10 November 2014

10.11.12

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


dan hari ni 10.11.14 dua tahun dah berlalu. Alhamdulilah syukur sangat dah dua tahun kami melayari baitul muslim kami berdua. hari demi hari makin banyak yang sama-sama pelajari dalam ujian rumah tangga kami.

sungguh la bagai dikata 5 tahun pertama, biasanya rumah tangga ni akan diuji dengan kewangan. dan kami sedang melaluinya. perit? ye memang perit tapi alhamdulilah berkat sabar, usaha dan berdoa setiap hari. kami yakin dan pasti yang Allah tak pernah memulangkan yang kosong pada tangan kita yang berdoa setiap hari. bagi yang faham situasi kami, alhamdulilah dan terima kasih. bagi yang tak boleh nak faham, takpe la mungkin mereka tak pernah ada dalam situasi kami. kami maafkan. 

bersyukur punya keluarga yang selalu ada dibelakang untuk kami menumpang bersandar. kalau takde mereka mungkin jugak kami dah jatuh terduduk siap terbaring lagi kot ehehehehe :p dan sesungguhnya terima kasih suami yang masih setia disebelah, tak berganjak walau sebesar mana ujian yang diberi, setia menemani dan menghargai setiap hari setiap waktu. terima kasih Allah meminjamkan dia untuk saya.


dia, lelaki ketiga dalam hidup yang saya respect. tak pernah berkira tenaga nak membantu meringankan kerja rumah, pinggan yang sebijik dia makan, dia reti basuh sendiri. tak pernah lagi saya tengok dia tinggalkan pinggan makan dia dalam sinki meskipun saya ada, kecuali bila saya kata tinggalkan nanti syg basuh. dia jugak lelaki yang tak pernah berkira nak kendong anak dekat pasar tanpa ditemani saya, membeli keperluan barang rumah. yang tak pernah merungut membasuh bontot anak walau saya ada disitu. yang tak segan silu membeli kotex untuk isteri yang dalam pantang. kalau nak disenaraikan memang tak tersenarai, lagi karang orang muntah pulak kata saya melebih-lebih :p jujurnya bersyukur dijodohkan dengan dia, Nadzri. seorang lelaki yang sangat saya sayang dan cinta. insyaAllah mudah-mudahan biarlah berkekalan hingga ke syurga amin amin.


dan bersyukur jugak dalam kami melayari baitul muslim kami, dihadirkan si khalifah kecil Fateh Uwais yang cukup lengkap serba serbi, sempurna takde cacat cela, bijak pandai dan comel macam ummi. kahkahkah :p bila dengar azan, terus rukuk solat. bila dengan ayat Al Quran terus berhenti dan tadah tangan. alhamdulilah. moga Fateh Uwais terus sematkan kemas-kemas Allah dan hati dan diri sayang ummi sampai bebila amin amin.

10 comments:

  1. Assalam ummi uwais,
    epy anniversary yer uols
    moga kekal bahagian sampai jannah amin

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... tahniah juga dari kakak moga ikatan kebahagiaan berpanjangan hingga ke syurga abadi.

    ReplyDelete
  3. tahniah...semoga terus kuat menghadapi segala ujian..sbb di sebalik semua ujian tu terselit bahagia

    ReplyDelete
  4. hepi wedding aniberseri ..semoga hubungan kekal hingga ke jannah

    ReplyDelete
  5. selamat ulangtahun prkahwinan kira & nadh....moga d pelihara hubungan ni smpi ke syurga !!!

    ReplyDelete
  6. hepi anibeseriseri...moga bahagia hingga taman2 syurga..amin

    ReplyDelete
  7. Happy Anniversary Kiera moga jodoh kalian panjang hingga ke jannah....Syukurkan dikurniakan mereka yg menyanyangi dan yang menyokong kita disaat kita memerlukan.... Moga kebahagiaan itu akan sentiasa menjadi milik korang berdua hendaknya

    ReplyDelete
  8. aamiin..
    selamat ulangtahun kira..
    ciksu 15/11/2014 genap 7 tahun ;)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D