08 July 2014

Tips Berpuasa Ketika Hamil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

pandai pulak ko nak bagi tips dekat orang ye Syakira. hahahaha. sekadar berkongsi pengalaman. ramadhan tahun lepas usia kandungan dah masuk 8 bulan. cepat letih. longlai. badan terasa memberat semua tu ada.

dalam islam dibolehkan ponteng puasa bagi ibu mengandung yang risaukan diri dan anak dalam kandungan. tapi bagi saya. awal lagi saya dah niat dan tetapkan matlamat. bukan senang nak boleh puasa penuh bagi orang perempuan ni. Allah dah bagi peluang, jadinya saya nak cuba penuhkan puasa. nak-nak pulak lepas lahirkan baby nanti nak susukan dia lagi. takut tak larat nak ganti pose pulak. slow talk dengan Uwais(masa tu dalam perut lagi), bagitau yang ummi nakkkkkk sangat puasa penuh. jadi baby kena bagi kerjasama.

hari pertama memang mencabar lah. yela baru mula nk berpuasa balik. anak dalam perot duk menendang2 mintak makanan. biasanya sepanjang masa dia dapat makan. tapi hari tu takde pulak, mau tak mengamuk kawan. tapi ummi pujuk pujuk dan pujuk.

yang penting jangan skip sahur. sahur la ape pun yang boleh mengeyangkan. nasi, oat, roti tapi roti tak digalakkan sebab roti cepat larut dalam badan. kurma jangan lupa makan. makan la 7 bijik atau berapa yang larat. asalkan kurma tetap masuk dalam perut masa sahur. kurma tu benda asas yang sangat membantu. macam saya dulu masa sahur siap ambik jus kurma lagi. 

bagi yang berkerja, waktu lunch ambik sikit masa untuk tido rehatkan diri. berbadan dua ni lain. letihnya lain. jadi ambik masa untuk tido dalam surau atau kat mana yang awak rasa sesuai. rehat sekejap.

waktu berbuka pun kena ambik makanan yang ada zat dan serat. setakat mee, bihun, ketiow boleh kenyang waktu tu je. kalau nak makan jugak make sure lepas tu makan lagi makanan lain yang boleh cover tenaga yang dah hilang siang tadi, jadinya besok akan ada tenaga lain untuk ganti.

waktu saya pregnant dulu takde ambik supplement lain macam shaklee yang duk ada sekarang ni. cara itu aje la yang saya buat. dan alhamdulilah masih boleh puasa penuh. ingat! jangan jadikan berbadan dua sebagai alasan nak ponteng puasa. yang penting usaha dulu bagi ada tenaga untuk puasa siangnya. kalau dah betul mudarat baru lah ponteng. bukan senang tau kita kita ni boleh nak puasa penuh. dan jangan lupa doa banyak-banyak moga Allah permudahkan setiap urusan kita.  ;) 

amaran!!! kalau dah rasa badan memang tak mampu nak puasa jangan gigih pergi tahan jugak. berbuka aje la. nyawa yang lagi satu dalam rahim kita tu amanah untuk dijaga. ingat ok?!

11 comments:

  1. semapt puasa 10 hari ke..hari ke-11 dah pecah air ketuban..hehehe...

    ReplyDelete
  2. semapt puasa 10 hari ke..hari ke-11 dah pecah air ketuban..hehehe...

    ReplyDelete
  3. thanks kira berkongsi.. smga mmbantu :)

    ReplyDelete
  4. great tips..pregnant berapa bulan tu? sy breastfeeding anak bujang sy yg setahun.ada kawan bg tips makan 11 biji kurma n 1.5 litter air masa sahur on top of one full meal @@..untuk maintain milk supply..

    ReplyDelete
  5. tak dk daya upaya kalo dh gastrik ~...siap kena warning td dengan misi.....uwaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  6. terima kasih kiraaa... sama la ni, dah masuk 8 bulan... alhamdulillah masih berpuasa penuh lagi ni...

    p/s : terkejut ceqq yg amaran tu... hehehe

    ReplyDelete
  7. sobbbbs...jelez

    thn lps xleh posa.asal posa smpai ja tghari mgigil2 bdn ni.pekena sebiji gula2 trus sehat.kurang gula dlm drh rsnya lps injek insulin....wuuuuuuuuuuu

    pstu jenuh la pulun gnti posa

    ReplyDelete
  8. betol2... thanks for tips.. saya skrg 27 minggu. in shaa Allah niat nak pose penuh. tp dah ponteng 1 hari, tu pun sbb ceri beri. dah melayang lembik badan. buka pun dah setengah hari..

    ReplyDelete
  9. Akk mampu telan sebijik je kurma puasa kali ni

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah..untuk ketiga2 anak akan dapat berpuasa penuh,kali ni sbb bf..masih lg berpuasa penuh

    ReplyDelete
  11. Masa pregnant kan Pa'e, tak silap akan puasa gak..makan pun biasa jer...sbb alahan tak teruk..Alhamdulillah..:)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D