03 January 2016

2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

2016 dah haaaa. alahai kejapnya tup tup dah masuk tahun baru. umur pun dah baru. 28 tahun bulan september 2016 ni hewhewhew. suami 30 tahun. tua dah awak ye suami three series dah mihmihmih :p



azam? takde azam pun setiap tahun. dulu masa zaman remaja semangat la list azam bagai. dah jadi mak mak ni takde dah. janji hidup kekal dan lebih bahagia bersama insan tersayang, punya keluarga yang setia disisi waktu susah dan senang dan tengok anak-anak membesar dengan sihat dan cerdik. ada lagi satu suami masih setia disisi dan hanya kita dihatinya sebagai permaisuri ;)

2016 insyaAllah akan hadirnya orang baru dalam hidup kami bertiga. amanah dari Allah untuk kami suami isteri galas. dan 2016 jugak Fateh Uwais dah makin membesar dan banyak yang dia kena belajar dan belajar. diajar menjadi seorang khalifah yang cintakan Allah dan Rasul. kasih dan cinta ummi abi serta semua yang menyayanginya. moga kami istiqomah.

2015 banyak pahit manis yang dilalui. manisnya suami dah berhijrah duduk dengan kami berdua dekat sini. alor setar kedah. manisnya hidup ada suami sentiasa dekat sisi. mengadu sakit pening. berkongsi sedih dan gembira setiap hari. lengkap keluarga dengan ada anak,ummi dan abi. dua tahun tujuh bulan kitorang berjarak jauh dan alhamdulilah kesabaran ketabahan tu Allah bayar dengan kemanisan akhirnya. 

2015 yang pahit bila diuji dengan kewangan. takde rumah tangga yang tak akan diuji dengan duit kecuali kalau baru kawen dah kaya raya sampai duit tatau nak letak kat mana. setiap pasangan rasanya ada ujian masing-masing. dan alhamdulilah setiap hari kami belajar benda yang baru. setiap hari sama-sama berpaut pada bahu masing-masing untuk terus kuat. dan alhamdulilah sekarang makin hari makin kembali ok dan insyaAllah akan terus kekal baik dan pasti 2016 akan ada sesuatu yang lebih baik untuk kami sekeluarga. moga Allah izinkan.  

2015 jugak banyak mengajar saya siapa yang layak digelar keluarga, sahabat, kawan dan jugak teman. duduk diam dan memerhati siapa yang masih bersama kita waktu susah dan senang. siapa yang menyeka air mata waktu bersedih dan siapa yang hanya tumpang ketawa waktu kita tengah bersenang. dan akan diingat sampai akhir hayat. insyaAllah.

2016 semoga semuanya baik-baik, dipermudah Allah dan yang terindah mengiringi. amin amin :)  


post signature

12 comments:

  1. Salam 2016, moga tahun baru ini lebih baik.. inshaAllah.

    ReplyDelete
  2. selamat tahun baru kira :-))

    moga kira and family di makbulkan doanya oleh Allah..amin

    ReplyDelete
  3. lama tak baca blog ampa hewhewwww

    ReplyDelete
  4. Selamat Tahun Baru Kira...

    Dah tua2 ni azam tu recycle azam yg lama tak tercapai.. bila nk capai pun tak tahu.. nk jadi mak2 cam kira lagi la xcapai hahaha

    ReplyDelete
  5. slmt tahun baru kiera sekeluarga
    semoga menjalani keindahan dan kebahagia bersama org yg tersyg :)

    ReplyDelete
  6. Salam 2016 Kiera....
    Terimalah kawan kawan kita seadanya Kiera, mmg susah nak mencari kawan yg sama sama susah, tp hadirnya mereka walaupun cuma diwaktu senang tetap menjadi sesuatu yg berharga....

    ReplyDelete
  7. Betul tu setiap perkahwinan pasti ada ujiannya, inshaAllah moga ujian yang dilalui segera berlalu pergi, moga terus bahagia dan tabah ye kira...akk sentiasa doakn kira ok

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah.. Nak tambah ahli baru ye...
    Sha doakan semoga kira dan bakal baby sehat..

    ReplyDelete
  9. ayat lastu tu...haishhhhhh moga Allah ganti dgn keindahan yg brlipat ganda lepas nie

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D