30 November 2015

Jump Street Penang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pintu Hadapan Jump Street Penang

Alhamdulilah setelah beberapa bulan join group Blogger Utara @ Blogger Utara Official. baruuuuu sabtu lepas berpeluang join aktiviti dengan dorang. kita duduk loqstaq. komitmen banyak sangat kalau nak join selalu sobssss. ada peluang aritu, ada rezeki alhamdulilah dapat jugakkk pergi. banyak lagi aktiviti dorang dalam ni, tapi apa pulak yang kami buat dekat Jump Street Penang ni?????

Pintu Masuk ke Jump Street Penang

pintu masuk Jump Street Art. dalam bangguna D'piaza mall. depan main road. lalu tepi jalan dan nampak la banner Jump Street macam gambar atas tu haaaaa

JumpStreet Trampoline Parks are an amazing urban playground for adults and children alike, with hundreds of interconnected trampolines from the floor right up the walls and multiple jumping attractions at every venue - It doesn’t matter if you’ve never jumped on a trampoline before – you’ve got to try Asia Largest Trampoline Parks and experience the thrill of Defying Gravity. Come with your friends and/or your family and enjoy the thrill of flight at Malaysia’s ONLY indoor trampoline parks.
Jump Street Birthday Parties are unforgettable!

You can play all you like, but at some stage you’ve got to get serious.
JumpClub is Jump Street’s exciting Member program.


Venue :
70, D'Piazza, D'piazza Mall, Jalan Mahsuri, Bayan Baru, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang, Malaysia.


Entry Fee :

Total Price (Monday to Wednesday): RM 22/Pax (Incl 6% GST)
                  (1 Hour Jumping + Reusable Socks )

Total Price (Thursday to Sunday): RM 27/Pax (Incl 6% GST)
                (1 Hour Jumping + Reusable Socks )
Kaunter Bayaran dan Pendaftaran

Reusable Sock

Gelang Tiket


kaunter Jump Street. sebelum nak melompat-lompat sila ke kaunter pertanyaan dan bayaran dorang dulu, ambik stokin hijau tu dan gelang yang disediakan baruuuuu boleh mula melompat dan lompat. WAJIB pakai stokin tu kalau nak melompat ye. sebab ada macam getah dekat kaler hijau tu mengelakkan dari kita tergelincir masa melompat. takde stokin tak boleh lompat. Stokin harga RM5 sepasang tapi jangan risau boleh ulang guna kalau nak repeat melompat hari lain ;)

Locker Berkunci

Locker Percuma

barang-barang berharga, kasut, beg boleh simpan dalam locker yang disediakan. ada dua pilihan. samada locker berkunci yang kena bayar atau dekat rak kasut yang disediakan.

Bilik Rehat

atau kalau datang dengan group boleh tanya dekat kaunter untuk sewa bilik berhawa dingin tu. nampak tak ada kaler kuning, biru, merah tu? haaaa dekat situ la. mana nak tau kot datang bawak mak ayah maktok tokwan ke boleh dorang berehat sambil tunggu korang melompat dalam bilik tu. ada aircond dan selesa.


maaaacammmm Fateh Uwais yang lena tido dalam pangkuan abi dia sebelum kitorang mulakan aktiviti sabtu lepas. amboiiiii lena tido, mentang2 sejuk ekekekeke

Waktu Operasi Jump Street Penang
Ahad - Khamis : 10am-9pm
Jumaat & Sabtu : 10am-10pm

Venue :

70, D'Piazza, D'piazza Mall, Jalan Mahsuri, Bayan Baru, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang, Malaysia.

BUSSINESS Hours:

  •                 Monday         :      10:00 am – 9:00 pm
  •              Tuesday         :      10:00 am – 9:00 pm
  •              Wednesday  :      10:00 am – 9:00 pm
  •              Thursday       :       10:00 am – 9:00 pm
  •              Friday             :       10:00 am – 10:00 pm
  •              Saturday       :        10:00 am – 10:00 pm 
  •                Sunday          :        10:00 am – 9:00 pm




make sure sebelum masuk melompat teliti dan fahami syarat dan peraturan yang ditetapkan ye. jangan nak main rempuh je nanti terempuh jumper lain. nayaaaaaaaa


kami pun di minta warm up sikit-sikit dulu sebelum mulakan sebarang aktiviti. yela kena regang-regang dulu segala urat yang tegang ni karang tak pasal tiba-tiba putus masa tengah melompat ekekekeke. masing-masing tak menyabo nak melompat-lompat tu haaa. paling eksaited mestilah geng anak-anak. sampai menangis sebab kena tunggu sampai pihak pengurusan panggil hihihihi. 


tengok depa-depa ni yang palingggggg tak sabar. Fayyadh tunggu ibu dia bagi green light je tu. Aqil pun tunggu mama kata ok boleh jalan mesti terus masuk tu. 


Fateh Uwais je bangun tido usya kiri kanan tak tunggu green ke yellow ke teruuuuusssss  meluru lari masuk main point. anak sape ntahhhh kehkehkeh


Main point atau tempat yang mula-mula korang kena mulakan lompatan. dari pintu masuk belah kiri. dekat sini biasanya instructor akan lead dan tunjuk cara macam mana yang boleh melompat tu. ummi kasi abi peluang main sakan. tolong jaga anak je kat tepi.

You can try out just about all the 9 attractions listed below with guidance from JumpStreet Instructors:
 2 Dodgeball Courts
 Slam Dunk
 Main Court
 The Wall
 High Performance
 Tower Jump
 Foam Pit
 Battle Beam (Restricted to Kids Only)


Jump Street has hosted numerous small to large sized corporate groups and our Jump Referees are very experienced in handling large numbers of people.  Each group will be assigned a Jump Referee to serve as your host, where he/she will be with you from the moment you arrive, during the checkin process, lead the warm-up and stretching and conduct the Basic Trampoline Skills lesson.  

S/he will lead other Jump Referees to brief your team members on the rules of each activity, to keep score, and most importantly, they will ensure that each jumper jumps within their capabilities and are safe at all times.  Please find below a sample of the jumping activities that a group would generally participate in.

Ice Breaker @ Main Court
After the Check-in Process, our Jump Referees will conduct a Safety briefing and lead your group through some stretching and demonstrate 5 basic trampoline skills:
  
  •         Straddle Jump              
  •         Tuck Jump     
  •         Pike Jump       
  •         Knee Drop      
  •         Seat Drop



tapi biasa la kalau dah namanya kembar siam abi. nak jugakkkk dia pi lari dekat abi dia. terbatas la sikit skill abi kofkofkof :p ohh ye dekat sini make sure satu kotak untuk seorang. dan bebudak kena asingkan takut ter over short melompat haru nanti kena berlanggar satu sama lain


suruh Fateh Uwais main lompat-lompat dengan kawan-kawan pun tak nak. dia tetap nak kejor kembo siam dia haihhhhhhh


dalam perjalanan pegi sibuk dok tanya abi dia. "abi bila kita nak lompat si katak lompat ni abi" hihihihihi tak menyabo. balik rumah pun tak puas lagi sambung pulakkkkk lompat atas katil padahal mak pak dia dah sakit-sakit segala badan, urat dah kembang-kembang dah. dia relaksssss lagi


Dodge Ball. kiranya macam main bola beracun la. kalau datang sini dengan group memang best. boleh buat aktiviti macam ni. aktiviti berkumpulan. time ni la yang Fateh Uwais menangis meratap hiba tak boleh pegi dekat abi dia. sampai mengadu nasib dekat husband Kak Murni. macam la abi dia jauh berbatu haihhhhh 

Trampoline Dodgeball @ Dodge Ball Courts

 Dodgeball Teams will play a competitive game on both courts using the Round Robin Format.
  •         Teams will earn points depending on how many players are left on the Court, based on 10 points per player (Eg.: 3 players left standing = 30 points).  
  •         Time limit given per game is 3 minutes.   




haaaaa sini la main point. pandangan dari atas. ingat nak panjat sampai tingkat atas lagi. nak ambik view yang lagi besar tapi takut pulak nak naik. tengok sunyi je tingkat atas-atas tu hihihihi. 


lepas main point boleh ke side yang sebelah kanan. dekat sana lebih sesuai untuk aktiviti orang dewasa dan kata suami. trampoline dekat sana lebih anjal lebih mudah melantun. 



Slam Dunk Lane. net bola keranjang. lompat lompat dan lompat masukkan bola dalam net tu. tengok dorang buat memang macam agak mencabar la jugak nampaknya.

NBA Sharp Shooter @ Slam Dunk Lane

  •         Each team gets to play this game together.
  •         The object of the game is to score as many hoops as possible within a time limit of 2 minutes.
  •         For a team of 10 people, we recommend the breakdown of jumpers as follows:
  •         10’ hoop = 3 jumpers, 9’ hoop = 3 jumpers, 7’ hoop =  4 jumpers.
  •         Points will be given based on the following:
  •         10  Hoop = 30 points, 9’ Hoop = 20 points, 7’ Hoop = 10 point   




haaaaa yang side ni bebudak bawah paras ketinggian tak dibenarkan masuk sebab trampoline tu lain sikit kata suami. siap boleh nampak lantai lagi bawah jaring kuning tu. sape gayat tatau la boleh lompat ke tidak tu. 


salah sorang instructor kami. thanks to Team Jump Street Penang atas layanan yang baik dan bertabah hati melayan kami semua masa hari kejadian. yela nak mengawal orang dewasa agak mudah sikit tapi bila ada kanak-kanak ribena ni paham-paham jela macam mana hihihihi. 

Foam Pit Relay @ Foam Pit

2 teams will jump at the same time.  
  •          A large black padding will be placed 5 feet from the trampoline. 
  •          Each jumper needs to jump into the foam pit, touch the Dodge Ball, crawl out of the foam pit and tag the next person. 
  •          The process is repeated until all team members complete the challenge and are Saved. 
  •          Points are given for each Saved Player in the team, based on 10 points per player.  · Time limit given is 4 minutes per team.
  • High Performance




pfttttttt tak pasal-pasal instructor tu kena selamatkan dia pulak. memang dia tunggu peluang je nak melompat turun. tengok ummi abi ralit je sikit dia pun terjunnnn. bahaya sebenarnya sebab kalau masa tu ada jumper lain yang lompat turun sekali risau berlanggar dan cedera pulak nanti. 



Battle Beam ni khas untuk kids sahaja. tapi hari tu takdan nak main sangat. tak cukup masa. tapi mesti best kalau tengok dorang berlawan atas tu hihihihi


dah penat guna tenaga jangan risau. ada Jump Cafe dan boleh berehat sambil isi perot basahkan tekak. dah bakar lemak. ternak lemak balik gituuuuuu hahahahaha :p


Orang kuat untuk event kali ni. EL. terima kasih atas segala tenaga dan masa yang dikerah untuk event sabtu lepas :)


thanks team Blogger Utara Official atas layanan baik yang diberikan. event pertama yang saya mampu join. sebahagian ahli Blogger Utara jugak sebenarnya. maaf kalau ada tersinggung kata terlanggar bahu ke dekat event sabtu lepas :)


dannnn terima kasih kesayangan hati ummi teman ke Jump Street sabtu lepas. tengok dua-dua orang seronok main kita pun legaaaaa hati walau kita boleh teman je duduk kat tepi lompat comey-comey macam Didi & Friends tu hahahaha

terima kasih pada Jump Street Penang yang sudi jemput dan layan kami semua. thanks Blogger Utara yang arrange event ni. bukan senang hoiii nak arrange satu2 event. dan terima kasih pada korang yang setia baca entry panjang berjela ni haaaaaa....... ;)

sedikit pesanan penaja seperti di bawah ini :-



Jumping Safety .

Let’s get one thing clear: Jump Street is serious about your safety. Jumping on trampolines is a high intensity sport and it may result in injury. If you act recklessly and endanger yourself or other jumpers we will ask you to leave. We want you to have the best time of your life, but we won’t sacrifice safety for anything.

Every jumper at Jump Street will have to sign our Waiver and Release of Liability and Terms and Conditions before they can jump (which you’ll do when making your online booking). In this page we just call that document “the waiver” to make it easier. But once that’s done, the fun starts. Check out our rules below (which may change from time to time).

Jumping on a trampoline is an inherently dangerous activity and can be categorised as an action or extreme sport. Patrons of Jump Street Malaysia, by participation, accept these risks of which the ordinary prudent person is or should be aware.

Each jumper (or their parent /legal guardian for jumpers under the age of 18) entering the trampoline jumping areas is required to sign the waiver prior to commencing their jumping activity. By signing the waiver the patrons acknowledge that they have read and understood the risks associated with this activity and agree to behave in accordance with our rules.

Here at Jump Street we have developed a set of safety rules designed to minimise the chance of injury while jumping, bouncing and having fun on our trampolines. It is important to understand that potential for injury remains even when jumping safely. The risk of injury can be greatly reduced by following the four golden principles:

1.     JUMP ONLY WITHIN YOUR LEVEL OF ABILITY
2.     NEVER TRY TO LAND ON YOUR HEAD OR NECK
3.     BE AWARE OF OTHER JUMPERS
4.     FOLLOW THE RULES

SAFE JUMPING RULES

GENERAL JUMPING RULES – apply across all areas of the trampoline park

BEFORE YOU JUMP:
  • DO NOT JUMP if you have health limitations or injuries, are pregnant or are under the influence of alcohol or drugs.
  • ALWAYS empty your pockets and remove all objects from your mouth.
  • NO sharp objects or protruding objects on clothing allowed on courts.
  • NO cameras, phones or any other hand-held devices allowed on courts.
  • All jumpers MUST wear Jump Street grip socks and a correct wristband.

WHILE YOU JUMP:

  • NEVER attempt to land on head or neck
  • ALWAYS remain in control
  • ALWAYS watch out for other jumpers and give smaller jumpers right-of-way
  • ALWAYS follow the Jump Referees’ directions
  • DO NOT attempt any activity beyond your skill level
  • DO NOT jump or land on padding
  • DO NOT affect another jumper’s bounce in any way
  • DO NOT sit or rest on trampolines
  • NO rough play, pushing or running
  • NO climbing or hanging on nets
  • NO food or drink on trampolines
  • DO NOT JUMP IF a Jump Referee is not present

Performing flips and tricks can result in serious injury – perform flips and tricks at your own risk.

ADDITIONAL FOAM PIT SAFETY RULES

  • NEVER dive head first into the pit.
  • ALWAYS be in control and safely land on your feet, back or bottom.
  • ALWAYS wait until previous jumper is out of the pit.
  • DO NOT throw the foam cubes or linger in the pit.

Performing flips and tricks can result in serious injury – perform flips and tricks at your own risk.
ADDITIONAL HIGH PERFORMANCE SAFETY RULES
Trampolines in the High Performance area have stronger bounce. For safety reasons jumpers under 110cm in height are not allowed into this area.

Performing flips and tricks can result in a serious injury – perform flips and tricks at your own risk and never attempt activities outside your skill level.

ADDITIONAL BIG BAG SAFETY RULES
  • NEVER attempt to land on your head or neck.
  • ALWAYS be in control and safely land on your feet, back or bottom.
  • ALWAYS wait until the previous jumper has exited the bag.
  • ALWAYS exit the bag to the side.
  • DO NOT exit the bag back towards the platform.
  • ABSOLUTELY NO tampering with the air bag.


Jump Street staff can, and if they believe it necessary at their sole discretion, will ask patrons who disobey or ignore these rules to leave our park immediately. Repeat offenders may be banned from the park either permanently or for a period of time. Failure to leave after a direction from our staff to do so will result in the police being called. We know that sounds tough, but Jump Street is a family environment and we care about all our patrons.

post signature

24 November 2015

Masjid

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



rasa macam dah lama je tak cerita pasal perkembangan anak yang seorang itu mihmihmih. Fateh Uwais dah makin besar, makin hantap(berat), makin becok mulut, makin manja, makin kuat merajuk, makin dengki dengan ummi, makin kuat gaduh dengan ummi pffffttttttt

tapi ada anak macam Fateh Uwais memang ummi abi rasa sejukkkkkk perut sentiasa, sejukkkk telinga, selalu sebak dalam hati. tambah dah makin dan makin pandai bercakap. 

dia suka pergi masjid. yang tepat sekali, dia suka berjemaah dengan imam tiap kali masuk waktu solat. sebab dia nak ikut solat sekali. bila imam angkat takbir Allahuakbar dia angkat takbir sekali, bila Allahuakbar nak rukuk dia rukuk, bila Allahuakbar sujud dia sujud. bagi salam pun bagi salam sekali. 

memang kalau tengok perfect la solat tu cuma tatau bacaan dan montot berpampers je lagi. tapi alhamdulilah sepanjang solat dia takde nak lari-lari depan orang solat, kacau tarik2 telekung ke ape ke. masa mula bawak berjemaah risau jugak. tapi alhamdulilah dia langsung tak buat perangai berlari merata. 

cuma!!! ada cuma. kena solat berjemaah dengan imam. kalau kami just datang tumpang solat dekat masjid lepas jemaah dah habis solat memang panjang kaki dia nak berjalan sana sini sebab katanya masa tu bukan masa bersolat =.=

lagi terharu kalau dulu sebelum dia berkenalan dengan masjid. nampak je shopping mall yang besar dia akan mintak ke situ "abi nak pegi shitu. nak pegi shitu!!!" tapi sekarang nampak je mana-mana masjid "ummi abi adik nak pegi masjid. nak pegi suwau" huuuuu terus terkelu lidah ummi abi. takkan nak kata tidak kot kan kalau shopping mall lancar lagi lidah nak sebut tak tu. dan dia tak teruja dah bila nampak shopping mall. 

jangan nak kecam pulak konon kata puji anak sendiri. ini hanyalah luahan hati seorang ummi uwais. dan moga Fateh Uwais, adik2nya yang akan datang nanti dan kami ummi abi nya sendiri sentiasa ringan kaki ke masjid solat jemaah. meninggalkan segala larangan Allah dan menjadi hamba yang taat pada perintahNya amin amin. Fateh Uwais moga peribadi anak ummi sehebat nama yang ummi abi beri ya. 


post signature

22 November 2015

Pizza Telur Emas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Menu breakfast kami dikala tatau masak ape dah time breakfast hihihihi. resepi ni dah pernah kongsi dengan facebook tapi lagi sekali dengan rajinnya ummi uwais kongsi dekat sini pulaksssss :p 

RESEPI PIZZA TELUR EMAS

Resepi Asal : Ruzzainie
By : Kiera Sakura

kuantiti bahan sila agak mengikut ahli keluarga anda :)

Bahan-bahan :-


  • planta @ marjerin
  • bawang holland (rasanya lebih manis) - cincang
  • carrot - cincang
  • isi ayam - dadu
  • sos prego 
  • telur
  • parutan cheese
  • oregano, parsli, basil



  1. Cairkan planta @ marjerin atas kuali panas. Tumis bawang holland yang, carrot, isi ayam. Tumis sampai masak. dan masuk sikit sos prego(optional, kalau tak nak masuk pun boleh)
  2. Griss loyang kecik atau tray muffin pan dengan butter. tuang telur yang dah dikocok, tuang bahan no.1 tadi atas telur, parut cheese atas lapisan bahan no.1 dan tabur oregano, parsli atau basil atas lapisan cheese tadi. (lapiskan satu persatu)
  3. Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 20-30 minit atau sehingga masak. suhu bergantung pada oven masing-masing.
  4. makan bersama mayonis dan sos cili. makan waktu panas-panas lagi aummm

kenapa telur emas? sebab bila dah siap bakar kaler dia kuning macam emassssss hahahahaha. cuba la korang. makan time breakfast atau suka hati nak makan time bila, memang sedapppppppp (puji diri sendiri nampakkkk :p) 


post signature

"8th Anniversary GiveAway!"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Bersempena anniversary mereka, Ciksu Ummi Rania nak buat 8th Anniversary Give Away. tarikh tutup 25.11.2015, 11.59pm nanti. maka marilah kita berajin-rajin join give away. mana tau ada rezeki kannnn hewhewhew. hadiahnya ape?


nak join? sila klik di sini

Ummi uwais doakan moga korang sentiasa berbahagia sampai syurga, dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang banyak, keberkatan dalam hidup dan berkasih sayang sampai syurga jugak ye. oh ye lagi satu moga dihindarkan dari fitnah dunia dan akhirat. amin amin 

post signature

19 November 2015

Tips Sebelum Urine Test Ibu Hamil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Tips Urine Test Pertama Kali

yang ini untuk pertama kali check dekat UPT test tu haaaa. nak tengok kita pregnant ke tak. selalunya buat dekat rumah lah kan. sebaiknya check waktu awal-awal pagi sebaik bangun dari tido malam. sebelum makan dan minum sebarang jenis makanan dan minuman. urine yang pertama kali nak keluar waktu pagi tu lebih beralkali dan cepat detect pada UPT hatta UPT tu harga nya RM5.30 sekalipun :)

Urine Test Di Klinik Kesihatan

yang ini biasanya setiap kali check perut atau appoitment dengan KKIA, klinik kesihatan ibu dan anak. nurse akan mintak kita buat urine test. nak tengok urine tu kotor ke tak dan etc lah kan. marilah ummi uwais nak bagi tips-tips nya lebih sikit hewhewhew

  • sebelum keluar rumah menuju ke KKIA, pastikan buang air sesiap dekat rumah. untuk buang segala toksik yang mungkin ada dalam urine semalamnya. yela mana tau kot malamnya makan coklat terlebih ke, minum nescafe terlebih ke. buang sesiap kasi clear
  • minum air kosong secukup dan sebanyaknya. air kosong mampu meneutralkan semula urine yang dah bercampur aduk dengan segala apa yang kita makan dan minum
  • elakkan makan petai, jerin dan segala ulam-ulaman yang bila kencing bau nya sampai malam lusa ada lagi hewhewhew. karang pening pulak orang lab ;D
  • elakkan juga minum minuman berkafein tinggi malam sebelum check up dan pagi sebelum check up. minuman berkafein tinggi ni pun bau dia cukup kuat huhuhu
kenapa perlu semua tips tu? untuk seorang ibu hamil. pemerhatian memang cukup teliti dapat dari dokte KKIA. jadinya bila dah detect ada sedikit kekotoran dalam urine. azab lah nak kena berulang ke KKIA seminggu sekali atau seminggu dua kali. kecuali lah kalau rajin menunggu dan menunggu giliran yang super banyak dekat KKIA anda :)

saya tak pernah kena kencing kotor, tapi terlebih berat badan. dah nak kena berulang check up dua minggu sekali. siap kena minum air gula lagi tu pftttttttt. rumit tapi kalau tak follow nanti jadi apa-apa dekat ibu atau anak risau pihak hospital takmo bertanggungjawab sebab kita tak ikut arahan dorang. 

dan lagi satu kesian dengan petugas lab kalau urine kita berbau kuat. bau petai ke bau kopi semua tu. pening dorang nanti. dan pening jugak patient lain yang guna tandas lepas kita guna tadi tu. mihmihmih :p

Kafein bahaya ke untuk ibu hamil? boleh baca dekat sini


post signature

18 November 2015

Cara Awalkan Tido Malam Anak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera




ini hanyalah cara ummi uwais. ikhtiar ummi uwais. dan mungkin jugak tak sesuai untuk anak korang. yela anak kita berbeza-beza. mungkin pendekatan yang saya buat tak releven pada anak korang. tapi kalau sesiapa yang belum pernah cuba cara saya, terasa nak cuba. dipersila :)

dulu kami suami isteri PJJ. masa pregnant banyak la momokan yang dengar. nanti kena berjaga malam anak takmo tido, anak merap menangis malam. dah ketaq dah wei. sape la tak ketaq tambah kita sorang je jaga anak dekat sini. abi dia waktu weekend je ada. 

masa pregnant kemain lagi doa kat Allah hari2. hari2 jugak cakap dengan uwais yang masa tu masih dalam perot. "anak ummi, nanti anak ummi kena tido malam tauuuuuu. malam masa untuk tido, rehat. siang2 takpe masa kita main2" bila anak dah lahir pun hari-hari cakap benda yang sama dengan dia. paham ke idak entah la. tapi rasanya paham la kot *syok sendiri* hewhewhew :p

masa dalam pantang ada la jugak jadi Fateh Uwais tak jerap tido malam, kejap jaga kejap lagi jaga. Opah dia la yang selalu berjaga malam tidokan Fateh Uwais. sebab saya dalam pantang, mama taknak saya beremosi nanti. yela dalam pantang badan tak kuat mana nya lagi. perubahan hormon. emosi terganggu. nanti berjaga malam anak takmo tido lagi jadi meroyan pulak. naya. huuuuu

dah habis pantang. alhamdulilah tak pernah jadi lagi kes anak nak main takmo tido. dari dia kecik baby born saya memang matikan semua lampu dalam bilik. tinggal lampu luar je yang masuk cahaya samar2 dalam bilik. Fateh Uwais memang takkan tido lena bila dalam bilik terang. sampai la sekarang ni. nak tido kena tutup lampu. biar bilik gelap. baruuuuuuuuuu nak tido. tido lena sampai pagi besok. pesen ummi yang tak boleh tido terang2 mihmihmih

ada jugak masanya yang dia ajak main. tambah bila waktu tido petang. ayat ummi senang je. nak main, main sorang2. ummi nak tido. jangan kacau ummi. tutup pintu bilik rapat jangan bagi dia keluar. lama-lama tido la dia bila bosan terkebil sorang-sorang. jenis Fateh Uwais bila main dia nak berteman. bila ummi masak dia main la sorang dia dekat dapur tu. janji dia tau kita ada. bila takde sape nak tengok dia, bosan dan naik tido sebelah hewhewhew

dan selalunya memang tak bagi dia tido petang lewat sangat. bila dah berhenti menyusu ni. tido siang memang satu sesi je. tengahari sampai dua petang lebih macam tu je. lepas pada tu memang aktiviti dia main makan main menyusu makan main main main sampai letih dan wajib mandi time nak mangrib atau lewat sikit. bagi badan segar sikit. 9 lebih macam tu dah get ready ajak dia tido. 

sekarang dah pandai tengok video dekat youtube. agak liat sikit nak ajak tido awal. tapi kerana kuasa veto ummi. hp ummi ambik dan tutup utube. kalau nanges sumbat botol susu. tepuk-tepuk habis susu. tido. kadang tak tepuk pun dia tido sendiri. sejak dah berhenti susu badan mudah sikit dia nak tido sorang dia. takyah merap sangat. alhamdulilah anak ummi jenis mudah adapt dengan suasana baru. 

ada jugak lagi satu kaedah. Malaikat kiri kanan. mudah mudahan sampai bila-bila Fateh Uwais jenis mudah tido malam awal. kalau tidak memang nanges oiiiii nak bangun pegi keja awal pagi dengan mata bengkak =..=


post signature

17 November 2015

Hati Goreng Berempah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


tengok dalam peti ais ada lagi hati lembu balance buat gulai rempah aritu. makanya ummi uwais pun jenuh fikir nak buat masak ape dengan balance hati yang sedikit itu. takde idea nak masak ape? rajin-rajin la masuk blog PCM, Dapur Tanpa Sempadan. taip je keyword "hati lembu" dekat kotak search tu nanti keluar la berderet resepi yang sedap lagi sedap dan sedap lagi dekat sana hihihihi. tapi macam biasa kita derhaka sikit-sikit ikut selera tekak kita :p

HATI GORENG REMPAH

Resepi Asal : Pakcik Mat Gebu @ PCM
By : Kiera Sakura

Bahan-Bahannya :

  • Hati Lembu
  • bawang holland, dipotong bulat
  • cili merah, dipotong serong
  • kacang buncis, dipotong kecik2
  • halia*
  • lengkuas*
  • bawang merah*
  • bawang putih*
  • lada hitam biji*
  • ketumbar biji*
  • kicap pekat*
  • kicap cair*
  • gula*
* dikisar halus bersama-sama

Cara-caranya :
  1. hati lembu hiris nipis, cuci bersih dan toskan. Gaul bersama semua bahan-bahan di atas kecuali bawang holland dan cili merah. perap dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. masukkan no.1 tadi dan kacau rata. masak hati sampai kecut. masukkan hirisan bawang, cili merah dan kacang buncis. terus memasak dengan api yang perlahan sehingga pekat.
  3. rasa dan jika perlu tambah kicap cair lagi. dan makan bersama nasi panas.
kuantiti bahan tu sila agak-agak ye. tak reti nak bagitau sukatan. hihihi. tapi memang sedapppppp. lepas ni boleh buat lagi. boleh tambah daging sikit ke ape ke kan. walau ada lada hitam sikit Fateh Uwais masih boleh makan kira ok la tu untuk seorang ummi uwais hihihi


Selamat mencuba!!!!



post signature

16 November 2015

Perkembangan Trigger Finger Fateh Uwais : 8.11.15

Assalamualaikum dan Salam Sejaterah




since Kak Iryanty dan Ummi Rania tanya perkembangan jari Fateh Uwais. alhamdulilah dah tiga kali dia buat fisio dengan dokte HSB. kalau minggu lepas dokte suruh dia exercise dengan bola-bola kecik yang dorang sediakan selain urut tangan dia pakai mesin yang ada dekat hosp tu setiap minggu.

minggu baru ni aritu dokte bagi main plasticine. dan dokte tekan sikit jari dia tu. boleh lurus. bila dokte lepas jadi bengkok keras balik huuu. dan ikut maklumat dokte kami boleh beri tekanan dengan tekan jari tu supaya lurus selalu. dan semalam ummi tengok urat dekat jari dia dah mula timbul. tak macam jari yang sebelah lagi. huhuhu. nanti minggu depan nak pesan dekat abi dia tanyakan dokte.

saya tak ikut ke hospital setiap minggu. tak mampu badan. lagi pun risau selalu keluar tinggalkan ofis. takut ada yang tak memahami. dan mujur abi nya rela dan boleh bawakkan anak setiap minggu buat fisio. kalau tidak berhuhuhu la kami. 

tengok perkembangan jari Fateh Uwais. alhamdulilah nampak makin positif. dan tak bengkok rapat macam sebelum ni. moga-moga usaha Fisio ni makin membuahkan hasil hendakNya amin amin. 

appoitment seterusnya sedang berlangsung sekarang. tunggu abi cerita karang ape pulak yang jadi hari ni. 



15 November 2015

Salmon Grill White Sauce

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Gambo tak cantik, abaikan ia hewhewhew. last makan salmon masa ke ikea dulu. tapi tak berapa suka salmon ikea sebab ada rasa hanyir ituuuu huuuu. dan masa pregnantkan Fateh Uwais adik ipar ada buat salmon dengan sauce putih ni. terus wassap mintak resepi hewhewhew. disebabkan taknak kehilangan resepi lagi maka mari kita abadikan ia disini. macam biasa kita derhaka sikit resepi asal mihmihmih

RESEPI SOS PUTIH @ WHITE SAUCE 

Resepi Asal : Lina pg
By : Kiera Sakura

Bahan-bahan 

  • 2 sudu besar majerin @ planta
  • 1/2 biji bawang holland (dicincang) pakai bawang besar pun boleh
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil daun parsli kering
  • 1/2 sudu kecil oregano kering
  • 1/2 sudu kecil lada hitam
  • secubit garam
  • 1 cawan susu cair
Cara-caranya 

  1. Panaskan majerin dalam periuk kecik, goreng bawang holland sampai layu. masukkan tepung gandum dan kacau sampai tepung sebati melekat pada bawang.
  2. Masukkan susu cair, garam, lada hitam, parsli, dan oregano. kacau selalu supaya kuah tak berketul. tambah air kalau nampak terlalu pekat. 
  3. terpulang pada selera masing-masing nak pekat dan cair macam mana.
  4. tuang atas salmon yang dah siap di grill tadi. 

Ikan Salmon tu saya grill macam biasa. tabur parsli, oregano, garam, lada hitam, lada sulah dan perahan air limau kasturi sikit. Ikan saya pun ada rasa macam tak kena sikit. tapi bila makan dengan sos putih ni memang dia potong rasa yang hanyir itu. 

serius tak reti nak basuh ikan salmon ni. dah guna limau sampai 3 bijik lumur2 dia. rendam dalam air limau pun tak cukup lagi. sooooo sad. tapi mujur sos putih menyelamatkan keadaan. alhamdulilah. 

Selamat mencuba korang!!!!



post signature