Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Info asal dari Kak Adish Shida. bila dah ada dua number telefon. eh silap tiga pun haaa, kemain kan seorang ummi uwais. hewhewhew. salah satu number mesti jarang pakai tapi bila nak terminated macam sayang sebab dah lama guna dan ada benefit lain kan. macam saya number celcom memang selalu guna. wassap wechat call mesej memang aktif dekat situ jela. digi hanya untuk internet, dekat rumah digi jela yang paling laju pun sekarang ni. itu pun bila malam dah mula macam siput oink oink., yang terpaling jarang guna adalah maxis.
tapi maxis ada gunanya jugak contoh untuk kejut suami bangun tido bila dia 'utstation' sana nun atau kalau nak call sekejap sekejap sekadar bertanya "nak beli ape?" bukan tak boleh guna celcom tapi sebab pakej celcom saya 28sen/5minit jadi rugi lah kan kalau sekadar nak sebut "abang bangun" kemudian letak. huuuu jatuh 28sen hari-hari. rugi tauuuu. tu belum lagi call sekadar nak tanya benda kecik-kecik yang cakap nya sekadar seminit tu aje. dah kalau cakap seminit tapi call berkali-kali sehari kira sendiri kerugian yang terpaksa ummi tanggung. di zaman gst ni semua benda kena jimat oiiiii.
tepek gambo budak gebu umur 11 bulan satu masa dahulu ekekekekeke :p
ehhh panjang pulak intro :p jadi selalu lah terjadi kredit terlebih untuk number meksis saya. terjadilah berlambak-lambak kredit dalam tu tapi tempoh dah habis lama dah. penyelesaian. kita beli hayat dia yang baru. caranya?
untuk pengguna Maxis
- taip *100#
- pilih 6, Akaun Saya
- pilih 2, beli Validity
- pilih 1 atau 2 terpulang pada masing2
- 1 RM8 untuk 90 hari
- 2 RM33 untuk 365 hari
sila buat pilihan yang bijak ye....
untuk pengguna Celcom
- taip *118#
- pilih 9, Akaun Saya
- pilih 3, Perkhidmatan Lain
- pilih 3, Tempoh Sah Kredit
- pilih 2 atau 3 terpulang pada masing2
- 2 RM30 untuk setahun
- 3 RM50 untuk dua tahun
cumanya kalau Celcom kena ada sekurangnya RM30 setiap bulan selama 6 bulan selepas aktif. kalau tidak service hayat yang dibeli akan di terminated secara automatik, kalau Maxis takde ye kawan-kawan.
untuk manusia yang macam saya ni boleh la beli hayat kredit ni, jarang nak guna telefon. orang dah kawen dah beranak weiii mana nya nak bergayut cakap telefon je. kecuali telefon mama hari-hari itupun takde la berejam2 lamanya. jadi kredit pun lambat la habis.
ohh ye untuk pertanyaan lain sila call maxis atau celcom center ye. pengetahuan saya setakat yang saya tulis ni sahaja. tambah hayat ni bermaksud kita beli, bayar dan bukan percuma semata-mata jadi selepas beli hayat yang baru memang kredit akan ditolak dari baki akaun anda. nanti kot la ada yang terkejut ehh dah kenapa baki kredit aku tinggal sikit ni. jangan gelak!! sebab memang ada soklan yang keluar macam ni =.= tapinya memang ada syarat jugak nak beli hayat ni. macam celcom MIL tak boleh buat sebab MIL pakai pakej student universiti tu haaaaa. pakej lain wallahualam :)
**terhasilnya entry sebab ummi selalu terlupa step by step haaaa bila nak renew baru kihkihkih
smpai 3 ko....akak pkai 1 line ja.
ReplyDeletethanks 4 the info
Salam..Singgah Pagi....
ReplyDeleteGood sharing :)
salam kenbal tuan rumah...follower ke 527 kt sini
ReplyDeleteakk dh dekat dua tahun kalo ytak salah dk pnjgkn hayat no maxis dgn cara nie...
ReplyDeleteooo banyak guna nombor ye,macam akak mmg guna satu je la..hehehe
ReplyDeleteOkje bab bil ni mmg pak Jilap yg uruskan sejak dulu Kiera....so okje mmg tak ambik tau. Kalau anak anak okje confirm mahir bab ni
ReplyDeleteoo bru tahu
ReplyDeletetp ciksu pakai line
.pape thanks kira sbb berkongsi