11 January 2016

Kisah Khalifah II : Hb Rendah(Anemia)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


13 Disember 2015

dari mengandungkan Fateh Uwais dulu lagi HB memang semedang rendah nya. ada la sekali HB normal 11.4. check up dua minggu sebelum bersalin kohkohkoh. tapi yang herannya time tak pregnant elok je HB tu normal. siap 13.6 lagi tuuuuu. haihhhh d u g a a n nnnnnnnnn

bila HB rendah mula la kena ambik darah banyak. kalau tidak boleh je ketip2 hujung jari tapi sebab HB rendah gamaknya kena ambik sebotol kecik tu. sakit tau tak sobsssss. 



bahaya ke HB rendah? HB tu ape? HB adalah hemoglobin dalam darah. dalam bahasa pasarnya kepekatan darah seseorang. time pregnant HB rendah adalah bahaya sikit. kalau tumpah darah, bila darah cair takut ibu akan kehilangan darah yang banyak dan mungkin boleh mengakibatkan kehilangan nyawa. anak dalam kandungan pun risau effect apa2 contohnya berat kurang atau gugur atau mati dalam perut. ibu pun boleh jadi lemah dan lesu yang boleh mengakibatkan pitam atau pengsan. tapi alhamdulilah Fateh Uwais dulu sihat selamat bertubuh badan sampai sekarang. alhamdulilah Allah pelihara. moga Allah pelihara adik baby uwais ni jugak serta ummi mereka amin amin. 

jadi apa yang saya amalkan sepanjang HB rendah ni?

Iron Tablets



vitamin ni kaler coklat memang tersangatlah tak sedap. telan pun sambil pejam-pejam mata. yang lagi tak best bila sedawa rasa aura besi keluar erkkkk. time buang air besar bau najis pun bau besi karat tu haaaa. uwekkkkkk. orang lain yang HB rendah tetap kena makan Iron Tablets ni time pregnant cuma sebijik atau dua bijik sehari je. tapi ummi kena makan 4 bijik sehari. sobssssss lagi

Hati Lembu

Hati lembu goreng berempah. resepi dekat sini

tapi orang kata tak berapa elok sangat makan organ dalaman ni. lagi tak elok kalau hati ayam. maka makan la hati lembu. 

Bayam Merah



bayam hijau tak aci. sebab bayam tu warna merah darah kot. kot lah ekekeekkee :p weekend lepas buat masak lemak bayam merah. terus kuah jadi kaler pink. merah bayam tu keluar gamaknya. ke saya yang salah masak? errr errrr

Pegaga




Rupanya pegaga tersangatlah elok untuk orang mengandung yang HB rendah ni ye kawan-kawan. tau pun masa selak-selak dekat belakang buku pink yang baru ni. banyak jugak info dia letak dalam tu. 



dan rupanya bila dah start ambik iron tablets tu ada pantang larangnya. punnn dapat tau masa baca info belakang buku pink yang baru tu. buku pink masa pregnantkan Uwais dulu takde info macam tu.



Air Bikarbonat, air ber kafein, kena elakkan lepas sejam makan iron tablets tu. dan kena makan masa perut kosong. tak boleh makan lepas ko dah kenyang makan macam2 herrrrrrrrrr

10 Januari 2016



berdebar nak tunggu result hb. sekali tengok. drop lagi?????? bulan lepas 10.6 bulan ni 10.0 jerrr padahal telan iron tablets tu sampai habis 60 bijik tu. sehari empat bijik haaaaa. habuan la hari ni kena cucuk ambik darah dua lengan. sekali nak check hb, sekali lagi nak check nutrisi. sobsss sobssss. dan kali ni dokte tukar iberet pulak. tabahlah makkkkkk. tapi makan iberet yang bestnya makan sebijik dah cukup. tak payah nak makan empat jenis vitamin yang biasa ibu mengandung makan tu dah hewhewhew. cumanya kena makan time perut kosong, dua jam sebelum sarapan pagi dan diambil bersama air kosong atau jus buah. 

balik mengadu dekat Fateh Uwais yang dokte(padahal nurse mihmihmih) cucuk lengan ummi sampai lebam dua lengan sambil tunjuk kesan lebam.

"takpe.. nanti adik habaq kat okte"

"adik nak habaq ape dekat dokte?" - ummi

"yelaaa jangan cucuk ummi lagi"

alaaaaa sweetnya awak anak. terus hilang terbang sakit ummi kena cucuk :)

(gambar lama)

1 Februari nanti ada lagi ujian darah nak tengok serasi tak dengan iberet yang baru dokte tukar tu. kalau tak serasi jugak nak beli Vita Lea Shaklee tula. nak makan yang tu pulak. seingatnya dulu lepas makan vita lea yang hb tetiba naik 11.4 tu. takpe la kita cuba la ikut cara apa pun selain makan benda2 lain macam jambu batu, dan lain2 tu. 


post signature

11 comments:

  1. selamat menaikkan darah! ehhh..salah salah..kekeke..

    ReplyDelete
  2. Bahaya darah rendah ni. Haritu pitam sebab darah rendah lah :-(

    ReplyDelete
  3. Sharing is caring kan...
    Masa Sha dulu, Sha amalkan makan buah jambu batu dan prune..
    Alhamdulillah HB maintain jer..

    ReplyDelete
  4. Yeeeeahh akhirnye da dpt bace smpai abis

    ReplyDelete
  5. kak yan baru nak tanya ..nape kaler pink...huhu

    kak yan lom pernah masak bayam lemak..macammenarik
    .

    ReplyDelete
  6. dulu hb iols rendah...pas2 mkn jus delima..alhamdulilah hb dah naik..nurse dah x bising ekekeke

    ReplyDelete
  7. murni dulu pon ambik iberet folic..tapi pykt lain pulak mai..iaitu gastrik tahap xbleh menyawa duk rasa cucuk kat tulang rusuk rasa nak tembus tulang belakang..perkara camtu jadi bil mkn iberet jer..bila jumpa doc rupanya asid ascorbic tinggi sgt dlm iberet. 500mg kot tak silap..asid ascorbic tinggi sebab nak balancekan kandungan iron yang ada dlm iberet. kalau tak bila iron tinggi kita akan kena sembelit..sebab tu murni kena gastrik sebab asid ascorbik tu laa..adoi macam2 laa..hehehe

    ReplyDelete
  8. Bkn smua jenis bayam ke dik? Eheehe


    Telan vitamin bg naik! Huhu..

    Akk ni tak minat mkn vitamin sbb tu masa baby ariz aritu akk jaga bebetul sbb masa ad,qila,dan apit mmt hb rendah tahap paras hidung je:( jenuh nk kena telan unat bau busuk tu masa tu..

    ReplyDelete
  9. Keeping your son or daughter healthy ought to be your main concern, so make certain you purchase
    only quality baby care products. The range of medicines for youngsters comes with medicines and accessories for infants
    and toddlers. It is not uncommon to have an orphan to go through various therapy sessions with a psychologist.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D