24 February 2015

Cameron Highlands

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Cameron with love

rasanya ada lah dekat setahun lebih kot plan dengan family nak ke cameron asyik tertangguh aje. alhamdulilah CNY baru lepas selamat dah kami sekeluarga ke sana. itu pun tak cukup sorang. ada kerja pulak katanya. takpe la next time kita pegi tempat lain ye. plan asal nak ke teluk senangin perak. masa call chalet bulan dua belas tahun lepas dia kata untuk CNY tak bukak tempahan chalet lagi, bulan Januari kena call lain. bila call bulan Januari dia kata untuk tarikh tersebut kena walk in aje tak boleh booking, pulakkkkkk. bila call tempat lain semua pun dah penuh. punah lah harapan. cancel aje la. next time insyaAllah pulak. tapi kan yang angin tu saje saje call balik tempat tersebut. dah dia kata tarikh tu penuh. ko rasa??????


tutup cerita Teluk Senangin yang menyakitkan hati. plan nak ke cameron pun dah hujung bulan Januari. kalut-kalut cari homestay. sebenarnya nak ke Teluk Senangin tu bersama family saya, family mentua dan family mentua kakak. tapi ke cameron family kami aje, pergi pun semalam, plan pun mengejut. nanti lah next time plan lain dengan the big family pulak macam sebelum ni ye. 

kami ikut jalan simpang pulai. dah setengah perjalanan nampak ada kereta dengan lori bagi isyarat lampu. pesan dengan suami siap-siap berjaga-jaga mesti ada sebab ni dorang bagi lampu. rupanya ada kesan tanah runtuh kat depan. mungkin sebab banjir tahun lepas agaknya tu. lama la jugak berhenti tunggu turn dekat situ. sampai Fateh Uwais terjaga dari tido huuuuu. Ummi ni takut pening pala naik bukit itu sebab tidokan dia siap-siap sebelum Nurul Iman naik panjat bukit. 


gerak awal, alhamdulilah sampai kat atas pun awal. masa ni kami bebas dari sangkut jem. jalan sesak tu biasalah tapi takde sampai jem. belah kanan jalan pun takde jem sangat. masuk je ke petang lepas check in homestay terus jalan jem macam ape je lagi. mungkin faktor hujan sama yang buat semua orang perlahankan kenderaan. nak ke ladang teh pun tak dapat. hujan selebatnya masa tu. dah turun tapi lelaju berlari naik ke atas lepas hujan turun selebatnya. takde rezeki namanya tu kan.


semua melangut tunggu teh fresh from oven katanya. dah tak dapat petik daun teh. kena lah minum teh fresh ye dok? ekekekeke. nampak tak budak kecik baju pink tu. kemain belagak haaa ada abang long dia. tapi masih tak boleh berpisah dengan abi kesayangan. abang long-abi-abang long-abi, ummi lenggang kangkung peluk lengan opah. ekekekeke


dan ummi ke cameron dengan perasaan ciwi sebab ada spek baru. kahkahkah. gedikkkkk sangat kannn. ok lah nanti sambung entry lain. malas pulak nak kajang pepanjang entry ni. nanti kita cerita pasal homestay, mee kari yang masih kekal sedap selepas dua tahun, buah strawberi, jem strwberi sedap dan bla bla bla lagi ye. cameron sekarang tak sejuk sangat. sobssss

9 comments:

  1. bila naik ni .. kat pi jumaat ari tu .. Ya Allah jem sgt ..letih rasanye dok dlm keta lelama

    ReplyDelete
  2. alahaiii seronok nyer CH! Last saya pegi sana mase mengandung abang syahmi..hahaha..8 thn lepas!

    ReplyDelete
  3. syoknya jenjalan...ittew dok umah jewwww...sobbbs...#tekupmukadenganbantal

    ReplyDelete
  4. Dah dua thn kot akk x g sana. Adakah seindah dulu??? Tgk kat tv cameron makin teruk risau diri kecewa je klu pergi. Tp mmg syok naik sana gi hirup udara nyaman buat meleraikan stress kan?

    ReplyDelete
  5. kami dah serik pegi ch time peak season. memang serikkk

    ReplyDelete
  6. Huh...semata mata nak selfie dgn spek baru rupanya kat puncak CH tu hihi...Tp comeylah umi....

    Nasib okje tak naik kalau tak, harus jumpa kat puncak kita Kiera hihi

    ReplyDelete
  7. hihispek baru ye.
    a’aa kan cameron dh x sejuk
    cik abr ciksu pon kata mcm tu.
    ye la ciksu x tau sgt sbb first time ke sana hri tu

    ReplyDelete
  8. teringin nak pegi cameron ni,tapi tu la bila dengar berita tanah runtuh dulu,rasa mcm cuak pulak akak,itu yg CNY hari tu singgah mini cameron kat genting tu..hehehe bole la fefiling dok cameron sbb cuaca sejuk juga

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D