29 April 2015

Benda Yang Tak Patut Ditanya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

"dah kawen?"

"kenapa tak kawen-kawen lagi? umur dah lanjut. kawan2 sebaya semua dah ada anak masing-masing bla bla bla...."

"takda usaha nak ada anak ke?"

"bila nak tambah anak?"

"eh eh dah ada dua orang? cepat betoi proses..." =..=

bila orang tu baru beranak sorang. baru je pun baby tu tak lepas 6 bulan lagi dah tanya bila nak tambah yang lain. tapi bila dah masuk baby kedua dah pulak perli2 orang tu baka baik, proses cepat, cepat dan tangkas bla bla bla lahhhh lagi =.=

heiiii tak paham ok!!!! macam kawan saya. sampai sorok perut masa mengandung yang kedua. baby kedua dah selamat bersalin 3 bulan baru dia tunjuk ke public yang dia dah ada dua baby. sebab antara sulung dengan kedua jarak rapat. kenapa sorok? ni haaa pasal mulut orang-orang sekeliling ni la. mengata itu ini. tau tak kesannya dari kena kata tu? emosi seseorang tu tersangatlah terganggu tauuuu. ok seorang ummi uwais dah emosi huuuu.

kalau orang tu dah beranak sorang mohon janganlah sibuk sangat tanya bila nak menambah lagi. dia tau la bila dia nak tambah ke ape ke. kalau orang tu takde anak lagi pun jangan lah sibuk jugak nak tanya merancang ke ape. tak kan lah setiap masa dia nak update dekat pesbuk

"baru je lepas bers**a, tapi sperma tak nak lekat lagi" - sebab nak bagitau ke kome yang suka bertanya merancang ke ape tu

-.-

semua tu rahsia Allah, rencana Allah. kalau rasa takde benda nak dibualkan baik diam dari berkata-kata sebab kadang-kadang kata2 tu hanya buat orang sakit hati dan menyumpah dalam hati. 

jangan sampai pulak nanti orang tanya ke kita balik

"bila suami awak nak kawen lain??????"

"anak awak buruk hodoh piang sangat kot yang orang tak masuk meminang lagi"

kannnnnnnnnnn


Fateh Uwais dan gua kolam nya.... gambar takde kena mengena dengan teks entry :p


post signature

28 April 2015

Tips Mengurus Anak Bagi Pasangan PJJ

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

ewahhhhh umur anak baru setahun tujuh bulan dah sibuk2 nak bagi tips pulak engkau ye.. huhuhu. PJJ tu ape? PJJ tu adalah istilah Perkahwinan Jarak Jauh bagi weekend husband and wife macam weols dulu, Alhamdulilah dah jadi PDM Percintaan Depan Mata pulak hewhewhew. mentang-mentang baru PDM banyak pulak ko punya membebel pasal PJJ ye Syakira!!! kahkahkah kasi can la wei :p

Rapat dengan Allah

saya ni bukanlah ustazah atau nak berlagak alim. tapi bila kita rapat dengan Allah insyaAllah kita jadi kuat. doa banyak-banyak. tiap kali sujud last masa solat tu doa lama-lama. mintak moga Allah berikan sabar, kekuatan dan ketabahan yang tinggi pada kita dalam menempuh setiap ujian dan dugaan. baca quran. insyaAllah hati jadi tenang. ada masa saya pun ngelat baca quran. yang saya dapat detect. hati cepat sangat baran. cepat nak marah. jadi garang dengan anak. bila sedar diri balik. kawan rapat dengan quran alhamdulilah takde la tak boleh salah sikit macam hari-hari sebelumnya. kalau tidak tu dah jadi macam singa jadian je rasa nguuuuu

Emosi dan Mental

memang boleh mereng kalau tak mampu nak kawal emosi dengan betul. letih kerja dekat opis balik pulak letih mengurus anak sorang diri. nak-nak pulak dekat opis tadi bengang dengan sape-sape balik rumah anak pulak buat perangai tumpahkan makanan. kalau tak kawal emosi betul-betul boleh jadi anak buat salah sikit yang jadi habuan marah kita kan? 

biasanya kalau saya bila rasa emosi tak boleh nak tahan. saya akan nangis sepuas puasnya. uwais bila dah besar ni bila tengok ummi nanges dia datang kiss muah muah dia banyak kali sampai lah kita ambik peluk dia balik. huuuu. dan saya selalu akan mesej wassap call suami mengadu itu ini bila rasa emosi terumbang ambing dah. dannn suami pun kena lah bagi kerjasama jugak. kuatkan balik semangat isteri yang jauh dekat sana tu. bagi kata-kata dorongan. pujuk elok-elok. orang perempuan ni bila dah datang emosi tak tentu hala dia. pujuk cakap elok-elok. memang ada masa macam dia memberontak balik tapi kalau kena gayanya mesti boleh jadi elok. 




Makan, mandi, buat kerja rumah

semua tu saya buat masa uwais dah tido atau pepagi sebelum dia bangun. masa dia baby dulu memang langsung tak boleh nak buat ape pun kalau hari dia nak mengamuk meragam. nak kena tengok muka dia je. kalau hari dia ok. elok je dia duduk main sorang-sorang. jadinya bila anak tido tu takyah lah nak ambik kesempatan tido sekali huuu bangun dan buatlah apa yang patut. kalau tidak jadi mak limah sampai ke petang bila anak meragam lepas dia bangun tido nanti tu. 

cumanya bila Fateh Uwais dah besar, dah makin bijak boleh lah tinggal2kan dia sambil kita buat kerja rumah ke ape ke. tapi biasanya memang saya tunggu dia tido dulu bila nak buat pape. saje nak spend time dengan dia. nak cari masa berkualiti balik lepas 9 jam tinggalkan dia dengan pengasuh every weekday.




Solat

yang ini memang saya buat sekali dengan dia. masa baby dulu saya letak dia kat tepi sejadah. bila uwais dah boleh menerap merayap memang kelam kelibut sejadah tu dibuatnya. tapi alhamdulilah bila dia dah besar macam sekarang ni. dia takde kacau sangat pun. setakat tarik telekung curik sejadah ummi rasanya itu normal untuk budak kecik tapi selalunya dia solat sekali dekat tepi atau dekat depan kita. cuma pernah dengar ada ustaz cakap. kalau anak berdiri tempat kita nak sujud. kita berganjak sikit dari tempat sujud tu. maksudnya ke kiri atau kanan sikit dari tempat sujud asal. tak salah. 

syaitan ni dia tak dapat goda mak. dia goda anak. sebab tu masa kita solat time tu la anak nak nangis lah, nak meragam lah. sampai ada mak-mak yang lewatkan solat, sampai yang tak solat pun ada huuuu. Uwais dulu pun ada je menangis mengamuk masa saya solat. tapi pejam mata rapat2 habiskan solat. dah selesai cepat-cepat pujuk. 




buat masa ni itu jela yang ingat nak share pun ehehehehe. insyaAllah ada pertambahan nanti kita kira ikut lain :p tapi sesungguhnya bila uruskan anak sorang diri tanpa suami disisi atau tanpa family memang kena kuatkan semangat, kena sentiasa rasa diri tu kuat dan kena kuat. tapi biasanya bila tengok senyuman anak depan mata memang tetiba rasa diri tu wanita besi ehehehehehe ;p

27 April 2015

Lori Abah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


antara ummi dengan abi, abi yang selalu pesan jangan manjakan anak dengan 'hadiah'. kalau kemana tanpa anak biasanya ummi ni memang teringat nak beli something untuk anak. biasa lah mak mak ni kan. dulu kita pernah kecik. bila mama papa keluar pergi mana-mana, balik tu mesti macam ternanti-nanti benda apa mama papa beli kan arini. kalau takde macam sedih je huuuu. so dari situ suami pesan jangan manjakan anak dengan hadiah. takut nanti sampai satu saat kita tak mampu, risau anak yang belum paham pape ni akan sedih dan mengamuk. 

tapi khamis lepas masa beli barang #SyakiraHomemade ummi, abi terus sambar lori yang ummi tunjuk. ekceli ummi nak tunjuk lori tu murah je RM12.50 tak perasan pun lori ape. rupanya abi memang terus perasan bila ummi tunjuk tu. terus sangkut dekat ketiak. ok kita tak kata apa. sebab bapak-bapak ni pun kadang macam mak-mak jugak pegi mana teringat anak hewhewhew :p

balik terus bagi ke anak. mula dia cuma tengok belek sebut lori. dan kemudian "loyi abah!!!" ehhhh anak ummi boleh cam rupanya tu lori abah dia. abah, suami mak mengasuh dia bawak lori simen. pernah bawak lori balik rumah dan Fateh Uwais pernah pun merasa naik lori simen tu. memang kalau atas jalan pun bila nampak lori simen dia sebut lori abah. yela semua pun lori abah awak kannnnnn.


"bai abah"

"abah jaaaaa"

"abah abah" 

bila tanya mana abah? "tuuuuuu" tunjuk seat dalam lori tu =..=



hari-hari duk mengadap cermin tingkap lori abah dia. panggil-panggil abah dalam tu. bila lori terbalik "abahhh oyong oyong" (tolong-tolong lori abah terbalik) =..=" moga anak ummi jadi anak yang baik dan soleh. penyejuk hati semua yang menyayangi aminnnnn








post signature

23 April 2015

Mamat Cermin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


rasanya memang kebanyakkan budak-budak usia Fateh Uwais memang sukaaaa sangat tengok cermin kan. ikutkan mil kata jangan bagi dia main dengan cermin. takut nanti kalau dia nampak bayang-bayang dalam air dia ingat itu cermin pergi pegang sentuh dan jadi benda tak diingini pulak huuu. moga dijauhkanlah amin amin

sekarang ni pantang kalau orang puji dia comey ke ape ke bila pakai sesuatu dekat kepala tu mesti sebut "nak nok" nak tengok sambil terlompat-lompat dekat cermin =.= deyyyy ikut perangai sape ni?????


kalau nak ajak bergambar pun selfie je yang dia layan. sebab boleh tengok muka dia dalam tu =..= pantang dapat hp sesape mesti sibuk nak selfie. video pun tak payah la susah payah donlod upin ipin ke boboi boy ke. play je video dia yang ummi duk record selalu tu. diam la kat situ sambil sengih sensorang dia. perasan betoi!!!!

22 April 2015

Cara Mengelak Motor Pump Medela Masuk Air

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

entry lepas lepas ada saya cerita yang kalau air dah masuk tube macam kat atas tu kena jaga-jaga sebab takut bila dah masuk dalam motor pump. risau jadi rosak. tup tup beberapa hari lepas tu air memang masuk dalam motor pump medela saya. huwaaaa terus gelabah tak tentu arah rasa sedih nak nanges.

masa kejadian sambil pam sambil buat kerja. biasa lah kan. style ummi uwais memang macam tu. ralit-ralit tengok kerusi sebelah. huwaaaaaaa air dah masuk dalam motor dia. macam mana ni?????? nampak kakak opismate yang pakai pam jenis sama lalu tepi terus panggil. kata Kak Rafizah dia pun biasa kena macam ni tapi insyaAllah motor tu takde pape. selamat boleh pakai lagi. lega sikit rasa hati. dan dia ajar tips nak bagi tiub kering cepat. sangkut dekat kipas. gegeh seorang ummi uwais lepas tu gantung kat kipas sebab nak bagi air dalam tu betul-betul kering hihihihi

tapi kan. bila guna balik mengalir jugak air tu nak masuk dalam motor dia. hurmmmm peliknya. sebelum tu suami dah suruh google tengok macam mana kaedah kejadiannya. rupanya ada je cara yang paling selamat dari moto pam masuk air.



letak tempat tinggi. motor pam kena lebih tinggi dari kedudukan corong pam. macam saya. sesi pam atas kerusi. moto pam letak atas meja. kalau tak nak orang nampak motor pam kita, sorok dalam beg pam yang bawak hari-hari tu. sebab nya bila corong pam lebih tinggi atau sama tinggi dengan motor pam tekanan udara akan buat air tu mengalir melalui tiub dan masuk ke dalam motor. 

biasa lah dalam benda yang baik ni ada jugak tak sempurna nya kan. medela swing xde anti backflow. tapi alhamdulilah lepas buat macam tu takpernah lagi air lalu ikut tiub dan masuk dalam moto. alhamdulilah selesai dah satu ujian ;)

21 April 2015

Dah Reti Mengira

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


minggu lepas sementara mengemas rumah, saja ajak budak kecik sorang ni mengira. 1.. dia pun ikut sekali 1.. dua.. tigaaaa dia sambung ummi pun ehhhh?? empat.. nimaaaa... enam.. tujuhhhhh.. apannnn.. sembilan.. spolohhhhh.. cepat-cepat ummi lari pergi dekat abi. bagitau anak kita dah reti mengira lah. abi pun eksaited. abi kata dia dengar anak mengira dengan ummi.

boleh jadi dia belajar mengira dekat rumah mak pengasuh. sebab ummi abi terlupa nak ajar angka dekat anak. selalu duk ajar perkataan pertama je. ABC pun tak ajar. uwais tak minat nak ber ABC huuuu. Alif Ba Ta je rajin sikit sebab ada video Alif Ba Ta.


sekarang kalau ummi menaip mesej ke, atau dia main hp nampak number dekat hp terus mulut mengira duaaaa empattttt nimaaaaa lapannnn splohhhh.. sepuluh tu paling part yang bebudak suka sangat. dulu masa mengasuh anak sedara pun part sepuluh je kemain muka seronok sangat nak sebut =.=

cerita dalam beg tu? dia memang suka main tolak2 beg roda ummi tu. baringkan dan bukak zip. bila agak susah sikit nak bukak bebai, bila dah boleh bukak dia pulak duduk dalam tu. ini semua kerja abi!!! aritu abi dia baringkan dalam beg tu. muat pulak tu. dah pantang tengok beg kerja nak baring dalam tu je. abi tu memangnya. piat telinga baru tau!!!






19 April 2015

Ummi Salah Sangka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


dari masa kami sekeluarga PJJ budak kecik sorang tu dah memang rapat dengan abi. sampai ummi panggil anak ketiak abi, kembar siam abi. memang melampau sangat kembar siam nya sampai abi mandi boleh dia tunggu tak berganjak depan pintu bilik air semata nak tunggu abi. panggil tak diherannya pun. malas nak layan ummi buat tatau je dekat dia.

jadinya masa abi dah mula pindah sini, ummi uwais ni pun ingat akan kurang lah kembar siamnya. sebab dalam fikiran ummi dulu pjj dia kurang masa dengan abi, sebab tu nak melekat dengan abi je bila abi ada tapi rupanya ummi salah sangka. lagi menjadi-jadi pulak. asyik suruh dukung diaaaaaa je. ummi ni memang langsung tak boleh dekat dengan abi dia. keluar la nanti suara "ummi angunnnnnnn" ummi bangun =.=


dalam kereta letak car seat dekat belakang, dengan harapan senang lah ummi nak pantau dia nanti. tapi nya baru 5 minit letak. mulut dia dah bising "abiiiii abiiii" "ummi sangkutttt" sangkut tu sebab dia rasa rimas kena ikat dengan seat belt kohkohkoh.  

sudahnya abi bawak car seat duduk depan sebelah abi. dia jadi co-pilot. boleh la jugak diam. kalau duduk belakang jenuh bergaduh dengan dia dekat belakang. duduk tepi abi elok je takde pun nak gaduh ke ape kecuali bila dia dah rimas sebab tak boleh diri. Fateh Uwais banyak nya akal awak. awak tatau yang ummi ni bosan duduk dekat belakang sorang-sorang huuuuuuu

16 April 2015

Selera Gajah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


pepagi dah bekpes nasi dagang. kalau orang diet tengok menu bekpes ummi uwais mau menangis huuuuu. sejak duduk kedah dah dekat 6 tahun ni memang jarang dah atau kata tepat takde dah bekpes yang ringan-ringan ringkas-ringkas macam roti sapu planta atau biskut lutut cicah milo. kalau ada pun hanya bertahan setengah jam lepas tu mula otak fikir aku nak makan apeeee ni kahkahkah :p

kalau dulu masa dekat ipoh tahan la jugak perot tu makan 3 bijik kuih sampai pukul 11 karang tapiiiiiii sekarang tak bolehhh. seorang ummi uwais bila dah lapo sampai tak boleh nak berfikir jadi langkah keselamatan adalah dengan bekpes yang berat terus. settle masalah mihmihmih

engkau yang selera gajah engkau salah kan kedah la ipoh lah kan. dasar perangai kahkahkah :p mungkin hukuman kata-kata mulut ni dulu masa baru-baru datang kedah "kira tak reti makan nasi pagi2 mcm ni" masa sembang dengan officemate dulu. masa tu pelik la jugak tengok orang sini bekpes berat dah pepagi. sekarang rasakannnn orang pulak tengok engkau pelik kehkehkeh

kalau ikut kata officemate dulu. orang kedah ni orang bendang. orang bendang zaman dulu segala tenaga kerah dari badan. jadinya kena lah bekpes yang berat nak buat kerja segala tu kan. tapi yang orang tengah menulis ni terikut-ikut pulak padahal bukan berbendang pun kakakakakaka :p

Fateh Uwais sekarang pun dah terikut2. kalau bekpes terus nasik. kalau bagi koko crunch ke roti ke bila bagi banyak sikit mula nak buat-buat muntah. kalau bagi nasi elok je haaaaa.

13 April 2015

Selamat Pengantin Baru Cikde!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

minggu lepas, 4 april ke Kajang lah kami meraikan walimatul urus cikde tersayang. Iffah Afeefah. plan awal nak bermalam dekat sana hari jumaat tu tapi atas sebab tertentu kami decide gerak awal pagi hari sabtu dari ipoh. itu pun singgah mana ntah nak bagi policy client abi uwais.


pengantin yang kerja gelakkkkk je dari masa diarak sampai lah ke atas pelamin. hepy for u cikde. hepy sangat cikde dah jadi isteri orang. macam tak percaya pun ada haaaa. mohon jangan garang lagi bila dah jadi isteri orang ni #ehhhh!! kihkihkih. semoga cikde dan pakde berbahagia sampai syurga sana, diberkati beroleh zuriat yang soleh solehah amin amin. menu masa hari kenduri sedapppppp sangat sampai rasa nak patah balik pegi tambah. tapi mujur masa ambik awal-awal tu dah bubuh banyak sesiap. kahkahkah perangai sungguh!!!


mujur pelamin cikde atas pentas. kalau tidak jenuh nak muatkan blogger yang reramai ni. hewhewhew. ekceli cikde ni blogger Buta+Pekak+Bisu=CINTA tu. kami je yang dah terbiasa bahasakan diri cikde ummi abi sejak2 Fateh Uwais lahir dulu. dah terlekat sampai sekarang hihihi


nak papa kata uwais. abi dengan ummi pandang sesama sendiri. sape papa dia ni? sebab kalau ikutkan yang bahasakan papa dekat Fateh Uwais cumalah abang ipar saya dan adik suami. rupanya dia panggil abg ady budika ni papa. errrrrr tertelan air liur kejap. suka hati dia je bahasakan papa. mujur abg ady ok je bahasakan papa balik. ampunnnn. ekekekeke. 

terima kasih sangat sebab rajin layan dia tengok ikan, bawak berjalan ke sana sini. sampai nak ikut papa dia balik. takmo keluar keta papa dia pulak tu. amboiii sangat anak ummi. maksudnya dia rasa mesra dan yakin jela tu yang boleh rapat tu. ape pun kami mendoakan kalian berdua suami isteri bahagia dunia akhirat dan dimurahkan rezeki. amin amin



pun jumpa achik mira dekat sana. punyalah payah nak jumpa padahal duduk penang sesama aje. cumanya achik mira dah merantau ke johor nun. tak sangka berjodoh jugak jumpa dekat kenduri. kata achik mira kalau nak selfie dengan uwais kena upah ais sirap dulu kalau tidak dia lari pegi dekat papa dia tu kahkahkah :p



#KamiBloggerUtagha..... punya jauh bergatheringggg. dengan achik anith ni pun sama. padahal jarak pendang dengan alor setar tu tak jauh mana pun. tapi sebab memasing busy. kami lah yang selalu busy tu huuuu. kat sana jugak baru dapat bermesra nya kihkihkih 


Kak Sunah sakura sayanggggggg. kalau orang yang jarang jumpa atau kalau pestime jumpa mesti terpanggil saya ni sunah sakura. errrr tang mana yang sama nya entah. kalau tang sakura tu memang betol la sama kot hahahahaha. ada yang kata senyum tu sama errrrr


yang ini pun sakura jugak. tapi Yana Sakura. rasanya pestime jumpa dia. errr yeke? sory ummi uwais memory lost tetiba hihihihi



lama jugak lepak dekat kenduri sana. kami sampai pukul 12 lebih macam tu rasanya. 3 lebih jugak baru gerak balik. itu pun bila tengok Fateh Uwais dah macam main benda pelik-pelik. petanda dia dah mengantok dan letih la tu.


masuk je kereta dia dah mula merengek mintak susu. memang mengantok dan letih tersangat lah tu. mana tak nya seminit pun takmo duduk diam. tapi alhamdulilah anak ummi boleh dikatakan behave la jugak tak buat perangai menangis hentak kaki ke ape dekat kenduri orang huuu. janji jangan 'ikat' dia je huuu. alhamdulilah jugak mau dengan kengkawan lain bila ada yang nak ambik dukung. kalau kecik dulu jangan harap lahhhh nak boleh dukung main dengan dia lelama. memilih kuat ni huuuu. berapa banyak huuuu ntahhh


lepas kenduri cikde terus ke alamanda pulak jumpa kawan abi. settle gitu gitu ke rumah kak Lydia Miza pulak, nak tengok baby ariz!!!. bertubuh dah badan dia. 'berasa' jugak la bila pegang dukung tu. dan macam biasa Fateh Uwais takde jeles dengki ke ape bila ummi abi pegang baby. dia seronok main dengan abang kakak. anak kak Lydia


tengok tu. kami boleh berlama-lama sampai maghrib dekat sana pun sebab anak behave. mana tak behave dia bebas main merata dalam rumah ummi lydia dia. siap duduk dapur lagi abang kakak jamu aiskrim dekat dia. ewahhh bahagia letewww ekekekeke. thanks kak Lydia sudi terima dan layan kami aritu. 


hari sabtu yang padat dan penat diakhiri dengan tido dekat rumah kakak saya dekat banting. ummi abi dah flat sampai tertido depan tv. Fateh Uwais selamba boleh main itu ini lagi. mujur kakak sepupu dengan mama papa dia rajin melayan sekejap. sampai lah kakak sepupu kata "kakak dah pening dah ni uwais, jom la tido" baruuuu dia menapak dekat ummi mintak tido kahkahkah. kemain kannnnnn

08 April 2015

Bahagia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

macam makin busy pulak dan makin sunyi sejak dah ber PDM ni hewhewhew. minggu yang sibuk dan padat. alhamdulilah sekurangnya takde la melangut merintih bosan sepanjang hari kan hihihihi.....


budak paling bahagia gembira ceria sepanjang abi dah pindah duduk sekali. alhamdulilah hari-hari ada masa yang berkualiti. semakin manja semakin kuat merap semakin jadi kembar siam abi dia. kalau abi hilang dekat mata kemain lagi mulut tu panggil abi abi. kalau ummi takde pun tak lah sampai jadi macam tu. kemainnnnnn lagi dia ni kan. 


dan ummi terpaksa lah jadi watak belakang tabir aje kalau nak merap lelebih dengan abi pun. ehhh!!! hahahahaha :p kehidupan baru macam mana? alhamdulilah kami bertiga semakin bahagia dan gembira. hidup yang takde ujian tu bukan kehidupan namanya. semoga kami semakin kuat dan tabah setiap masa setiap hari. 

moga Allah murahkan dan limpahkan rezeki yang berkat dalam kehidupan kami. moga kami tak lalai dan tak leka dengan segala rahmat yang dah Dia berikan. amin amin. 

ohh ye ada sape mencari perlindungan takaful? suami saya salah seorang agent fulltime PruBSN Takaful. nak tanya pasal perlindungan takaful, takaful anak yang terus boleh savings ke atau simpanan untuk keluarga tersayang bila kita dah takde atau berlaku pape dekat kita nanti. boleh je contact suami saya. Nadzri 011-10952450 atau kalau segan silu boleh je wassap seorang ummi uwais atau pm je kat pesbuk. atau tinggal je number phone kat komen bawah nanti saya wassap awak awak ye. jangan risau number akan diprivate ;)

dan sesejak ada 'kawan' lunch sekali kemain lagi pulak tetiba rasa kekok bila kena lunch sorang diri. kahkahkah ummi mohon jangan nak manja mengada lebih ye :p

01 April 2015

Fateh Uwais Sape Jaga?"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

budak paling eksaited abi dah balik mai. merap sunguh-sungguh!!!

bagi sesape yang pernah mengikuti(kot ada) perkembangan keluarga kecik kami ni tau la kot dulu kitorang PJJ hampir dua tahun lebih. start dari aku terima nikahnya sampailah si Fateh Uwais berusia setahun tujuh bulan. kiranya hadiah setahun tujuh bulan dia adalah dengan berpindahnya seorang abi uwais ke bumi kedah ini hewhewhew. Alhamdulilah.

jadi selama kami berPJJ Fateh Uwais dimana dan siapa yang menjaganya?

dia disini, di kedah bersama umminya yang tercinta dan dijaga oleh pengasuh yang menyayanginya, alhamdulilah :D masa mengandung dulu saya dengan suami selalu dilema nanti anak nak tinggal dekat mana? dekat ipoh bersama atok dan opahnya ke. dekat penang bersama abi wan dan omak ke. atau dekat kedah bersama ummi dirumah sewa. sungguh dilema sebab masa tu tengah panas kes pengasuh dan pusat taska dera baby. huuuu sampai ummi ni kalau ada video yang dera2 baby atau bebudak ni memang tak kan play punya.

tapi sejak dah boleh rasa tendangan Fateh Uwais dalam perut hati seorang ummi terus nekad. aku akan jaga sendiri anak ni dekat sini walau suami jauh. segala ujian cabaran dan dugaan akan ditempuhi bersama doa dan usaha. huuuu punya lah tekad. sebab? bila Fateh Uwais dah mula boleh menendang dengan jayanya dalam perut kitorang dah seakan boleh berkomunikasi berdua. sedih pulak rasanya bila 10 bulan 5 jam 17 minit bersama berdua kemana sahaja tetiba dia lahir nak berpisah. ummi taaaa kuadddddd ;'(

dalam pantang pulak opah dia buat ummi dilema balik "tinggalkan dia dengan opah lah, sedih pulak opah nak lepaskan dekat orang lain" pulak dahhh. sebab opah dia yang kelebet Fateh Uwais ni masa dalam pantang dari tapak kaki sebesar jari opah jaga dia huuu. tapiiii opah jauh nun di ipoh dan ummi di alor setar. mampu ke ummi menanggung rindu? takkan nak balik tiap minggu. mana nak cekau duit?

tapi hati seorang ummi terus kuat dan nekad lagi nak jaga sendiri Fateh Uwais. alhamdulilah hari2 doa moga Allah temukan ummi dengan pengasuh yang baik, yang jaga Uwais dengan penuh kasih sayang dan macam anak sendiri. siang malam doa sebab ummi tau hanya Allah je yang mampu tunaikan doa dan harapan ummi. hanya Allah. 

dan Alhamdulilah Allah tu Maha Besar, Maha Penyayang. Dia temukan uwais dengan pengasuh yang memang sayangkan dia. nak pulak pengasuh dia dah lamaaaaaa tak mengasuh budak lelaki. kiranya Uwais ni satu-satunya anak mengasuh lelaki yang dia jaga. kalau tahun-tahun sebelum semua baby perempuan. jaga macam anak sendiri yang kadang ummi pun tak jaga teliti macam tu >..<

syukur jugak bila dah buat keputusan tu berserta doa Allah mudahkan saje urusan keluarga kecik kami. Allah murahkan rezeki dalam berbagai bentuk. dapat pengasuh yang baik pun rezeki jugak kan. Alhamdulilah kalau tidak mau ummi berendam air mata berhari-hari wuuuuu.

jadi mampu ke jaga anak sendiri tanpa suami teman hari2? insyaAllah mesti mampu. banyakkan berdoa, banyakkan dekat dengan Dia. mesti boleh. penat memang penat. ada masa rasa nak nanges lama-lama, nak jerit kuat-kuat tapi sebenarnya semua tu buat diri rasa lebih kuat. dan bila tengok muka suci anak semua perasaan tu hilang, terbang entah kemana. indahnya perasaan tu Allah je yang tau ;)