Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

29 March 2015

Breastpump Medela

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


sebenarnya takde perasaan pun review breast pump medela ni. sebab rata-rata mommys mesti kenal brand ni dan mesti tau fungsi dia ape semua. tapi disebabkan ummi is dah kekeringan idea. ahhhh bubuh jela gitewwww :p

saya ni bukanlah anak orang kaya, isteri orang kaya ataupun diri ni kaya sangat nak beli medela. sebab? bagi saya dulu, ini dulu!! sesape yang pilih untuk beli medela sebelum cuba beli produk lain memang orang tu banyak duit huuu. sebab medela ni mahal. masa saya baru bersalin dulu kalau takde seribu plus plus memang jangan harap la engko nak merasa pakai breastpump brand medela ini ye. tapi ada je yang pakai konsep alah membeli menang memakai kan. kalau tidak seorang ummi uwais is memang memegang konsep itu tapi disebakan medela ni terlampau mahal terus macam erm erm...

tapi alangkah menyesalnya seorang ummi uwais kerana? bila dikira kira balik belanja yang dah beli tiga breastpump dulu tu ermmm yang pertama rm80, kedua rm130, ketiga rm250 ke tak silap. ko kira lah dah berapa kerugian yang ditanggung huuu. tapi mujur la yang ketiga tu tak rosak dan dah selamat dijual sebagai pre love. alhamdulilah. takpe la belajar dari pengalaman kan.

dan nasihat saya bagi sesape yang nak beli breastpump sila lah pegi ke kedai tu sendiri berbanding online shop. kecuali kalau korang dah memang pernah try kawan2 punya pam dan nak terus beli online. dipersilakan. oh ye ada jugak kedai yang sediakan khidmat cuba pam dulu. tapi kebanyakannya dorang akan tunjukkan cara guna pam pada bola kecik yang menyerupai tuttttt kita. ok kena cakap berlapik :p

jadi pam ni elok ke tidak? ko rasa kalau dengan harga mahal gitu tak elok lagi? mihmihmih. so far suction dia tak menyakitkan. memang lembut macam baby punya suction. tapi walau lembut susu tetap mencurah keluar. ada dua suction. satu untuk merangsang atau mengurut breast dan lagi satu sesi untuk mengeluarkan susu itu sendiri. untuk sesi mengurut ada 9 level dan untuk mengeluarkan susu ada 7 level. ke saya yang salah kira entah lah hahahahaha. 

free style. kalau tengah kerja dekat ofis pun boleh buat sesi mengepam. macam saya sendiri. takkan hari-hari nak lari masuk surau 3 kali sehari. nanti orang blame kita makan gaji buta kan dah asyik nak pegi mengepam aje. tak mo orang bising mengata mengumpat, kita pam dekat meja sendiri. pasang pam dekat plug dan boleh la biarkan dia buat kerja dia. kita buat kerja kita. orang pun tak perasan sebab bunyi dia tersangatlah perlahan, hampir takde bunyi pun!!. ohh ye pam boleh cucuk dekat plug dan jugak boleh pakai bateri. 4 bijik bateri double A. kalau nak pakai bateri sila lah beli bateri yang boleh cas semula tu. jimat sikit duit ye tak ;)

ada beberapa peraturan penjagaan breastpump medela. pastikan membran ditukar sebulan sekali. membran tu ape? sila rujuk di sini. tapi sepanjang saya beli bulan november tahun lepas sampai march tahun ni tak pernah tukar lagi :p yela dah elok buat ape membazir beli yang baru. sekeping membran tu pun beli pakai duit jugak :p



dan pastikan tiub panjang ni takde masuk air. tapi incase masuk air jugak macam tiub saya ni boleh pasang terbalik. make sure yang berair tak dicucuk pada motor pam. kalau tidak. say goodbye lah pada pam mahal engkorang tu bila motor pam dah di masuki air hikhikhik.

apa lagi ye? takde ape dah kot. kalau ada nanti saya update lain. macam mana pulak ummi uwais boleh terbeli medela ni? sebab masa tu ingatkan Malish tu rosak. itu yang saya kata pentingnya kita beli dekat kedai sebab promoter akan ajar kita dari A-Z pasal pam. rupanya Malish saya aritu cuma kena tukar membran je tapi sebab tatau.... bak kata suami. "memang dah rezeki syg nak pakai medela jugak" alhamdulilah hihihi :p

tapi akan ku juga medela ini dengan baik walaupun nanti lepas dah tak pam susu untuk uwais lagi huuu. dah beli mahal-nahal kena la jaga dengan baik bila tak nak guna. atleast nanti kalau ada rezeki anak kedua kita cuma perlu keluar sikit duit je untuk beli spare part komponen yang baru kan. berapa harganya yang mahal sangat dari tadi membebel tu? 



RM699 tanpa diskaun untuk set asas lengkap breastpump Medela.. huuu mungkin pada orang lain ala enam ratus sembilan puluh sembilan ringgit jeeeeeee. tapi pada saya yang jeeee tu la yang sakit jugak nak membayo nya hahahahaha. ada je orang jual pre love murah tapi masa saya sangat memerlukan hari tu takde pulak nampak orang jual murah-murah huuu. pernah jumpa paling murah medela jenis ni RM499. rajin-rajin tengok ig shop. sana banyak orang jual pre love. selamat menyusukan anak anda hingga dua tahun ;))))))

soklan : pam mahal mempengaruhi ke susu keluar banyak atau sikit?

pendapat saya. ye pengaruh jugak sikit. sebab dulu saya pakai pam pureen. macam semi auto tu. emosi ada sedikit terganggu tambah dengan suction yang kuat dan sakit sikit. jadi bila tak selesa mempengaruhi susu yang saya sedang buat stock. tapi saya tak paksa pulak suruh beli pam mahal-mahal kannn. sebab pam mahal cuma pengaruh dalam 5% macam tu je :p

6 comments:

Izwa Kamaruddin said...

kiter pakai spectra 3 itu pun pinjam dgn kawan..bnyk pahala dia.

Aryan azra said...

kalau beli mahal dan tahan lama itu memang bagus,nak pulak boleh guna utk anak-anak yg berikutnya kan..memang berbaloi-baloi

iryantyismail said...

salam singgah sini.... :-)) belum ada baby jadi tak pernah tahu dan guna...baru je tahu

Zai Zamree said...

kwn akak hr tu suruh beli ni.dia ckp bgus tp yg dia pnya set tu seribu lebih....auccchhhh...

cik Anggur said...

rezeki kira nk pakai yg mahal....akk pn Alhamdulillah pakai spectra ok sesgt...ada anti backflow cumanya spectra nie tak leh pakai bateri double A ke b ke c ke

QasehnyaRania said...

mcm best ni. kalau berbaloi x salah kan nk beli. mmg btl mcm kira kata.nti smpan utk adik adik fateh uwais pulak.

mcm ciksu hri tu, beli pam avent manual. memula pam dpt la 1 oz.. aik ? terkezut juga. biar betik ? tp tetap juga pam 2x sehari pagi n lps mkn tgh hri

masuk hari ketiga n seterusnya dpt penuh botol. tp ambil masa la. sbb manual kan.
blh sadoo la kjap lengan tu nk ngepam.kikiki

masa pam bila penuh tu kan, Allah ! teruja gila la.mcm x sangka sangat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...