15 July 2014

Iftar Kami Blogger Utagha (KBU)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

kelebek folder gambar dengan blogger dalam external. huwaaaa rindunya dengan kemeriahan KBU dulu-dulu. kalau dulu paling kurang dalam dua bulan mesti ada aktiviti gather2 tapi sekarang sejak memasing dah punya komitmen. susah sangat nak lepak sesama lagi. tak payah orang lain. diri sendiri pun punya kekangan yang menghalang ;( Allah pertemukan kami suami isteri dalam KBU jugak. jadi jangan la pelik kalau nampak muka suami dalam ni hihihi


Iftar pertama kami sejak KBU beroperasi. tahun 2011. meriah masa tu. kami anjurkan Program Majlis Kembara Ramadhan bersama MAYC Kampung Padang Melangit Perlis. sampai ke Perlis kau berbuka puasanya hihihi. tapi meriah. sebab kami berkongsi rezeki yang ada dengan penduduk kampung yang kurang kemampuan. sepanjang sebelum majlis berlangsung lagi dah rajin iftar sana sini. meeting untuk majlis yang bakal berlangsung.

seronok tengok wajah gembira penduduk kampung sana. lebih seronok dari kita dapat bonus majikan bagi tu. bila lah boleh nak ada program macam ni lagi wuuuu. blogger yang dari Penang, Kedah semua pakat turun ke Perlis untuk menjayakan. oh ye masa ni kami suami isteri belum kawen lagi, baru merancang nak bertunang. hikhikhik :p


Iftar 2012. dekat je. Sungai Petani saja. takde pape event besar macam tahun sebelumnya. tapi tetap ada buat kutipan sekadar membantu ahli KBU yang mengalami bencana alam tak silap. target kami selagi boleh selagi mampu nak tolong orang yang tak berkemampuan. moga Allah berkati amin amin. masa ni kami suami isteri dah jadi tunangan orang masing-masing rasanya. ewahhhh trobek kisah ko sekali pulak ye Kira oiiiii hahahaha :p


Iftar 2013 paling sikit gambarnya . sedih betoiii hahahaha. saya pulak tengah preggy masa tu, perasaan nak keluarkan kamera memang takde sobsss. berbuka di sekitar Alor Setar saja, restoran ape ntah tak ingat dah. lepas solat maghrib kami moreh pulak ke Burger Abang Burn cawangan Alor Setar. amboiii awal moreh ye. ngehngehngeh :p


dan yang terbaru baru je berlangsung ahad lepas. berbuka di Restoran Anjung Kuala, Kuala Kedah. makin sikit pulak tahun ni tapi takpe la asalkan ada dari takde langsung ye dak. asalkan jangan KBU lenyap ditelan masa gitu aje. *kelip-kelip mata* bezanya dari tahun-tahun sebelum ni. dari yang bujang dah berdua, kami pulak dah bertiga moga yang single tahun ni tahun akan datang berdua pulak amin amin. tahun depan kami bertiga lagi? wallahualam semua tu kuasa Allah kalau Dia nak bagi walau kami belum bersedia tetap kami terima dengan hati terbuka :)

terima kasih pada semua yang ada dalam KBU. walau jarak dan masa memisahkan kita, kalian semua tetap dihati dan ingatan sampai bila-bila. ukhwah kita takde sape boleh pertikaian selagi Allah memberi redha. semoga kalian berjaya dunia dan akhirat. with love, Bendahari KBU yang cengei :p

7 comments:

  1. in sha Allah...

    moga kekal ukhwah antara kita semua kan...

    ReplyDelete
  2. jauh sgt nk p bbuka dgn anak kecik....sobbbs...tu sbb xleh join

    ReplyDelete
  3. wah bestnya.aktif sungguh kira sebelah utara ye.kalau ciksu balik dok penang atau loq staq laeh la joined sekaki. hihi
    in shaa Allah.entah bila nak blik.ddk utara..

    ReplyDelete
  4. jelesnya , tak pernah dapat nak join.. ada join event lain di KL ..clash sob sob sob

    ReplyDelete
  5. ntah bila brpeluang nk brbuka sesama ~

    ReplyDelete
  6. salam sis..ohhh bendahari KBU..best nya dpt iftar dgn kengkawan mcm ni.. InsyaAllah persahabatan tu akan kekal smpi bila2.. aiks! Jumpa dgn abi uwais pun dlm KBU ye...jodoh kan..:)

    ReplyDelete
  7. kisah kami pon ada dalam ni...

    Dari TTM, Tunang dan kahwin si dia setia menemani kalo ada iftar hihihi...

    sampaikan ada muka baru pon dia tau siap tanya kami lagi hahaha

    pssstt: teringat masa memula kita g meeting kat perlis tu.. time tu baru ttm.. dlm fasa berkenalan kih3...

    alhamdulillah dah jadi suami isteri pon...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D