03 September 2014

Fateh Uwais #Setahun

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Allahuakbar kejapnya masa berjalan. setahun dah Khalifah Ummi Abi tu. cepatnya masa. yang pasti ummi abi akan rindukan keletah manja awak masa kecik nanti sayang. sebak pulak bila teringat saat-saat melahirkan awak dulu. sakitnya ummi lama. Allah uji ummi dekat situ. Allah nak hapuskan dosa-dosa kecil ummi, ummi redha terima. moga dengan setiap kesakitan ummi akan terhapus dosa ummi. Amin amin. 

40 minggu 5 jam 17 minit awak duduk dalam rahim ummi. awak sangat baik dan jadi penyejuk hati ummi abi dari awak dalam sana sampai la awak lahir ke dunia. awak kesayangan ramaiiiii orang. awak sangat kaya dengan kasih sayang. ini bukan ummi yang kata. tapi mereka yang sangat sayangkan awak bagitau pada ummi.keletah awak, perangai manja awak, sifat sikap awak semua kegembiraan untuk ummi abi dan semua yang disekeliling awak. terima kasih Allah kurniakan Fateh Uwais untuk kami. 



ummi doakan moga awak menjadi hamba Allah yang taat perintah, tinggalkan laranganNya, cintakan agama Allah serta kekasihNya. jadi anak yang soleh. moga awak berjaya dunia dan akhirat. terus sihat, cerdik dan membesar dalam keberkatan Allah. moga awak tak lupa pada ummi, abi dan semua yang menyayangi awak. amin amin ya rabbal alamin. 

setahun ni dia dah banyak mulut. kerja membebelllllll je kalah ummi!!! kalau ummi marah, dia bebel dekat ummi dekat sebakul ko =.= paling dia seronok nak sebut sekarang "ataih" maksudnya ATAS. kalau dengar dia sebut ataih dekat rumah MIL haaa jejaga la dia nak panjat tangga naik atas la tu. dan lagi satu "nanak" ambooiiii sejak pandai sebut nanak ni, ummi jenuh nak berebut dengan dia. macam minggu lepas, dia takmo turun dari abi. nak abi dukung. nanak nanak sambil peluk abi dia kuat. siap paling muka dari ummi lagi. grrrrrr betoi. takpe ko anak takpe. ummi ingattttt!!! :p

jalan dah makin laju, boleh berlari dah sikit-sikit kalau kami main kejar-kejar dengan dia. tapi ada masanya tergolek jugak jatuh bila tak boleh nak kawal diri. ummi dengan abi memang rajin menyakat hihihihi :p

dah makin paham apa yang kami cakap dan cuba sampaikan pada dia. kalau mintak tolong ambik towel ke beg ke pampers ke dia, faham. ambik dan bagi pada kami. Alhamdulilah, tapi kalau mood ok la. kalau mood tak ok takde dia nak layan. buat tatau je bila ummi abi cakap tu.

satu lagi yang kami perasan. Uwais tak suka pada keganasan. kalau nampak kami bergurau suara kuat sikit. dia akan nanges dan cepat-cepat peluk kami, dengan anak yang MIL mengasuh dia taknak geng pasal orang tu suka buat dia, cubit, tolak dia, rampas barang dekat tangan dia. dia akan tinggalkan je kakak tu. takmo main dengan kakak tu. lebih rela dia main sorang dia. kalau dengar orang tu menangis jerit lagi dia tak suka nak layan. jangan harap la dia nak pergi tegur kakak tu. tapi jangan risau, ummi dah asuh. kalau orang buat anak ummi saja-saja, balas balik. jangan jadi mangsa buli. ngehngehngeh :p

yang penting Fateh Uwais sangatttttt rajin. mak dia cerita. masa nak mandikan, dah bukak baju. boleh pulak dia ambik baju tu pergi lap air tumpah atas lantai. Alhamdulilah ringannnnn tulang anak ummi. takpe la nak baju tu kita boleh basuh ye? tapi lain kali ambik la kain buruk, tak susah ummi nak sental baju awak nanti :P

Alhamdulilah banyak benda yang anak ummi dah belajar dan cuba buat. Allah kurniakan dia dengan otak yang cerdik dan cepat terima benda baru. syukur ummi abi. moga terus lah sampai bebila awak cerdik otak dan cepat belajar. dan moga awak terus ringan badan, ringan mulut, ringan segala lah untuk dapat benda baru. anak ummi kuat ;) amin amin.


plan nak sambut besday dia dekat kampung ipoh nanti masa balik cuti dua minggu lagi. tapi tak seronok pulak 01 september, besday boy tak potong kek. disebabkan hari tu kami balik ke rumah kami dekat Alor Setar. dan memang niat nak gembirakan mak dengan abah dia yang dah jaga dia dengan baik macam anak sendiri. beli kek goreng bihun buat makan-makan sikit dekat rumah sendiri. alahhh yang ada pun. mak, mak mah dia, MIL FIL yang datang sebab nak tolong repair rumah awalnya. kemain seronok dapat potong kek, jari runcinggggg nak ramas kek. hihihi

Hepy Besday anak ummi Fateh Uwais bin Nadzri ;)))))))))))))

8 comments:

  1. Alahaiii manje ni...semoga kamu terus mem besar sihat cerita dan menjadi anak yg soles ye fateh uwais.

    ReplyDelete
  2. hepi besday anak mama uwais :p

    makin cerdik ye?Amin...amin...amin...moga terus sihat,cerdik pandai dan soleh

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum
    Alhamdulillah.. dah setahun.. nama anak kita sama...hehehe.. :-) tp my baby baru 8 bulan

    ReplyDelete
  4. Happy birthday sayang...
    Rasa bagaikan baru aje bersalin dah setahun. Cepat jalan pulak tu. Anak kakak semua jalan lebih setahun baru pandai jln..

    ReplyDelete
  5. Hepy Bezday Fateh Uwais....moga makbul doa dan harapan umi tu...bukan main seronok lagi dia bila dpt potong kek

    ReplyDelete
  6. Kejap sangat masa berlalu. Uwais dah setahun.. Hapy belated birthday fateh uwais.. Moga jadi anak yang soleh, taat pada umi dan abi.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah. dah setahun Fateh Uwais..mcm baru je rasa Kira berpantangkan Uwais kan.. moga membesar dgn sihat, bijak, soleh ye cyg... hehe

    ReplyDelete
  8. sekejap je masa berlalu kan..dah setahun pun fateh uwais.. inshaAllah moga segala apa yg ummi doakan akan termakbul aamiinn

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D