02 June 2014

Fateh Uwais #9 Bulan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 berat : 9.5kg
tinggi : 73.5 cm

tik tok tik tok kejap je dah 9 bulan anakanda Fateh Uwais tue. cepatnya masa berlalu. cepatnyaaaa ummi abi akan rindukan saat awak masih baby ;((( tapi ummi abi tetap doakan moga awak membesar dengan sihat sayang. 

9 bulan nie Fateh Uwais dah boleh bangun berdiri sendiri. tegap dah berdiri takde macam pokok goyang kena tiup angin lagi. cumanya nak melangkah tue dia masih belum berani. meniti dah berani, melangkah sendiri belum lagi. takut terjatuh agaknya. mesti dia tau sakit bila jatuh tue.

makin ligat panjat kerusi meja semua. nak surung kerusi sambil dia berjalan. pandai pulak awak ye anak. yang geram tue. boleh pulak dia tarik kerusi ummi time ummi tengah duduk makan. bergerak pulak tue dengan ummi sekali, wan yang menjaga dia pun terkejut tengok ummi dengan kerusi bergerak bila dia tarik. adehhhhh 


gigi pun belum ada bayang nak tumbuh lagi. mulanya ummi rileks je tapi bila orang sibuk tanya kenapa takde gigi lagi. emosi ummi pun terganggu. abi kata biarlah anak orang lain. anak kita kan special. jadi semuanya mesti la special tak sama dengan anak orang lain. ok terima kasih abi :)

dah pandai kiss ummi. dah pandai kiss opah dengan abi bila ummi tengah on call. dia tau ada suara abi dengan opah dia mesti ambik hp dan kiss. sweet nya awak anak. kalau kata "kiss ummi sikit" dia akan datang dan kiss pipi. sebab ummi nak bagi galakan terus ummi kata "pandaiii anak ummi Fateh Uwais" terus menyengeh.

dah pandai give me 5!! mulanya kami berdua la bosan-bosan dalam kereta tatau nak buat ape. nampak tangan dia tergantung-gantung dekat car seat. saja tepuk-tepuk tangan dia sambil sebut give me 5!! dia suka.. sejak tue ajar give me 5 banyak-banyak kali setiap hari. dan memang akan five kita. cuma nya kena tepuk tangan dia kuat sikit, tunjuk emosi suka dekat dia. kalau tidak mata dia mesti kelipop kelipop pelik hihihi


dah mula reti main puk amai amai. walaupun tak reti tepuk tangan macam orang besar tapi bila ummi nyanyi. tepuk amai amai belalang kupu kupu mesti tangan dia tepuk-tepuk. bila kata pandaiiii. senyum sampai ke telinga lagi sekali hihihi

dah pandai tunjuk perasaan marah. kalau marah tue genggam dedua jari, kepala badan semua ketar-ketar. mulut sekali ketap bibir. sambil sebut "eeeeee"  cumanya perlahan jela bunyinya. kami suami isteri mesti gelak kat dia kalau nampak dia marah tue. hahahahaha mesti dia tension dapat ummi abi macam nie :p

 
alhamdulilah ummi bahagia gembira tengok awak membesar dear Fateh Uwais. moga Allah terus permudahkan urusan awak, murahkan rezeki awak, moga awak berjaya dunia dan akhirat. amin amin. errr bercerita disini apa yang anak boleh buat bukan untuk membangga diri. sekurangnya kami berdua tahu dimana kemampuan anak kami. nanti bila misi tanya anak dah boleh ape. senang la kabo ke misi. almaklum la ummi abi nie kadang terkelu lidah bila orang tanya terkejut-kejut :p

7 comments:

  1. Seronok tengok anak membesar depan matakan KS.. memang kita rindu keletah anak masa kecil.. macam akak, anak semua dah besar.. lain pula ragamnya :)

    ReplyDelete
  2. org kata klau cpt bdiri n bjln gigi lmbat ckit tumbuhnya.tgk gaya uwais mcm dh nk bjln dh.xpa...anak kita dgn anak org mmg x sm pkmbgan dia

    ReplyDelete
  3. ehh uwais sebaya dgn Medina la...Medina 15hb ni 9 bulan =)

    ReplyDelete
  4. kami pn cta kt blog utk rekod sdri.yela nt dh tua bkn nk ingt smua.lantakla org pk apa haha

    ReplyDelete
  5. Kira cepat jugaklah Uwais ni Kiera 9 bulan dah boled diri tegap...tak lama lagi dah boleh berlari jenuhlah umi nak kejar hehe

    ReplyDelete
  6. sekejap je kan.nnti dh setahun..
    yeay yeay :)

    bab kiss ciksu mmg suka tau..
    kalau kat tadika pon suka sgt nyakat budak2 tu, pastu suruh dorng kiss. hiihihi

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D