17 November 2015

Hati Goreng Berempah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


tengok dalam peti ais ada lagi hati lembu balance buat gulai rempah aritu. makanya ummi uwais pun jenuh fikir nak buat masak ape dengan balance hati yang sedikit itu. takde idea nak masak ape? rajin-rajin la masuk blog PCM, Dapur Tanpa Sempadan. taip je keyword "hati lembu" dekat kotak search tu nanti keluar la berderet resepi yang sedap lagi sedap dan sedap lagi dekat sana hihihihi. tapi macam biasa kita derhaka sikit-sikit ikut selera tekak kita :p

HATI GORENG REMPAH

Resepi Asal : Pakcik Mat Gebu @ PCM
By : Kiera Sakura

Bahan-Bahannya :

  • Hati Lembu
  • bawang holland, dipotong bulat
  • cili merah, dipotong serong
  • kacang buncis, dipotong kecik2
  • halia*
  • lengkuas*
  • bawang merah*
  • bawang putih*
  • lada hitam biji*
  • ketumbar biji*
  • kicap pekat*
  • kicap cair*
  • gula*
* dikisar halus bersama-sama

Cara-caranya :
  1. hati lembu hiris nipis, cuci bersih dan toskan. Gaul bersama semua bahan-bahan di atas kecuali bawang holland dan cili merah. perap dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. masukkan no.1 tadi dan kacau rata. masak hati sampai kecut. masukkan hirisan bawang, cili merah dan kacang buncis. terus memasak dengan api yang perlahan sehingga pekat.
  3. rasa dan jika perlu tambah kicap cair lagi. dan makan bersama nasi panas.
kuantiti bahan tu sila agak-agak ye. tak reti nak bagitau sukatan. hihihi. tapi memang sedapppppp. lepas ni boleh buat lagi. boleh tambah daging sikit ke ape ke kan. walau ada lada hitam sikit Fateh Uwais masih boleh makan kira ok la tu untuk seorang ummi uwais hihihi


Selamat mencuba!!!!



post signature

23 comments:

  1. Sedap tengok hati goreng berempah ni Kiera..
    Makan dengan nasi panas2..
    Perghhhh memang bertambah nasi :D

    ReplyDelete
  2. wahh..murni pon haritu abe req nak mkn hati lembu goreng kunyit..sedap juga ropanya

    ReplyDelete
  3. Salam singgah hari ni bila masa sikit ni. resepi ni simple tapi best sgt. KA suka guna daging lembu !

    ReplyDelete
  4. tak pernah makan hati lembu.. nampak sedap tu..

    ReplyDelete
  5. hati ni jgn kerap makan.. nanti termakan hati sndri.. hihiihi :p

    ReplyDelete
  6. Sedap.. Kegemaran akk ni. Walau suami x bg mkn hati ayam hati lembu limpa paru smua tu akk sesekali curik2 gak beli. Kurang darah mmg telan gak benda ni smua sbb takmo mkn ubat

    ReplyDelete
  7. wah sedap ni...macam daging masak hitam...kalau buat lauk pengantin pun sesuai jugak ni...

    Terima kasih sudi singgah ke teratak bunda...

    ReplyDelete
  8. nampak menarik tp kite tak makan hati lembu .. hehehe
    klu tukar masak daging pun boleh kan

    ReplyDelete
  9. dlm peti ais ada hati dan pedal ayam.. bole buat kot noh resepi ni..

    ReplyDelete
  10. kalau masak laut hati lembu ..akak lebih suka di ratah aje lauknya :-))

    ReplyDelete
  11. sedap nampaknya tu, tapi akak tak pernah masak hati lembu, makan nak la hehehe

    ReplyDelete
  12. Ala.. sha x makan hati..
    Tukar dengan pedal or daging pun ok gak kan resepi nie..
    Cam best jer..

    ReplyDelete
  13. Nampak sedap dan menyelerakan gitu!.... lama sangat tak makan hati lembu ni Kiera.....

    Kalau okje diberi pilihan, okje lebih suka hati ayam.

    ReplyDelete
  14. Kat rumah ni hati ayam abe n mok mentua kak ekin yg makan kak ekin tolong goreng jah

    ReplyDelete
  15. Saya sampai sekarang tak reti lagi makan hati lembu.

    Hati ayam fevret.

    Organ dalaman lembu suka paru je.

    Nak juga belajar makan hati lembu ni. :)

    ReplyDelete
  16. Akak biasanya daging ajelah yang boleh telan. Bab-bab hati ni memang kurang sikit. Nak tau tak Kiera, akak ni kalau suami suruh pergi beli hati, akak macam orang gila tau nak pegang pun geli. Entah meroyan apa pun tak tahulah. Akak pesan kat suami kalau nak makan macam ni, silalah beli sendiri. Akak tolong masakkan aje ^_^

    ReplyDelete
  17. sukaaa hehe tapi suka pedal sama.. cuma xleh makan slalu kan Kak Kiera.. dak elok kan..

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum...bab bab makan hati memang saya suka....di rumah saya sorang saja makan....suami x suka....huhuhu

    ReplyDelete
  19. alamak nampak sedap tp xmakan hati.. huhu

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D