03 April 2016

Roti Paung : Terengganu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


adoi adoi busy bebeno minggu lepas. tak sempat nak menyambung cuti2 mesia kami 3 + 1 beranak. hewhehwew. On the way ke Kemaman, rumah sepupu suami. balik dari makan kenduri. Nampak kedai tepi jalan ada yang jual Roti Paung. terus teringat rasa macam Blogger Eima ada buat entry pasal Roti Paung ni. kalau tak silap lah. laju-laju ajak suami singgah. karang kalau dah keluar dari kuala Terengganu takut tak jumpa dah roti paung nya. ye memang betoi. lepas pada tu takde dah kami jumpa kedai roti paung ni haaaa.


Roti macam roti kita biasa jugak. ala kan sekarang dekat fb orang dok buat tutorial roti gebu homemade tu. sama jugak dengan yang ini. tapi roti ni lembuttttttttttttt sangat. kecik-kecik comel je. ada 4 perisa. Pandan, Kelapa, Kacang Merah dengan Mentega. boleh jugak beli yang campur 4 perisa.

kami beli campur. beli seloyang. seloyang baru RM3 okkk. rugi rasa tak beli dua tiga Loyang aritu. Loyang kecik je. dalam 5" je gamaknya kalau tak silap. tapi kira ok la. setiap perasa dapat 4 bijik roti kecik tu. kenyang la jugak makannya. tapi serius tetap menyesal beli seloyang je aritu sobsssss. sampai sekarang still terasa kelembutan rotinya. lembut sebab tak masuk angin. dorang simpan dalam kotak polisteren tu sebelum jual dekat pelanggan. rasanya kalau dapat yang panas-panas tu lagiiii sedap. korang kalau ke kuala Terengganu dan terserempak dengan kedai jual roti paung sila berhenti dan beli ok!!!

9 comments:

  1. la ingtkan ulas nangka tadi. hiks. comel je bentuknya.

    ReplyDelete
  2. ALAHAII DAH LA MURAHHHH NAMPAK SEDAP SGT NIE!

    ReplyDelete
  3. Pertama kali dengar roti payung. Nampak sedap. Kalau saya, memang tak cukup satu loyang je. Hihi.

    ReplyDelete
  4. sedapkan .... aku klu ke sana mesti beli sbb sedap .. lembut ...

    ReplyDelete
  5. amboi sedap sangat tu, akak yang baca ni pun tertelan2 ailio ha

    ReplyDelete
  6. Ha a....okje pun pernah terbaca pasal roti paung ni. Sedap ek Kiera.... Kalau cenggitu punya lembut, nampaknya pasti singgahlah nanti kalau ke Terengganu.....

    ReplyDelete
  7. murah nya....kalau kat batu pahat ..segitu je dah rm5 6 ringgit

    ReplyDelete
  8. tgk gambar makan lg.. hahaha
    nampak lembut je

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca dan mengomen :D