Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
tajuk kemain panjang lagi hahahahaha. alhamdulilah dua tahun lepas dapat peluang puasa penuh. first year masa mengandungkan Fateh Uwais yang dah berusia 8 bulan dalam perut, second year masa menyusukan dia pulak. alhamdulilah rasa indahhhhhh sangat dapat puasa penuh ni hewhewhew :p
setiap orang tak sama. ada yang larat je nak puasa time mengandung dengan menyusu. ada yang tak larat. takpe la bab pengalaman puasa dan menyusu time ramadhan nanti entry lain cerita. entry ni nak share Qada' puasa dan fidyah untuk perempuan mengandung dan menyusukan anak yang terpaksa membatalkan puasa.
MENGANDUNG
- Boleh berbuka puasa sekiranya penat, letih, tak bertenaga dan rasa mudarat pada diri atau anak yang dikandung
- lepas dah sihat, means lepas dah bersalin rasa badan dah bertenaga dah sihat balik WAJIB qada' puasa.
- kalau tak Qada' tahun itu perlu Qada' bila dah SIHAT. dan perlu bayar fidyah sekiranya Qada' melangkau tahun yang lain.
- sekiranya berbuka kerana takut mudarat pada diri hanya perlu Qada' puasa TANPA bayar fidyah
- sekiranya berbuka kerana risau mudarat pada anak perlu Qada' puasa DAN bayar fidyah walau Qada' pada tahun yang sama
MENYUSUKAN ANAK
- boleh berbuka puasa sekiranya rasa badan letih, penat, tak bertenanga atau anak kurang sihat yang mana kita risau sekiranya kurang khasiat dalam susu kita sekiranya kita berpuasa
- sama jugak macam Qada' mengandung tadi. kalau risau mudarat pada anak perlu Qada' dan bayar fidyah walau Qada' pada tahun yang sama
lepas tu nampak pulak ada orang lain share yang wardina tuliskan ni. dari Mazhab Ibnu Umar dan Ibnu Abas. fatwa ni boleh digunakan SEKIRANYA perempuan atau si ibu itu mengandung dan menyusukan sepanjang tahun. tahun ni mengandung, tahun depan menyusu, tahun lagi satu mengandung, tahun depannya menyusu, lepas tu mengandung lagi sampai anak 10 orang. kiranya produktif la sepanjang tahun :'D tak sempat nak sihat untuk Qada' puasa. dalam sepanjang tahun tu takde skip langsung. makanya dia hanya perlu bayar fidyah sahaja. kalau tidak nanti kesian ke dia nak kena Qada' puasa banyak2 nanti.
kalau anda rasa anda tidaklah produktif seperti situasi diatas ini, maka sila lah kembali kepada hukum dan fatwa yang saya kongsikan di awal itu tadi ye. JANGAN nak ngelat!!! ;')
https://www.youtube.com/watch?v=MhmsKX7ghlU&feature=youtu.be
sila lah dengar sepenuhnya pencerahan oleh AAM. banyak input yang boleh kita dapat. terutama untuk kaum sejenis saya. PEREMPUAN......
DARAH NIFAS
masa saya sakit nak bersalin dulu. saya keluar darah dulu. turun darah memang banyak. mak sedara kata tak perlu solat dah. tapi SALAH. itu bukan darah nifas. walau dalam LR kita sakit contraction pun masih WAJIB bersolat. dikira darah nifas selepas keluarnya kepala baby dari pintu rahim kita. jadi sila ingat balik pada sesape yang terlepas dulu. berapa rakaat solat kita nak kena Qada' balik? macam saya dulu sebab tatau dan bila dah tau terus Qada' solat maghrib dan isyak yang ditinggal. sobsss.
ISTIHADAH
- darah haid paling lama adalah 15 hari
- selepas 15 hari ia dipanggil darah istihadah
- darah yang bukan dalam kategori darah haid dan nifas. boleh berpuasa, boleh solat dan boleh bersama dengan suami
FIDYAH
makanan asasi pada satu-satu kawasan. kalau negara kita ni beras lah kan.
1 cupak beras = 1 hari tinggal puasa
Akak pernah kena bayar fidyah ni sebab dah skip tahun. Itulah suka sangat bayar puasa last minutekan. Tetiba tahun yang patutnya nak ganti puasa tu, termengandung. Lepas tu memang mabuk teruk. Sampai masuk Ramadhan baru, puasa ganti tahun sebelumnya tak lunas lagi. Akak pun gantilah puasa tahun berikutnya dan bayar fidyah *_* Lepas tu serik dah. Masuk aje Syawal, cepat-cepat ganti puasa!
ReplyDeletepencerahan yang bagus nih, akak pun 2 tahun lepas puasa penuh..tahun ni kena ganti banyak la sebab pakai implan ni hormon masih belum stabil, period sampai 15hari...huhuhu apa nak buat ganti je lah nanti
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian :-))
ReplyDeleteTQ share info sbb kdg2 asik dgr mcm2 pndpt
ReplyDeleteSha dulu masa ngandung anak kedua alahan teruk.. banyak gak tinggal puasa.. jenuh ganti.. hehehe..
ReplyDeletePerkongsian berguna dan bermanfaat...
ReplyDeletegreat sharing!belum kahwin pun bagus baca ni
ReplyDeleteperkongsian yang baik untuk kita semua.. ;)
ReplyDeletethn ni dah ABC
ReplyDeletelast year j penuh .
alhamdulillah bab solat msa nk bsalin dpt buat sampai subuh sebelm msk LR jam 9 pagi.
ciksu goggle sblm tu juga..
Ramai yg x faham dan terlalu byk percanggahan pendapat kan kira
ReplyDeleteTq kira..sy pn rasanya kena ganti lagi utk puasa thn lepas ni
ReplyDeletenice sharing..
ReplyDeletebaru tau pasal ni.. especially darah2 yg keluar tu. nice sharing kira :)
ReplyDeleteAssalam kira,
ReplyDeletenice info
thanx sharing naaaaaaa
pencerahan yg bagus.. sebab ada setengah manusia nie dia pakai guna fatwa yg senang untuk dia..
ReplyDeletetu yg ada ngelat tuh..