03 December 2015

Resepi Ayam Masak Jawa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Ayam Masak Jawa @ Ayam Masak Ungkep. sama je bendanya cuma sebutan je lain. first time makan dekat rumah Mak Munet. dah jatuh cinta. dan tiap kali mak munet buat mesti panggil saya datang rumah dorang sampai la dah bersuami beranak pun sama. bila dorang buat ayam jawa je ada la muka saya dekat sana hahahaha. pernah masa pregnant dulu dorang satu family singgah ofis hantarkan bekal ayam masak jawa tu untuk saya. ohhhh tetiba rasa disayangi muahahahaha

try google resepi ayam masak jawa ada seketol je kot resepi yang keluar tapi bila try langsung tak sama rasa dia. dah jadi ayam masak halia je haaa. sooooo sad. dan tetiba bulan bila ntah nampak Ummi Ruzz post gambar ayam masak jawa dia terus lelaju mintak resepi hahahaha

padan la ummi uwais tak jumpa resepi ayam masak jawa rupanya nama sebenar dia Ayam Masak Ungkep adehhhhh hahahahaha. tapi sebab bahan dekat rumah tak cukup dan terlebih bubuh bijik ketumbar jadi lain sikit. tapi nice try kata suami. rasa tetap sedap. ohh terubat kembali rajuk di hati hahaha. next time beli bahan bagi cukup dan kita cuba lagi ;)

Bahan-bahannya :-

  • ayam
  • serbuk kunyit
  • garam
  • serai
  • asam jawa
  • gula
  • bawang putih *
  • bawang merah *
  • halia *
  • biji ketumbar *
  • jintan manis *
  • jintan putih *
  • kunyit hidup *
  • cili padi *
blend bahan bertanda *

Cara-caranya :-

  1. perap ayam dengan serbuk kunyit dan garam dulu. 
  2. panaskan minyak dan tumis bahas bertanda * sampai naik bau. 
  3. masukkan serai yang dah dititik
  4. masukkan ayam dah diperap tadi
  5. gaul dan masak sampai ayam sebati dengan bahan tumis
  6. tambah air, garam dan gula. tutup kuali biar sampai ayam masak elok dan jangan lupa kacau2 karang hangus pulak hihihi
selamat mencuba!!!!!



post signature

18 comments:

  1. ayam melayu tadak ka? heee

    nanti nak try buat jugak..

    ReplyDelete
  2. alaa terbaca time ni pulak..dah la tak makan lagikk..nak sepinggan!

    ReplyDelete
  3. Akak pun suka tapi tak pernah sekali pun masaknya.. ekekeke..

    ReplyDelete
  4. pernah dgr ungkep ni.. mmber johir pernah ckp.. ayam hutan kot dia buat masak ni....

    ReplyDelete
  5. senang je resepinya. nanti kene try ni

    ReplyDelete
  6. Oooo nama lain bg ayam ungkep ke? Baru tau

    ReplyDelete
  7. Boleh cuba untuk hari ini hihihi

    ReplyDelete
  8. sedapnya...tak pernah try buat lagi

    ReplyDelete
  9. Yezza .....ayam masak ungkep....kalau daging lagi sedap tau Kiera. Tak caya cuba!

    ReplyDelete
  10. Jawa pun tak tau masakan nie, hehe ^-^

    ReplyDelete
  11. Orang jawa pun tak penah nak amsak resepi ni hehe

    ReplyDelete
  12. dapnyeee kak.. bila nak open house eheh..

    ReplyDelete
  13. mmg sedap...hr tu pon dh try...igt susah rupanya sng ja resepi dia

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D