28 January 2015

Lupa tutup api

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

baca entry Okje terus teringat pasal kes saya aritu. alkisahnya kalau seorang syakira ada suami di sisi mesti terus terlupa nak buat semua sendiri. very bad. kalau hari tu. melenggang kangkung keluar rumah, kunci pintu bagai semua dan terus masuk keta. suami tunggu dalam kereta. sampai je depan ofis. eh eh mana beg ni? terus tanya suami tak ambik ke. "abg kan dukung anak tadi, bawak beg anak" sobssss mujur tak kena marah. dah kena suami balik rumah ambik beg dengan beg pam pusing anto ke ofis. mujur la ofis dengan rumah tak jauh mana sangat. kalau hp pun sama, dah sampai mana-mana tanya suami "nampak hp syg tak?" mujur dia kutip kalau dia pun lupa. naya!!!

kes ni jadi lama dah. tahun lepas kot tak silap. pagi tu terbangun lewat tak sempat masak bubur anak. masa tu uwais makan bubur lagi takmo makan nasi keras. masak bubur kan lama. sebab dah lambat saya just on rice cooker dan masak nasi macam biasa. dengan harapan nanti Fateh Uwais nak la makan nasi sebijik-sebijik tu tapi suami kata langsung dia xmo makan. 

sekarang dah takmo makan bubur, nak makan nasi sebijik sebijik saje

tengahari saya balik, masakkan nasi lembik dekat dia. guna dapur gas. pasang api. sebenarnya nasi tu sikit lagi je nak masak. entah kenapa yang boleh lupa nak tutup masa tu. nak dijadikan cerita tengahari tu suami hantar ke opis. sampai dekat jalan nak keluar taman suami tanya "syg dah tutup api nasi?" confindent jawab dah!!! pastu tanya balik eh nasi ape? =.="

kelam kelibut patah balik. sekali sampai kat pagar dah bau hangit asap. dalam kepala duk teringat dapur mak kawan kena sambar api sebab terlupa tutup api macam kes saya ni. tapi doa sangat-sangat moga dijauhkan lah jadi macam tu. bukak je pintu dah penuh asap dalam rumah. hangit lagi. periuk tu dah rentung sikit. nguuuu mujur la sedar cepat kalau tidak tatau la ape jadi. Alhamdulilah Allah pelihara dan syukur jugak tak kena marah dengan suami. itu lah seorang ummi, kalau ada abi mesti jadi macam cuai. sebab selalu suami yang buat peringat semua benda. very bad ok ummi. lepas dari tu terus beringat. nak keluar rumah je check dapur dengan segala suis yang tak pakai. huuu. takuittttttt

pesan akak sunah pulak. kalau in case api marak naik atas kuali macam chef chef hotel selalu buat tu. jangan simbah air. nanti api lagi kuat sebab masih ada baki minyak dalam kuali kita tu. kalau pakai minyak la sebelum tu. sebaiknya, basahkan towel tak kira besar ke kecik dan campak dalam kuali yang disambar api tadi. insyaAllah sikit-sikit nanti api akan mengecik dan terpadam sendiri. kalau terus siram air mungkin api boleh padam tapi asap yang berkumpul dalam rumah boleh buat sesak nafas pulak.

12 comments:

  1. ummi ni nk kena piat tinger ni asik lupa ja bl ada abi...

    Alhamdulillah Allah masih pelihara...klau x...

    ReplyDelete
  2. yup betul tu.. guna kain yang telah dibasahkan bagi mengelakkan api dari terus membesar bila kita simbah dengan air..
    Syukur sempat balik dan takde apa2 berlaku..

    ReplyDelete
  3. tudia ...bahaya nye seb baik en somi tk garang klu jenuh kena bebel kan ....

    ReplyDelete
  4. Huhu bahaya kan. Tu la kdg2 kita ni lupa masak apa2 . Byk sgt pikir itu ini. Mujur x apa2

    ReplyDelete
  5. nasib baik tak jadi ape2 yang buruk..!!
    bahaya kak oihh..
    lepas ni kite pun akan sentiasa ingatkan diri sendiri..kite pun pelupa kot!!huuuu~

    ReplyDelete
  6. Ohhhh .....Kiera pun pernah mengalami jugak pengalaman mcm okje ke.....hihi....ohhh lega okje ada kawan haha..

    Nasiblah abi cool jer, maklumlah jumpa sesekali hihi...kang ada yg gigit jari haha

    ReplyDelete
  7. bahaya kan.
    ciksu pernah gak kira..
    masa tahun pertama kawin.
    gigih la nk buat serunding ikan bilis sbb nk buat popia. pastu mata dh ngantok nak kacau..
    slow la api, sambil tunggu dok kacau..
    lps tu ngantok, trrus pi lena.. skali terbau hangit..
    huahua..
    kes 1

    kes 2 masa ddk jb
    gigih juga nak buat sekut raya
    dh balik kja lewat, xpadan dgn ngantok nak juga buat kuih raya..
    siap uli tepung, masuk oven.. oven bulat yg tudung kaca tu.. setting siap.semua..
    suami keja malam
    dalam hati lambat lg ni..
    pi baring jap la.. penat..
    skali termimpi rumh gelap
    penuh asap.. bau hangit
    terus terjaga..

    otomtik dah jatuh rumh penuh asap
    kuih hangus cermin pech..
    langsir semua dah bau asap..

    mmg gerun.. ingt sampai skrg..

    ReplyDelete
  8. assalam kira...bahaya tu,tapi biasa la kan kadang2 kita ni tak ingat sebab banyak sangat benda yg nak kena fikirkan

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah nasib baik Allah bagi kita ingat jugak walaupn last minit kn....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D