19 April 2016

Pasar Payang | Supermarket Sabasun : Terengganu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Kalau dah ke Terengganu boleh la singgah ke Pasar Payang. tak jauh pun dari jalan nak ke Taman Tamadun Islam. pasar yang banyak jual keropok lekor, keropok losong, keropok kering, dodol, kain batik, baju kurung batik, kemeja batik, baju kelawar dan macam-macam lagi la. kami singgah waktu nak balik dah. takut keropok rosak duduk dalam kereta lelama banyak hari.



kalau ke Pasar Payang ni dan susah nak mencari parking tak dapat parking. sila parking dalam banggunan depan banggunan pasar payang tu. kalau perasan ada Nampak board P(PARKING) MASUK kaler biru tu haaa masuk ikut situ. jangan nak parking ikut hati dan perasaan. kena saman kena lock tayar tak memasal je.


dan kalau nak membeli memborong mensoping. sila la beli yang betul2 dalam banggunan Pasar Payang tu sendiri. dekat luar pasar payang banyak je gerai-gerai payung yang peniaga dirikan. tapi dekat luar MAHAL sikit dari dekat dalam. dekat dalam siap boleh nego dapat harga murah lagi. mujur masa hari kejadian seorang ummi uwais rajin sikit servey2 harga dulu. kalau tidak dah terbeli yang dekat gerai luar. mesti menyesal tak sudah2 huuuu.



lagi satu kalau ke Terengganu untuk masa beberapa hari dan memerlukan barang basah atau kering ketika di sana. boleh la singgah ke pasaraya Sabasun ni haaa. dalam kawasan Kuala Terengganu jugak. murahhhhh sangat harga dia. kalau tidak ikutkan ruang kereta yang sempit dan takut terover budget dekat tempat orang. ummi uwais dah borong barang dapur dah dekat situ hihihihi. memang murah sangat sangat. turun kereta sorang2 sementara abi uwais tunggu uwais tido dalam keta. niat hati nak beli air mineral dalam botol besar tu je. sekali duduk dalam tu dekat 45 minit. dok membelek barang lain lagi hahahaha. barang basah ada, barang kering pun ada. kot2 sampai sana dan terdesak nak beli barang. jangan risau. singgah je Sabasun Supermaket dan beli la ape yang korang nak beli tu. zaman GST ni semua benda kena berjimat okkkkk.



13 comments:

  1. Kalau pergi pasar payang ni tak sah kalau tak borong barang. Hihihi !

    ReplyDelete
  2. Gambar yang terakhir tu nampak macam cuaca panas betul. Murah ye barang dapur, saya perlu non stick pan tu, tengok kat sini mahalnya tak macam dulu. Pasar payang ni tak da orang minta sedekah kan,perasan tak ?

    ReplyDelete
  3. Sekali imbas baca Pasar Payung. Rupanya Pasar Payang. Hehe. Sah2 mata ne rabun.

    ReplyDelete
  4. tak penah singgah lagi.. dengar nama ja.. katanya murahhh

    ReplyDelete
  5. erkkk kena bw duit lebih kalo cm gini...

    ReplyDelete
  6. teringin bebeno nak pi pasar payang ni..ntah bila lahhh

    ReplyDelete
  7. Teringat masa gi Ganu 7 tahun sudah....singgah gak Pasar Payang ni. Bilalah nak gi lagi agaknya

    ReplyDelete
  8. kalau nina p sana memang borong lah keropok2 tu boleh tahan sampai thn depan agaknya :P

    nasib terengganu bkn berjiran dgn penang, tiap2 minggu singgah sabasun tu.

    ReplyDelete
  9. entah bila nak sampai pasar payang ni lagi agaknya

    ReplyDelete
  10. akak pun dulu masa g terengganu dah shopping x larat tunggu yang lain berteduh bawah pondok tu sambil makan kepok lekor..sedapnya

    ReplyDelete
  11. Masa pergi KT akhir tahun lepas adalah juga nampak Pasar Payang dan Pasaraya Sabasun ni tapi dek kerana sehari aje di sana (atas urusan kerja suami), memang tak danlah nak menyopping dan singgah mana-mana. Nak kena pergi sekali lagilah ni!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D