29 September 2014

Tara Nak Biasa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

dah decide dengan suami. mulai weekend yang baruuuuuu je lepas kemarin. saya dan anak hanya akan balik ke penang 2 minggu sekali. suami jugak akan bergilir balik ke sini, bila hari kami tak balik ke sana. banyakkkkkk modal boleh jimat kalau kami buat konsep begitu. walaupun masa bersama terkurang sikit sobsssss. nak pulak gaji bulan ni kena potong RM6++ dari koperasi. diorang nak potong duit orang lain pinjam, tapi terpotong duit saya grrrrrr betoi. dah kalau bayar balik secepat mungkin takpe la jugak, ini dah seminggu pun duit tak boleh nak dapat lagi.  

minggu lepas kami tak balik, sepatutnya suami cuti kerja hari sabtu, tapi disebabkan ada stock take, makanya lambat lah sikit boleh balik ke sini nya. petang khamis tu nampak anak steady lagi. tapi bila menjelang ke maghrib dia dah mula gelisah. mungkin dia dah terbiasa hari khamis balik ke sana jumpa main dengan abi. sibuk pegang handphone saya, tunjuk-tunjuk dekat kita, bila dengar je suara abi keluar terus cium-cium telefon. Allah T_T malamnya dia tak berapa nak lena tido, merengek mengingau hurmmmm.

Jumaat, pun macam tak berapa nak boleh main sorang diri. mesti nak mengekor ummi, selalu cuma mengekor tapi masih boleh main sendiri tapi kali ni banyak merengek, merap. nak kata tak sihat takde pun. malamnya abi sampai rumah sekali dengan mama papa dan acu. family saya datang ke sini, saja melawat anak dan cucu. sejak kami pindah duduk sendiri belum berkesempatan mama papa nak datang tido sini lagi.



abi sampai dia tido lagi. tersedar tengok abi dengan opah terus menangis merengek. tapi sekejap jela. lepas je tu sampai tak boleh nak berenggang dengan abi la. tido pun dekat tengah, ok la ummi kasi can malam ni. tapi sekejap je nanti ummi angkat letak tempat awak balik ek :p

sabtu pagi abi kerja, tapi takde la dia merengek merap lagi. sebab ada opah atuk dengan acu. boleh ajak main, ajak bersembang. macam-macam kelaku yang dia tunjuk, mana la orang tak geram rasa nak lempang aje kahkahkah >.<

petang abi sampai rumah, nampak aje abi terus bagi tangan suruh dukung. abi letak bawah menangis menjerit macam ape je lagi, ummi nak ambik pun ditolaknya tangan. sampai hati betoi!!! abi bawak keluar main dekat taman, ambik hati dulu, baruuuuuu la dia boleh lepas abi pergi solat. amboiiii akallllll kemain!!!!!

dan pagi ni abi opah atuk acu balik. bangun pagi awalnya elok dengan senyum tunjuk gigi. lepas menyusu agaknya dia baru terasa takde orang mai terpa macam dua hari lepas, terus merengek merap dengan ummi =.= takpe la anak, tara nak biasa kan diri. insyaAllah lepas ni ummi yakin awak mesti akan terbiasa. tak lama je lagi. lagi 5 bulan 11 hari. moga Allah permudah amin amin  

25 September 2014

Pandai Main Sendiri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

disebabkan buat masa sekarang Fateh Uwais tu anak tunggal dan dah biasa main sorang diri, bila ummi atau abi tak sihat, dia tak merap sangat. boleh main sorang-sorang. tapi kadang main sorang dia tu kena tengok jugak. dah makin lasak, kerja nak latih skill memanjat aje!!!


weekend lepas saya tak berapa sihat, duduk rumah mentua, suami kerja. bawak anak naik atas, kalau dekat bawah jenuh pulak nak kejar dia panjat tangga. bawak naik bilik kat atas tutup pintu dah selamat dia dari tangga. itu difikiran saya la. difikiran si Fateh Uwais tu lain. memula dia jatuhkan luggage yang besarrrr tu. dia naik atas luggage, berdiri dan melompat-lompat atas luggage =.= mentang la dah boleh reti melompattttttt. bila ummi tak larat nak tahan jantung takut dia terjatuh, ummi letak luggage atas katil. tak boleh panjat berdiri dah.

kalau sebelum ni dia agak payah nak lepas panjat katil, weekend lepas lain pulak ceritanya. dia nampak ada beg kura-kura dia tu, baringkan. try pijak bahagian belakang beg, tak stabil, goyang-goyang. terbalikkan lagi sekali dah try pijak bahagian cengkerang yang keras. berjayaaa!!!! dan akhirnya saya berjaya naik atas katil setelah memijak beg kekura =.=


yang merisaukan bila dah naik atas katil, dia akan panjat meja, juga melalui rak buku yang ada kat tepi katil. meja tu tinggi cukup risau kalau dia jatuh. selalunya memang kami tangkap dia cepat-cepat bila dah mula kaki nak panjat meja. tatau nak kemas bilik tu macam mana lagi. pusing ikut sini, dia panjat ikut situ. pusing ikut sini, dia naik ikut sana pulak. ummi dah mati akal. kalau dekat rumah sewa memang rumah, bilik kosong. takde tempat yang dia boleh asah skill dia. sebab tu bila balik kampung habis semua tempat dia jelajah =.=

selalu doa moga Allah lindung anak kami. hanya dengan kuasa Allah je boleh melindungi Fateh Uwais. ummi abi cuma mampu berusaha sehabis baik, sehabis daya melindungi dan menjaga amanah yang seorang. selebihnya tawakal dan berserah je pada Allah SWT.  

22 September 2014

Aktiviti Wajib!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

phewwwww lama gila tak masuk menjengah sini. terasa kebas jari jemari nak mula berceloteh hewhewhew :p anak, makin hari makin banyak sel-sel otak berhubung sampai kadang sel otak ummi pulak rasa berselirat :x takpe la asalkan anak terussss membesar dengan sihat cerdas bijak pandai, dah cukup buat ummi abi bersyukur punya Fateh Uwais dalam hidup.


dah buat kata sepakat dengan suami. insyaAllah setiap hari ahad sekiranya ummi tak cuti, tiap petang lepas ambik ummi balik kerja terus terjah Taman Jubli. abi nak pecah peluh, pecah lemak opssss :p abi nak jogging, ummi teman sambil tolak anak dengan basikal, sambil suap anak makan. ummi tak jogging? ummi dah kurusssssss hihihihi. insyaAllah lepas ada sport shoes ummi pun nak menyusul sama, walaupun keding tapi terasa badan berat. haaa la dah lama tak berjogging. selalu jogging kejar anak merata je. mana sama kan. 

abi dah janji, ummi jogging, abi jogging sambil tolak basikal anak macam selalu. ok baiklahhhhh. anak tu pulak bila abi jogging tolak basikal, dia menyandar macam boss besar. mata pusing merata tengok orang keliling. siap tegur angkat tangan lagi, tak ke kalau ada makhluk comel macam kat atas ni tegur terasa macam "ehhhh!!! dia tegur kita la" =.= peramah sangat pulak dahhhhh


sambil tunggu abi round pusing taman, ummi duduk bagi anak makan. tapi tak jauh pun dari orang ramai, kalau nampak ada orang mencurigakan di mata ummi, cepat-cepat tolak basikal anak ke tempat ramai orang, lepas tu lambai abi suruh datang dekat. abi pun tak lari jauh la, tapinya budak kecik tu pantang nampak abi terus tergedik-gedik mintak suruh layan kan dia. 

paling syok main gelongsor la, kalau dalam gelung tu lagiiii dia suka. siap memek muka gementar pun keluar sekali. hai la anak, pandai betul awak main. ummi abi pun jadi terhibur tengok keletah awak. haaa la dah kalau anak muka surammm je masa main, kita nak bawak ke taman pun jadi malas. 


insyaAllah lepas ni bila abi dah pindah duduk sini, aktiviti ni akan cuba dibuat 3 kali seminggu. untuk kesihatan dan masa berkualiti keluarga sendiri jugak kan. ummi abi cuba sediakan yang terbaik untuk awak, moga Allah permudahkan jalan kita. amin amin.

09 September 2014

Sushi Abi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


kadang dengki dengan orang laki ni. ada je permainan dorang dengan anak yang diluar kotak pemikiran kita. sebab tu anak lagi suka main dengan abi. pasal ummi bosan gamaknya main benda yang sama je ulang ulang =.=


tengahari ahad tu suami wassap gambo anak. lepas tu ada perkataan "sushi" dah saya balik baru la tau ape benda yang sushi. kata suami. anak bergolek golek lepas bangun tido atas toto yang terbentang. memang pesen budak tu kalau bangun tido mesti nak bergolek sana sini dulu. dah tu abi ambik dua bantal kepit kiri kanan dan lipat toto. jadilah sushi!!! dan angkat 'sushi' tersebut. ala gulung-gulung macam buat sushi tu. gitu la kekdahnya. anak pulak kemain gembira bila jadi sushi tu, gelak mengekek pulak tu =.=


"yayangggg cepat abi nak buat sushi" terus kedek-kedek masuk bilik baring atas toto. bersedia nak jadi sushi lagi sekali. dan gelak mengekek lagi sekali. abi abi bolehkah ummi pun nak jadi sushi sama macam anak ituuuuuuuuuu? :p

08 September 2014

Cucuk Setahun

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


selalu dengar orang kata kalau cucuk setahun anak mesti demam. risau jugak hati ummi ni, cukup risau kalau anak demam. tapi cuba positifkan diri, selalu pesan kat diri sendiri dengan anak. anak ummi kuat. anak ummi antobodi kuat. takkan demam. Allah mesti lindung anak ummi. Alhamdulilah Allah dengar doa seorang ummi uwais. tengok dia sihat bertenaga dari lepas cucuk semalam sampai la ke pagi ni. pagi ni bangun dengan senyum meleret dan rambut kembang mengerbang mihmihmih :p

dalam klinik semalam dia lah yang paling 'win' jalan merata ceruk, kalau boleh semua bilik dalam klinik dia nak masuk, semua nurse dia nak tegur, semua almari dia nak bukak =.= mujur la orang pun paham budak sel-sel otak sedang berhubung tu...

berat tak naik. dari bulan June dulu tetap 9.5kilo. kami rasa dia dah makin semangat, lenguh tangan dah dukung lelama. tapi berat serupa tu jugak. takpe la asalkan dia sihat cerdik sudahhhh. masih dalam garisan putih dah cukup bersyukur. bukan dia tak berselera makan tapi jenis ummi gamaknya. metabolisme tinggi susah nak naik berat :p


cucuk sebelum ni semua dekat peha, bila untuk setahun dekat lengan. suruh abi pegang kan anak, takut dia meronta sebab tak suka kena kepit lelama. ummi cuma perhatiiiii raut muka anak bila jarum cucuk masuk lengan. terus berubah muka, kelat habis, menjerit nanges. sakit la tu. budak tu kalau jatuh pun tapi tak sakit dia takkan nanges. kali ni memang sakit sangat gamaknya, terus hilang mood. takmo babai sape pun. rosak mood itewwwww :p

04 September 2014

Roll Call Ummi Uwais

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

dah dua minggu train Fateh Uwais. setiap kali kami sampai rumah baru balik dari ambik dia dekat rumah mak dia. saya akan sebut sambil depa tangan. "yayanggggggggg hug ummi" dia pun akan datang berlari dekat kita. buang habis semua barang yang ada dekat tangan dia datang peluk kita. Allah sweetnya awak anak. ummi nak train hari-hari lah, biar dia tau setiap kali sebelum pergi dan balik dari rumah mak kena hug ummi dulu hihihihi :p

bila dah hug dia akan duduk atas riba. masa tu adalah bonding time kami. saya akan tanya dia sihat ke tidak, cukup tido ke tidak, aktiviti ape buat dekat rumah mak. walaupun mak dia hari-hari akan cerita segala aktiviti dia tapi saja tanya balik. walaupun saya tau dia tak boleh zahirkan dengan perkataan segala aktiviti dia tapi saya tau dia faham. dia akan sebut "haaa!! haaa!! haaa!!" saya pulak akan cerita dekat dia apa jadi dekat ofis. gembira ke sedih ke saya, saya akan cerita dengan penuh perasaan!! itonasi, gaya badan, mimik muka sama seperti bila saya bercerita dengan abi dia. biar dia tau, apabila pulang ke rumah adalah waktu kami perlu bercerita apa yang terjadi semasa kami tidak bersama selama beberapa jam itu.

Ummi rinduuuuuu yayang. ye, mak mana yang tak rindukan anaknya bila datang ke ofis kan wuuu. bila saya kata rinduuu yayang sambil peluk. dia akan peluk balik. bila tanya. rindu ummi tak. terus panjat badan mintak susu. laaaa lagi rindukan susu dia dari ummi ni? sedih dah ummi :p


dan seterusnya sebelum saya biarkan dia bermain sorang diri sambil pengawasan dan saya buat kerja saya sikit-sikit. saya cuba luangkan waktu berkualiti untuk dia sekejap. ajar dia main lego, suai padan blok dalam kotak, cerita barney, dan ape aje yang terlintas kat kepala.

saya tau hanya weekend waktu yang banyak saya boleh habiskan dengan dia. jadinya masa yang sedikit waktu weekday sebelum dia tido. cuba habiskan seberapa banyak masa berkualiti untuk dia. moga usaha ummi ni mampu membahagiakan anak ummi amin amin. 

03 September 2014

Fateh Uwais #Setahun

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Allahuakbar kejapnya masa berjalan. setahun dah Khalifah Ummi Abi tu. cepatnya masa. yang pasti ummi abi akan rindukan keletah manja awak masa kecik nanti sayang. sebak pulak bila teringat saat-saat melahirkan awak dulu. sakitnya ummi lama. Allah uji ummi dekat situ. Allah nak hapuskan dosa-dosa kecil ummi, ummi redha terima. moga dengan setiap kesakitan ummi akan terhapus dosa ummi. Amin amin. 

40 minggu 5 jam 17 minit awak duduk dalam rahim ummi. awak sangat baik dan jadi penyejuk hati ummi abi dari awak dalam sana sampai la awak lahir ke dunia. awak kesayangan ramaiiiii orang. awak sangat kaya dengan kasih sayang. ini bukan ummi yang kata. tapi mereka yang sangat sayangkan awak bagitau pada ummi.keletah awak, perangai manja awak, sifat sikap awak semua kegembiraan untuk ummi abi dan semua yang disekeliling awak. terima kasih Allah kurniakan Fateh Uwais untuk kami. 



ummi doakan moga awak menjadi hamba Allah yang taat perintah, tinggalkan laranganNya, cintakan agama Allah serta kekasihNya. jadi anak yang soleh. moga awak berjaya dunia dan akhirat. terus sihat, cerdik dan membesar dalam keberkatan Allah. moga awak tak lupa pada ummi, abi dan semua yang menyayangi awak. amin amin ya rabbal alamin. 

setahun ni dia dah banyak mulut. kerja membebelllllll je kalah ummi!!! kalau ummi marah, dia bebel dekat ummi dekat sebakul ko =.= paling dia seronok nak sebut sekarang "ataih" maksudnya ATAS. kalau dengar dia sebut ataih dekat rumah MIL haaa jejaga la dia nak panjat tangga naik atas la tu. dan lagi satu "nanak" ambooiiii sejak pandai sebut nanak ni, ummi jenuh nak berebut dengan dia. macam minggu lepas, dia takmo turun dari abi. nak abi dukung. nanak nanak sambil peluk abi dia kuat. siap paling muka dari ummi lagi. grrrrrr betoi. takpe ko anak takpe. ummi ingattttt!!! :p

jalan dah makin laju, boleh berlari dah sikit-sikit kalau kami main kejar-kejar dengan dia. tapi ada masanya tergolek jugak jatuh bila tak boleh nak kawal diri. ummi dengan abi memang rajin menyakat hihihihi :p

dah makin paham apa yang kami cakap dan cuba sampaikan pada dia. kalau mintak tolong ambik towel ke beg ke pampers ke dia, faham. ambik dan bagi pada kami. Alhamdulilah, tapi kalau mood ok la. kalau mood tak ok takde dia nak layan. buat tatau je bila ummi abi cakap tu.

satu lagi yang kami perasan. Uwais tak suka pada keganasan. kalau nampak kami bergurau suara kuat sikit. dia akan nanges dan cepat-cepat peluk kami, dengan anak yang MIL mengasuh dia taknak geng pasal orang tu suka buat dia, cubit, tolak dia, rampas barang dekat tangan dia. dia akan tinggalkan je kakak tu. takmo main dengan kakak tu. lebih rela dia main sorang dia. kalau dengar orang tu menangis jerit lagi dia tak suka nak layan. jangan harap la dia nak pergi tegur kakak tu. tapi jangan risau, ummi dah asuh. kalau orang buat anak ummi saja-saja, balas balik. jangan jadi mangsa buli. ngehngehngeh :p

yang penting Fateh Uwais sangatttttt rajin. mak dia cerita. masa nak mandikan, dah bukak baju. boleh pulak dia ambik baju tu pergi lap air tumpah atas lantai. Alhamdulilah ringannnnn tulang anak ummi. takpe la nak baju tu kita boleh basuh ye? tapi lain kali ambik la kain buruk, tak susah ummi nak sental baju awak nanti :P

Alhamdulilah banyak benda yang anak ummi dah belajar dan cuba buat. Allah kurniakan dia dengan otak yang cerdik dan cepat terima benda baru. syukur ummi abi. moga terus lah sampai bebila awak cerdik otak dan cepat belajar. dan moga awak terus ringan badan, ringan mulut, ringan segala lah untuk dapat benda baru. anak ummi kuat ;) amin amin.


plan nak sambut besday dia dekat kampung ipoh nanti masa balik cuti dua minggu lagi. tapi tak seronok pulak 01 september, besday boy tak potong kek. disebabkan hari tu kami balik ke rumah kami dekat Alor Setar. dan memang niat nak gembirakan mak dengan abah dia yang dah jaga dia dengan baik macam anak sendiri. beli kek goreng bihun buat makan-makan sikit dekat rumah sendiri. alahhh yang ada pun. mak, mak mah dia, MIL FIL yang datang sebab nak tolong repair rumah awalnya. kemain seronok dapat potong kek, jari runcinggggg nak ramas kek. hihihi

Hepy Besday anak ummi Fateh Uwais bin Nadzri ;)))))))))))))

02 September 2014

Milk Booster Ummi Uwais : Umma Lacto

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

sejak Fateh Uwais nak menginjak ke usia setahun. hati makin gusar. mesti teringat pada stok susu badan. Alhamdulilah Allah masih berikan saya peluang, ruang dan rezeki untuk menyusukan anak walaupun bukan secara eksklusif. niat dan berdoa sangat moga Allah terus murahkan rezeki anak kami menyusu badan sampailah dia umur dua tahun nanti. insyaAllah harapnya ummi masih kekal berseronok pam susu walau dia sampai umur 2 tahun nanti. moga ummi istiqamah ;)


sebelum ni pun memang saya ada amalkan beberapa supplement menambahkan susu badan selain makan makanan berkhasiat, banyakkan air kosong, bertenang, dan mengamalkan konsep demand & supply. hari ni diberi peluang menggunakan produk Umma Lacto, jadinya kita beri peluang pada hanya Umma Lacto untuk bertindak balas dengan badan. saya sengaja berhenti sekejap supp lain,supp sahaja tapi yang lelain seperti air kosong serta konsep demand & supply itu tetap perlu diteruskan ye. sebenarnya kalau nak terus makan supp lain pun boleh cuma perlu jarakkan masa pengambilan Umma Lacto dan supp lain dalam masa 1-2 jam. oh ye Umma Lacto adalah produk dibawah nama Legacy Secret. satu company dengan Harum Malam jugak.


lagi kebaikan dan manfaat Umma Lacto?

       Membantu pengeluaran susu ibu dan memperbanyakkan susu ibu

       Memberi ibu rasa kenyang berpanjangan

       Membekalkan tenaga untuk ibu sepanjang hari

       Membantu membekalkan zat besi dan mineral secukupnya kepada ibu dan bayi

       Membantu mengelakkan sembelit

       Membantu kesihatan perut dan kolon

       Sebagai prebiotik ibu dan anak

       Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan.

       Membantu mengurangkan risiko jaundis kepada bayi

       Membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam badan

       Membantu membekalkan kalsium dan menguatkan tulang ibu selepas bersalin

       Membantu mencantikkan kulit ibu selepas bersalin

       Membantu membuang angin dalam badan dan mengelakkan kembung perut

Rujukkan : www.facebook.com/UmmaLactoByLegacySecret

cara penggunaan/pemakanan?

  • minum 1 sachet pagi dan/atau 1 sachet malam. Bancuh dengan air suam atau biasa dalam 150-250ml *ikut kesesuaian rasa setiap individu
  • tidak digalakkan membancuh menggunakan air panas kerana dikhuatiri zat-zat aktif akan mati dan hilang. 
  • minum air masak @ kosong secukupnya.
  • tiada pantang larang pengambilan. Jika diambil bersama suplemen lain, jarakkan pengambilan antara 1-2 jam antara kedua suplemen.
tips untuk para ibu menyusukan anak

  • susukan bayi anda @ pam susu mengikut masa selang masa yang teratur @ tetap. pam waktu pagi, tengahari, petang atau malam.
  • makan makanan yang berkhasiat.
  • kurangkan minuman berkafein.
alhamdulilah sepanjang saya mengamalkan Umma Lacto TANPA SUPPLEMENT lain, memang terasa pengisian susu badan lebih cepat (bagi ibu yang menyusukan anak, pasti faham maksud saya), sesi mengepam jadi lebih pantas dari sebelum ni. boleh dikatakan sepanjang masa walau lepas baby menyusu tetap terasa penuh. alhamdulilah syukur sangat. dan sejak minum Umma Lacto jarang dah saya keluar makan tengahari. breakfast pagi tu nasi lemak sebungkus. tengahari perut masih rasa kenyang. cuma lapik dengan buah untuk terus kekalkan khasiat susu. wahhhh boleh diet macam ni. ngehngehngeh :p

tapinya sekarang banyak produk tiruan yang dijual dipasaran. biasalah manusia ni ada yang tak kenal halal haram bila mata dah dikaburi dengan duit. caranya nak kenal pasti produk Legacy Secret ni tiruan ataupun tidak.

Antara cara mengenal pasti ciri-ciri keselamatan produk Legacy Secret
 

1. Pengesahan Melalui Visual
Lihat perkataan “LS”dari sudut serong 15 darjah



2. Pengesahan Melalui Sentuhan
Cetakan timbul yang dapat dirasa menggunakan jari



3. Pengesahan Melalui QR Wechat
Imbas kod produk dan info akan diberikan




PERINGATAN !!!
      1 QR kod hanya boleh di imbas 5 kali sahaja .
      Sekiranya melebihi had, anda akan diberikan no telefon syarikat tersebut untuk pengesahan produk.
      Pastikan beli barangan original kerana takut akan kesan sampingan.
Wechat ID : harummalam

Video Rujukkan : http://www.youtube.com/watch?v=STxfeckDrL8&feature=youtu.be


Sumber Rujukan


      www.harummalam.com
      www.legacysecret.com