07 August 2014

Kenapa Berblog?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

kalau ada gathering dengan blogger mesti akan ada soalan kenapa berblog dalam sesi ice breaking. kalau dulu jawapan saya satu je. untuk pecahkan kebosanan waktu takde kerja time office hour. serius itu je matlamat utama. sebab tue entry zaman dulu sangatlah tidak matang. tulisan besar kecik besar kecik. tulisan kaler maler. gambo sebesar alam berderet-deret. tak matang sungguh. tutup muka baca entry sendiri kahkahkah

tapi sejajar dengan pertambahan usia makin matanglah perjalanan entry blog Kiera'Sakura. ye itu nama blog dulu dan kini ditukar menjadi Kira Sakura. sebab nama Syakira bukan Syakiera kahkahkah :p tapi tak kisah pun kalau spelling dalam wassap atau memana kawan-kawan sebut Kiera, yela nak bezakan dari perkataan kira-kira kannnn.


sekarang motif berblog dah tukar seratus peratus. lebih banyak bercerita perkembangan anak (mengaku) supaya nanti bila Fateh Uwais dewasa boleh baca sendiri setiap dugaan ujian cabaran dan pahit manis ummi abi membesarkan dia. yela mana la tau kot nanti ummi terlupa, boleh la semak balik dalam blog. siap tarikh sekali ada tercatat. nak buat buku sejarah diri sendiri pun bolehhhh :p

lagi satu saya lebih suka share petua, cara atau punca sesuatu penyakit itu. macam masa mengadung pernah share pasal Sakit Di Miss V semasa hamil, dah bersalin share Pengalaman Bersalin, dah keluar anak share cara saya mengasuh anak. dan macam-macam lagi. atleast mungkin boleh berkongsi atau membantu pembaca kat luar yang pernah mengalami ujian sama dengan saya. takde buntu sorang diri kan. lagi satu sebagai rujukan untuk diri sendiri. kadang bila nak bantu seseorang yang mungkin tak kenal blog kita. jadi cara nak refresh balik pengalaman adalah dengan merujuk pada entry diri sendiri.

apa pun nawaitu pertama berblog kena betul. jadikan blog salah satu platform kumpul pahala untuk alam kekal kat sana. jangan la kat blog duk mengutuk orang tu orang nie. tunjuk aurat kat umum. nanti sampai dah masuk kubur pun saham dosa tue masih mengikut. insyaAllah sama-sama kita kejar buat kebaikan. yang saya terlupa mintak tolong kawan-kawan ingatkan, sebab kita kan nak masuk syurga sama-sama kan? ;)   

10 comments:

  1. selamat hari raya kier :)
    betul tu bab gambar besar sebesar alam.. hahaha.x dinafikan la..

    ciksu berblog dulu nak berkongsi pasai anak, tp blom ada rezeki.sbb sronok baca entry pasai anak org. hihi.
    bila bc jd cool, relax, enjoy, tenang.
    kendian pikir xda bhn bila org singgah ke blog nk bca apa.itu yg xtvt di dapur je.walaupon xda setaraf masterchef.skdr berkongsi. ..

    smga kita sama2 dlt manfaat dr perkongsian di kongsi.aamiin

    ReplyDelete
  2. rara dulu start buat blog sbb nk cerita dan menggoomel.skrg pon sama lg cm tu.tp dh malas nk update.ehehehe

    ReplyDelete
  3. betul tu kiera.. sampai kalo ada apa2 mesti ingat kalo orang lain buat kat anak kiera macam ni mesti kiera marah..

    sampai gitu skali sbb dok slalu baca blog ni hehe

    ReplyDelete
  4. knp berblog?

    dl wt blog private utk kwn2 ms study KL sm2.so cite la xtvt kita kt sini wt apa smua.nti depa baca.pstu depa cita plak hal depa.last2 tukaq jd personal blog...hihihi

    ReplyDelete
  5. blog ni salah satu medium nk luah perasaan pn yea gak....tempat nk brcerita pn ye gak.... :)

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum kak kira.. selamat hari raya maaf zahir batin. Lame sya tak dtg sini. Uwais nak dekat setahun dah..cepatnya masa berlalu kak

    ReplyDelete
  7. sambil sambil tu boleh jana pendapatan melalui nuffnang kan.

    ReplyDelete
  8. Okje pun pening jugak tu kalau org tanya kenapa okje berblog yeh
    ...Dah ada anak yek Kiera.....mestilah cerita pasal anak...ye dak?

    ReplyDelete
  9. Mula2 berblog sekadar suka2 Kira..tulis pastu baca sendiri..hehe. lama2 jadi seronok sebab ramai kawan merata tempat.. boleh berkongsi mcm2 ilmu.. Akak suka ilmu keibubapaan.. hehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D