23 March 2016

Pantai Peranginan Kelulut Marang : Terengganu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Cuti-cuti cinta empat beranak(termasuk adik baby hewhewhew). minggu cuti sekolah lepas kebetulan kawan suami kawen dekat Marang Terengganu sana nun. alang-alang tu kita bercuti cutian lah sekali hewhewhewhew. bukan senang nak sampai Terengganu. last pun masa ikut rombongan kampong teman mama dulu kala. muka dalam gambar pun inesennnn je lagi kofkofkof.

kami ikut tol Gurun dari Alor Setar. gerak dari rumah pukul 8pagi, petang 5 lebih tu sampai ke pekan Terengganu. heran jugak apsal jem tapi dalam waze takde bagitau. baruuu la teringat 5 lebih kan orang balik kerja. huhuhu. ke sana memang berpandukan waze dan signboard je. nak kemana pun set waze. senang. karang kalau sesat lagi lambat pulak nak sampainya.





kami tido dekat area Pantai Peranginan Kelulut Marang tapi sebelum sampai sana, kena lalu depan Pantai Rhu Sepuluh Dulu. cantikkkkkkk sangat haaa. tapi jauh dari destinasi kenduri besoknya. Chalet pun tak berapa banyak pilihan dekat sini. cumanya kalau Udang Sotong Ikan celup tepung tu sini memang banyakkkkkk dan sedap!! yang tu nanti entry lain baru cerita :p


nak ke Marang kami ikut signboard laluan tepi pantai. barulah feeling sikit wahahaha. pantai Terengganu memang ohsem kauuuu. air laut tu masyaAllah cantikkkkkk sangat. budak kenit tu pun sanggup letak tab dia layan angin laut. siap req suruh berhenti lagi haaaaa. tapi idok la nakkk. kita kena cari hotel dulu sebelum singgah memana. dah gelap karang payah pulak nak survey hotel bagai.


Cantik kan. senja melabuhkan tirai. angin pun layannnn je haaaa.


Pantai Kelulut Marang. masa sampai situ dalam 7pm lebih. tengok ombak menderu seram rasa. ombak tinggi dan besar. sangat tak sesuai untuk mandi waktu tu. dah kecewa rasa tak dapat nak bawak Uwais main pantai. dah la siap berjanji awal tu nak bagi main air laut. budak tu pun duk berzikir nak mandi laut nak mandi laut hukhukhuk


Bisik-bisik dekat suami. esok pagi kalau ombak lembut baru kita bawak anak main laut. pagi besoknya lepas je breakfast terus la turun pantai bila tengok ombak pun seakan ok je. tak tinggi macam senja semalam. lepas la jugak hajat budak sorang tu. ummi abi pun takde rasa bersalah lagi dah hihihihi. air laut dia bersihhhhh. kalah teruk la Teluk Senangin :p cuma kalau nak mandi pagi kena turun awal. bila matahari dah naik becak la ketiak sementara nak tunggu hero dua orang ni habis main air. bila dah nak dekat 10 lebih ombak pun dah mula tinggi sikit. maka marilah kita naik masuk chalet dan bersihkan diri. jadi la dapat jugak merasa main air laut Terengganu :p


Pesisiran Pantai Kelulut Marang ni memang bercambah cambah chalet. nak yang murah yang mahal yang budget hotel mewah ke pilih je ikut pilihan hati. Chalet yang kami duduk aritu pun kira chalet budget tapi nanti next entry jugak baru cerita :D cuma nak bagitau tu chalet yang kami duduk aritu. seberang jalan dah boleh terjun main air laut. jalan kaki saje. tak gaduh nak salin baju kering lain sebab taknak kereta basah ;)


haaaaa kan dah kata seberang jalan je dah boleh sampai pantai. turun ikut laluan yang ada tu dah boleh mandi laut. memang dekatttttt sangat. yang betul-betul tepi laut pun ada jugak. pilihan ditangan anda ;) macam kami memang malas nak salin baju bersih sebelum masuk kereta. jadi jalan kaki je dari chalet. senang tak payah nak berangkut beg baju bersih pulak nya lagi hewhewhew. biasa la ummi kan R A J I N :p



12 comments:

  1. Cantik membiru laut dan langit KS..
    Mau tak geram anak2 tengok..
    Akhir dpt juga mandi pagi tu..
    Akak pun mcm gi kenduri smbl bercuti.

    ReplyDelete
  2. tahu area sini .... motif kami rajin pi ganu pun sebab nk mkn celup tepung je la .. sedap

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Kira...rajin berjalan makan angin yer...syok dapat rehat kan...

    ReplyDelete
  4. Seronoknya dia main tepi pantai..tahun depan boleh main dengan adik pulak.

    ReplyDelete
  5. Tadi baru baca blog Wawa....dia makan sotong celup tepung kat sini...Alahaiiiii birunyeeee....cantik sungguh Subhanallah

    Kiera, lama dah mak mengidam nak gi Terengganu lagi. Tak puas makan kopok leko ngan celup tepung ni

    ReplyDelete
  6. memang cantikkkk pantai kat tengganu ni kan, seronok umwais dapat mandi laut ye

    ReplyDelete
  7. mmg ada plan nai p tganu..tp tulah asik postponed jek

    ReplyDelete
  8. wah..Uwais dah besar dia... ensem betul la... bercuti ye..bestnya..

    ReplyDelete
  9. sekejap ja dh besar ...mmm bussaina pn....

    ReplyDelete
  10. cntiknya view laut tu. suka sangat tgk. sy ni dh lama bhajat nk ke ganu. tapi kene tunggu rania besar sikit.bru puas nk bawa bjalan n mkn mkn. ekeke.

    ReplyDelete
  11. pergi terengganu hari tu singgah hari je.tido kat kelantan sehari

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D