01 October 2014

Selamat Hari Lahir Ummi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

bukak post entry dari pagi semalam lagi, tapi ape pun tak keluar. mana nak keluar dah kalau sibuk ulang tayang bideo anak sendiri. kahkahkah. dah terlewat tiga hari pun. alhamdulilah 28 september lepas genap umur ummi Uwais 26 tahun. alhamdulilah usia 26 tahun segala kebahagiaan dah dapat. keluarga yang bahagia, keluarga mentua yang baik, suami yang cukup sempurna dimata saya, anak yang membahagiakan, kawan sahabat teman yang menyempurnakan kehidupan. syukur alhamdulilah

masa mengandung 9 bulan dulu, kemain mengembang haaaaa

special thanks to mama tersayang. yang dah bersusah payah mengadung, melahirkan menjaga, mendidik dari kecik sampaiiiii besar panjang. walaupun diri sendiri dah berkahwin, ada anak. tapi kasih sayang mama tak pernah berubah. saya dah jadi ummi baru lebih memahami penat lelahnya dan pengorbanan yang dah mama papa buat. sebenarnya nak celebrate besday ni orang terpenting yang kena ada adalah mama. sebab dia yang dah bersusah payah lahirkan kita waktu awal dulu. jadi adik-adik mana yang ada baca entry akak ni, tak payah la buang masa celebrate dengan kawan. boleh tu boleh tapi utamakan ibu. diorang yang dah bersusah payah untuk kita selama ni. terima kasih mama, segala kasih sayang dan cinta mama pada ya takkan mampu ya terbalas walau sampai akhir nyawa. 


papa, terima kasih jugak atas segala pengorbanan. bila tengok suami berkorban, berkerja keras, luahkan segala perasaan pada anak. baru lebih sedar segala pengorbanan papa. sama jugak macam mama, dari dalam perut dah berkerja keras cari duit untuk beri yang terbaik pada anak, walau anak dah nak masuk empat (masa tu), papa orangnya bukan jenis mudah menunjukkan rasa sayang pada anak, tapi saya tahu dan yakin jauhhhh disudut hatinya. sayang papa pada kami semua juga tak berbelah bahagi walau kami sudah berkahwin. 


suami, anugerah pinjaman kiriman terindah dari Allah untuk saya dan anak. orang lain mungkin nampak dia banyak kekurangan tapi disebalik itu segala kelebihan dan kebaikan dia hanya Allah yang tahu. macam mana susahnya dia menjaga kami, melayan seorang wanita yang cukup asing dalam hidup dia sebelum berkahwin. membahagi masa demi tanggungjawab dan sayang. syukur alhamdulilah walau kami jauh tapi saya tak pernah rasa kurang kasih sayang, tak pernah rasa sampai nak cari perhatian tempat lain. sebab? dia beri lebih dari cukup perhatian untuk kami dua beranak walau kami jauh. moga Allah terus jaga hati abang untuk kami. amin.


dan anak, Allahuakbar itu hadiah paling terindah dalam hidup saya. hadiah yang palingggggg tinggi nilainya. dia lah madu, dia lah racun, dia lah penawar. segalanya dia. kuatnya saya disini, hanya kerana dia. senyuman dia bukan sahaja menggetarkan jiwa, menenangkan hati, mencairkan segala perasaan. syukur alhamdulilah Allah kirimkan kami anak yang sihat, bijak pandai, baik, dan segalanya lah. 

terima kasih Allah atas segala pinjaman ini. moga diri ini terus bersyukur, tak merungut, berusaha menjadi lebih baik dan meninggalkan segala yang dilarang. moga diri ini terus kuat dan bersemangat. amin amin. 

8 comments:

  1. tak baca semua...tapi dapat nampak beberapa perkataan yang bernilai di hati kira...alhamdulillah...selamat menghargai nikmat usia...

    ReplyDelete
  2. selamat hari lahir yer. moga jadi anak, isteri , & ummi terbaik dunia & akhirat yer in shaa Allah !

    ReplyDelete
  3. Moga dianugerahkan kesihatan yang baik dalam menjalani kehidupan seharian hendakNYA..
    Moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.. insyaAllah..

    ReplyDelete
  4. Happy belated birthday Kira...moga sihat sllu, panjang umur & murah rezeki.. Alhamdulillah dah 26 tahun kan..kira complete dah keluarga awk..InsyaAllah.. :)

    ReplyDelete
  5. Assalam sis,
    Selamat hari lahir yer ummi uwais
    akak terkonpius jap tadi tau :P
    memula baca blog abi uwais,pehtu bukak bloh kiera sakura..
    pehtu blurr jap...
    macam pernah kubaca nama 'uwais' ni...
    ghope2nya hubby n wifey yer he3

    ReplyDelete
  6. selamat ulangtahun kira..
    moga dilimpahkan rezeki,kebahagiaan didunia dan akhirat..

    ReplyDelete
  7. Perghhhh sekali Kiera bermadah pujangga...bukan main lagi bikin getar jiwa mak hehe... Happy Bezday Kiera moga sentiasa dlm rahmat Allah dan sentiasa dlm dakapan kasih dsayang mereka yg menyanyangi....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D