13 May 2015

Teluk Kemang, Port Dickson

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

projek cuti umum yanggggg panjang. asalnya dah nak cancel trip holiday bersama keluarga tapi papa kata. "takpe semua papa sponser" wahhhh free holiday sape yang tak nak kan? hahahaha takde lah. tapi demi memikirkan hajat mama papa yang nak bercuti dengan anak cucu menantu ni digagahi jua kaki ini melangkah ke Port Dickson Negeri Sembilan. tapi memang pun holiday kali ini fully sponser by mama dan papa weols. terasa segan silu disitu, tanam dalam hati "insyaAllah one day masanya pulak kami sponser holiday mama papa, mana tau Allah murahkan rezeki boleh sponser buat haji ke kan? amin amin"



Gerak ke PD dari Banting hari sabtu pagi. malam sebelumnya tido semalam dulu dekat Banting rumah kakak nombor dua. mujur lah jugak transit dekat banting kalau direct ipoh-pd ntah pukul berapa pulak nak sampainya. ipoh-banting pun agak slow jugak atas highway. biasalah cuti panjang kan semua orang nak pegi holiday jenjalan. sampai pd pun jem jugak. satu keistimewaan Waze selain cari destinasi yang kita nak. Waze akan cari jalan yang elak dari jem. so takde lah kaki lenguh tekan brek dengan minyak kan. 



ikut jalan belakang dari banting sampai dekat pd lebih kurang 11 pagi agaknya. cari punya cari tempat yang sesuai nak picnic lastnya ternampak port dekat hotel mayang sari ke resort mayang sari ntah. tak ramai pun dekat situ. ada beberapa family je. cumanya kena berhati-hati kalau nak masuk situ. digalakkan kereta park atas jalan tar dan jalan kaki lah sikit untuk masuk dalam tu. sebab? sepanjang kami berpicnic tu ada saja kereta yang lekat dalam pasir pantai. termasuk kereta weols kahkahkah. tapi yang bestnya walau tak kenal sape pun engko, latar belakang macam mana. bila ada je kereta yang terlekat mesti semua pakat-pakat datang tolong tolak angkat sampai lah settle. alhamdulilah masih wujud lagi semangat tu dalam malaysia ni. 


keluarga besar, nak makan sedap2 banyak2 kena la masak sendiri ye dok? kihkihkih. konon memula seorang ummi uwais gigih lah nak tolong pasang api tapi sampai kesudah tak nyala2, malas lah nak duduk bertenggek dekat situ lagi =.=" 




kembar lain mak lain bapak lain tahun tapi sama size baju hewhewhew. kemain lagi dua orang tu kawan baik. main sama-sama. jerit sama-sama. buat bising sama-sama. mandi sama-sama. melompat, selerak barang sama-sama. makan keropok mamee tuang atas katil pun sama-sama =..=



baru perasan rupanya takde pun ambik gambar dekat pantai, main air laut semua. sibuk jaga anak2 dalam air laut mana sempat nak pegang hp :p homestay kami dekat area Teluk Kemang. memang dekat je semalam RM200 sahaja tapi not recomended. takde pun ambik gambar. takde pun eksaited macam pegi cameron hari tu kan. 

Homestay dia memang murah tapi untuk family besar macam kami tak sesuai kot. ada 3 bilik 2 bilik air, ruang dapur yang luas, ruang parking kereta yang boleh muat dua bijik kereta, saga dan pesona, ruang tamu yang panjang dan luas. bilik utama ada katil king beserta aircond yang tak rasa mana pun. bilik ketiga katil double decker yang hanya dilengkapi kipas bawah seketoi. yang selesa pun bilik kedua je. ada satu katil king, aircond pun kuat sangat. budak kembar dua orang tu memang rajin lepak bilik kedua jela. sejuk katakan hihihihi. bilik air pun boleh guna satu je. bilik air depan setakat nak buang air kecik je boleh la itupun kena isi sendiri air dalam tangki flush kalau nak guna flush. bilik air sebenarnya ada tiga. tapi dedua tu owner cabut paip shower dia. tatau la sebabnya kenapa. 

tido beramai-ramai diruang tamu jela sebab family kami ni ramai. mungkin sepadan lah kot dengan harganya tapi untuk rasa selesa tu mungkin tidak. nama homestay? entah tatau sebab homestay kali ni kakak yang deal dengan owner. Oh ye lagi satu homestay ni ada tikus huuuuu.



pagi ahad selesai mandi manda dekat Teluk Kemang kemas2 beg terus gerak ke muzium tentera darat dekat area teluk kemang tu jugak. masuk percuma. bagi kami ok la muzium dia. banyak pamer kereta2 kebal, helikopter, keretapi, lorong bawah tanah dll. lorong bawah tanah je kami tak dapat masuk sebab Fateh Uwais takut. walau hati abi ummi dedua melonjak nak merasa masuk bawah tu tapi sebab ada anak kecik kena la korban perasaan teringin tu hihihihi.


dan petang ahad kembali ke hotel mewah mama papa di ipoh perak hihihihi. atas highway menuju ke utara traffic lancar masa tu walau kereta boleh jugak tahan banyak dan hujan lebat. tapi traffic menuju selatan dah heavy traffic dah masa tu. mungkin orang ramai pakat balik awal walau isnin besoknya tu masih cuti lagi. 

bila nak berholiday lagi? hurmmm kena simpan duit banyak2 dulu. baru syok nak berjalan rata hihihihi. ini pun unplanned aje haaaa. buat last minit. last minit lah baru syok ye dak? ekekekekeke. 



post signature

12 comments:

  1. Singgah sini...
    bestnyer berkelah :)

    ReplyDelete
  2. dh sama besar uwais dgn sepupu dia tu

    ReplyDelete
  3. seronoknya Kira... sesekali mama papa sponsor apa salahnya kan..lain kali kita plak belanja depa.. yg penting dpt luang masa bersama ahli keluarga yg lain:)

    ReplyDelete
  4. wahhh jauh berhjalan ...sampai PD ....

    tp mesti ramai kan ari tu kan ...

    ReplyDelete
  5. Assalam kira,
    sok3
    cotik2 pantai penang pulop naaaaaaaaa :)

    ReplyDelete
  6. inshaAllah..moga tercapai hasrat nak sponser mama ngan papa kira pegi haji tu nanti ye...

    muzium tentera tu best juga bawa anak2 berjalan..akak dah berapa kali pergi mesti singgah situ hehehe

    ReplyDelete
  7. Esok kita dah tua gitulah kot Kirera...seronok bila dpt bercampur ngan anak menantu.

    Puaslah si kecik tu mandi pantai ye.

    ReplyDelete
  8. Eh, ada terowong bawah tanah dengan Muzium Askar di PD tu? Langsung tak tahu. Pernah sampai last year tapi jenjalan atas darat jerk kami 4 beranak. Itu pun dah kecoh!

    ReplyDelete
  9. yg last minit la selalunya mnjdi kan

    bestnya reramai pergi brkelah di sana.

    amboi kemahen fateh uwais ye.. duduk sipu sipu malu ye.. geram ciksu tgk awak tau =)

    alahai nape owner tu buat lagu tu. dh kata nk buat homestay buat la betul.betul. kalau cntik puashati blh kita rekemen kpd org lain pulakkan. bila jd mcm tu nk.rekemen pon segan kan..

    alahai teringat kenangan dgn arwah adik di muzium tu dlu. masa arwah tamat latihan TD di pD.. HUHUHU
    alfatihah

    ReplyDelete
  10. Best bila berkumpul reramai kan.. ;)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D