13 January 2016

Ipohlicous , Laksa Saranghae : Tempat Makan Menarik Di Ipoh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

macam biasa cerita basi. makanan pun dah tak nampak rupa mihmihmih :p balik kampung lepas-lepas mama lah teringin nak makan dekat luar. selalunya masak je dekat rumah. nak harap papa bawak mata pun dah kurang jelas kalau bawak malam. tengok pulak dekat feed fb orang makan itu ini. mata pun jadi teringin. jom la kita pegi majoi.

ye kedai ni dekat dalam manjoi. landmark nak mencari kedai Laksa Saranghae dan Ipohlicious ni Mydin Manjoi. jalan depan sikit ada nampak kedai tomyam poktee kot namanya. kedai Ipohlicious dan Laksa Saranghae berdepan dengan kedai makan tu. diorang satu kedai dan boleh oder macam2 sekali. takde la tertumpu laksa semata. thanks team group whatsapp #KelabMekOnie tolong guide jalan sampai jumpa hihihi

 

Chicken Chop ni saya order. mengandung kali ni tekak kemain nak western je kejanya haihhhhh :p Portion dia agak besar la jugak. kenyang makan. yang ini sos cendawan mengenangkan si Fateh Uwais yang tak makan pedas maka ummi beralah ambik sos cendawan aje. salad sayur sedap. sos sedap. semua sedap la. harga tak ingat tapi lebih RM11** gitu jela


Lamb Chop suami yang ambik. sos blackpaper lah kan. sos dia sedap. salad sayur sedap. Lamb Chop pun sedap tapi kena ganding dengan sos dia lah baru kena. takde rasa bau hamis kambing. cuma kentang putar je tak sedap. rasa macam dah lasu(basi). harga pun tak ingat tapi Rm15** kot tak silap .entah lupa pulak hahahahaha


mama papa dalam pada mengajak makan luar tu ini je dorang oder. layan jela dah tu je tekak deme mau telan hihihi. ketiow goreng kerang. sedapppppp. kerang pun bukan sekadar nama jela. ada nampak dan rasa kerangnya jugak. untuk empat jenis makanan. ais kacang. air suam. milo ais dan fresh orange. total hari tu RM45** tak silap saya. ok la tu kan. 


ada jugak sotong kangkung dekat sana. sedap la jugak. portion pun banyak. harga dalam Rm11.50 rasanya. hahahah tula padan muka sape suruh peram entry dah tak ingat harga2nya pftttttt. selain sotong kangkung, yong taufu pun ada jugak. boleh pilih2.


Laksa Saranghae Ipoh. gambar pinjam google. mohon halal sape punya gambar ni ye. hari tu kami tak order laksa ni sebab masing-masing dah ada pilihan makanan sendiri. tapi masa tengok pekerja situ bawak mangkuk laksa ni terliur jugak la hahahaha. nampak macam portion dia besar. takpe next time kita try pulak. Laksa Telur Sarang nama melayu nya. Telur Goreng makan dengan Laksa. ada kawan kata muak sebab telur serap kuah laksa tu. tapi tula la lain tekak lain citarasa ye tak. kena rasa sendiri baru tau hewhewhew. takpe takpe. sabar ummi nanti kita try pulak bila balik kampung ye hihihihihi :p

13 comments:

  1. wooohooooo sedapnye menu
    lapaq tghari tgk sini haha

    ReplyDelete
  2. kena simpan resit kira bab harga tu hihihi

    ReplyDelete
  3. Wah...dalam banyak2 bunda minat sotong kangkung... dah lama tak makan..

    ReplyDelete
  4. Best jalan-jalan cari makan. Tula mula tengok macam sedap tapi tahu telur rasa mungkin biasa biasa kut, belum cuba belum tahu kan..

    ReplyDelete
  5. Sedap nampak menu2 nya tu, telan.ailio menengoknye hihihi

    ReplyDelete
  6. ciksu suka mkn laksa dgn telur tapi telur mata kerbau la.itu nmpak mcm telur dadar j. betul ke ?

    mmmm..dh lama ni x jamah laksa..

    ReplyDelete
  7. Laksa?? sukaa... kalau ada kesempatan pi sana, nak singgah

    ReplyDelete
  8. sume gambar makanan feveret huda T_T

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D