04 December 2014

Demam Lagi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


dah dua malam berturut-berturut sejak isnin lepas badan Uwais panas. bila malam sahaja, pagi besoknya tu alhamdulilah dia sihat badan sejuk balik. sampai la tengahari semalam mak mengasuh dia call kata badan anak panas sangat, ubat pulak ummi lupa nak spare adoiiii. cepat-cepat ummi balik tengok anak, elok ummi sampai kata mak nya dia baru bangun tido, tido pun kejap sangat dalam setengah jam je. tak selesa mungkin. mak mengasuh cuma jeram-jeram badan dia dengan towel basah sementara tunggu ummi datang. itupun kemain dia marah mak jeram badan dia -.-


akhirnya ummi decide untuk tak masuk ofis. badan anak terlalu panas. bagi ubat dan pantau suhu dia. alhamdulilah dia masih mampu untuk main sekejap-sekejap. bila tenaga dah kurang dia datang merap dekat ummi. seharian jadi baby bear bila petangnya. langsung tak boleh jauh dari ummi. sangkut atas perut ummi sepanjang masa. bangun je ummi dia pun mula menanges hurmmmm. mula la saat tu rasa hati rapuh sebab abi takde, abi jauh T.T

Alhamdulilah lepas makan ubat pukul 8 malam, badan dah mula sejuk, peluh dah mula keluar. tido pun lena berbanding malam-malam sebelum. saya dengan mak dia suspect demam nak keluar gigi. selalu gigi keluar sebatang sebatang. kali ni dua batang serentak, tambah dengan antibodi lemah sikit sebab selsema, itu yang boleh jadi demam pulak. 

alamak!!!! 

moga terus kuat dan terus sihat ye anak, insyaAllah ummi sentiasa ada dengan awak. paut lah kaki ummi asalkan itu boleh buat awak selesa walaupun ummi tersiksa sampai nak buang air pun kena bawak dia =.= dan bila dah sihat dia kemas pulak lemari baju ummi. habis bersepah segala tshirt yang ada, dah la banyak lagi kerja tertangguh sebab dia jadi baby bear sobssssss. nasib demam kalau tak mesti kena dah tu dengan ummi :p

9 comments:

  1. moga cpt sembuh...

    yeay...nk tmbuh gigi lg.Aqil dok tang tu ja la gigi dia.6 btg tu x tmbh2

    ReplyDelete
  2. Salam Kira,
    anak kecik demam memang biasa..sentiasa pantau suhu dan jeram kepala dia. bagi makan ubat secara konsisten setiap 6/8 jam ikut saranan doc sampai habis episod demam tu..walaupun masa tu dia aktif pun kena bg makan juga, sebab lepas tu nanti dia demam balik. ni dokter yg ajar saya=)insha Allah..

    ReplyDelete
  3. Assalam ummi uwais,
    bertabah la yer
    memang laaa anak2 yang baru nak membesar akan kerap demam
    janji slalu pantau suhu
    Moga Allah lindungi & memberikan kesihatan pada Uwais AMIN

    ReplyDelete
  4. demam nak besar lagi, demam nak bijak lagi khalifah ni..wahai fateh uwais sila melekap kat ummi lagi tau..hihhiii sebab geng awak pun same je! :)

    ReplyDelete
  5. demam nk besar rupanya....moga cepat sihat sihat dan sihat ye yayang

    ReplyDelete
  6. get well soon .... try mandikan dengan Basic H shaklee dan jaram kepala baby dengan air basic H ...inshaaALLAH CEPAT TURUN SUHU DAN KEBAH dEMAM ...

    pm ima klu nak tau lebih lanjut 0129220376

    ReplyDelete
  7. alahai bab ni mmg blh rapuh kan
    smga ummi fateh uwais tabah menghadapinya.in shaa Allah smga Allah permudahkan urusan kalian.aamiin

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D