10 March 2016

Pengalaman Pertama Fateh Uwais Berwayang : Boboiboy The Movie

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Voucher MBO yang dapat aritu memang saje simpan nak tunggu movie animasi yang bakal keluar. suami kata Boboiboy nak keluar bulan tiga ni. tu yang masing-masing pedo tak nak gunakan hahahahaha. ingatkan MBO ada dekat sungai petani je tapi bila check web MBO. laaaaaa dekat Alor Setar pun ada daaaaaa, dekat Alor Setar Mall tu haaa. tak jauh pun dari rumah.




plan dengan suami petang isnin semalam nak beli tiket je sesiap. nak tengok hari cuti jumaat nanti. tup tup sampai MBO suami kata kita tengok sesiap terus la. excited letewwww tambah bila tengok anak teruna dia pun excited sama. waktu tiket 8.10pm masa tu jam dekat tangan pukul 7.27pm. decide dengan suami jom balik solat maghrib dulu, tukar baju anak bagi pakai baju lengan panjang dengan seluar panjang. risau dia sejuk pulak dalam wayang tu nantinya. tapi dalam bilik tu tak sejuk sangat macam sebelum ni kami pernah tengok berdua. mungkin sebab movie animasi banyak budak kecik yang duduk tengok dalam tu. jadinya dorang rendahkan suhu aircond. bersesuaian dengan kulit budak-budak yang tak tebal macam orang dewasa. 

lelaju balik tukar baju dia, solat. Fateh Uwais pun bagi kerjasama yang baik "cepat ummi nanti tak sempat nak tengok boboiboy" amboiiiii hahahahaha. ummi abi dengan baju kerja tak tukar apa lepas maghrib terus lelaju keluar pergi Alor Setar Mall balik. mujur masa sampai belum mula movie nya lagi. iklan. tapi iklan pun berlambak =..= takpe la sempat la kot mananya yang baru beli tiket tu nak berlari masuk panggung.



masa nak gunakan voucher tak ingat yang satu transaksi cuma boleh beli satu tiket je. tapi kami dah terrrrbeli dua tiket sekaligus. guna satu voucher RM16 dan tambah lagi RM7.25 untuk dua tiket dewasa. ada balance lagi tiga keping voucher. dari beratur awalnya saya dah nampak botol air kungfu panda ni. comelllll sangat. tanya dekat adik kaunter tu dia kata boleh beli guna voucher wuhuuuuu alangkah gembiranya hati seorang ummi uwais.




guna sekeping lagi voucher tapi berbeza transaksi dari tiket tadi. dan tambah lagi RM7.30 untuk seketul botol kungfu panda berserta ais lemon tea penuh botol dan sekotak popcorn. total hari tu keluar duit sendiri RM14.55 sen. dapat dua tiket dewasa dan set popcorn kungfu panda hewhewhew. bukan je Fateh Uwais dengan ummi abi sekali excited tengok botol tu comel sangat. dengan gemuk nya lagi kofkofkof 




mana-mana kawan yang ada voucher MBO tu. kalau nak beli dua tiket dewasa sila buat transaksi dua kali. satu voucher sekali transaksi untuk satu tiket dewasa dan kalau nak tambah pop corn dan air boleh sekali cuma kena tambah beberapa ringgit jela bagi cukup. jimattttttt sangat. 

Fateh Uwais dari awal sampai habis memang excited tak habis-habis. CUMA dia ni pesen yang bila tengok utube kalau ada part yang takut-takut mesti dia terbalikkan henpon takmo tengok. takut nak tengok. kalau tengok kartun Pada Satu Hari tu. kalau kancil nak kena makan dengan rimau punnn dia terbalikkan telepon tu sesiap sebab seriau =..= bila tengok wayang. solution yang Uwais buat PEJAM MATA. dalam dok pejam mata sebab gerun part lawan-lawan boleh pulak dia tertido!!!! pffffttttt

suruh suami kejut. bukak la mata tu kejap. tu pun duk terkebil-kebil atas abi dia. lepas pada tu tengok zzzzzzzz membuta balik budak tu hahahaha adehhh mujur dia masuk free kalau tidak ummi tuntut bayaran ganti rugi sebab membuta dalam wayang :p lagi 30 minit nak habis baru bangun dengan sendirinya. tengok la sampai ending. bila dah habis baru sibuk nak cerita balik "kita berjaya!!! kita berjaya!!!" mihmihmih




Alhamdulilah so far dia tak buat perangai dalam wayang tu. ada dengar sorang budak tu menangis bila lampu dah mula tutup. Alhamdulilah Uwais dah biasa tido bergelap. sebelum tido pun lampu biasa tutup sesiap bagi gelap. takde la terkejut ke ape budak tu. nanti kalau upin ipin jeng jeng tu keluar insyaAllah boleh bawak tengok lagi. ada lagi dua keping tiket tu. kalau takde animasi movie yang keluar sebelum 31 march ni(valid tiket) nak ajak suami tengok munafik la. dating berdua anak tinggal rumah pengasuh hewhewhew :p

ohh lupa pulak review Boboiboy The Movie. so far jalan cerita memang menarikkkkkk, kualiti gambar dia pun best. nak kata bosan tu takla. sebab kami berdua laki bini memang spesies suka tengok boboiboy tu hahahaha. terkagum la jugak dengan team Boboiboy ni sebab bukan senang nak hasilkan animasi movie yang berdurasi dua jam lebih. nak buat kartun 15 minit pun payah inikan pulak yang dua jam lebih punya. 

Btw terima kasih MBO yang bagi voucher free dan Projek Blogger Utara yang sudi berkongsi rezeki ;)

18 comments:

  1. Masha Allah...bestnya uwais leh duduk diam...huuhu...

    ReplyDelete
  2. Comel Fateh Uwais, berapa umur, bagusnya pandai fokus cuma mungkin malam dia tertido. Saya pun baru tengok wayang tak buat entri lagi.:)

    ReplyDelete
  3. naper Uwais tertidor pulak..abang Danish tengok citer tu tak kelip mata..siap cakap nah ambik ni..padan muka..mati jaat..lps balik rumah pulak tak habis2 duk cakap boboiboy kuasa 3..dia tak tau dah ada kuasa 5..hehehe

    ReplyDelete
  4. bestnya dapat tiket free. Nak juga. Macam mana nak join eh

    ReplyDelete
  5. alahhh abg uwais dah pi tgk kungfu panda
    abg2 kakak2 sini belum lagi hehe
    weekend baru nak terjah

    ReplyDelete
  6. Minggu depan baru nak bawa anak menakan tengok BTM...

    ReplyDelete
  7. wahhhgood boy uwais dlm bsing2 boleh tido ... tgk munafik terkejut la baby kat dalam tu

    ReplyDelete
  8. best yer tgok movie,hero request nak tgok kung fu panda

    ReplyDelete
  9. Sesekali bawak anak bagi dia rasa pengalaman dalam cinema macam mana.. kita pun dapat pengalaman macam mana nak handle anak kecik.. ;)
    Masa akak tengok hari tu, memang happening suasana dalam cinema tu.. best.. yang tak bestnya, dak Nuha meragam.. hehehe..

    ReplyDelete
  10. hari tu nk pi tengok boboiboy, tapi tiket dah habis.. fullhouse.. dahsyat betol filem ni..

    ReplyDelete
  11. Ahaha.comel kan botol dia..kita tgk kartun tu tergelak2 tgk dia golek2 atas padang mcm tong drum

    ReplyDelete
  12. ye best tgk pandu tu.. hehehee
    tp tak terbeli lah pulak. MBO tiket dh arwah.
    bulan ni dh bercadang nk marathon movie omputih je.

    azab bila nk buat animasi. 5 minit punya cerita tp nk hasilkan smpai berminggu. nasib dh xstudy :)

    ReplyDelete
  13. x brani nk bw Aqil...tkut menangis dlm gelap cmtu la...

    ReplyDelete
  14. memang best cerita boboiboy ni kan...anak2 akak pun suka

    ReplyDelete
  15. kak ekin 2 cerita guna 4 voucer tu hahahhaha... bab makanan guna point MBO dah ada sebelum memang xkeluar duit langsung masa p tengok wayang aritu

    ReplyDelete
  16. Ni sapa yg nak tengok movie sebenarnya? Haha...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D