16 November 2014

Merajuk!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

kami suami isteri ni memang suka mengusik Fateh Uwais tu. baik abi baik ummi, dedua perangai sama naik. mihmihmih :p tapi!!! sekarang pun Fateh Uwais dah pandai mengusik ummi. duduk atas abi, bila ummi hulur tangan nak ambik terus paling muka sambil mulut berbunyi lagi. yang syoknya bibir senyum. dalam hati gamaknya dia kata yeayyyyy padan muka ummi T.T



dan sekarang ni kami berdua lagi suka usik dia, saja je peluk abi dia kekuat lepas tu panggil dia "baby tengok ni ummi peluk abi, abi tak peluk baby, werksssss" terus budak kecik sorang tu tinggal segala barang dia, baring atas lantai. kalau dia dalam bilik sekali dengan kami terus menonong keluar bilik, muka mencuka, bibir cebik baring atas lantai. merajuk letewwww hahahahahaha. seronok tengok muka dia marah merajuk. pebret ummi tu mihmihmih.

"pegi pujuk balik anak ummi tu sape suruh menyakat" abi la selalu tukang pujuk balik dia. hihihihi :p kalau nak peluk kena peluk bertiga baru muka ada hepy banyak. perangai sungguh!!! tapinya selalu tu kalau abi yang peluk ummi dia kurang nak heran. kalau abi dia yang kena peluk kemain lagi marah kita ni haaaa. i is sadddddddddddddd :p

besar dah anak ummi abi ni, kejap je masa berjalan. dah reti bermain dengan emosi sekarang ni. yang pastinya awak tetap anak manja kesayangan ummi abi. sikit pun tak kurang bezanya kasih sayang kami ke awak wahai Fateh Uwais, pemberian pertama kami dari Allah.


12 comments:

  1. mesti best kan tgk mimik muka fateh merajuk tu.hihi.kelakarla abi dgn umi ni.. ska nyakat anak ye..

    ReplyDelete
  2. Baby makin lama makin cerdik... 'banyak akal' kata org tua2

    ReplyDelete
  3. wah.. dah pandai nak cemburu.. hak3.. comel sungguh uwais ni ^_^

    ReplyDelete
  4. hahaha...mcm Aqil.abah mai peluk mama ja trus mai serbu dok tengah2.klau blakon menangis ms abah peluk tu dia pon menangis.pstu bl abah lps trus mai kt mama dia tkut abah buat mama

    ReplyDelete
  5. Assalam..
    Selamat hari isnin...seronokkan punya anak...punya waris bakal mewarisi generasi kita nanti...

    Kini ada tempat kita mencurah kasih sayang.....balik kerja penat2 ...hilang penat bila terpandang dan mendengar suara anak kan.

    Tapi bagaimana pula bagi mereka yang dah lama bernikah tapi tak punya anak?...Hanya mereka saja yang tahu...

    ReplyDelete
  6. pandai dia merajuk ye..comel sangat kamu ni fateh uwais

    ReplyDelete
  7. Assalam ummi uwais,
    samala si Fayyadh
    pulun ayah dia
    berebut dengan akak
    tapi kekadang dia set begilir2
    dia peluk cium dulu
    pehtu dia suruh ibu pulop
    pehtu bertiga2 sama2 peluk cium he3

    ReplyDelete
  8. Moga Fateh Uwais membesar dengan baik dan menjadi anak yang mendengar kata ibubapa.. ;)

    ReplyDelete
  9. Hehehe...Memang seronok mengusik anak² ni.

    ReplyDelete
  10. Dah pandaii jeles dah yer ......Dia heran ngan abi tu sebab jarang jumpa agaknya kan Kiera..... tu yg tak boleh umi dia peluk abi dia tu...hehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D