Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Alhamdulilah baru je lepas appoitment dengan pakar tulang Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Dr. Haryati, 27 Januari 2016. last appoitment dulu 21 Oktober 2015. masa tu dokte Yati kata mulakan dengan fisio dulu. fisio dekat 3 bulan jugak la. bulan pertama dan kedua seminggu sekali, bulan ketiga dua minggu sekali dan sekarang tiga minggu sekali sesi fisio dengan dokte fisioterapi dekat HSB jugak. ohh ye sesape yang blur tu. boleh rujuk entry ni, berkenaan kisah anakanda Fateh Uwais yang diuji dengan Thumb Trigger Finger.
berdebar sebenarnya nak jumpa Pakar Tulang ni balik. sebab kata dokte Hanif dulu, dokte fisioterapi Uwais. kena tunggu apa kata dokte Yati lepas tengok perkembangan jari Fateh Uwais baru diorang boleh buat keputusan yang lain pulak untuk kes Fateh Uwais kami. samada terus dengan fisio lagi atau operate atau boleh discaj.
Alhamdulilah sekarang jari Fateh Uwais dah ok. dah lembut normal macam kanak-kanak lain, dah boleh gerak2. boleh genggam. boleh buat 'best' alhamdulilah alhamdulilah. syukurrrrrr sangat. kalau sebelum ni jari dia bengkok dan tulang seakan LOCK tak boleh lurus2. cumanya aktiviti dia tak terganggu tapi akan ada side effect masa depan dia kalau kami tak bawak dia buat fisioterapi atau tak cari alternatif nak sembuhkan dia.
D for Discharge. alhamdulilah yeayyyyyy ;)
dan tadi dokte kata dekat Fateh Uwais. "awak dah ok ni, dah sihat. awak tak payah datang lagi lah. saya discharge awak hari ni" alhamdulilah legaaaa hati ummi abi. senyum sampai ke hati kami ni dengar dokte kata macam tu. cuma kena tanya dan tunggu dokte fisio pulak bila nak discaj putera hati kesayangan kami tu dari unit fisioterapi.
selain aktiviti Fisioterapi yang dokte buat dekat hospital. dekat rumah pun kami kena rajin jugak. tak boleh nak harap masa yang dua jam dekat hosp dengan dokte tu je. kena rajin cari alternatif sendiri. urut jari dia dengan minyak TYT. yang tu abi je boleh buat. tapi kadang dia sendiri urut jari dia. "adik urut jari ni ummi" hihihi good boy ;) ada jugak sesekali ummi bagi dia main sepit baju tu haaa. guna jari yang sakit pesan kat dia. dia pun guna lah sambil sepit2 kotak tu haaaa. jadi la janji ada latihan dekat jari yang tak sihat tu dan sel otak kecik dia pun boleh menggembang sekali hihihi.
paling ekstrem aritu kami letak batang kayu aiskrim dekat jari dia. bagi lurus. ikat dengan gam medic tu. menangis2 budak tu hari tu. tapi sebab dokte fisio izinkan dan dokte kata kena 'forced' jari dia. tu yang ummi abi dengan tanpa rasa bersalah terus buat. sebelum tu buat sekejap2 ada sikit je perubahan. satu malam tu kami buat dari sebelum tido sampai pagi esoknya jari dia keras macam tu. alhamdulilah lepas pada tu baru jari Fateh Uwais ok. boleh lurus, mula lembut, boleh bengkok2. cumanya sayu la jugak dengar dia dok berzikir sakit-sakit tiga hari lepas kejadian tu huuuu. tapi dengan cara tu je yang kami nampak paling berkesan. Alhamdulilah dengan izin Allah semua tu.
dan sekarang Alhamdulilah jari Uwais beransur pulih dan normal sediakala. Alhamdulilah syukur dengan izin Allah :)))))
Alhamdulillah fateh uwais dah sembuh sepenuhnya, moga terus ok jari fateh uwais,risau juga kalau perlu operate
ReplyDeletesyukur Alhamdulillah...tahniah kira dan suami..tahniah juga pada uwais...pandaii urut jari sendiri..
ReplyDelete.:-))
alhamdulillah seronok dengar berita ni..
ReplyDeletesemoga fateh uwais sentiasa sihat dan kuat aamiin
dh nk jadi abg long,kan !
pppstt: a'aa kira kt sebelah dapur umah mil mmg xda syiling.. itu yg pns berdeting.
alhamdulillah :)
ReplyDeletealhamdulillah sis, tiada apa yang lebih bermakna melainkan anak2 kita sihat kan
ReplyDeletealhamdulillah dah pulih dah fateh
ReplyDeletealhamdulillah dah ok jarinya...
ReplyDeletelama x jenguk blog ni..tak tahu citer..
ReplyDeletetapi moga si kecil cpt sembuh..
alhamdulillah dh pulih.. uwais kuat!
ReplyDeletebaru pertama kali dengar ni. moga uwais cepat sembuh ya.
ReplyDeletealhamdulillah..ujian kecil dh pn brlalu !!
ReplyDeletealhamdulilahhh
ReplyDeleteuwais nti kita jumpa sabtu ok hehe
Alhamdulillah... ganjaran sihat buat org2 yg sabar... amin...
ReplyDeleteAlhamdulillah...yeay...boleh main kepit2 dh
ReplyDeleteAlhamdulilah.....
ReplyDeleteSenang hati dah umi abi ye .....tak yah dah bawak uwais gi sepital buat fisio.
Alhamdulillah.. Tlg ummi kopek ikan bilis lak pasni uwais.
ReplyDelete