02 November 2015

Fisio Jari Fateh Uwais

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

penat, memang penat. bukan penat apa. penat nak ulang alik hospital banyak hari. kadang hari-hari. selalunya seminggu sekali. seminggu sekali pun penat sebab jarak rumah sewa kami dengan hospital bukan dekat. kalau ikut hway dalam 20 minit. kalau jalan biasa mau makan dekat setengah jam la jugak tolak tambah kereta berderet atas jalan dengan traffic lightnya lagi. tapi apa boleh buat. badan lesu penat macam nak pitam pun tetap ummi abi gagah jugak bawak anak ulang alik hospital. 

isnin minggu lepas pergi lagi hospital buat fisio dekat anak bertuah tu. dekat hospital dorang akan guna mesin CTG tu. untuk urut-urut bahagian yang ada trigger finger tu. untuk bantu pulihkan balik jari dia supaya boleh melurus balik semula. itu pun tak boleh lama sangat kata dokte dalam 15 minit setiap kali satu sesi. sebab takut dengan usia dia sekarang dia tak mampu tahan kepanasan mesin tu. 




dan lepas tu dokte mula buat sesi fiso untuk dia. urut-urut jari tu. dan diajar pada kami cara untuk buat fisio pada anak jugak. kena urut jari dia sebanyak yang mungkin setiap hari. dan rendam tangan dia dalam air suam setiap tiga kali sehari. 

bab rendam tangan tu memang dia syokkkkkkkk sangat. budak dengan air memang habis hati laaaaaa. habis lantai penuh air dibuatnya. lepas tu siap nak tonggeng bekas macam dia selalu buat bila lepas mandi =..=

bab urut jari. ada masalah sikit. bila lama-lama dalam satu sesi dia tolak tangan kita sebab sakit. dengan dokte pun sama. ditolaknya tangan dokte tu "adik shakit" dokte pun surrender tak mampu nak buat lama-lama sekali sesi. paling best siap panggil opah atok. suruh opah atok ambik dia bawak keluar dari bilik hewhewhew. masa yang sesuai untuk urut jari dia masa tido jela. tu pun bila dah lama sikit dia tarik tangan balik. sakit la tu huuuuu

tapi kalau ikut hati ummi ni. ummi nak mintak dokte operate je jari dia. buang trigger finger tu. sebab kata dokte fisio peluang nak lurus jari tu ada cuma kemungkinan akan jadi balik pun ada jugak. kalau operate insyaAllah boleh sembuh sepenuhnya dan tak akan jadi lagi. kalau boleh nak anak tu sakit sekali je. tapi tula kita kena ikut prosedur dokte jugak. tunggu appoitment bulan satu tahun depan nanti pulak. kalau tak sembuh2 mungkin kena buat operation jugak. tapi ikut kata dokte semalam nampak dah improve sikit ibu jari dia tu. Tapi yang pasti buat masa ni tetap kami kena berulang ke hospital. appoitment untuk anak seminggu sekali. termasuk semalam. letih? Allah je yang tau :) 



15 comments:

  1. demia anak kan...walau penat dan letih tetap digagahkan juga..

    Acik doakan mga fateh uwais sembuh ye...siannya fateh uwais.. shakit ye kena urut

    ReplyDelete
  2. alahaii baca pun dah rase penat..semoga dipermudahkan semua urusan.

    ReplyDelete
  3. inshaaAllah ...
    faham mcmana nk ulang alik hospital nk urut2 lagi .... mudahan2 dipermudahkans emuanye

    ReplyDelete
  4. alhamdulilah jari uwais ada perkembangan..cik yan hanya mampu doa dari jauh untuk uwais
    ..sayang uwais

    ReplyDelete
  5. uwais budak bijak! mesti dia tahu dia sedang sedikitt shakit. moga sembuh sepenuhnya ye abang uwaiss! muah!

    ReplyDelete
  6. kesian pulak nak kena operate
    buat ape yg docte tu suggest tu dulu ok
    apa2 semoga jari uwais kembali baik

    ReplyDelete
  7. letih pun kena teruskan ulang alik kan Kira..janji kembar siam Abi ni sihat sepenuhnya ya..... mudah2an proses recovery berjalan lancar fateh Uwais cyg... Alhamdulillah dah improve sikit ye Kira... syukur...

    ReplyDelete
  8. kenapa dengan jari fateh uwais? semoga cepat sembuh ya sayang..Aammmin!

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum..mashaa Allah..br tau uwais kna trigger thumb..bahaya jugak eh..hmm...hrp dpt lurus semula n dipermdahkan..seriau dgr klu nk operate2 ni...

    ReplyDelete
  10. semoga banyak bersabar menghadapi dugaan ni

    ReplyDelete
  11. Semoga kira dan hubby kuat semangat dengan ujian ini..
    Demi anak secomel fateh uwais..

    ReplyDelete
  12. Okey, baru faham cerita! Tapi demi anak, penat macamana pun kita relakan aje, Kiera. Demi anak katanya. Kalau ikutkan badan ni memang terasa penat memanjang. Harapnya selepas terapi fisio ni adalah perubahan dan tak perlu surgery lagi. Kesianlah budak-budak besar ni nak surgeri bagai. Tengok anak kena suntik pun hati dah tak keruan merana!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D