Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
sejak-sejak anak dah pandai menyulur merangkak satu masa dulu memang cukup susah hati bila tengok baju dia hitam legam kena habuk lantai huuuu. nak gonyoh baju hari-hari hati tak cukup kuat. mana nak kejar dia lagi. nak gonyoh lagi. dan faktor utama ummi is malas nak menyental semua baju-baju dia hewhewhew. mula dulu saya pakai sabun pureen yang cecair tu. hat tu lagi mahal dari serbuk tapi rupanya jangan disangka yang lebih murah tu takde kualiti. rupanya sabun serbuk yang kat atas ni lagi power dari cecair tu *save duitttttt*
kalau baju dia kena kesan makanan ke hitam habuk ke. hatta dia pakai stokin dan jalan-jalan sesenang hati depan parking rumah sampai legam stokin pun ummi tak payah risau lagi. masuk je dalam mesin tanpa perlu menyental. letak satu scoop sabun serbuk ni. mesin lah sekali dengan semua baju seluar sapu tangan dia yang pakai seminggu tu. haaa kalau sapu tangan yang ada kesan hingus dia ke, kesan makanan ke pun boleh hilang tanpa adegan sental menyental. jimat tenaga ummi kahkahkah :p
cumanya kalau seluar dia terkena kesan yayik ummi rendam dengan sedikit sabun ni dan sental la jugak sikit. kalau baju dia kena coklat yang pekat pun ummi buat macam tu jugak. alhamdulilah memang putih berseri balik semua baju-baju dia. syukurrrrrrr. bau dia pun wangi je. takde lah wangi macam baju kita yang letak softner tu tapi ini bau yang lembut yang sesuai dengan namanya baby. ummi memang recommend kalau ada kawan-kawan yang nak pakai sabun ni.
sabun botol dia pun suka pakai yang pureen sebab ada bau mint atau orange. haaa kalau liquid cleanser ni tak kisah nak beli brand pureen ke fiffy ke atau ikut suka hati sendiri. sebab rata-rata yang pernah ummi beli kesan dia sama je. botol anak seeloknya pakai la sabun jenis ni, tak sesuai kalau nak pakai sabun pinggan kita. sabun pinggan kita tu bau nya kuat. dah cuci bersih-bersih pun akan tinggal bau jugak nanti. takut pulak kalau susu tercemar dengan bau sabun yang kuat itu. kalau sabun ni setakat nak buang lemak-lemak dekat botol susu memang boleh sangat lah. EBM lagi kuat lemak dia melekat dekat botol susu, setakat hari ni alhamdulilah botol dan puting susu uwais takde kesan-kesan kuning macam karat tak tanggal tu lagi walaupun dah makan banyak bulan. saya simpan ok puting botol dia yang lama-lama tu. nak buat eksperimen mihmihmih :p
dan buih sabun ni memang banyak. picit sikit je dalam botol susu uwais, campur air sampai penuh botol dan boleh la cuci sekali dengan botol-botol yang ada tu dan jugak aksesori breast pam ummi. jimat pun jimat la jugak walaupun sabun dia dah boleh beli 2 botol besar sabun pinggan kita hihihihihihi :p
**abi pun akan selalu ingatkan beli dua barang ni kalau dah habis sebab dia sendiri nampak kesannya ;)
**abi pun akan selalu ingatkan beli dua barang ni kalau dah habis sebab dia sendiri nampak kesannya ;)
akk suka bau sabun baby...wangiiiiiii
ReplyDeleteWahh bagus info ni! :)
ReplyDeleteYEZZA.DARI DULU SAMPAI SKRG, ALMOST SEMUA BRG UMARFAIQ BRAND PUREEN
ReplyDeleteakak pon mmg pkai dedua ni utk Aqil...mmg bgus.xdela botol tu rupa errrr....xtau nk ckp
ReplyDeletesetakat ni utk sabun cuci ciksu guna yg cecair tu lg.hri tu dh ambik yg serbuk no pastu mcm ala x lalu nk mnyental.ciksu baju rania bsuh tangan je.
ReplyDeletekena beli lps ni. tenkiu kira
utk cuci botol n bekas makanan rania ciksu guna yg autumz sedap juga bau dia..
produk ni mmg bagus sgt!
ReplyDeletehaaa...akak pun guna jenama yang sama
ReplyDeleteOkje sejak dah tak de baby ni Kiera mmg tak jeling sikit pun dgn brand pureen...Pureen ni zaman anak anak kecik adalah, tu pun dpt bedak free dlm hamper tu hihi...Eloklah mencuba mana mana ibu yg ada anak tgh membesar mcm si Fateh ni
ReplyDeletetapi tak suka nya ada paraben. dulu jadi was-was guna. last2 tukar bila tau keburukan paraben :(
ReplyDeleteAssalamu ummi uwais,
ReplyDeleteyang pencucui botol cecair tu memang akak pakai dari solu
haaaaaaaaaaaaaaaa
hat serbuk tu nak kena try laaaaa