18 May 2015

Toddler Car Seat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Carseat untuk toddler perlu ke? jujurnya seorang ummi uwais dah buat salah awal dulu. kalau dulu uwais duduk dalam carseat hanya bila ummi yang drive. bila ummi jadi co-pilot, uwais akan duduk atas riba ummi. tapi yela dulu masa dia baby2 kerja dia tidooooo je dalam kereta. masuk kereta, dapat susu bommmm lena sampai la ke destinasinya. tapi sejak dah besar ni peratus untuk dia tido lena tu sangatlah nipis >.<



dan disebabkan carseat dulu tu tak sesuai untuk dia yang dah besar dan pandai tengok keliling dekat luar makanya memang dia takmau lah duduk dalam carseat tu kalau ummi jadi co-pilot ataupun ummi yang drive. mengamuk meronta menangis macam apa je lagi. sampai ummi trauma tiap kali nak drive balik penang time weekend dulu. 



jenjalan dekat Aeon Big dan ternampak car seat brand Sweet Chery promosi RM126. bulan sebelumnya dekat Aeon jugak RM180. alhamdulilah rezeki nak dapat car seat yang sama dengan harga lebih murah kan. tengok tu budak ciwi dapat car seat baru terus tertido dekat situ. tak payah nak susu dulu pun haaaa tapi sekali tu jela, lepas daripada tu takde pun istilah tertido atas car seat lagi dahhhh =..=


bila ummi suruh duduk belakang mula lah buat diam tak nak cakap, tak nak sembang, kepala lentuk ikut sana ikut sini. memacam lagi haaaa. kalau duduk depan tepi abi dia elokkk je perangai tu. kemain kan nak cantas2 ummi. sekarang alhamdulilah dia dah boleh terima hakikat kena duduk dalam car seat. kalau awal2 dulu memberontak jugak duk sebut "abi sangkut" banyak kali bila pakaikan seat belt tu. kalau ada opah atok lagi perangai mengada tak nak duduk dalam car seat =..=

jadinya perlu ke toodler ni dipakaikan car seat? jawapannya perlu selagi dia tak reti nak imbang badan duduk sendiri, selagi akal dia belum cerdik nak tau hal keselamatan dalam kereta. Fateh Uwais dah pernah jatuh dalam kereta bila abi break kecemasan. terhantuk dahi dekat dashboard, terjatuh ke tempat kaki co pilot. malang tak berbau kan. dari insiden tu terus ummi tekad dan nekad anak kena duduk dalam car seat walau ada orang dewasa yang boleh tolong pegang dia. kesalahan ummi yang dulu tu natijahnya lebam dekat dahi anak seminggu baru surut. maafkan ummi, sepatutnya ummi yang ada akal ni dah kena bertegas dengan anak yang hanya nampak semua perkara adalah permainan. maafkan ummi ;(

cumanya kalau nak beli car sear cari yang sesuai dengan umur anak. sekarang dah banyak car seat yang boleh pakai dari newborn sampai toddler kan? cuma kena pasang alas bawah dia je untuk jadi car seat toddler kan? jangan jadi macam ummi uwais. dah jadi satu hal baru nak menyesal. 

post signature

20 comments:

  1. Singgah pagi...
    car seat skrg mmg sgt penting :)

    ReplyDelete
  2. bagus baguss..anak saya pun sekarang tamau dduk car seat dah..nak membuas dgn abang3

    ReplyDelete
  3. well behave la dia..walaupun senget benget..hehehe..

    ReplyDelete
  4. fahm ngan icha mmg dok dlm tu .... sampai besar jg la ... fahim la paling mudah tak byk songel ..dok je diam2 ... icha byk akai sikit ... hohoho

    ReplyDelete
  5. cute gambar uwais yang frist :-))..

    ReplyDelete
  6. bru paham knp suami nk beli yg boleh pakai smpi besar

    ReplyDelete
  7. ohh utk toddler pun ada ye Kira..baru tau..hihi.. memang kena ada car seat lah utk budak2..rasa selamat sikit klu break mengejut ke apa.. abg Pa'e pun ada masa baby..tapi tulah bila dah besar sikit mulalah depa merengek tak mau duk diam dlm kereta..kitalah kena pandai atur kan...:)

    ReplyDelete
  8. betol2. masa solo letak die dalam car seat. bila berdua dgn hubby mmg riba. tp skrg kalau drive solo die tak reti diam dlm car seat. nak kuar dr car seat adalah. terpikir jugak. nk cari car seat yg lain ker cmno nak didik die diam2 kejap. hahahaha

    ReplyDelete
  9. igt nk beli juga.yg lama tu dh xleh guna.hr tu pusing kt roundabout tmn sutera yg kecik tu aqil smpai tjatuh kena tmpt pintu.menangis toksah habaq la....adoiiiii...

    ReplyDelete
  10. Mmg eloklah duk kat car seat ni . ..safety. Elok biasakan dr kecik mcm umur si Fateh ni Kiera, tak delah dia meragam. Tp anak anak okje pangku jer kesemuanya...

    ReplyDelete
  11. Assalam kira,
    he3
    si boboboy akak tu TAK PERNAH duduk dalam car seat :)
    Dok ateh akak,ateh ayah atau opah dia sajork he3
    Alhamdulillah
    tak pernah lagi jadi apa2 yang tak di ingini
    TAPI memang dok isau gak, tambah2 bila dok dengor kes kemalangan baby tercampak keluor tu kan3
    NAuzubillah
    simpang malaikat 44 :(

    ReplyDelete
  12. nanti uwais besar dah baca entry ni mesti dia terharu. Umi dia caring pasal dia. hehe

    ReplyDelete
  13. jangan macam akak ni,beli saje je car seat tapi tak guna pun,masa baby je anak2 guna dah besar sikit tak guna dah sebab anak ramai kete kecik,nak letak car seat mama tersepit..hahaha sudahnya takde la car seat

    ReplyDelete
  14. Betul tu. Kalau nak anak diam duduk dalam car seat kena ajar sejak kecil lagi. Akak tengok anak-anak my niece yang telah dilatih sejak kecil lagi, asal masuk kereta jerk terus tuju car seat masing-masing. Senyap tak kata apa. Tau-tau dah tertidur. Kalau tak tidur pun tak banyak kisah. But my sons, memang dua-dua jenis tak reti bercar seat. Beli jerk buat nyemak kereta!

    ReplyDelete
  15. tidurnya cakap, ganteng, cakep.. mantab ..

    ReplyDelete
  16. ciksu suka ajar guna car seat tp ciksuami asyik ckp biarla ddk di riba.cer bygkan kalau emergency mcm kes suami ciksu hari tu .haaaa bru thu.

    alasannya nti org lain x blh nk ddk kat belakang kalau car seat tu.. acaner

    ReplyDelete
  17. Anak2 sekejap je nak dok dalam car seat tu.. lebihnya buat hiasan dalam rumah.. huhuhu.. nak bagi org syg.. eemm..

    ReplyDelete
  18. bahaya2. kalau jalan dekat2 kawasan perumahan kita ok sangat lagi. tp kalau highway, mmg kene sgt la ikat.

    comelnya die sebut "abi sangkut" tu...heheh

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D