walker. fungsi utama saya dengan suami belikan untuk anak supaya dia boleh belajar berjalan dengan berpaut pada baby walk itu. selalu dia duk tolak kerusi makan je, kerusi makan kan ringan takut terbalik jatuh atas anak pulak. lepas tue dia rajin tolak kereta Looney dia. kereta Looney pun ringan, takut anak pulak jatuh terlentang.


pandangan depan, sisi dan belakang baby walk 

saja ajak abi pegi kedai baby nak tengok benda nie. dalam kepala duk ingat ada benda alah nie nak bagi anak tolak. tapi awalnya tatau ape namanya. pergi kedai Apple Baby House Jalan Putra kat kedah jumpa lah. tak pasti sebijik macam yang saya beli ke ape. harga kat situ RM199.90. oh barang anak memang mahal =.= tapi sebab minggu lepas ke KL terus ajak suami singgah GM Klang. Ya Allah syurga kedai baby tau tak kat sana tue. barang semuaaaaa murah banyak banding yang saya duk tengok dekat sini. mana orang KL tue maybe la tak serambang mata saya yang duduk kedah nie. kat sana barang memang murah banding sini sobssssss. Baby Walk yang saya belikan ini RM120. tengok betapa bezanya harga. 80 hinggit tue boleh beli benda lain. memang la kalau ikutkan duit minyak dengan tol ke KL lagi. tapi alang-alang ke sana boleh la tumpang beli sekali :p


stereng bila on akan keluar bunyi music. ada 10 jenis music berbeza(rasanya). baby walk untuk bayi yang dah boleh berdiri sendiri amatlah sesuai. untuk belajar berjalan. kalau rasa anak dah boleh berjalan sendiri, boleh lipat tempat duduk kaler hijau (gambar atas) dan jadilah kereta. yang boleh baby tolak-tolak pakai kaki. tak ambik pulak gambarnya. kalau tengok kat gambar atas ada blok huruf. saja saya simpan sebab nak fokuskan Uwais belajar berjalan. bila ada blok dia jadi malas nak bangun pulak dah. lepas tue sorok blok kat mana-mana. jenuh ummi cari balik =.= nanti minggu depan ummi pulangkan balik yeeeeee.


cumanya parents kena bagi perhatian masa anak bermain dengan baby walk. kadang diorang tertolak laju-laju takut nanti jatuh tersembam. Baby walk tak berat sangat dan tak ringan. memang sesuai untuk anak-anak. boleh lock tayar dari berpusing. boleh laras kelajuan roda. ada 3 level kata promoter yang jual kat saya aritu. Fateh Uwais memang berkenan dengan baby walk dia. oh lupa. kalau perasan dekat seat hijau ada kaler oren. ada bijik-bijik manis dalam tue. bila pusingkan dia, akan berbunyi-bunyi. Uwais sangat suka golek-golek kan menda tue. muka bahagiaaaa aje. moga dipermudahkan anak ummi berjalan sendiri. ummi abi love youuuuuu

11 June 2014

Pantai Morib Banting, ICT Shah Alam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


balik dari Taman Rama-rama terus ke rumah kakak dekat Banting. tido semalam kat sana. dapat la mama main dengan cucu mama dua orang lagi tue. konon malamnya nak ke ICT, tapi badan masing-masing dah letih. tukar plan pergi sabtunya pulak sebelum balik ipoh.

sabtu pepagi kakak dengan abang lang bawak melepak dekat Pantai Morib. ambik angin laut pepagi katanya. bebudak kecik seronok kemain dapat lepas bebas berlari atas tanah. Fateh Uwais tak senang duduk tengok abang Danial seronok berlari sana sini. dia pun nak berlari sama. muka seronok sungguh dapat berlari sekali dengan abang. dia? mestilah abi yang pegang sambil berlari terkedek-kedek hihihi

dekat Pantai Morib cuma boleh ambik angin, main bubble, makan-makan. banyak la kedai-kedai yang jual layang-layang, bubble semua tue. tinggal nak pilih dan beli saja. kalau nak turun mandi air laut jauh sikit kena berjalan. air laut nya tak pasti pulak bersih ke tidak.


lepas makan tengahari terus ke ICT Shah Alam. abang long nak masuk Trick Art Gallery. tiket masuk seorang RM15 tak kira la dewasa atau kanak-kanak. kami bertiga tak masuk pasal masa awal pembukaan dulu dah pernah masuk. kalau dulu tiket sorang tak sampai sepuluh ringgit rasanya. sekarang kemain mahal nasib la takde nafsu nak masuk situ pun. 

cuma bawak Fateh Uwais kami jenjalan pusing area ICT sementara tunggu mama, along dengan budak dua orang habis pusing dalam art gallery. banyak benda baru dekat ICT. ada water world, gallery patung berbentuk artis(ape namanya pun ntah, Red Carpet gamaknya kot), kiosk mainan token macam dekat fun fair tue, macam-macam lagi selain yang memang dok ada kat sana. 

dan ummi awal-awal lagi dah cakap dekat abi nak naik macam komuter duk pusing-pusing tue. menda ape ntah tak ingat namanya. kalau malam lagi seronok la pasal boleh tengok banyak lampu keliling. kami naik waktu siang. RM20 satu kereta. satu kereta boleh naik 2 orang saja. tak kira la orang dewasa atau kanak-kanak. maximum 2 orang saja. preggy women and baby tak dibenarkan naik. terpaksa la tinggalkan Fateh Uwais dekat bawah dengan opah dan ibu dia. 

mulanya kata opah muka budak tue nak nanges dah tengok ummi dengan abi tinggalkan. tapi bila opah suruh tengok atas, nampak ummi abi terus ceria balik muka dia. takut kena tinggal letewwww. gayat oiiii naik menda alah tue. sebenarnya kereta boleh berpusing-pusing ikut suka kita lah. nak tengok side depan kiri kanan atau belakang. tapi ummi is gayat. jerit-jerit kat atas tue bila abi nak pusing stereng. sudahnya berpaut jela kat lengan abi macam gambo atas. kes penakut la tue. takde menda lain dah =.=

abi kata nasib la depa tak bagi bawak anak naik. ummi pun tak boleh handle diri sendiri macam mana nak handle anak pulak. hewhewhew :p. so far puas hati lah bayar RM20. kalau tak gayat boleh pusing tengok keliling.



 nanti kita ajak abi jenjalan lagi ye yayang kecik ;)

tiket parking kami RM3 sahaja. tak pasti la kami duduk situ berapa jam. nak cari parking susahnya oiii silapnya kami sebab tak tau jalan nak masuk parking dalam banggunan. kalau mai malam confirm lagi berpeluh ketiak cari parking =.= Fateh Uwais tak eksaited pun masuk ICT. kalau masuk time malam mungkin dia teruja pasal suka tengok banyak lampu. takpe insyaAllah next time ye laling.

keluar ict abi tanya nak makan ape. terus teringat kedai burger abang burn kat luar ict. masuk ke situ. awal pembukaan dulu masa kami makan, seronok je. tapi sekarang sangat mendukacitakan. meatball rasa hangit. pisau potong burger tak bagi. kalau burger kecik macam burger KFC tue boleh la terima akal nak makan ngap macam tue je. ini burger lapis tue kau nak suruh orang gigit telan macam tue je. fikir la logik akal sikit. kalau orang kondem, marah pulak nanti kata melayu tak supported melayu. tapi nak supported macam mana kalau meniaga serupa tak ikhlas. abi kata ini last kita makan sini, lepas nie tak masuk dah. gambo pun takde. nampak sangat marahnya ummi abi. huh!!

10 June 2014

Planetarium Dan Taman Rama-Rama

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


haaaaa itulah abang long. abang long dekat 4 orang adik. adik-adik sepupu yang pastinya. anak sulung kakak saya yang sulung. katanya teringin nak berjalan ke KL, nak tengok taman rama-rama dengan petrosains. memandangkan saya dengan suami ada masa terluang bawak la family ke sana. tunaikan hajat anak-anak. reward untuk usaha dia dalam peperiksaan pertengahan tahun. dapat no dua dalam darjah. tahniah abang long. ini hadiah dari pakcik dengan achik tau. kemain semangat sembur perfume dekat jari semata nak rama-rama hinggap dekat dia. 

jumaat pagi bergerak dari Ipoh, sampai KL dalam jam 11.30am macam tue. terus ke taman rama-rama. rupanya area kawasan tue ada macam-macam galeri kesenian. terlepas simpang ke taman rama-rama. teruskan perjalanan dulu, dan nampak galeri kesenian islam, nak masuk tapi tatau pintu dia kat mana, sudahnya lupa terus hajat nak masuk situ =.=. jalan depan lagi nampak Planetarium pusing stereng masuk situ. 

Planetarium masuk percuma setiap hari isnin-jumaat, dan berbayar sabtu dan ahad (tak silap). kami masuk jumaat lepas percuma. muzium yang menceritakan perihal seluruh planet di dunia. ada alatan yang boleh kita cuba. jisim planet tersebut, ketumpatan dan lain-lain. yang minat sains boleh datang ke sini cuba macam-macam modal yang diorang pamerkan. modal dia kondisi masih baik lagi. lupa nak snap gambo modal-modal yang dipamerkan. adehhhh


Planetarium selesai, terus ke Taman Rama-Rama. petrosains cancel memandangkan dah puas cuba macam-macam dekat Planetarium. tiket masuk ke taman rama-rama kuala lumpur. dewasa RM10 dan kanak-kanak RM5 bagi warganegara malaysia. dalam taman rama-rama ada kolam ikan koi. taman rama-rama melaka pun ada kolam ikan. lagi besar dari kolam ikan taman rama-rama kl nie.kecik ke besar ke asal ada ikan Fateh Uwais mesti teruja nak tengok ikan yang ada. kami suspek ikan kat sini kelaparan. baru menapak atas batu tue berbondong-bondong semua mai dekat.


walaupun rama-rama kat sini tak sebanyak rama-rama dekat melaka tapi disejukkan hati bila tengok banyak haiwan yang tak pernah dilihat ada dipamerkan dekat sini. yang atas tue Moving Leaf. serangga yang sebijik bentuk daun, kalau tak tengok betul-betul tak tau pun itu serangga. Turtle Kepala Naga tak silap, Katak Bertanduk dan macam-macam jenis rama-rama ada dekat sana. ada jugak serangga sebijik bentuk ranting kayu. tak snap pulak gambar nya.


dah keluar dari taman-taman rama boleh nampak berbagai jenis serangga. kala jengking, kumbang pelbagai spesies, ulat macam-macam la. tak sempat nak tangkap gambo lelebih pasal Fateh Uwais dah mengantuk. muka masam mencuka. nak ajak bergambar pun tak bagi kerjasama dah.

kami suami isteri suka pergi tempat-tempat macam nie. yang boleh belajar benda baru, boleh baca sejarah dia. benda-benda ilmu yang bermanfaat. ilmu masuk, otak pun segar. nanti kita ke Muzium Padi Kedah pulak ye.

09 June 2014

Macam Mana Boleh Rapat Dengan Abi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


kalau ikutkan masa Fateh Uwais baru lahir, dia takmo dengan abi setiap kali abi balik weekend. saya pantang dekat ipoh, suami kerja penang. setiap kali weekend dia akan balik melawat kami anak beranak. tapi setiap kali tinggalkan dengan abi, Fateh Uwais mesti akan meraung. takmau langsung duduk dengan abi bila takde ummi atau opah dia.

ada sekali tue masa saya mandi. tinggalkan dengan abi dalam bilik kami. anak menangis tersengguk sengguk sampai abi kena ketuk pintu bilik opah dengan tok nak mintak pujuk dia. tension abi. sampai abi merajuk la dengan anak. ugut takmo balik dah sebab anak takmau dengan dia. kahkahkah :p


dah habis pantang, kami berdua balik penang seminggu seminggu. masa tue la dia baru nak 'kenal' abi dia. mungkin masa awal tue dia ingat ntah sape-sape la laki nie. banyak hari takde lepas tue ada pulak. dah tue ummi tinggalkan pulak. susah hati la gamaknya kot, pasal itu nanges. dah duduk penang, hari-hari nampak abi baru lah dia mula rasi dengan abi. waktu abi balik hari-hari pun dah tau bila. setiap hari tunggu abi balik kerja. 


yang boleh dia makin rapat dengan abi. bila saya kena demam seminggu lepas balik dari sabah. demam urat yang langsung tak boleh nak urus diri sendiri apatah lagi anak. masa tue la dia mengendeng dengan abi. mana abi pergi dia ikut. mandi, susu, pakai baju, tido, semua abi yang buat. mungkin waktu tue dia dah kenal sepenuhnya. oh ini abi. manusia kedua yang paling selamat buat dia selepas ummi. mungkin itulah yang bermain dalam diri dia.  itu salah satu sebab kenapa saya mintak abi mengasuh dia bila cuti weekend. supaya dia boleh beza abi dan lelaki lain.

setiap hari ahad adalah hari Fateh Uwais dengan abi. hari abi mengasuh Fateh Uwais. semuanya abi. dari A to Z. sebenarnya dia seronok abi mengasuh. orang laki dengan perempuan nie mengasuh tak sama. kasih ummi dengan abi walaupun sama tapi cara kami tunjukkan kasih sayang dengan anak mungkin berbeza. abi rajin main dengan dia. rajin bawak tunjuk itu tunjuk ini. tumpuan boleh dikatakan sepenuhnya pada dia. 


ummi bukan tak rajin. tapi ummi ada tanggungjawab lain selain nak tengok dia je. kena buat kerja rumah, sediakan keperluan kami bertiga. tanggungjawab seorang isteri dan ibu. jadi kadang tak boleh nak tumpu pada dia saja. mungkin dari situ dia belajar berdikari bila dengan ummi, dan manja bila ada abi.


ummi tak dengki abi manjakan anak, anak rapat dengan abi, ummi bahagia sebab ada dua hero yang sentiasa jaga ummi, yang sentiasa ada disamping ummi. love both of u sooooooooo much. terima kasih Allah :)

05 June 2014

Perbaharui Mykad Ummi Abi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

sebenarnya saya nie tak pernah renew Mykad tue haaaa. buat masa umur 12 tahun. IC tue la yang pakai sampai umur nak masuk 26 tahun nie. kalau pergi mana-mana mesti orang tanya umur berapa tahun punya IC nie. =.= salah satu faktor yang malas nak buat IC baru takut cap jari susah nak detect lepas dah renew nanti.

trauma bila tengok orang lain susah nak kesan cop jari bila cucuk mykad dekat mana-mana mesin jabatan lain. tatau la salah jari mereka sendiri atau salah mesin masa awal-awal cop jari dekat jabatan pendaftaran. tapi disebabkan dah lama sangat mykad saya nie. dah tukar kaler kuning pun. cuti jumaat balik ipoh lepas ajak suami ke jabatan pendaftaran. kalau buat tangguh-tangguh ntah bila pulak nak buatnya. 

ikut kan nak keluar lepas abis solat jumaat tapi biasa la ada anak kecik nie. nak bagi makan, bagi mandi, melayan emosi dia lagi. tiga lebih jugak baru keluarnya. nasib la jabatan pendaftaran tue 10 ke 15 minit je dari rumah mama papa.

sampai je kat situ, ambik nombor duduk sekejap dah kena panggil nombor. tak ramai sangat orang pun maybe sebab time waktu bekerja negeri perak. saya kan weekend jumaat sabtu. tue yang untuk weekend hari jumaat, balik kampung boleh settle banyak benda yang melibatkan ofis kerajaan dan bank nie. tak payah bazir cuti rehat yang tinggal sikit sahaja itu. hewhewhew.

had umur yang harus perbaharui mykad pada 18 tahun, 25 tahun dan seterusnya. disebabkan saya punya IC masa 12 tahun. kena kompaun RM30. caj proses RM10. tak pasal kena bayar RM40 grrrrrrrr takpe la sebab salah sendiri kan. redha aje la :p ajak suami renew sekali. suami kena RM10 aje pasal dia memang selalu berurusan dengan bank dulu, tak boleh kalau tak renew. baiklahhhhhh.

yang best masa tangkap gambar siap req kat staff tue nak tangkap lagi sekali pasal gambar first tak cantik. tapi suami tak boleh req pasal staff lain-lain. lelain emosi la gamaknya kahkahkah :p

04 June 2014

Mak Merajuk

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 Fateh Uwais yang baru keluar LR, rindunya bau tangan dia yang masa tue

mak mengasuh Fateh Uwais memang setiap hari cerita telatah anak ke saya. macam semalam. Mak Mah, jiran mak dia datang main dengan dia. Mak Mah duduk atas sofa, mak dia kat bawah. Fateh Uwais duduk atas sofa, main panjat-panjat mak mah. dah kenal letewww. kalau tak kenal mana mau dia panjat peha orang.

mak dia pun saja la kata. "amboiiiii adik tak sayang mak dah, adik nak main dengan mak mah je. pegi la ikut mak mah balik. esok pun duduk dengan mak mah. mak tak nak ngasuh adik dah" dia pun pelan-pelan turun dari sofa duduk antara mak mah dengan mak dia. lepas tue panjat mak dia, terus kiss pipi mak banyak kali. pujuk mak gamaknya kihkihkih.

gelak je depa dua orang dengan telatah dia. mak mah kata "pandai uwais nie, paham ape orang kata" hihihi. alhamdulilah walaupun dia baru 9 bulan tapi dah boleh paham apa yang orang cakap. kalau orang larang pun dia paham. 

macam mana saya tau? lepas saya larang. dia takkan buat. tapi beberapa minit lepas tue dia akan cuba buat, tapi mata tengok saya. panggil saya. suruh tengok apa yang dia buat. kalau saya marah. dia gelak. memang sajeeeeeeee nak menyakat ummi kan =.=

03 June 2014

Hepy Besday Abi!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

22 Mei lepas genap la usia suami tersayang 28 tahun. dia sendiri terkejut bila teringat umur dah 28 kihkihkih. terasa tua letewww habis selama nie perasan muda ek? kahkahkah *saje cari pasal* :p

rasanya selama jadi isteri kurang sangat saya belikan dia pape, selalunya saya dengan anak yang dapat hadiah macam-macam. maafkan saya wahai suami ;( dua minggu sebelum besday suami dah oder kek sesiap dengan Kak Shida. oh ye sesape yang berminat nak oder aneka kek boleh hubungi Kak Shida sendiri. saya menuntut ilmu kek karamel pun dengan dia la. kakak dalam keluarga Kami Blogger Utagha sebenarnya. 


disebakan saya dah pernah makan Kek Cheese Leleh nie, makanya besday suami pun nak tempah yang sama. pesen saya, apa yang saya makan kalau boleh nak orang tersayang pun rasa sama gitewwww.  Kek Cheese Leleh nie berat hampir 2 kilo kata Kak Shida harganya RM60 sekali tulisan.

ingatkan tulisan tue fondant, saya pesen tak suka kek yang dilitupi fondant. rupanya cream lembut je, boleh makan pun. ceritanya kek nie memang sedap. rasanya sebijik tue saya dengan suami je yang pulun makan. saya yang lebih-lebih sebab suka sangat hahahaha. highly recommendation recommended (lah).

disebabkan besday suami jatuh hari khamis, hari saya dengan anak travel balik penang. janji dengan kak shida nak ambik dekat tol pendang masa on the way nanti. janji dua minggu sebelum lagi dan pesan dekat kak shida jangan upload kat public sebab nak surprise kan suami. budget boleh sampai sebelum suami balik dari kerja tapi disebabkan highway jammed punah impian ku nguuu. sebelum suami bukak pintu kereta belakang saya cepat-cepat pintas dulu. sebab nak hulur kek sambil sebut "hepy besday abi" terus kelipop kelipop mata abi. senyum sampai telinga. terharu letewwwww hikhikhik :p

pulut kuning tue tak jual ye, mama mentua buat untuk besday boy jugak. konon mama pun nak bagi surprise, sorok bawah belanga. padahal suami dah tau dulu sebab boleh bau aroma pulut tue. hihihihi

Hepy Besday abi. moga terus berjaya dunia dan akhirat amin amin

02 June 2014

Fateh Uwais #9 Bulan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 berat : 9.5kg
tinggi : 73.5 cm

tik tok tik tok kejap je dah 9 bulan anakanda Fateh Uwais tue. cepatnya masa berlalu. cepatnyaaaa ummi abi akan rindukan saat awak masih baby ;((( tapi ummi abi tetap doakan moga awak membesar dengan sihat sayang. 

9 bulan nie Fateh Uwais dah boleh bangun berdiri sendiri. tegap dah berdiri takde macam pokok goyang kena tiup angin lagi. cumanya nak melangkah tue dia masih belum berani. meniti dah berani, melangkah sendiri belum lagi. takut terjatuh agaknya. mesti dia tau sakit bila jatuh tue.

makin ligat panjat kerusi meja semua. nak surung kerusi sambil dia berjalan. pandai pulak awak ye anak. yang geram tue. boleh pulak dia tarik kerusi ummi time ummi tengah duduk makan. bergerak pulak tue dengan ummi sekali, wan yang menjaga dia pun terkejut tengok ummi dengan kerusi bergerak bila dia tarik. adehhhhh 


gigi pun belum ada bayang nak tumbuh lagi. mulanya ummi rileks je tapi bila orang sibuk tanya kenapa takde gigi lagi. emosi ummi pun terganggu. abi kata biarlah anak orang lain. anak kita kan special. jadi semuanya mesti la special tak sama dengan anak orang lain. ok terima kasih abi :)

dah pandai kiss ummi. dah pandai kiss opah dengan abi bila ummi tengah on call. dia tau ada suara abi dengan opah dia mesti ambik hp dan kiss. sweet nya awak anak. kalau kata "kiss ummi sikit" dia akan datang dan kiss pipi. sebab ummi nak bagi galakan terus ummi kata "pandaiii anak ummi Fateh Uwais" terus menyengeh.

dah pandai give me 5!! mulanya kami berdua la bosan-bosan dalam kereta tatau nak buat ape. nampak tangan dia tergantung-gantung dekat car seat. saja tepuk-tepuk tangan dia sambil sebut give me 5!! dia suka.. sejak tue ajar give me 5 banyak-banyak kali setiap hari. dan memang akan five kita. cuma nya kena tepuk tangan dia kuat sikit, tunjuk emosi suka dekat dia. kalau tidak mata dia mesti kelipop kelipop pelik hihihi


dah mula reti main puk amai amai. walaupun tak reti tepuk tangan macam orang besar tapi bila ummi nyanyi. tepuk amai amai belalang kupu kupu mesti tangan dia tepuk-tepuk. bila kata pandaiiii. senyum sampai ke telinga lagi sekali hihihi

dah pandai tunjuk perasaan marah. kalau marah tue genggam dedua jari, kepala badan semua ketar-ketar. mulut sekali ketap bibir. sambil sebut "eeeeee"  cumanya perlahan jela bunyinya. kami suami isteri mesti gelak kat dia kalau nampak dia marah tue. hahahahaha mesti dia tension dapat ummi abi macam nie :p

 
alhamdulilah ummi bahagia gembira tengok awak membesar dear Fateh Uwais. moga Allah terus permudahkan urusan awak, murahkan rezeki awak, moga awak berjaya dunia dan akhirat. amin amin. errr bercerita disini apa yang anak boleh buat bukan untuk membangga diri. sekurangnya kami berdua tahu dimana kemampuan anak kami. nanti bila misi tanya anak dah boleh ape. senang la kabo ke misi. almaklum la ummi abi nie kadang terkelu lidah bila orang tanya terkejut-kejut :p

01 June 2014

Tamau Dengan Perempuan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 pipi pau yang dah makinnnnnn panjang akalnya

Fateh Uwais memang susah nak mau dengan orang perempuan yang bukan kaum kerabat dia. errr ekceli kaum kerabat yang tak biasa jumpa pun dia tak mau =.=" mulanya kami suami isteri tak perasan tapi lama kelamaan sifat dia tue makin ketara. kalau kemana laju je nak pi dekat orang lelaki tapi kalau perempuan nak ambik dia takmau. 

masa kecik baru tiga empat bulan ok lagi. lepas tue dia dah pandai memilih. kalau kami bawak jumpa auntie uncle dia. sungguh-sungguh dia takmau dengan auntie. macam kenduri Jusiza dulu, bawak pegi rumah Jusiza. dan lagi sekali dia takmau dengan perempuan. Fana, Lina, Erin nak ambik dukung sunguh-sungguh dia takmau. dengan Hidir siap panjat lutut lagi. sabar aje la. bukan kami mengajar begitu tapi memang dia yang pilih untuk jadi seperti itu. maaf pada kawan-kawan perempuan, mohon tidak terasa huuu.


ciksu Noraim pun kemain nak jumpa dia, baru kali nie dapat jumpa. tapi dia takmau pegi. berpaling peluk ummi bila ciksu bagi tangan nak ambik. menangis-nangis tolak ciksu bila ciksu pegang. tengok je ciksu takpe, ciksu tengok dia pun takpeee. anakkkk tau tak ramai orang yang teringin nak jumpa awak tapi dapat jumpa awak takmau pulak nguuuuu.

masa makan dengan abi dekat kedai. iye iye aje dia ngintai orang meja belakang. siap main cak-cak lagi. dengan sedekahkan senyum lesung pipit pulak tue. tapi bila abi pusing bagi dia ke diorang takmau pulak. sebab? perempuan =.= pergi ofis ummi kemain maktok semua eksaited nak dukung baby pau tue tapi dia takmau sungguh-sungguh jugak. dekat opismate lelaki takpe pulak.

 ummi paksa dia duduk dengan Ciksu. jadilah untuk kenangan dalam gambo, ciksu duduk kelantan ntah bila pulak kita dapat jumpa dia baby Fateh Uwais. lepas habis gambo dua tiga keping dia pun sambung nangessssss

tatau kenapa dia takmau. bukan semua perempuan dia takmau. ada jugak yang dia mahu tapi 1:10 la ceritanya. cumanya ummi harap perangai awak 'malu' dengan perempuan nie biar la sampai dewasa. kalau tidak nanti ummi cilikan terpedo awak itu ok??? dah besar nak cari isteri ummi setuju, kalau sebaliknya siap la awak ye. ikhlas, ummi yang cengei :p