15 September 2015

Jerebu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Jerebu. mana-mana tempat pun berjerebu kan sekarang ni. aritu keluar malam. nampak berkabus macam keluar subuh pukul 5 pagi tu, padahal jerebu pftttttttt. minggu lepas tempat saya hilang dah jerebunya lepas hujan lebat dua hari berturut-turut. rasa legaaaaaanyaaaaaaaaa bila tengok langit cerah je. awam pun nampak menari-nari kat atas sana. 

tapi dua hari lepas pagi-pagi tengok jerebu adoyaiiii teruknya. dah macam cameron. tapi sebenarnya cuaca yang makin teruk. keluar rumah bau asap je dah. pagi semalam walau hujan lebat, tapi belum mampu nak pulihkan keadaan cuaca sekarang. pagi ni tadi hujan, doa dan berharap moga hilanglah jerebunya terus. 



macam kami yang ada anak kecik ni memang kuarantin je anak dekat rumah. main dalam rumah sahaja. takde hati nak bawak anak keluar ke mana-mana pun. risau sangat. kalau kita sakit boleh jugak nak bagitau dokte sakit dekat mana. tapi anak kecik ni mana la nak paham sangat huuuu. banyakkan minum air masak, atau air kosong. bila memandu sila pasang aircond bermode kitaran dalam kereta sahaja. elakkan berada diluar terlalu lama. ohh ye pakai topeng jangan lupa. yang kaler biru bahagian luar ye kawan-kawan. 

elakkan aktiviti membakar buat masa ini. tapi tula kedah sekarang musim bakar jerami. nak tak nak memang kena hadap situasi tu. kalau tak bakar jerami karang tak boleh pulak nak gembus2 tanah sawah tu. lambat lagi pulak proses dorang nak tanam padi nya. bertabah la nakkkkkk huhuhuhuhu.  


cuaca di tempat saya, hari ini. berada di paras sederhana huhuhu. korang kalau nak check indeks pencemaran udara tempat korang boleh klik dekat sini dan bandingkan kadar indeks tu dengan gambar first yang saya kongsikan tadi. dan sila lakukan langkah berjaga2. dan di rumah mama dekat ipoh sana, 183 darjah celcius. unhealthy huuuu 


post signature

17 comments:

  1. Jerebu kali ni..terasa susah nak bernafas..sakit tekak..mata perit

    ReplyDelete
  2. thx for info.
    Kat ipoh ni pun tengah hari rasa 'berkabus' je..moga cpt redalah jerebu ni.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah Penang dah tak ada jerebu..hari2 hujan

    ReplyDelete
  4. 2 hari kat sini hujan... nampak la awan menari2... tapi sang suria masih lagi malu2 nak menunjukkan diri... huhuhu kalau ada baby mmg risau dibuatnya... anak2 saya pegi sekolah pun saya risau...

    ReplyDelete
  5. dekat shah alam ni pun masih berjerebu harapnya ok lah lepas ni, pandangan jadi kabur bile jerebu nih hehehe

    ReplyDelete
  6. moga semua ujian berlalu dgn cepat....

    ReplyDelete
  7. Jerebu punca kebakaran terbuka di seberang kan

    ReplyDelete
  8. akak pun dah lama tak keluar...jerebu tebal sangat

    ReplyDelete
  9. Bila jerebu teruk melanda, susah hati bila anak2 ke sekolah.. tapi nampaknya makin berkurangan dan tak teruk macam sebelum ni kan.. ;)

    ReplyDelete
  10. Kat KL hujan Kiera hari ini.....so moga jerebu terus hilang hendaknya.

    ReplyDelete
  11. Semoga jerebu cepat hilang.nah ya

    ReplyDelete
  12. kl pon teruk balik ni
    hri tu sblm blk raya dh nmpak chaya mthari. hri ni kelabu j

    ReplyDelete
  13. udara tidak sihat, kena jaga kesihatan sebab kita pun boleh jatuh sakit dibuatnya, akak dah sakit2 tekak ni haa

    ReplyDelete
  14. kurangkan aktiviti luar n always brjaga2..
    minom air masak banyak2.. take care semua =)

    ReplyDelete
  15. Memang betul tuh.. Kalau ada anak memang nak kena kuarantinkan anak..
    Kena make sure bagi dia minum banyak..
    Sebab bila cuaca x sihat, anak2 kecil lah paling cepat ter effect..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D