15 October 2014

5 Tahun Berlalu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


sekejap je masa berlalu, tak sedar dah 5 tahun berkhidmat dengan LPP ni. mungkin ramai yang jarang dengar nama LPP, singkatan pada Lembaga Pertubuhan Peladang. bawah Kementerian Industri Asas Tani. dan saya salah seorang pekerja kepada rakyat. berkhimat untuk rakyat katanya :D

Alhamdulilah bukan mudah nak dapat kerja ni, bukan mudah jugak nak kerja. macam selalu saya kata. baik kerja dengan mesin, untung-untung kalau marah ke mesin boleh aje ketuk mesin ke ape ke. tapi kerja dengan manusia ni kalau terlebih marah karang jadi lain. orang nampak kerja Receptionist ni mudah, duduk kat kaunter, angkat telefon, jalan hantar surat masuk. selebihnya mengadap lappy. 

tapi yang orang tak nampak? mental dan emosi cukup kuat kena jaga, ada ketikanya bila telefon masuk keluar bertalu-talu sampai nak pergi terkucil pun kena tahan. nak makan minum pam susu pun semua lah kat tempat sendiri, pepandai la ko nak cover diri sendiri macam mana pun. bukan takde officemate yang boleh ganti. tapi ada ke orang yang nak layan kita punya kehendak tu hari-hari? jadi pepandai la fikir alternatif sendiri ye idak?

belum lagi orang lain yang lari dari bayar hutang, kita pulak yang nak kena berjawab. siap pesan, kalau bank call cakap je saya takde. ewahhh ko ingat aku kerja nak tolong cover ko ke tetiap hari? itu belum termasuk kita pulak yang kena maki sebab duk tolong bohong untuk diorang tetiap hari. sebab tu saya cakap tadi kerja dengan mesin lagi senang. boleh sepak terajang dah kalau bengang sangat kan. 

tapi yang bagusnya kerja Receptionist takde kerja tertangguh yang sampai kena bawak ke rumah, masuk keluar pejabat on time. masa dengan keluarga lebih banyak. kalau nak cuti bersalin ke cuti panjang ke tak gaduh serabut pk kerja yang bertimbun kat pejabat. biasa la setiap pekerjaan ada pro dan kontra nya. waima cleaner pun bukan senang kerjanya kan. 

tapi tetap bersyukur di usia 21 tahun dulu dah ada pekerjaan tetap, saya memang takde sambung U ambik degree ke diploma sebab target saya dengan kakak saya. dah kerja baru sambung belajar. yela kami mama papa sederhana je kewangan nya. nak lebih kita kena usaha dengan duit sendiri. baru lah nanti lebih hargai masa belajar (saya lah). mudah-mudahan amin.

dan 5 tahun dah duduk dekat bumi kedah ni. dari zaman single anak dara, sampai bertunang, berkahwin dan ada anak pun. tak teringin nak pindah ke tempat lain? hurmmm memandangkan bukan senang nak cari pengasuh yang baik sekarang ni. niat tu ditundakan dulu, lagi pun bidang saya ni bukan senang nak berpindah randah. 1 negeri 1 je ada, kena tunggu la naik gred lain baru boleh berangan nak tukar ke mana pun.

lagi pun kedah barang basah murah, makanan murah dan sedappppp. suami pun kata kita settle down dekat sini pun ok. taraf hidup takde la tinggi sangat ;))))))))) walaupun rumah dekat sini mahalnya kemain hihihihi

18 comments:

  1. Loqstaq umh mhl sbb ktegori bndraya.mahal byk dr sp :l

    ReplyDelete
  2. Assalam ummi uwais,
    kedah tang mana? he3
    anyway selamat ulangtahun ke 5 perkhidmatan yer :)
    moga teruskan berkhidmat untuk rakyat gitew he3

    ReplyDelete
  3. btoi...keja dgn mesin sgt2 sng...hihihi...dl ms jd line leader kt prod smpai mkn ati la dgn karenah sorang2.baik dgn org tu x kena baik dgn org ni x kena.naseb la leh upgrade ke tmpt lain

    ReplyDelete
  4. tahniah hihi anniversary ke ni..xpalah kerja biar ikhlas ye dak tak kira lah kerja apa pun.

    ReplyDelete
  5. seronok nyer...saya tak pernah keluar dari kl tau..

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah.
    kerja elok2 ye kira mana mana pon ada cabranya kan.untung la muda2 dpt keja dah..

    ReplyDelete
  7. kedah mmg mknan best dan sedap ... rindu pi balik sana mkn .... rindu gulai ikan ygs edap ssh nk dpt yg sedap nk masak cam tak jadi cam tok kite buat

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah. 5 tahun dah yer. SAya dah 9 tahun kat tempat keja skang nih.

    ReplyDelete
  9. pernah survey harga rumah sana..boleh tahan mahalnya..tapi tenang je sana..mana2 pun okey asalkan rezeki halal..follow blog ni ^^

    ReplyDelete
  10. uish, boleh tahan tough jugak ye keje receptionist kt LPP..sampai kena pam kat tempat je..

    ReplyDelete
  11. uish, boleh tahan tough jugak ye keje receptionist kt LPP..sampai kena pam kat tempat je..

    ReplyDelete
  12. Tahniah Kiera....bukan senang nak loyal dgn satu satu company ni. Tp kita ni pompuan dgn dah ada anak lagi kalau tempat kerja tu selesa pada kita benefit pun ok, gaji pun ok elok duk situ jer...
    Tsk yah dah nak pikir pikir

    ReplyDelete
  13. target saya pun bila dah betul2 stabil kerja dlm beberapa tahun baru sambung belajar. tapi sekarang mcm dah syiok je kerja, malas pulak nak sambung.. :p

    ReplyDelete
  14. tahniah yg penting kerja dgn ikhlas kan !

    ReplyDelete
  15. akak pun dah 14 tahun menetap dan bekerja di selangor ni, sejak umur 22tahun..dah lama tu,

    rumah kat sini pun mahai..

    semoga kira terus berjaya dan menjadi pekerja yg cemerlang, btoi tu,keja ngan mesin senang,tp keja ngan org ,kena byk2 sabaq la

    ReplyDelete
  16. bekerja dgn ikhlas yer... moga terus cemerlang !

    ReplyDelete
  17. akk kurang setahun dr kira..hehehhe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D