Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Khamis lepas 18 Disember 2014, hari keluarga office Ummi Uwais, bertempat di Pendang Lake Resort, Kedah. disebabkan hari khamis, abi kena kerja dan tak boleh nak cuti sekali. ummi cuma berdua je dengan Fateh Uwais ke lokasi kejadian. ikut kan boleh je kalau ummi nak tinggal dia dekat rumah mak pengasuh. tapi hati ummi tak sampai hati, baru je terdetik dalam hati pun dah sayu. baiklah ummi bawak dak kecik sorang tu, sebab kegembiraan ummi adalah bila adanya anak di sisi.
sampai je lokasi kejadian terus daftar diri, mintak Kak Rafizah jagakan dia sekejap sementara ummi menulis dalam kelompok ramai orang tu. kata Kak Rafizah dia kerja nak ke kolam je. memang dari mula sampai lagi situ dulu yang dia pergi. mungkin sebab kami selalu bawak dia bagi ikan makan dekat Jubli. itu yang dia fikir kolam ni pun ada ikan jugak =.= sampailah ummi lepaskan hajat dihati dia nak tengok kolam sambil bagi pencerahan "sayang, ini bukan kolam Jubli yang ada ikan banyak selalu lapar tu, kolam ni takde pape pun. yang ada ranting, kayu. ummi takut tengok anak ummi duduk tepi kolam ni. nanti hari cuti kita ajak abi tengok ikan ye" dah puas hati dia baruuuuuu lah tak menuju ke kolam dah. phewwwwww
lepas mendaftar boleh terus breakfast. ohhh hampir nak terlucut budak sorang tu bila tangan ummi lagi sebelah terpaksa pegang pinggan makan. terus laju-laju tuju meja makan geng IT. Razif pun offer nak jadi baby sitter sekejap. Nik pulak tolong suap makan baby Uwais. Jas tolong ringankan beban sedikit. Alhamdulilah Allah permudah urusan ummi, walaupun abi takde di sisi waktu itu.
sementara kami berhimpunan bulanan. ummi lepas je budak sorang tu. nak dukung pun bukan dia nak duduk diam atas dukung. buat lenguh tangan je kepit dia. baiklah lepas je dia main. memang sehari tu hari dia berjalan meronda merata secara bebas. baru kali ni lah ummi bebaskan dia sebab yang ramai kat situ semua pun officemate ummi. ummi tak lah risau sangat. kalau public tu memang takkan lah sesekali dia lepas dari ummi. hewhewhew
memang seminit pun tak diam =.= macam mana dia dekat rumah, memang macam tulah dia dekat luar. Fateh Uwais bukan seorang budak yang pasif, dia memang aktif macam gitu. Alhamdulilah ummi suka dengan keadaan tu sebenarnya walaupun letih sikit. ummi memang tak suka kalau tengok anak ummi dudukkkkk pasifffff semacam. terus risau huuuu. dia aktif tapi bukan hyper aktif.
dekat sape pun tak takut, dukung lah sape pun tapi biasanya memang perempuan dia tak berapa mau sangat pun dari dulu lagi hukkkk. memang Fateh Uwias tak takut ape pun kecuali clown. kalau ummi nak bertenang berehat sekejap boleh duduk dekat clown. tapi jenuh kena kerabat la dengan budak kecik sorang tu =.=" tapi tak boleh praktik selalu dengan clown tu takut nanti terus sel otak dia terbantut pulak. sesekali tu boleh la ehehehehe :p
Alhamdulilah officemate semua pun rajin mengasuh dia sekali, anak2 officemate pun mau main sama dengan dia. Alhamdulilah Allah permudah urusan kami sehari tu. yang penting ummi puas hati dapat gembira ceriakan hati anak ummi. maaf pada officemate kot kalau ada terkasar perbuatan Fateh Uwais pada kalian. sobbbsss
masuk je kereta nak keluar Pendang Lake, dia sibuk duduk tengok atak dia(lori). bila ummi pujuk suruh baring, tido. ummi tepuk dan zikir dia pun menurut perintah. mungkin sebab memang dia tau dia letih tersangat-sangat. dan baru nak masuk tol pendang je dia dah mula tido lena sampai la pukul 5 petang!! alhamdulilah dapat ummi tumpang tido barang sejam dua. hewhewhew
ritu p knduri bdua dgn Aqil pon jenuh.dgn nk pgg pinggan dgn nk dukung Aqil.naseb la ada adik2 yg mkn semeja tu tlg jgkn dia ms nk bsuh tgn.
ReplyDeletetp yg syok ms p knduri GK...mama dia xyh buat apa.rmai sgt yg offer nk ngasuh
Kami skrg mmg takkan ke mana2 berdua kalau lama2.sbb mmg tak larat nak kepung.nak biar lepas tidak sesekali.huhuuu.family day ada sukan2 dak ni?
ReplyDeletetak sabar nk tggu Bussaina besar ~
ReplyDeleteRindu dak Uwais!!! Dah besar dia.. mampu tgok perkembangan dia dari blog Ummi je la...
ReplyDeleteSuci sangat pic masa dia tido tu...
ReplyDeleteHaha.....berjalan dgn budak kecik tanpa suami mmg tak bebas Kiera, nasiblah ramai yg nak tolong yek...
tu la kak ja gitau kiera lepas je uwais..pastu jenuh kepong dia hehe...
ReplyDeletehaip mai pendang x habaq no..hehee
la.. dekat dh tu dgn tmpt ciksu. hihi
ReplyDeleteala, x mo dgn perempuan pulak.
xda chance le nk gomol
bagus fateh uwais ni faham apa yg ummi cakap, bab aktif tu biarkan aje,dia tengah nak meneroka tu
ReplyDelete